Anda di halaman 1dari 4

PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS

Konsep Pendekatan

Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagi


melaksanakan sesuatu tugas, (Kamus Dewan,2003). Definisi yang diberikan oleh
Kamus Dewan sememangnya umum, penulis memberikan takrifan ini mungkin untuk
situasi-situasi yang tertentu seperti menyelesaikan masalah atau konflik yang timbul
dan berbagai-bagai lagi.
Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan takrif pendekatan dalam konteks
pendidikan. Takrifan pendekatan dalam kontek pendidikan ialah satu cara mendekati
sesuatu atau perihal mendekati. Bagi lebih memahami, kita lihat contoh terdekat
dengan kita iaitu objektif pembelajaran. Bagi mencapai objektif pembelajaran,
seseorang guru perlu menggunakan beberapa pendekatan yang bersesuaian dengan
tahap keupayaan muridnya. Menurut Gestalt, situasi mempelajari sesuatu secara
keseluruhan dahulu dan kemudian mempelajari elemen-elemen yang ada di dalamnya.
Jika situasi ini diterima sebagai sebuah teori pembelajaran, maka ia merupakan suatu
bentuk pendekatan. Dalam istilah yang lebih mudah ialah pendekatan merujuk kepada
cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.

Kaedah Pengajaran

Kaedah pula lebih menekankan penyusunan langkah-langkah untuk

menyampaikan P&P secara sistematik berlandaskan prinsip dan teori pembelajaran.

Langkah-langkah P&P disusun rapi dan kesinambungannya diikuti dengan teliti supaya

ada urutan terarah atau berfokus untuk menghasilkan proses P&P yang berkesan.

Mangantar Simanjuntak 1982: 72


Kaedah berbentuk prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah atau peringkat-

peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan

tertentu
Kaedah Struktural

Rajah 1: Kaedah Struktural


Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang merupakan
kaedah paling awal. Pengajaran dan Pembelajaran yang bertujuan
memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan binaannya. Kaedah ini tidak mementingkan
penghayatan atau penikmatan sastera. Karya sastera dianalisis dari sudut pembinaan atau
strukturnya. Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu:
tema
persoalan
latar
plot
sudut pandangan
watak perwatakan
gaya bahasa
simbol / lambang
bentuk

Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuah karya


itu, di samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi
mengkaji elemen di atas. Bagi pelajar karya sastera adalah sebagai buah fikiran pengarang,
renungan ke dalam diri, imaginasi, emosi, penerapan pengetahuan, manipulasi dan
pengalaman kerohanian. Kaedah ini membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-
komponen di atas.

Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika, artistic dan
keunikan sastera dengan mengambil lira aspek inrtinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan
untuk memudahkan lagi memahaman pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen
dipertontonkan secara langsung dalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini
bekerjasama dan akhirnya terhasil karya yang padu.

Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu:

Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya. Perhubungan elemen ini akan dapat
dikesan apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya kesusasteraan.
Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan pembaca.

Falsafah disebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya boleh
ditemui melalui analisis secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk yang aktif.

Ciri-Ciri Kaedah Struktural:

Ia merupakan perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan seperti tema, plot,


watak perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk
keseluruhan karya. Dalam P&P sastera, pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan
perhubungannya hendaklah diberikan perhatian.

Kaedah ini menggunakan pendekatan induktif. Para pelajar dibimbing mencari dan
menemui objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukan guru yang mahir dan tahu
secara mendalam perhubungan elemen struktur tersebut. Objektif tertentu elemem struktur sahaja
yang diutamakan tanpa mengambil kira aspek-aspek lain.

Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran dimulakan dan


kemudian setiap unsur itu dijelaskan secara terperinci. Pembelajaran lebih banyak dipandu oleh
guru. Walaupun pelajar dibenarkan membincangkan sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi
perbincangan itu tidak boleh keluar daripada acuan yang telah ditetapkan oleh guru. Bahan bantu
mengajar (BBM) tidak dipentingkan, tetapi kefahaman elemen struktur sahaja dan ini memadai
dengan penerangan dan perbincangan ringkas sahaja. Kaedah ini sesuai di peringkat tinggi
sahaja.