Anda di halaman 1dari 3

MINGGU 1

i. Sesi suai kenal bersama Pensyarah, En Abdul Hamid Bin Chan dan juga rakan-rakan
seperjuangan yang mengambil Kursus ADP3043, Tari Tradisional Melayu.
ii. Kelas ini terdiri dari pelajar major iaitu 20 orang dan juga pelajar elektif iaitu seramai 10
orang
iii. Pensyarah memberikan sedikit taklimat dan pengenalan mengenai apa itu Tarian Melayu
serta menjelaskan secara keseluruhan pengagihan markah bagi kursus ini.
iv. Kami diberi tugasan iaitu untuk mencari Apa itu Tarian Folk Dance?

MINGGU 2
i. Pensyarah memberikan kami pendedahan iaitu beberapa step dalam Tarian Asli.
ii. Kami cuba mengaplikasikan step yang diperkenalkan.
iii. Menghantar tugasan yang telah diberikan pada minggu sebelumnya.

MINGGU 3
i. Kami meneruskan pembelajaran dengan mengenalpasti tarian-tarian yang ada dalam
Tarian Tradisional Melayu di Malaysia.
ii. Pensyarah memberikan kami pendedahan mengenai cara hidup disesuatu kawasan itu
yang menyebabkan berlakunya sesebuah tarian.
iii. Kebanyakan tarian dari negeri Sabah dan Sarawak
iv. Setiap negeri mempunyai identiti tarian masing-masing. Seperti Johor terkenal dengan
Tarian Zapin.

MINGGU 4
i. Pensyarah mengenalkan step yang baharu yang mengandungi senandung, buka tepak
sireh, tutup tepak sireh, sapu sireh dan makan sirih.
ii. Pada waktu ini, kami mempraktikkan step-step dalam keadaan duduk bersimpuh.
iii. Pada mulanya, memang agak sulit bagi saya sebab kurang menekankan aspek kelembutan
dan tidak berapa faham dengan urutan musik yang dimainkan dengan pergerakan.

MINGGU 5
i. Pensyarah sering menekankan peranan wanita melayu dahulu yang serba sopan, tidak
memakai pakai yang menjolok mata serta sentiasa bersikap malu jika berhadapan dengan
lelaki.
ii. Pada minggu ini, kami diberikan step-step baharu bagi menyempurnakan dengan
rentak lagu.
iii. Latihan demi latihan yang dijalankan adalah amat memberansangkan saya yang agak
kasar ini.

MINGGU 6
i. Pada minggu ini, pensyarah mengadakan ujian secara praktikal iaitu kami perlu
mengaplikasikan semua step yang telah diajar seiring dengan lagu.
ii. Ujian ini diljalankan secara berdua iaitu mengikut urutan nama.

MINGGU 7
i. Latihan dijalankan seperti biasa dengan memulakan dengan latihan yang diterapkan pada
minggu lepas.
ii. Memantapkan lagi step dengan tambahan step baru iaitu step berjalan pula (dalam
keadaan berdiri)
iii. Pensyarah menegaskan cara memakai kain sarung dengan betul sera macamana eye-
contact dengan penonton semasa persembahan nanti. Terutamanya semasa step sapu
sireh.

MINGGU 9
i. Pensyarah memantapkan lagi step serta mensyusun kedudukan pelajar mengikut
kedudukan persembahan akhir nanti.
ii. Kami melakukan beberpa kali latihan supaya dapat mengingati kesemua step.
iii. Kami diarahkan oleh pensyarah untuk melakukan Jurnal peribadi bagi kelas ini.

MINGGU 10

MINGGU 11
i. Menjalankan latihan bagi memantapkan lagi lakuan serta melakukan persediaan untuk
persembahan.
ii. Pada mulanya, pensyarah mengarahkan untuk melakukan secara serantak iaitu, semua
pelajar sekali gus.
iii. Tetapi, memandangkan banyak yang silap, pensyarah terpaksa melakukakan secara
bertiga-tiga supaya dapat melihat dengan jelas serta dapat membetulkan kesalahan yang
kami lakukan.

MINGGU 12
MINGGU 13