Anda di halaman 1dari 1

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL,

SEKOLAH KEBANGSAAN ABI, PERLIS

1. PENGENALAN.

Program ini merupakan satu program untuk memperlihatkan semangat kerjasama dan
toleransi di kalangan pelajar. Dewasa ini, para pelajar semakin tidak mengenali
permainan trasi yang telah lama bertapak di negara kita. Permainan- permainan ini
dilupakan dengan kemunculan permaianan moden yang berasaskan teknologi.
Dengan adanya pertandingan yang diadakan, semoga tercetus keinginan pelajar
untuk mempopularkan kembali permainan-permainan tradisional ini di sekolah.

2. MATLAMAT

Mewujudkan keinginan untuk menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan


masa lapang pelajar sama ada di sekolah atau di rumah.

3. OBJEKTIF

3.1 Untuk memperkenalkan permainan trdisional kepada pada para pelajar.

3.2 Untuk mempelbagaikan permainan yang boleh dimainkan oleh pelajar selain yang
diajar oleh para guru di sekolah.

3.3 Untuk mewujudkan semangat kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar

3.4. Untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah.

4. SASARAN

Para pelajar tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) dan tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6), Sekolah
Kebangsaan Abi, Perlis.

Anda mungkin juga menyukai