Anda di halaman 1dari 3

SK SERI BULUH

21700 KUALA BERANG


HULU TERENGGANU

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI PERTAMA 2016

TARIKH : 29 DISEMBER 2016


HARI : SELASA
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK1000

KEHADIRAN :

1. Muhamad Shaidi Bin Ishak ( Guru Besar )


2. Rohaya Binti Mohd Nor ( GPK Pentadbiran )
3. Faizo bin Mat ( GPK Hem )
4. Mohd zubir Bin Abdullah ( GPK Ko )
5. Mohd Suzaimi irwan bin Ali
6. Rusli bin Hj Abd Rashid
7. Muhammad Asri bin Md Arof
8. Kamariah Binti Mohamed
9. Irmasuryani Binti A. Ghani
10. Rohani@Rohanita Binti Ismail
11. Arita Binti Ariffin
12. Nor Liza Binti Kamaludin
13. Nira Hidaya Binti Muhammad
14. Rosnani Binti Che Husin
15. Fatimahwati Binti Mahmood
16. Salmah binti Mahmood
17. Rosmini Binti Mat Sood
18. Zuriati Binti Othman
1.0 UCAPAN PENGERUSI ( GURU BESAR )
1.1 Ucapan alu-aluan
1.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru kemesyuarat HEM
kali pertama sesi 2016.
1.1.2 Penilaian Guru Besar terhadap pengurusan HEM sepanjang 2015 berada di tahap
baik dan memuaskan namun perlu dibuat penambahbaikan pada tahun 2016.
1.1.3 Pengurusan SPBT, Musolla dan RMT adalah pengurusan terbaik unit HEM 2016.
1.1.4 Mengharapkan mesyuarat berjalan dengan lancer dan semua jawatankuasa yang
dilantik untuk sesi 2016 dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik
serta berkesan.
1.1.5 Minit mesyuarat perlu dikeluarkan dalam masa 7 hari selepas mesyuarat dijalankan.

Tindakan :Semua guru

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU


2.1 Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan oleh En Muhammad Asri Bin Md Arof
dan disokong oleh Pn Rohani@Rohanita Binti Ismail.
Tindakan : guru berkaitan
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

4.0 UCAPAN PK HEM DAN AGIHAN TUGAS JAWATANKUASA HEM 2014


4.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru ke mesyuarat
HEM kali pertama tahun 2016.
4.2 GPK HEM berharap semua guru dapat memberi kerjasama dalam menjalankan
tugas.
4.3 GPK HEM memaklumkan Unit Hem dikenali sebagai Dunia Hem SK1000 dan
memperkenalkan Motto Dunia Hem SK1000 ialah Ikhlas, Sabar, Istiqamah (ISIS)
4.4 GPK HEM dengan Motto ini menjadikan jawatankuasa dunia hem SK1000 lebih
bersemangan dan sentiasa gharah untuk melaksanakan tugas yang semakin
mencabar dari hari ke hari untuk kecemerlangan murid dan sekolah.
4.5 GPK HEM membentangkan agihan tugas unit HEM seperti berikut : ( LAMPIRAN 1 )
Tindakan : Semua guru
5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 GPK PENTADBIRAN


5.1.1 Setiausaha perlu menunjukkan draf minit mesyuarat kepada GPK berkenaan
untuk disemak sebelum disahkan oleh Guru Besar.
Tindakan: Semua SU setiap unit

5.1.2 Setiausaha perlu mengeluarkan borang tindakan mesyuarat dan pihak


berkenaan perlu mengambil tindakan seminggu sebelum mesyuarat seterusnya
dijalankan
Tindakan: Semua SU setiap unit

5.1.3 Perhimpunan setiap pagi diadakan pada jam 7.30 pagi di kantin untuk program
bacaan al Quran dan RMT bag muird yang layak. Murid masuk kelas pada jam
7.40 pagi untuk proses PdP.

5.2 GURU BESAR


5.2.1 Jumlah pelajar yang mendapat RMT perlu dihantar ke JPN dengan segera.
Tindakan: PK HEM dan AJK RMT

5.2.2 Pdp pada hari pertama persekolahan perlu dijalankan dan buku penyediaaan
rekod mengajar juga perlu dilengkapkan.
Tindakan: Semua guru
6.0 PENUTUP
6.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari.

Disediakan oleh : Disahkan Oleh :


Rosmini Binti Mat Sood Muhamad Shaidi Bin Ishak
Setiausaha HEM SK Seri Buluh Guru Besar SK Seri Buluh

Anda mungkin juga menyukai