Anda di halaman 1dari 3

6.

0 IMPLIKASI PERUBAHAN PENDIDIKAN VOKASIONAL

6.1 Keyakinan Masyarakat

Keyakinan masyarakat terhadap pendidikan vokasional telah menunjukkan impak positif apabila
permohonan bagi mengikuti pendidikan vokasional semakin mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat apabila Kementerian menerima hampir 80,000 permohonan daripada murid lepasan
PMR/PT3 untuk mendaftar di 80 Kolej Vokasional di seluruh negara. Ini melebihi kapasiti yang
boleh ditampung oleh Kolej Vokasional dalam satu-satu masa. Sambutan positif daripada
industri ini jelas menunjukkan wujud permintaan tinggi untuk graduan sekolah vokasional.
Kementerian menjangkakan sambutan daipada industri dapat menjadi tarikan kepada murid
untuk menyertai pendidikan vokasional. Bagi memastikan program pendidikan vokasional kekal
relevan serta jaminan penempatan latihan di pelbagai industri, KPM telah menandatangani MOU
dengan beberapa rakan industri dan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Perjanjian kerjasama telah dimeterai dengan pihak industri yang berkaitan. Kerjasama ini
dijalinkan berteraskan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean
Strategy NBOS) yang dijalankan oleh kerajaan bagi mengoptimumkan kepakaran dan
kemudahan yang dimiliki oleh agensi dan industri tempatan. Hasil kerjasama dengan pihak
agensi dan industri serta swasta tersebut telah berjaya meningkatkan kadar enrolmen murid yang
mengikuti pendidikan vokasional di KV KPM, ILKA dan ILKS.

6.2 Kolaboratif Awam Dengan Swasta.

Pendidikan Vokasional memberi peluang yang pelbagai kepada pelajar yang berminat dalam
bidang kemahiran, termasuk untuk mereka yang berkeperluan khas. Usaha kolaboratif yang
dijalankan dengan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta (ILKS) membolehkan
Kementerian meluaskan akses kepada program seperti Penyelenggaraan Pesawat, Teknologi
Kesan Khas Visual, Teknologi Animasi, Autotronik, Pengajian Nautikal, Oil & Gas Welding
Technologydan Subsea Welding Technologyserta pelbagai bidang yang

relevan dengan perkembangan teknologi terkini.Mereka yang berpeluang mengikuti program


Subsea Welding Technologyakan didedahkan dengan teori dan amali dalam proses kimpalan
seperti Shielded Metal Arc Welding(SMAW) dan Gas Tungsten Arc Welding(GTAW). Pelatih
mempelajari kemahiran menyelam dan menjalankan tugas kimpalan di dalam air. Pelatih akan
mempunyai pengetahuan tentang fisiologi menyelam, keselamatan menyelam, persekitaran
dalam air, komunikasi dan lain-lain. Secara tidak langsung, pelatih turut berpeluang menjadi
seorang penyelam yang profesional.

Di bawah bidang hospitality pula contohnya, pelajar boleh mengikuti program Seni
Kulinari, Bakeri dan Pastri, Fesyen dan Membuat Pakaian, Kosmetologi ataupunPendidikan
Awal Kanak-Kanak. Seorang pelajar KV mengambil jurusan Bakeri dan Pastri akan mempelajari
cara-cara menghasilkan roti,kek, manisan, coklat serta pelbagai jenis pencuci mulut dan resepi-
resepi baharu dengan penekanan kepada aspek kreativiti dan inovasi. Mereka juga akan
didedahkan dengan Pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini, selain daripada komponen
akademik yang perlu dipelajari. Program ini akan menyediakan pelajar untuk menceburi pelbagai
kerjaya yang berkaitan dengan bakeri dan pastri seperti bekerja sebagai chef dessert di restoran
berstatus tinggi ataupun di hotel di dalam dan di luar negara.

6.3 IMPLIKASI PERUBAHAN

Setiap perubahan yang ingin dilakukan pasti akan memberi implikasi kepada sesiapa
sahaja. Bagi transformasi ini, ia turut memberi implikasi kepada guru/pensyarah, pelajar dan
ibub a p a . I m p l i k a s i ya n g p e r t a m a m e r u p a k a n t e r h a d a p g u r u / p e n s ya r a h d i
m a n a a p a b i l a transformasi ini berlaku, para guru/pensyarah berasa tidak berpuas hati.
Ini kerana mereka terpaksa mengajar lebih masa berbanding sekolah harian dengan ga#i yang
sama. Selain itu ,mereka turut dibekalkan National & Occupational Skills Standard (NOSS)
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) bagi Kolej Vokasional dan perlu
menggubal sendiri kertas penerangan, kertas tugasan dan kertas penilaian untuk pelajar.

Implikasi yang kedua adalah terhadap pelajar di mana transformasi ini akan memberi
laluan yang lebih baik bagi pelajar dalam menentukan masa depan mereka serta laluan kerjaya
mereka. Selain itu, ia turut memberi peluang yang labih luas kepadda pelajar untuk mendapatkan
pendidikan menyeluruh dengan kursus pilihan mereka. transformasi juga turut memastikan
pelajar dilengkapi dengan kemahiran tertentu sama ada kemahiran teknikal,
praktikal pengetahuan akademik atau kemahiran pekerjaan. Melalui program transformasi ini
pelajar juga dapat mengurangkan waktu untuk memperolehi diploma di mana mereka
mengambil masa empat tahun bermula dari umur 13 tahun dan memperolehi diploma pa!a usia 4
tahun berbanding pelaar lain yang memperolehi diploma pada usia 1 tahun dan
belum tentu memperoleh pekerjaan. Implikasi yang ketiga adalah terhadap ibu bapa di mana
ibu bapa risau mengenai masa depan anak mereka kerana pelajar ini tidak mengambil Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM)hala tuju Kolej vokasional tidak dijelaskan dengan terperinci bagi
pendapat mereka bahawa peluang kerjaya bagi aliran vokasional juga tidak stabil dan mereka
takut jika anak mereka mengambil aliran vokasional ini anak mereka tidak akan
memperoleh kerjaya yang bagus berbanding dengan aliran sains atau kejuruteraan.

Implikasi yang ketiga adalah terhadap ibu bapa di mana ibu bapa risau mengenai masa
depan anak mereka kerana pelajar ini tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hala tuju
Kolej Vokasional tidak dijelaskan dengan terperinci, bagi pendapat mereka bahawa peluang
kerjaya bagi aliran vokasional juga tidak stabil dan mereka takut jika anak mereka
mengambilaliran vokasional ini, anak mereka tidak akan memperoleh kerjaya yang bagus
berbanding aliran sains atau kejuruteraan.

Anda mungkin juga menyukai