Anda di halaman 1dari 3

Jurnal Reflektif Minggu Keenam

( 29 Ogos 2016 2 September 2016)


Tajuk Jurnal : Masalah tidak tahu membuat kerja rumah dengan sendiri.

Isu/ Peristiwa/ Masalah yang difokuskan

Tidak mengetahui cara untuk membuat kerja rumah dengan sendiri

Perkembangan/ Isu/ Peristiwa/ Masalah/ Yang difokuskan relevan/ Sesuai

Pada minggu ini, saya menghadapi masalah yang agak berbeza iaitu tidak
tahu membuat kerja rumah dengan sendiri terutamanya murid-murid lemah. Murid
murid itu mengahadapi masalah tidak tahu membuat kerja rumah dengan sendiri .
Sebilangan murid di kelas saya telah menyiapkan kerja rumah yang saya beri tetapi
murid-murid yang berkenaan pula tidak menyiapkan kerja rumah mereka kerana
tidak faham dan tidak tahu cara untuk membuat kerja itu. Oleh sebab itu, guru tidak
boleh menyemak buku latihan, buku aktiviti dan lembaran kerja mereka.

ANALISIS MASALAH

Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, kemungkinan besar saya
sukar untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan keadaan
yang lebih teratur dan sistematik dalam mewujudkan suasana bilik darjahyang
mesra budaya

TEMPOH MASA

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam dua minggu. Mengingat nama
murid adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajarandan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasisecepat mungkin sudah
tentu objektif-objektif yang dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

TINDAKAN SUSULAN YANG DIRANCANG UNTUK MENYELESAIKAN


MASALAH

Saya patut bartanya dengan guru-guru terlatih di sekolah saya tentang


masalah ini supaya saya dapat membaiki diri saya. Di sampingitu, saya harus
berbincang dengan guru pembimbing cara mengelakkan masalah ini. Guru
pembimbing saya pula menasihati saya supaya memberi kerja rumah mengikut tahap
murid. Manakala, saya juga bercadang untuk menyediakan hadiah untuk murid yang
membuat kerja rumah setiap hari khususnya bagi murid yang lemah. Ini adalah kerana
ganjaran memberi impak yang besar bagi memperbetulkan kesilapannya. Saya juga
bercadang untuk memuji murid yang membuat kerja rumah dengan kemas di hadapan
semua murid. Sehubungan dengan itu, saya juga bercadang untuk menyediakan
latihan berdasarkan tahap murid. Saya juga bercadang untuk menggalakkan murid
membuat kerja rumah pada waktu p&p dan masa rehat pada waktu sekolah.

KESIMPULAN

Murid murid akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan dirinya dan


berusaha untuk menyiapkan kerja rumah dengan sendiri bagi mendapatkan ganjaran
yang disediakan dan mengelakkan daripada dikenakan dendaan. Secara individu,
murid murid mempunyai motivasi untuk bersikap positif kerana murid murid akan
mendapat ganjaran. Pasti akan timbul keinginan dalam diri murid - murid lain untuk
mendapatkan ganjaran tersebut apabila sudah ada rakan- rakan mereka yang
memperolehnya. Keadaan ini bertetapkan denganTeori PelazimanOperan Skinner di
mana peneguhan positif (pemberian ganjaran harian) adalah rangsangan untuk
menambahkan kebarangkalian pengulangan tingkah laku positif yang diinginkan guru.
Peneguhan negatif (dendaan) juga diaplikasikan bagi memberi kesan yang tidak
menyeronokkan dalam diri murid-murid dan dengan harapan mereka akan mengulangi
tingkah laku yang diingini guru.
Tandatangan Pelajar Guru Tandatangan Guru Pembimbing Tandatangan Pensyarah Penyelia

............................................ .......................................... ...............................................

( ) ( ) ( )

Tarikh : Tarikh : Tarikh :