Anda di halaman 1dari 4

Konsep pembangunan dan Alam Sekitar

Seluruh dunia kini telah memasuki era moden dan pembangunan seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat.Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar
merupakan impian semua negara dunia hari ini. Walaubagaimanapun, sehingga kini,
pembangunan telah menjadikan keutamaan sehingga alam sekitar menjadi mangsa.
Manusia dan haiwan memainkan peranan yang penting dalam menentukan keseimbamgan
alam sekitar.

Kesan kepada alam sekitar akibat perbuatan manusia begitu besar dan kini kita telah dapat
merasai perubahan tersebut. Hal ini dapat dilihat dengan berlakunya bencana alam yang
begitu besar seperti tsunami, kemarau, banjir besar, gempar bumi, tanah runtuh, banjir
lumpur dan sebagainya. Secara umumnya, kita dapat melihat bahawa terdapat lebih 40%
daripada muka bumi ini telah dimusnahkan oleh kegiatan manusia yang tidak
bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar. Ada muka bumi yang terus tandus
disebabkan oleh pemanasan global atau paras air laut yang semakin meningkat yang
disebabkan percairan ais yang tidak terkawal.

Jenis-jenis pencemaran

Seiring dengan pembangunan yang semakin pesat pada abad ini, ianya secara todak
langsung telah menyebabkan pemcemaran yang dapat memudaratkan kesihatan manusia
dan menjejaskan sistem alam sekitar. Fenomena ini bukan hanya berlaku di Malaysia
sahaja malah di seluruh dunia juga di sebabkan manusia yang kurang sedar mengenai
pengurusan alam sekitar yang perlu di jaga bersama. Empat jenis pencemaran utama yang
terdapat di Malaysia pada masa ini. :-

Pencemaran Air

Pecemaran air berlaku apabila terjadinya pembangunan tanpa kawalan. Perkara ini
menyebabkan sifat air berubah dan memberikan kesan negative kepada manusia dan alam
sekitar. Perkara ini memberikan kesan yang besar kepada manusia kerana manusia
memerlukan air untuk meneruskan kehidupan seharian.

Penyakit yang disebabkan oleh pencemaran air :-

1. Hepatitis
2. Cryptos poridium
3. Cirit-birit
4. Cacing dan sebagainya
Punca-punca pencemaran air

Pembuangan sampah yang tidak terkawal


Najis
Sisa pembuangan
Bahan kimia
Tumpahan minyak

Pencemaran Bunyi

Pembangunan masa kini telah memberikan kesan kepada pecemaran bunyi. Pecemaran
bunyi disebabkan oleh :-

1. Bunyi kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan yang
berenjin.
2. Pembangunan di kawasan industri yang mengeluarkan bunyi apabila melalui
pemprosesan bahan, jentera dan kenderaan yang terdapat di dalam kilang tersebut.
3. Pembinaan kawasan petempatan mengeluarkan bunyi yang kuat apabila memasang
cerucuk-cerucuj besi di dalam tanah untuk pembinaan bangunan-bangunan yang
tinngi.
4. Kuari juga merupakan punca pencemaran bunyi yang mana ianya memecahkan
batu, enjin gerudi, dan pemunggahan batu ke lori yang menghasilkan bunyi yang
kuat.
Pencemaran Udara

Pencemaran udara ialah berlakunya pembebasan atau penyebaran bahan kimia ke


atmosfera sehingga menyebabkan kesan negative kepada kehidupan manusia dan haiwan.
Jenis-jenis bahan pencemaran yang biasa terdapat di ruang udara negara Malaysia ialah,
Karbon Monosikda, Nitrogen Dioksida, Plumbum dan Sulfur Dioksida.

Punca-punca pencemaran:-

Asap kenderaan
Bahan pencemar daripada kilang
Pembakaran terbuka
Pembakaran hutan
Penyemburan racun perosak
Penggunaan baja dalam pertanian

Antara kesan-kesan pencemaran udara :

1. Berlakunya pernipisan ozon yang menyebabkan pendedahan secara terus matahari


kepada manusia dan memyebabkan kanser kulit. Selain itu, penipisan ozon dapat
menyebabkan pecairan ais di kutub Utara.
2. Berlakunya hujan asid yang menyebabkan hakisan pada bangunan, tanah akan
berasid dan sebagainya yang akan berlaku.
3. Berlakunya pemanasan global yang menyebabkan haba dibumi terperangkap dan
bumi menjadi panas.
4. Penglihatan manusia boleh terjejas disebabkan oleh asap dan jerebu. Kesan jerebu
ialah mendapat penyakit seperti penyakit radang mata, gangguan kepala dan hidung,
gangguan sistem pernafasan dan patrikulat yang menyebabkan peradangan dan
meninggalkan kesan pada tisu paru-paru.
Pencemaran Tanah/Darat

Pencemaran tanah berlaku akibat perbuatan atau pembuangan sesuatu bahan di sesebuah
kawasan sehingga berlakunya pertukaran warna pada tanah, hakisan dan kesuburan tanah.

Punca berlakunya adalah seperti :

1. Pembuangan bahan kimia


2. Pembuangan sampah sarap yang tidak terkawal
3. Aktiviti perlombongan
4. Tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan terumbu karang
5. Penebangan hutan yang tiada pemantauan.

Langkah-langkah pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia

1. Jabatan Alam Sekitar (JAS)


2. Dasar Alam Sekitar
3. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
4. Akta Perhutanan Negara 1984
5. Dasar kebangsaan
6. Matlamat Pembangunan Kelestarian (SDG)