Anda di halaman 1dari 5

Forum 1

Secara umum, prinsip-prinsip terpenting yang diajarkan oleh Al-Ghazali ada sembilan.

Pertama, Menggalakkan menegakkan kasih sayang antara guru dengan murid. Hubungan ini dibina atas
dasar cinta kasih, saling percaya dan menghormati. Jika ikatan seperti ini telah wujud, maka tugas guru
dan murid akan menjadi lancar dan menyenangkan hati.

Kedua, Al-Ghazali menjelaskan sifat terpenting dari seorang guru adalah jujur, ketekunan bekerja, kasih
sayang pada anak didik, toleransi dan lapang dada.

Ketiga, seorang murid harus tawadu jika ingin mendapatkan ilmu-ilmu yang bermanfaat dari gurunya.
Sifat ini diperlukan memandangkan kedudukan guru adalah pengganti ibu bapa. Selain itu, seorang
murid juga harus menyucikan diri dari perbuatan tercela lainnya, kerana tujuan belajar adalah
mendekatkan diri kepada Allah swt.

Keempat, Ilmu pengetahuan perlu disusun secara sistematik dan logik. Bila belajar pada satu cabang
pengetahuan, maka akan sampai pada pengetahuan selanjutnya.

Kelima, usaha pendidikan harus memperhatikan kemampuan intelektual murid. Hal ini bererti tidak
semua murid mesti diberi pelajaran yang sama, akan tetapi perlu sesuai dengan minat dan bakat.

Keenam, perlunya mempelajari ilmu secara menyeluruh. Hal ini dilakukan seseorang sebelum dia
terlibat dalam suatu perbincangan dan mengkritik prinsip-prinsipnya.

Ketujuh, perlunya seorang guru mengikuti suatu aliran tertentu dan meyakinkan agar murid tidak
terumbang-ambing dari satu aliran ke aliran lain. Hal ini agar tidak meruntuhkan kepercayaan murid
terhadap guru.

Kelapan, pemantauan pada kejiwaan, watak, dan perangai murid adalah kewajipan profesion guru.
Sebagaimana ia memperhatikan sifat-sifat seorang kanak-kanak dengan remaja yang harus diperhatikan
guru waktu mengajar.

Kesembilan, kaedah utama yang perlu digunakan dalam proses pembelajaran adalah kaedah
menentukan. Selain itu, pemberian nasihat dan pengertian-pengertian kepada murid adalah kaedah lain
yang digunakan untuk mendapatkan pengertian dari perbuatannya sehari-hari

Ibn Khaldun meletakkan prinsip-prinsip proses belajar mengajar sebagai sesuatu perkara yang sangat
mendasar dalam mengajarkan ilmu pengetahuan kepada peserta didik.

Prinsip-prinsip tersebut meliputi:


a. Adanya pentahapan dan pengulangan secara berproses, yang harus disesuaikan dengan kemampuan
pelajar dan tema-tema yang diajar.

b. Tidak membebankan peserta didik.

Seorang guru hendaknya selalu mempersiapkan cara yang akan dipergunakan dan dikembangakan
dalam proses memberikan pemahaman dan penerimaan ilmu secara beransur-ansur, terutama ketika ia
berusaha memberikan bahan baru atau pengetahuan baru, yang tentunya akan memberikan beban
tambahan dalam proses penerimaan pengetahuan dan bahan lain.

c. Tidak bertukar dari satu bahan kepada bahan lain sebelum pelajar memahami secara mendalam.

Seorang guru tidak digalakkan bertukar pada bahan yang baru sebelum ia yakin bahawa pelajarnya telah
faham terhadap bahan pelajaran yang lalu.

d. Lupa merupakan perkara yang biasa dalam belajar.Penyelesaiannya adalah sering mengulang dan
mempelajarinya kembali.

Ibn Khaldun dengan prinsip belajar mengajarnya, menghendaki agar seorang guru juga memberi
perhatian terhadap proses pendidikan terhadap potensi yang dimiliki seorang pelajar. Hal tersebut tentu
akan memerlukan masa yang lama, sedangkan masa juga berpengaruh negatif terhadap memori
seseorang. Namun hal negatif tersebut dapat diselesaikan dengan sentiasa mengulang kembali.

e. Tidak bertindak keras terhadap murid.

Ibn Khaldun berpendapat bahawa tindakan keras atau kasar terhadap murid boleh menyebabkan
wujudnya sikap rendah diri, dan mendorong seseorang mempunyai perilaku dan tabiat buruk.

Kaedah pendidikan al-Ghazali cenderung kepada prinsip sufi (penyucian jiwa) dan pragmatik (nilai guna).
Al-Ghazali turut menempatkan seseorang guru atau pendidik itu sebagai tokoh teladan bagi murid dan
membiasakan murid untuk mengamalkan ilmu yang dimiliki bagi kepentingan diri sendiri dan
masyarakat. Guru mencorak masa hadapan murid-muridnya dan keperibadiannya juga menjadi model
bagi mereka yang dididik. Al-Ghazali tidak mengemukakan satu kaedah pengajaran yang tertentu kecuali
disiplin ilmu syariat dan akhlak. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, beliau turut
memperkenalkan beberapa prinsip moral dan disiplin iaitu;

(a)Hubungan yang positif antara guru dan murid.

(b)Kebersihan jiwa dan hati pelajar.

(c)Kesesuaian ilmu dengan keupayaan pelajar

(d)Mempelajari ilmu pengetahuan dari yang mudah kepada kompleks.


(e)Memberi pandangan dan cadangan

Proses pendidikan manusia adalah berterusan sepanjang hayat. Ia bermula sejak kita dilahirkan sehingga
dewasa. Pembelajaran yang berkesan mesti mempunyai ciri-ciri kemahiran belajar, etika belajar yang
betul dan akhlak yang mulia. Ilmu pengetahuan tanpa nilai akhlak yang baik dan moral yang tinggi tidak
mencukupi dan mampu mengancam kehidupan bermasyarakat. Imam Al-Ghazali menggunakan istilah

Tahdzib al-Ahlaq dalam memberi pengertian pendidikan akhlak iaitu dengan kata lain ialah
menghilangkan akhlak yang buruk dan menanamkan akhlak yang baik (Prasetyo, 2012). Menurut beliau
(Yussof, 2003; Jamaluddin & Ad-Dimasqi, 2011), akhlak utama dalam membentuk insan yang sempurna
terbahagi kepada empat iaitu:

(a)Kebijaksanaan

(b)Keadilan

(c)Keberanian

(d)Kelapangan dada

Kebijaksanaan merujuk kepada tindakan seseorang yang serasi antara ilmu dan amal yang mana dengan
ilmu yang dimiliki, manusia dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Manakala keadilan ialah
suatu kekuatan dalam jiwa yang mampu mencegah kemarahan dan hawa nafsu ke arah mencapai
kebijaksanaan. Keberanian pula ialah suatu keadaan jiwa yang teguh dalam mempertahankan
kebenaran dan kelapangan dada ialah mendidik kemahuan dengan didikan yang bersendikan akal fikiran
dan syariat agama. Dengan kata lain, mencegah diri daripada perbuatan maksiat atau perkara yang tidak
baik

Hasil daripada pemerhatian melalui video dan pmbacaan artikel menunjukkan, terdapat beberapa
teknik-teknik pengajaran yang menepati prinsip pedagogi Ibn Khaldun dan Imam Al-Ghazali. Antaranya
ialah:

a) Hubungan baik dan akrab terjalin antara guru dan murid

Prinsip-prinsip tentang guru dan murid telah dinyatakan oleh Al-Ghazali dalam tajuk hubungan timbal
balik antara guru dan murid. Tajuk ini ditekankan kerana menyedari proses pendidikan memerlukan
hubungan erat antara guru denagn murid. Kejayaan proses pendidikan sememangnya bergantung
kepada bagaimana hubungan baik dan akrab terjalin antara guru dan murid. Selain Al-Ghazali, Ibnu
Khaldun juga mengatakan ilmu yang diperoleh melalui hubungan peribadi dengan guru akan menjadi
lebih kukuh dan lebih berakar umbi. Pendapatnya ini samalah seperti Al-Ghazali yang menerapkan nilai
hubungan antara guru dan pelajar dengan ikatan kasih sayang, saling mencintai, dan hormat-
menghormati. Profesion sebagai pengajar dianggap mulia kerana secara fitrah, masyarakat memang
menghormati ilmuan yang memberi sumbangan dan faedah kepada orang lain. Ilmu itu sendiri adalah
mulia manakala orang yang menyampaikannya kepada orang lain turut dimuliakan.

Namun, sebagai seorang guru,ilmu yang disampaikan haruslah dipraktikkan oleh diri sendiri supaya
dapat menjadicontoh kepada muridnya. Kata Al-Ghazali:

Sesiapa yang berilmu lalu mengamalkannya, pasti dia adalah diakui sebagai orang besar di kerajaan
langit.

Beliau mengulas dengan lebih lanjut lagi, dengan mengumpamakan orang yang berilmu dan mengajar
orang lain diibaratkan seperti matahari yang memancarkansinarnya kepada makhluk lain, sedangkan
dirinya tetap bersinar. Begitu juga denganminyak kasturi yang dapat menyebarkan bau wangi kepada
alam sekitar, namun dirinyatetap berbau harum. Begitulah tingginya pandangan Al-Ghazali terhadap
individu yang bergelar sebagai pengajar.

b) Murid menghormati dan menghargai jasa guru

Selain menekankan tugas dan tanggungjawab guru, Al-Ghazali turut menerangkan dan menyebut
tentang peranan serta tugas seorang murid. Murid merupakan individu yang menuntut ilmu daripada
seorang guru. Hal ini bererti sudah sepatutnya seseorang murid menghormati gurunya. Penuntut ilmu
secara tidak langsung telah bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat dan agamanya. Ilmu yang
dimiliki harus dimanfaatkan ke jalan yang betul iaitu kapada jalan yang benar sebagaimana yang
dipertanggungjawabkan oleh Pencipta sebagai kalifahNya di muka bumi ini. Oleh yang demikian,
sesorang murid harus membuat satu garis fokus untuk menentukan matlamat pendidikan jangka pendek
mereka dan jangka panjang iaitu tidak lari daripada tujuan asasmencari ilmu. Al-Ghazali berpendapat
bahawa tujuan pelajar mempelajari ilmu mesti mengutamakan disiplin ilmu syariat berbanding disiplin
ilmu keduniaan kerana mendekatkan diri dengan Tuhan merupakan matlamat jangka panjang.Selain itu
juga, beliau turut menggariskan beberara adab sebagai seorang murid. Antaranya ialah, jangan
bertengkar dengan guru dan jangan pula berhujah melawan apa jua masalah walaupun diketahui
kesalahannya itu. Selain itu, murid harus mengamalkan apa yang disuruh oleh guru setakat yang mampu
dan dan mereka tidak boleh menuntut ilmu dengan tujuan mencari pangkat, kekayaan, serta menindas
orang bodoh dan membangga diri.
Ibnu khaldun berpandapat bahawa adalah tidak cukup jika jiwa seseorang guru hanya membekali
muridnya dengan ilmu pengetahuan sahaja agar menjadi orang yang berilmu

Akan tetapi,guru juga wajib memperolehi kaedah dalam pengajaran, disamping itu juga perlu
mempelajari hidup kejiwaan anak.

1. Kaedah Pengajaran

Ibnu Khaldun menentang penggunaan kaedah verbalitis dan mendengar, kerana mengajar dengan
kaedah tersebut tidak akan memberi kesan dalam fikiran murid,

2. Pembelajaran bermakna

Beliau juga tidak suka pengajaran secara hafalan tanpa memahami sesuatu yang dapat di buktikan
melalui panca indera dari bahan pelajaran yang dihafal oleh murid.

3. Memperhatikan perkembangan akal fikiran murid

4. Penggunaan Alat Bantu

5. Penyusunan dan pemeringkatn isi

6. Pentahapan dan pengulangan

7. Pengalaman (Surah Ar Rum 42)

8. Bersikap penyayang

Anda mungkin juga menyukai