Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Pendemokrasian bermaksud pembentukan sesebuah negara melalui demokrasi atau


pemilihan rakyat kepadapemimpin melalui pilihan raya. Negara yang mengamalkan sistem
demokrasi, mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.

Wakil-wakil rakyat yang dipilih mewakili parti yang bertanding dalam pilihan raya
tersebut.Parti yang menang dan berhak membentuk kerajaan adalah parti yang mendapat
undian majoriti daripada rakyat. Rakyat yang akan menentukan siapakah yang akan
membentuk dan menerajui kerajaan.

Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Sepanjang sejarah


dunia telah wujud pelbagai doktrin demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat dunia.
Walaupun diketahui secara hakikatnya demokrasi bukanlah jenis pemerintahan yang dominan
dalam sejarah dunia tetapi sejak kebelakangan ini, pemerintahan berbentuk demokrasi adalah
yang paling dominan. 3 klasifikasi utama demokrasi yang wujud atau pernah wujud ialah natural
right democracy, democratic liberalism, dan contemporary demokrasi. Demokrasi adalah
merupakan satu struktur atau cara masyarakat disusun, selain itu juga corak pemerintahan
sebuah negara adalah ditentukan oleh rakyat atau lebih dikenali sebagai pemerintahan rakyat.
Sepertimana dikatakan oleh Abrahim Lincoln bahawa demokrasi adalah sebuah pemerintahan
rakyat, yang berfungsi untuk rakyat. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri
dalam sistem pemerintahan negara manakala rakyat berpeluang membentuk kerajaan.

Pada pendapat saya, rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka
berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan
raya. Selepas Perang Dunia Kedua, banyak negara telah mengatakan sebagai sebuah negara
demokrasi yang mengamalkan demokrasi rakyat serta menjunjung kepentingan rakyat semasa
memperkenalkan dasar mahupun pelbagai amalan,termasuk menindas rakyat. Pada dasarnya
tidak semua negara demokrasi yang mengamalkan pemerintahan rakyat mendatangkan
kebaikan seperti suasana aman atau harmoni dalam kehidupan rakyat. Definisi Banyak
takfsiran telah diberikan mengenai demokrasi dan boleh dirumusan sebagi satu corak
pemerintahan atau amalan yang membolehkan rakyat mengemuakakan kehendak tanpa
sekatan, namun begitu rakyat sedar tidak semua pemintaan akan ditunaikan sepenuhnya oleh
pemerintah. Oleh itu lebih tepat sebagai kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.
Demokrasi bermaksud pelbagai. Iaitu bebas membuat pilihan, mempunyai hak untuk
membuat sesuatu dan lain lain. Demokrasi dianggap sebagai satu amalan yang baik dan
disanjung kerana beberapa faktor. Demokrasi prihatin atau peka kepada kepentingan rakyat.
Tidak seperti corak pemerintahan seperti monarki, diktator dan autokrasi yang memberi
keutamaan kepada golongan minoriti yang memegang kuasa atau memerintah. Demokrasi
tidak mengambil kira kepentingan golongan tertentu kerana ia mengganggap semua lapisan
masyarakat adalah sama dan layan sama harus diberikan. Selain itu rakyat biasa dianggap
sebagai golongan yang hadrus diberi keutamaan dalam segala lapangan pemerintahan supaya
rakyat tidak merasakan diri mereka rasa tertindas. Sebagai contoh rakyat digalakan untuk
terlibat sama dalam menenetukan apa dasar atau polisi kerajaan, bahkan juga rakyat berhak
untuk untuk membantah segala cadangan kerajaan jika kerajaan tidak dapat memenuhi
kehendak rakykmatat atau menyeleweng daripada dasar yang telah dipersetujui. Demokrasi
diasaskan atas prinsip kesamaan.

Dari aspek hak, setiap rakyat dianggap mempunyai hak yang sama serta berhak untuk
menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang sama dan oleh itu di negara demokrasi bagi
rakyat yang masih mundur maka disediakan keistimewaan seperti pembangunan supaya jurang
dapat di kurangkan. Ada penyokong demokrasi menentang pendapat yang menyatakan
bahawa demokrasi memberi keistemewaan kedudukan individu kerana asas kebebasan adalah
hak manusia adalah sama rata. Disamping itu demokrasi menolak pendapat bahawa terdapat
manusia dilahirkan sebagai hamba dan kaum elit memiliki hak kebebasan. Semua rakyat bebas
bertindak dalam proses kerajaan. Penglibatan dalam kerajaan demokrasi boleh membangunkan
pemikiran seseorang dalam tindak-tanduknya dan boleh mengelakkan rakyat merasa rendah
diri. Kerajaan demokrasi mengambil kira kebajikan awam serta dibenarkan untuk bertindak
terhadap kerajaan seperti pemilihan dalam pengundian awam.

Demokrasi menjaminkan kebebasan sebagai hak asasi corak pemerintahan, demokrasi


lebih terbuka dari segi memberi hak kebebasan kepada rakyat berbanding pemerintahan yang
lain. Kebebasana yang diberikan bukanlah kebebasan mutlak serta boleh melakukan
sewenang-wenangnya dalam setiap aspek. Bagaimanapun kebebasan merupakan asas yang
paling utama dalam segala hak yang lazim kerana tidak semua manusia dapat memilih dan
menentukan sendiri cara yang baik dan buruk bagi diri mereka.