Anda di halaman 1dari 1

INOVASI PEDAGOGI

PENGGUNAAN NASKHAH-NASKHAH MELAYU (KARYA AGUNG) DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

RASIONAL :-

1. Satu bentuk inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.


2. Memperkayakan kajian tentang naskhah-naskhah Melayu berfokuskan kepada
pengajaran dan pembelajaran.
3. Memartabatkan Sejarah versi Melayu.
4. Melestarikan budaya Melayu.
5. Meningkatkan pengetahuan kepada guru-guru Sejarah.

CARA PELAKSANAAN :-

1. Langkah 1 - Guru akan menganalisis fakta-fakta atau peristiwa-peristiwa


daripada naskhah-naskhah Melayu yang berkaitan dengan tajuk yang akan
diajar. Contoh-contoh naskhah Melayu ialah Sejarah Melayu, Tuhfat al-Nafis,
Hikayat Hang Tuah, Hikayat Siak, Syair Sultan Maulana, Misa Melayu, Hikayat
Abdullah, Hikayat Pahang dan Syair Tanah Melayu.

2. Langkah 2 Guru akan membuat ulasan berkaitan ketepatan Sejarah terhadap


fakta-fakta atau peristiwa-peristiwa daripada naskhah Melayu iaitu sama ada
mitos, lagenda atau sebagainya. Ulasan juga boleh dibuat dengan cara
membandingkan fakta-fakta tersebut dengan pendapat tokoh-tokoh Barat seperti
R.O Winstedt, J.M Gullick, dan Shellabear.

3. Langkah 3 Guru akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang


menggunakan fakta atau peristiwa yang diperoleh daripada naskhah-naskhah
Melayu.