Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

SEK KEB CHERAS INDAH

TAHUN 2011

KALI KE-2

Tarikh : 13 Oktober 2011

Hari : Khamis

Masa : 1.30 petang

Tempat : Kamar Cahaya Nilam

KEHADIRAN

HADIR : Semua guru kelas

AGENDA : 1.0 Ucapan aluan Pn. Hamidah Binti Hariman (GPK HEM)

2.0 Perbincangan pemulangan skim pinjaman buku teks

3.0 Perkara-perkara berbangkit

4.0 Ucapan penangguhan

1.0 Ucapan GPK HEM

1.1 Pn Hamidah Binti Hariman mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada penyelaras dan
jawatankuasa SPBT 2011 sepanjang menguruskan SPBT pada tahun ini. Beliau mengharapkan
pelaksanaan akhir tahun diselesaikan dengan baik dan sifar masalah SPBT.

2.0 Perbincangan Pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks

2.1 Ust Ruslan memaklumkan bahawa tarikh pemulangan buku teks pada 3 November 2011 dan
tindakan adalah daripada semua guru kelas. Guru kelas perlu memberi peringatan kepada
murid-murid agar memeriksa buku-buku dan cari semua buku supaya cukup bilangan buku
seperti yang dipinjam.

2.2 Ust Ruslan memaklumkan tarikh penyerahan buku teks kepada murid pada 9 November 2011.

2.3 Ust Ruslan mengutarakan masalah yang dihadapi oleh pihak SPBT. Antaranya, murid tidak
membalut buku teks yang dipinjam. Oleh yang demikian Ust Ruslan mencadangkan
pendekatan ugutan sebagai percubaan supaya murid membalut buku teks/buku aktiviti
dimana buku teks tidak akan diserahkan kepada murid yang tidak membalut buku teks.
2.4 Borang G akan diedarkan kepada semua guru kelas. Borang tersebut perlu diisi untuk
pemulangan buku teks. Guru kelas perlu mengisi bagi semakan buku teks yang hilang. Ust
Roslan pula akan menguruskan borang murid yang kehilangan buku teks.

2.5 Pn Hamidah meminta semua jawatankuasa SPBT mematuhi jadual pemulangan buku teks dan
memastikan guru kelas berada di kelas ketika proses pemulangan buku teks dijalankan.
Seterusnya, pemulangan buku teks akan diuruskan oleh Ust Ruslan dan jawatanakuasa SPBT.

2.6 Pengganti Pn Rohani adalah En Yusuf. Maka, En Yusuf akan menguruskan pemulangan buku
teks bagi kelas 4 Tekun.

2.7 Pn Hamidah turut menyatakan tentang agihan buku teks yang hanya diberi kepada tahun 3,4,5
dn 6 sahaja. Tahun 3 sebelum rehat dan tahun 4,5 selepas rehat.

2.8 Pemberian buku teks terhadap tahun 1 dan 2 ditangguhkan kerana khuatir buku teks tersebut
akan rosak. Namun begitu, buku teks akan diberi kepada ibu bapa mereka di hari pertama
(orientasi) persekolahan tahun 2012.

2.9 Menurut Pn Hamidah lagi, murid yang kehilangan buku teks tidak akan diberi pinjaman buku
teks pada tahun 2012 melainkan murid tersebut membayar ganti rugi dalam bentuk wang
atau buku teks.

2.10 Seterusnya, perbincangan terhadap masalah murid yang kehilangan buku teks kemudian
mengambil buku teks orang lain.

2.11Pn Hamidah turut mengingatkan beberapa perkara yang perlu diambil tindakan susulan oleh
guru-guru. Ia adalah laporan akhir unit SPBT, perancangan taktikal dan laporan separuh
penggal kedua. Laporan hendaklah dihantar dalam format seperti format laporan pusat
sumber.

3.0 Perkara-perkara berbangkit

3.1 Pn Rajinah memberi pendapat mengenai masalah murid yang tidak membalut buku teks.
Menurut Pn Rajinah, tahun 1 mempunyai banyak buku aktiviti yang perlu dibalut dan ia akan
membebankan mereka. Pn Rajinah mencadangkan supaya hanya buku teks sahaja yang perlu
dibalut, buku aktiviti tidak perlu dibalut.

3.2 Mesyuarat memutuskan tindakan akan diambil kepada murid yang tidak membalut buku teks
dimana murid akan membalut buku teks semasa proses pemulangan buku teks pada 3
November 2011. Jika murid tidak dapat membalut buku teks, mereka akan diberi tempoh
sehingga 9 November 2011. Sehingga tarikh tersebut, murid yang masih juga tidak membalut
buku teks akan dipanggil berjumpa GPK HEM.

3.2 Pn Hamidah berpendapat, punca masalah murid tidak membalut buku teks adalah kerana
sikap malas mereka.

3.3 Pn Wan Maimon mencadangkan supaya murid membalut buku teks di depan guru bagi mana-
mana murid yang masih tidak membalut buku teks.
3.4 Pn Hammidah memberitahu bahawa surat pekeliling akan dikeluarkan kepada murid-murid
supaya membalut buku teks untuk tahun 2012.

3.5 Pn Rohani mengucapkan terima kasih kepada En Yusuf kerana sudi menggantikannya sebagai
guru kelas 4 Tekun. Ini disebabkan ketiadaan Pn Rohani yang akan mula bercuti pergi
menunaikan haji pada 24 Oktober 2011.

3.6 Pn Marlina membangkitkan isu buku teks dan buku aktiviti tahun 1 dan 2. Proses pengiraan
buku teks untuk tahun 2 perlu dilakukan bagi mengelakkan keciciran buku teks terutamanya
bagi buku teks KSSR.

3.7 Ust Ruslan memberitahu bahawa buku aktiviti tahun 1 sudah sampai dan diterima oleh pihak
sekolah.

3.8 Menurut Ust Ruslan, unit SPBT akan meminta pertolongan daripada murid untuk membantu
pengurusan pemulangan buku teks.

3.9 En Yusuf bertanyakan mengenai kehadiran Cikgu Zatul Akmal ke sekolah yang akan
memulakan tugas mengajar selepas rehat cuti bersalin.

3.10 Ust Ruslan mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa SPBT yang telah hadir dalam
mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_______________________ __________________

(Cik Nadiyah Binti Mohd Salikin) (Ust Ruslan Bin Yusuf)

Setiausaha SPBT 2011 Penyelaras Unit SPBT 2011

Disahkan oleh:

____________________

(Pn Hamidah Binti Hariman)

GPK HEM

Anda mungkin juga menyukai