Anda di halaman 1dari 1

Subjek pendidikan seni Visual (PSV) merupakan subjek pilihan di peringkat Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) untuk pelajar-pelajar aliran kesusasteraan dan kesenian dikebanyakkan sekolah-
sekolah di Malaysia. Diperingkat sekolah menengah rendah, Pelajar-pelajar mula mengambil
subjek ini bermula dari tingkatan 1 dan sebelumnya bermula seawal tahun 5 di peringkat sekolah
rendah dan merupakan mata pelajaran wajib diperingkat ini. Bagi memudahkan dan mengecilkan
skop tugasan ini, Subjek Pendidikan Seni Visual tingkatan dua akan menjadi rujukan dan
perbincangan berkaitan masalah pembelajaran di kalangan pelajar di SMK Seri Permaisuri,
Cheras, Kuala Lumpur. PSV merujuk kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain
seperti seni muzik, sastera atau seni mempertahankan diri. PSV sekolah menengah lebih
menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan dalam aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan.

Tujuannya untuk meningkatkan daya kretiviti pelajar disamping membawa nilai-nilai positif
didalamnya. Kurikulumnya melibatkan perkara berkaitan seni halus, komunikasi visual, reka
bentuk dan kraf tradisional. Pelajar-pelajar diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan
diharapkan pelajar mengamalkannya dalam kehidupan serta mengaplikasikan ilmu yang
diperolehi untuk meningkatkan nilai hidup (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002).