Anda di halaman 1dari 4

Jurnal Reflektif Minggu Kesepuluh

(2 Oktober 2016 7 Oktober 2016)

Tajuk Jurnal : Masalah komunikasi Guru dan Murid

Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)


khususnya dalam matapelajaran Matematik , saya berpendapat bahawa kebanyakan
murid kurang memberi perhatian terhadap pelajaran. Ada di kalangan murid yang
tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising dan berbual dengan rakan
disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini kebarangkalian berpunca dari
kelemahan guru sendiri dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan
interpersonal.

ISU/ PERISTIWA/ MASALAH YANG DIFOKUSKAN

Sebagai guru, saya tidak menafikan bahawa guru seharusnya memilih corak
kepimpinan yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai dalam
mewujudkan interaksi berkesan dengan murid-murid seterusnya mempengaruhi
pembentukan minat murid terhadap pelajaran.

Perkembangan isu yang difokuskan

Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan


yang berlaku dalam bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid,
keadaan bilik darjah yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan
sebagainya. Kebisingan bilik darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi
kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-
muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikap
murid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar. Mok Soon Sang
menyatakan, Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam
bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan
menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Analisis Masalah

Corak kepimpinan guru dalam bilik darjah juga mungkin mempengaruhi corak
interaksi guru dengan murid. Guru mungkin mengamalkan kepimpinan autokratik di
mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi
peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya,
interaksi di antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif.

TEMPOH MASA

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh masa dua minggu. Masalah
disiplin harus ditangani segera bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah
tentu objektif-objektif yang dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

TINDAKAN SUSULAN YANG DIRANCANG UNTUK MENYELESAIKAN


MASALAH

Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan


masalah yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-
teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melaksanakan corak
kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak
kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi
keberkesanan komunikasi yang berlangsung (samada berkesan atau tidak
berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan
kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan murid-muridnya:

1. Interaksi antara guru dan murid adalah dua hala. Murid cergas bertindak balas
terhadap aktiviti pengajaran guru.

2. Interaksi di antara murid dengan murid dapat digalakkan. Murid-murid melibatkan


diri secara aktif dan bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan dalam bilik darjah.

Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran


berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik
seperti berikut:

Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga,


tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian
sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik
perhatian orang yang berkomunikasi. Mok Soon Sang (2003)
Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru
juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan.
Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.

KESIMPULAN

Saya sedar bahawa komunikasi antara guru dan murid sangat penting. Bagi
mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru harus memastikan
interaksi yang berlaku adalah secara berkesan. Dalam aspek kemahiran komunikasi
berkesan, guru perlu menggunakan nada suara yang lebih jelas dan intonasi suara
yang betul agar dapat diterima dan difahami oleh murid tersebut.

Tandatangan Pelajar Guru Tandatangan Guru Pembimbing Tandatangan Pensyarah Penyelia

............................................ .......................................... ...............................................


( ) ( ) ( )

Tarikh : Tarikh : Tarikh :