Anda di halaman 1dari 1

MATLAMAT

Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah bertujuan membentuk individu yang


berfikrah matematik iaitu membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran
asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan
bertanggungjawab dalam kehidupan seharian dalam menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan, berlandaskan sikap dan nilai agar berupaya menangani cabaran dalam
kehidupan harian, selaras dengan perkembangan sains dan teknologi dan cabaran abad ke-
21.

OBJEKTIF

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik bertujuan membolehkan murid mencapai


objektif berikut:
1. Membentuk fikrah matematik.
2. Membentuk pemahaman dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam
pelbagai konteks.
3. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi
yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan
Algebra serta Statistik dan Kebarangkalian.
4. Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang
matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.
5. Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol
dan istilah yang betul.
6. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat
penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.
7. Membentuk pemikiran aras tinggi, kritis, kreatif, inovatif, menaakul dan membuat
penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian.
8. Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan
perkaitannya.
9. Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
10. Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk
membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.