Anda di halaman 1dari 1

Abstrak

J1 Kajian tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam mengaplikasikan ilmu seni. Kajian ini adalah
berdasarkan kajian-kajian lepas mulai 2010 hingga 2016. Kandungan kajian ini lebih menumpukan
pada metodologi kajian Pendidikan Awal Kanak-Kanak melalui aktiviti seni, melibatkan populasi,
persampelan, saiz dan jarak. Pendidikan awal kanak-kanak adalah banyak mengaplikasikan seni
kerana kanak-kanak diajar secara kreativiti dan imaginasi. Pendidikan tradisi awal kanak-kanak
memberi pendidikan dan bagaimana mengaplikasikan seni dalam pengajaran. Selain itu, seni boleh
menerangkan tentang agama, politik, ekonomi dan teknologi dalam sesuatu bentuk kebudayaan. Hal
ini disebabkan oleh Artikel ini adalah memberi tumpuan dan mengkaji trend kajian yang lepas yang
berkaitan Pendidikan Seni Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula dari tahun 2010 hingga
2016. Intihan, mendapati bahawa aktiviti seni adalah perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan
Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Kanak-Kanak belajar untuk meluahkan emosi dan perasaan mereka
yang seterusnya secara tidak berlangsung menjadi terapi pada diri mereka. Peranan pendidik,
pengurus dan pelaksana Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak perlu diberi keutamaan dalam
membantu Perkembangan Kanak-Kanak Secara Holistik. J2 Latihan Berasaskan Komputer
Multimedia Interaktif adalah latihan bahan pendidikan melalui komputer. Objektif utama adalah
membincangkan bagaimana guru boleh mengintegrasikan Kaedah Pembelajaran Dan Pengajaran
(P&P) secara konvensional seiring dengan Penggunaan Latihan Berasaskan Komputer Multimedia
Interaktif Terhadap Proses P&P Pendidikan Seni Di Peringkat Awal Kanak-Kanak. Dalam pada itu,
membincangkan ciri-ciri atau gaya pembelajaran learning styles yang digemari oleh kanak-kanak
mengikut perkembangan menyeluruh mereka. Di samping itu, menyentuh juga tentang kelebihan-
kelebihan teknologi komputer atau multimedia yang mana dapat membantu meningkatkan minat dan
motivasi pelajar-pelajar secara amnya di sekolah. Pada waktu yang sama, kajian penulis tentang
mengaplikasikan kajian berasaskan kepada analisa perbincangan secara mendalam terhadap kajian-
kajian lampau yang berkaitan dengan Penggunaan Teknologi Dan Latihan Berasaskan Komputer
Multimedia Interaktif amnya dan pendidikan seni peringkat awal kanak-kanak khasnya. Secara tuntas,
penulis ini membuka ruang bagi mewujudkan kesedaran di kalangan warga guru terhadap peluang
untuk memperbaiki dan memperkasakan kaedah P&P dengan memanfaatkan teknologi komputer atau
multimedia yang bersifat lebih interaktif dan menarik. J3 Dalam meniti arus kemodenan ini,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan dua
perkara yang sangat berbeza. Tambahan pula merupakan satu gabungan yang sangat unik iaitu
gabungan antara duanya yang merupakan sesuatu perkara yang sangat mencabar. Oleh hal yang
demikian, PSV pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggung jawab besar
bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan dapat memproduksi penghayat dan seniman visual sebagai
katalis bagi Perkembangan Industri Kreatif di Malaysia. Oleh itu, kewujudan ICT dan perisian