Anda di halaman 1dari 2

Dewasa Ini, dalam era globalisasi yang kian mencabar, gejala sosia semakin berleluasadan

merunsingkan. Acap kali. Kita melihat kes-kes gejala sosial terpampang di dada akhbar mala disiarkan di
kaca televisyen. Perkara ini, tidak keterlaluan jika dikatakan menjadi lebih parah apabila kebanyakan
pelaku gejala sosial tersebut terdiri daripada golongan remaja. Memetik kata-kata Profesor Dr. Tun
Abdullah Hassa, seorang profesor yang melakukan kajian Peradaban Manusia, beliau sangat kecewa
apabila setiap pagi melihat ramai anak muda ditangkap secara kasar oleh pihak polis kerana dituduh
melakukan gejala sosial dalam berita semasa. Menyedari hakikat kata-kta itulah pihak kerajaan telah
bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian untuk merungkai permasalahan gejala sosial ini. Sungguh
malang apabila segala usaha kerajaan terkubur dan hampa seperti membunag garam ke laut kerana
gejala sosial langsung tidak berganjak dari zon selesanya. Namun persoalannya, apakah peranan ibu bapa
dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka dalam usaha mengelakkan mereka daripada gejala sosial?

Sememangnya terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk
sahsiah anak-anak mereka. Antaranya, ibu bapa perlulah memantapkan fizikal atau jasmani serta tubuh
anak-anak mereka. Jasman merupakan satu elemen yang prima bagi membentuk sahsiah anak-anak. Hal
ini kerana anak anak akan dapat membina keyakinan diri dalam menjaga tubuh badan mereka sendiri.
Apakah pula peranan ibu bapa untuk memastikan kesihatan fizikal anak-anak mereka dalam usaha
membentuk sahsiah mereka yang sempurna? Terdapat pelbagai aktiviti jasmani yang boleh dilakukan
anak-anak mereka bersama-sama ibu bapa mereka. Sebagai contoh, ibu bapa perlulaj membawa anak-
anak mereka untuk bersenam dan bersukan bersama-sama. Sebaik-baiknya, bawalah anak-anak keluar
tiga kali seminggu hanya untuk beriadah kerana bak kata pepatah badan cergas minda cerdas. Selain itu,
ibu bapa perlulah menghantar anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah seperti
kelab dan persatuan serta unit beruniform. Hal-hal sebegini membolehkan mereka untuk menjauhi diri
daripada terjebak dalam gejala sosial.

Selain itu, ibu bapa berperanan penting dalam mengawal dan memberi perhatian terhadap emosi
anak-anak mereka. Secara amnya, emosi manusia kian berubah mengikut perkembangan diri masing
masing. Perubahan emosi anak-anak sentiasa berubah terutamanya apabila mereka sudah mencapai usia
keremajaan. Perubahan emosi juga jelas ditunjukkan oleh emaja perempuan. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab ibu bapa perlu memahami emosi anak-anak mereka sekiranya mereka mengalami
perubahan emosi. Hal ini menyebabkan anak-anak akan biasa kerana alah bisa tegal biasa untuk
meluahkan isi hati mereka kepada ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa perlulah memahami emosi anak-
anak mereka. Sekiranya ibu bapa tidak memahami mengapa mereka berubah emosi maka anak-anak
mereka akan mudah tersinggung dan kecewa terhadap ibu bapa mereka. Tambahan pula, ibu bapa
perlulah meminta nasihat daripada pakar supaya mengetahui cara mengenali emosi anak-anak mereka.
Akhirnya, anak-anak mereka tidak akan melepaskan emosi dengan melibatkan diri dengan gejala sosial
kerana mempunyai ibu bapa yang memahami emosi mereka.

Seterusnya, ibu bapa juga berperanan untuk menyediakan sumber rohani yang kuat kepada anak-
anak. Hal ini sedemikian kerana faktor terbesar yang menyebabkan berlakunya gejala sosial dalam
kalangan remaja ialah kurangnya atau rapuhnya rohani tersebut. Hal ini membuktikan rohani merupakan
aspek yang tidak kurang pentingnya dalam usaha membentuk sahsiah anak-anak sekaligus mengelakkan
mereka daripada melakukan aktiviti gejala sosial. Agama pula meruapakan pilihan individu tetapi semua
agama menginginkan yang terbaik daripada penganutnya. Oleh itu, apakah peranan ibu bapa dalam
menyediakan sumber rohani yang kukuh dan kental kepada anak-anak mereka? Sebagai permulaan, ibu
bapa perlulah menguatkan iman anak-anak mereka, hal ini kerana iman yang kuat menjadi bekalan
kepada anak-anak mereka untuk menghindari diri daripada gejala sosial. Selain itu, ibu bapa perlulah
kerap membawa anak-anak mereka ke tempat ibadat. Hal ini membolehkan anak-anak untuk sentiasa
dekat dengan agamanya. Sememangnya peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak adalah
untuk menyediakan sumber rohani yang kukuh kepada anak-anak mereka sekaligus menjauhkan mereka
daripada gejala sosial.
Pada masa yang sama, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting untuk memberi ilmu
pengetahuan kepada anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah bahkan juga menghindari
mereka daripada gejala sosial. Ilmu pengetahuan amat penting kepada anak-anak mereka melalui ilmu,
anak-anak akan dapat membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan. Oleh itu, ibu bapa
perlulah memberikan secukupnya ilmu pengetahuan yang sedia ada dalam membentuk sahsiah anak-
anak. Cara yang paling mudah adalah dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Hal ini amat wajib
kepada ibu bapa agar anak-anak mereka dicurahkan ilmu yang berguna kepada mereka satu hari nanti.
Selain itu, ibu bapa perlu mengikuti perkembangan akademik anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa
haruslah sentiasa berhubung dengan guru-guru di sekolah untuk pengetahuan lanjut. Cara yang lain boleh
dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan membawa mereka ke pameran buku. Melalui pendekatan ini,
anak-anak mampu belajar dengan kondusif bersama-sama ibu bapa mereka. Semestinya, ibu bapa
berperanan menyediakan sumber intelek kepada anak-anak mereka dalam membentuk sahsiah anak-anak
mereka.

Selain itu, ibu bapa perlulaj memainkan peranan dengan memantapkan kemahiran sosial anak-anak
mereka. Kemahiran sosial dalam konteks ini sangat diperlukan dalam membentuk sahsiah anak-anak. Hal
ini sedemikian kerana melalui kemahiran sosial, anak-anak dapat mengetahui betapa buruknya kesan
melakukan gejala sosial melalui pemerhatian dan peninjauan. Oleh itu, apakah yang perlu dilakukan oleh
ibu bapa dalam usaha memantapkan kemahiran sosial anak-anak mereka? Kaedah yang paling asas
adalah dengan mengajar anak-anak mereka nilai-nilai murni. Sebagai contoh, nilai hormat-menghormati
dan kerajinan. Melalui nilai-nilai ini, sahsiah anak anak akan dapat dibentuk dengan sempurna. Selain
itu, anak-anak juga akan dapat membuat refleksi diri sendiri dan membentuk peribadi yang lebih baik.
Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil kerana melentur buluh
biarlah daripada rebungnya. Tambahan pula, ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka mengenai
pantang larang seperti membongkok apabila melalui orang yang lebih tua. Hal-hal ini mengajar anak-
anak muda untuk beradab sopan lantas menjadikan mereka sebagai remaja yang berbudi pekerti tinggi.

Konklusinya, Malaysia yang merupakan negara yang indah di mata duia serta mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum akan kelihatan buruk sekiranya gejala sosial dalam kalangan masyarakat
masih belum dibendung, bak kata pepatah Melayu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Oleh itu,
peranan semua pihak harus dimainkan terutamanya peranan ibu bapa kerana merekalah yang mencorak
keperibadian golongan muda kotemporari ini kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak
diibaratkan kain putih yang perlu dicorakkan dengan sempurna agar kelihatan cantik dan elok dipandang
mata. Kita janganlah menuding jari dan bersikpa pasif dalam hal ini kerana semua pihak turut serta dalam
membentuk sahsiah anak-anak muda. Mahukah kita melihat dunia ini sarat dengan kemusnahan dan
kegelapan akibat ketidakprihatinan kita? Semestinya tidak jawapan kita. Maka, bersama-sama lah kita
berganding bahu menyahut cabaran dengan mengemblengkan tenaga membentuk sahsiah anak-anak
muda agar mereka membawa kegemilangan negara di mata dunia satu hari nanti.