Anda di halaman 1dari 1

Peringkat-peringkat Perkembangan Fizikal Bayi

Prenatal

Perkembangan individu bermula pada masa persenyawaan, iaitu apabila sperma


bapa bersatu dengan ovum atau telur ibu. Seorang wanita dilahirkan dengan simpanan
telur di dalam ovarinya. Selepas akil baligh, satu ovum akan mencapai tahap
kematangan setiap 28 hari di dalam ovari. Ovum tersebut kemudiannya akan memasuki
tiub falopia. Proses ini dipanggil ovulasi. Sekiranya semasa dalam perjalanan ke tiup
falopia ovum tersebut tidak disenyawakan dalam masa 48 jam selepas ovulasi, ia akan
dikeluarkan sebagai haid. Manakala ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan
zigot. Kadangkala seorang wanita akan menghasilkan lebih daripada satu telur, sama
ada secara semula jadi ataupun dengan ransangan dadah.