Anda di halaman 1dari 2

Pantun Teka Teki

1.Dari jauh nampak menjalar, 9. Panjangnya tidak pendek pun tidak,


Tempat dituju sudahlah pasti; Nampak berbelit janganlah cemas;
Badannya panjang bukannya ular, Cubalah jawab jangan mengelak,
Berhenti di stesen bukannya jeti. Pakai di pinggang terasa kemas.

2.Dari mana asalnya kuah,


Cair dan pekat seakan susu;
Isi dimesin baru diperah, 10.Cubalah fikri jikalau bijak,
Silalah jawab janganlah membisu. Di dalam hidup janganlah lalai;
Jam bukan gelang pun tidak,
Dua tangan sekali pakai.
3.Bila berpusing amatlah laju,
Sekali tekan teruslah masuk;
Biasa diguna pada kayu, 11.Camar pulang di waktu petang,
Hanya berputar tak perlu dietuk. Hati melihat terasa sepi;
Apakah dia wahai Cik Abang,
4.Pandai berenang seakan ikan, Luas terbentang tiada bertepi.
Kulitnya keras seakan topi;
Labi-labi bukan,kura-kura pun bukan,
Bertelur di pantai hatinya sepi. 12.Dalam permainan selalunya ada,
Ia ditiup bukannya dibedil;
5.Bukannya jauh dekat sahaja, Cuba fikir apakah benda,
Antara hidung dengan telinga; Lambang kuasa kepada pengadil.
Jikalau cantik tentu dipuja,
Cubalah fikir apa jawabnya.
13.Tak boleh diminum atau dimakan,
6.Boleh ditolak berulang-ulang, Simpan ia janganlah lalai;
Usahlah laju nanti terjatuh; Apakah benda berilah jawapan,
Apakah benda ke depan dan ke belakang, Gunanya membunuh serangga dan
Cubalah jawab janganlah mengeluh. rumpai.

7.Bukannya kapak bukannya parang,


Batangnya lurus bukannya tiang,
Apakah perkakas dipakai orang,
Gunanya untuk mengorek lubang.

8.Kalau dahulu gunakan buluh,


Zaman sekarang banyak pilihan;
Semasa susah tak perlu mengeluh,
Di dalamnya ada wang tambahan.
1.Keretapi
2.Santan
3.Gerudi
4.Penyu
5.Pipi
6.Buaian
7.cANGKUL
8.Tabung
9.Tali pinggang
10.Gari
11.Laut
12.Wisel
13.Racun