Anda di halaman 1dari 5

Kertas Kerja

Sambutan Maulidur Rasul

2017M / 1438H
Anjuran:
Panitia Pendidikan Islam
Tarikh:
25 Januari 2017
Hari:
Rabu
Masa :
12.00 1.00 tengahari
Tempat:
Surau Al-Hadhari
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2017M / 1438H
KERTAS KERJA
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
( ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM )

1. PENDAHULUAN
Majlis Sambutan Maulidur Rasul merupakan natijah daripada perasaan kecintaan
terhadap Rasulullah s.a.w. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda
dan berbangga dengan baginda, sebagaimana Allah berbangga terhadap baginda
dengan memuji baginda dalam Al-Quran: "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak
yang mulia" (Al-Qalam: 4).

Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w. di samping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung, ia memberi
peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang
dimiliki oleh Rasulullah serta memperbanyakkan selawat ke atas Baginda s.a.w.

2. MATLAMAT
Memperingati sirah Nabi Muhammad s.a.w. dan mengambil iktibar daripada
pengorbanan Rasulullah terhadap umatnya yang tercinta serta menyedarkan murid
Islam akan kasihnya Rasulullah terhadap umatnya.

3. OBJEKTIF
Mendidik murid mengenali dan mencintai Rasulullah s.a.w.

Mentarbiyah murid beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w.

Mengajak murid sentiasa berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

4. KUMPULAN SASARAN
Semua murid Islam tahun 1 hingga tahun 6
Semua guru Pendidikan Islam dan guru mata pelajaran yang terlibat
5. TARIKH, TEMPAT DAN MASA
25 Januari 2017
Rabu
Surau Al-Hadhari, SK Dato Onn Jaafar
12.00 1.00 tengahari

6. JAWATAN KUASA INDUK DAN AJK PELAKSANA

J/Kuasa Induk
Penasihat : Pn Shabariah binti Ismail
Pengerusi : Pn Ruslina binti Mohd Yunus
Timb. Pengerusi : Pn Nor Hashimah binti Mohamad
: En Mohd Saifulrizal bin Abd Manaf
Penyelaras Program : Pn Nora binti Umar
Setiausaha : Pn Nurzawani binti Ahmad

J/Kuasa Kerja Guru


Pengerusi Majlis : Pn Nora binti Umar
Penceramah : En Mohamad Saiful Anwar bin Zainal Ariffin
Bacaan Doa : En Wan Saharuddin bin Wan Ishak
PA Sistem : En Mohamad Saiful Anwar bin Zainal Ariffin
Persiapan Tempat : Semua guru Pendidikan Islam
Dokumentasi : Pn Nurzawani binti Ahmad
Buku Program : Pn Siti Hamidah binti Bian
Kawalan Murid : Semua guru Pendidikan Islam
: Guru mata pelajaran yang terlibat

7. TENTATIF PROGRAM
12.00 tengahari : Murid berkumpul di surau
12.10 tengahari : Bacaan doa
12.15 tengahari : Ceramah
: Selawat
1.00 tengahari : Bersurai
8. PENUTUP
Semoga dengan terlaksananya majlis seperti ini akan dapat menambahkan cinta
kepada baginda Nabi dalam kalangan murid, seterusnya meningkatkan pengetahuan
murid tentang sirah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ __________________________
(PN NURZAWANI BT AHMAD) (PN RUSLINA BT MOHD YUNUS)
Setiausaha PK Kurikulum
Sambutan Majlis Maulidur Rasul SK Dato Onn Jaafar
SK Dato Onn Jaafar

Disahkan oleh,

__________________________
(PN SHABARIAH BT ISMAIL)
Guru Besar
SK Dato Onn Jaafar