Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PROSES PEMBENTUKAN TEORI KOMUNIKASI

Teori berasal dari perkataan Yunani, iaitu therio yang bererti pemandangan. Merujuk
kepada Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 2000:1423 ) teori bermaksud: 1. Pendapat ( bersifat
pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya ) yang dikemukan untuk menerangkan
sesuatu perkara dan lain-lain; 2. Prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yang menjadi sesuatu
pengetahuan; 3. Asas, dasar ( bukan amalan atau apa biasanya berlaku ). Namun demikian menurut
Mana Sikana (1997 : 150 ) : bahawa teori merupakan gagasan tentang definisi , konsep, prinsip,
keteria dan saranan yang menjelaskan sesuatu subjek. Menurut beliau lagi terdapat sifat umum
teori, iaitu: Mengandungi kumpulan saranan, Penjelasan tentang Subjek dan Objektif dan
Deskripsi secara sistematis akan fenomena dan perubahannya.

Terdapat perbezaan di antara teori dengan hipotesis. Menurut Winarno Surachmad ( dipetik
daripada A. Rahman Yusof dalam Hamzah Hamdani (peny) 1988:7-8) hipotesis adalah perumusan
jawapan sementara terhadap sesuatu saoal, yang dimaksudkan sebagai tuntutan sementara dalam
penyelidikan untuk mencari jawapan sebenar. Manakala menurut Sutrisno Hadi pula sebuah
hipotesis adalah dugaan yang mungkin benar, atau mungkin juga salah. Justeru itu, hipotesis tidak
perlu selalu benar, ia terpulang pada pembuktian berdasarkan data yang dikumpulkan. Apabila
hipotesis itu tidak dapat dibenarkan sebahagian sahaja, apa yang harus dilakukan si penyelidik
ialah mengubal semula hipotesis itu. Sebaliknya jika hipotesis itu dapat dibenarkan
keseluruhannya, hilanglah statusnya sebagai hipotesis dan ia menjadi teori.

Teori komunikasi merupakan satu proses yang memainkan peranan penting kepada
masyarakat dan menjadi perantaraan yang digunakan didalam kehidupan manusia seharian bagi
mencapai objektif yang tersendiri. Sejak dari awal lagi manusia berkomunikasi dalam bentuk lisan,
tulisan dan lakaran pada sesuatu objek dan permukaan gua. Melalui proses komunikasi ini manusia
dapat berkongsi maklumat dan ianya sentiasa berlaku berterusan seolah-olah tiada permulaan dan
pengakhiran. Teori Komunikasi terdiri daripada empat komponen utama iaitu bermula daripada
sumber, dimana orang yang mempunyai ataupun membawa sesuatu maklumat; maklumat ataupun
mesej yang hendak disampaikan saluran yang digunakan untuk menyampaikan.maklumat tersebut

1
dan akhir sekali adalah penerima iaitu pihak yang menerima mesej tersebut. Dalam hal ini , apabila
maklumat berjaya disampaikan oleh sumber kepada penerima, dan penerimanya berjaya
melakukan seperti apa yang disampaikan oelh sumber, maka suatu komunikasi tersebut dianggap
berjaya.

Sesuatu teori mempunyai ciri-ciri tertentu ( Syed Arabi, 1998 ). Teori merupakan satu
kenyataan yang bersifat tetap dan kosisten. Bagi menerangkan fenomena yang sama, tidak
seharusnya berlaku percanggahan antara satu teori dengan teori yang lain. Teori perlu dinyatakan
dengan mudah, sempurna dan jelas. Teori juga hendaklah mengandungi konsep yang
membolehkan pengkaji membuat ujian dan keputusan. Sesuatu teori yang sempurna bermakna ia
telah diuji dan sentiasa diuji. Proses pengembangan atau pembentukan teori secara umumnya
mengikut model eksperimental. Peringkat pertama dalam proses penyelidikan- penyelidikan
dimulakan dengan pertanyaan soalan. Mengikut Miller and Nicholson (1976 ), Setiap proses
penyelidikan dimulakan dengan cara yang teratur dan sistematik. Suatu teori ialah persoalan atau
kenyataan sementara berkenaan fenomena komunikasi yang perlu kita uji sebelum mendapat
jawapan. Selepas suatu teori dibentuk, teori masih lagi diuji sehingga kepastian dapat dibuat.
Proses menguji teori ialah proses penyelidikan. Tanpa penyelidikan kita dapat membentuk teori
yang berkesan dan mantap dan umum bagi menerangkan pelbagai aspek komunikasi.

Peringkat kedua proses penyelidikan ialah pemerhatian iaitu melihat secara objektif
perkara yang dikaji. Kaedah pemerhatian yang digunakan berbeza mengikut kesesuaian kajian
yang dijalankan oleh penyelidik. Ada yang berminat mengkaji rekod dan artifak , ada juga yeng
melibatkan diri sendiri dalam pemerhatian. Selain itu ada juga menggunakan perlalatan dan uji
kaji yang terkawal, da nada yangmembuat kajian tinjauan menggunakan soal selidik atau boring
temu bual. Semua kaedah yang digunakan dirancang bagi mendapatkan jawapan kepada soalan
yang dibentuk pada tahap pertama. Peringkat ketiga iaitu membentuk jawapan. Pada peringkat
ini, para penyelidik cuba memberi definisi, menerangkan dan menjelaskan bagi membuat
pertimbangan. Setiap peringkat berkait dengan peringkat-peringkat lain dan saling mempengaruhi
antara satu sama lain.

2
Pemerhatian merangsang persoalan-persoalan baru. Teori pula dapat dicabar oleh
pemerhatian dan persoalan. Teori juga dapat menjurus kepada persoalan-persoalan baru dan
sebahagian pemerhatian dikenal pasti sebagai teori. Ini dapat dilihat daripada proses pembentukan
teori. Peringkat ini perlu memberi definisi, penerangan, membuat pertimbangan. Jawapan boleh
menggalakkan kajian seterusnya. Borman (1965 ) mengatakan bahawa kaedah keilmuan
komunikasi terbahagi kepada 3 iaitu keilmuan, saintifik, keilmuan humanistik dan keilmuan sains
sosial. Keilmuan saintifik berobjektif membentuk satu piawai untuk kegunaan bersama. Keilmuan
saintifik adalah bermatlamatkan sains iaitu menjelaskan fenomena setepat mungkin. Ia sesuai
untuk kajian alam semulajadi. Keilmuan humanistik adalah berbentuk subjektif, kaedah ini cuba
memahami individu yang bersifat subjektif dan bertumu kepada manusia atau individu. Kaedah
ini sesuai untuk perkara-perkara seni, pengalaman peribadi. Interprestasi ilmu banyak
menggunakan gerak hati ( intuition), kreativiti, interprestasi pemikiran dalam ( insight).

Terdapat empat kaedah yang digunakan oleh penyelidik komunikasi untuk mengkaji
fenomena komunikasi iaitu eksperimen, tinjauan, analisis tekstual dan etnografi. Eksperimen dan
tinjauan adalah kaedah kuantitatif yang digunakan oleh ahli sains untuk menguji teori manakala
testual dan etnologi adalah kaedah kualitatif yang digunakan oleh sarjana kemanusiaan . ( Saodah
Wok.). Eksperimen adalah kaedah di mana ia cuba membentuk hubungan sebab akibat dengan
cara memanipulasi secara sistematik satu verabel bebas dalam satu situasi ketat untuk melihat
kesan ke atas variable bergantung. Tujuan merupakan kaedah di mana boring soalselidik
digunakan bagi mendapatkan jawapan sendiri daripada responden manakala analisis tekstual
bertujuan menerangkan dan membuat interprestasi sesuatu mesej yang tidak terhad kepada teks
bertulis tetapi ekspresi simbolik. Etnografik pula merupakan kaedah melibatkan diri secara
peribadi dalam proses penyelidikan dengan memerhati, pendekatan intepretif dalam mengkaji
sesuatu fenomena. ( Saodah Wok ). Kaedah-kaedah di atas adalah amat penting dalam membentuk
teori komunikasi.

3
Terdapat beberapa pendekatan atau paradigma yang membentuk teori. Dalam disiplin
komunikasi, teori-teori komunikasi dikatakan bermula dengan pemikiran tentang proses maklumat
menerusi pemikiran sibernetik ( West dan Turner, 2003 ). Paradigma dalam konteks pendekatan
kontemporari. Pendekatan awal merujuk kepada pendekatan strukturalis dan pendekatan tingkah
laku. Pendekatan kontemporari pula merujuk kepada pendekat system, pendekatan budaya dan
pendekatan kritikal. Pembentukan teori bagi bidang komunikasi adalah amat mencabar kerana ia
adalah berdasarkan campuran berbagai-bagai disiplin dan ilmu. ( Littlejohn & Foss, 2005 ).
Ditegaskan bahawa berbagai-bagai pendekatan perlu digunakan dalam proses pembentukan dan
pengembangan teori komunikasi dan tidak mungkin hanya satu pendekatan dapat merungkai dan
menjejaskan pelbagai-bagai fenomena yang berlaku di dalam masyarakat. Kepelbagaian
perspektif dalam pembentukan teori komunikasi boleh dan sepatutnya berlaku.

4
2.0 KESIMPULAN

Teori Komunikasi ialah teori yang menjelaskan fenomena komunikasi. Maka itu, teori
komunikasi sangat perlu dan penting dalam menjalankan kajian saintifik. Teori akan sentiasa di
rujuk dalam perbincangan, perbandingan. mengenal pasti dan memahami fenomena lepas. Dengan
adanya teori dalam kajian, kajian yang dijalankan akan lebih fokus dan membincangkan perkara-
perkara yang telah ditetapkan. Di samping itu juga, teori juga sentiasa dikembangkan atau
dipertingkatkan. Di samping itu juga terdapat situasi yang hanya berlaku pada masa lampau dan
ia hanya boleh dijelaskan dengan teori. Maka untuk memahami masalah yang dialami pada masa
lampau, teori diperlukan.

5
3.0 RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Ketiga. 2000. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saodah Wok, Narimah Ismail & Mohd Yusof Hussain. (2003). Teori-teori komunikasi.

Bentong: PTS Publication & Distributiors Sdn Bhd.

Vernon, C., Pearce.W. B., & Haris, L. (1979). The logic of the
coordinated management of meaning. Communication Education,
28, 22-38.

Theodorson, George dan Achilles Theodorson,

1970. A Modern Dictionary of Sociology. London: Methuen

Mana Sikana (peny.), 1997. Teori Santera dan Budaya dalam Kajian Akedemik. Bangi:

Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://andrebessie.blogsports.my/2013/04/teori-komunikasi-menurut-buku-
little.html?m=1

6
7