Anda di halaman 1dari 1

SEBELUM KITA MEMOHON KEHADRAT ALLAH SWT, MARILAH KITA

SAMA-SAMA MEMBACA UMMUL KITAB:


ALFATIHAH




,



Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak
ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang melimpah ruah kepada
kami .


Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan
potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai. Justeru berkati dan rahmatilah majlis kami ini. Kurniakanlah
kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah
menerima dan menghayati serta mengamalkannya.


Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota badan, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan dan semangat.
Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
masyarakat dan negara.