Anda di halaman 1dari 2

Peringatan

Peringatan kepada semua hadirin

Manifesto akan bermula sebentar lagi, untuk itu para hadirin sekalian, diminta mengambil
tempat di dalam dewan.
Bagi melancarkan perjalanan manifesto, pihak majlis meminta kerjasama para hadirin supaya
mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap. Para hadirin juga diminta
mengikuti manifesto ini sehingga ke akhir.
Terima kasih atas kerjasama semua.

Kata-kata aluan
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan
salam Perak Aman Jaya.
Yang Berusaha,
Encik Mohd Nizam Bin Mohd Tejeri

Calon-calon Jawatanjuasa Perwakilan Pelajar IPGKI bagi tahun 2017-2018


Ahli-Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus IPGKI
Dan hadirin sekalian.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian
kerana sudi menghadirkan diri ke manifesto IPGKI bagi tahun 2017-2018 ini terutamanya
kepada Yang Berusaha kerana sudi meluangkan
masa menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua calon JPP
yang hadir untuk menyampaikan manifesto. Tujuan sesi ini adalah untuk memberi peluang
kepada calon-calon JPP bagi memancing undi dan memperoleh sokongan daripada warga
IPGKI.

Lagu Negara ku dimainkan

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta
berdiri.

...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.


Bagi memberkati manifesto kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:

. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada .
atas bacaan doa itu tadi.

Tanpa melengahkan masa, kita meneruskan majlis kita dengan mempersilakan calon-calon Ahli
Majlis Tertinggi untuk menyampaikan manifesto.

Bagi meneruskan lagi tentatif majlis kita pada malam ini, dijemput calon pertama iaitu
FAZWANA EVANIESHA BINTI KARIM dari unit P1 untuk membentangkan manifestonya.

Terima kasih diucapkan kepada saudara/saudari atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Cth 1: Sekarang, dipersilakan pula . untuk mendapatkan undi para


mahasiswa dengan ucapannya

Cth 2: Kini, tibalah giliran dari unit . untuk menyampaikan manifestonya

Cth 3: Hadirin, kita telah sampai ke calon yang terakhir yang ingin meluangkan hasratnya,
untuk itu kita mempersilakan .. yang menunjukkan gaya semangat.

Cth 4 : Seterusnya majlis menyemput yang ingin menunjukkan bakat yang ada pada
dirinya untuk menjadi sebagai pemimpin pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada saudara/saudari atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Penutup

Maka kita sampailah ke penghujung majlis,


Terima kasih sekalung budi,
Daripada kami seikhlas hati.

Dengan ini, pihak majlis memohon kemaafan, atas segala keterlanjuran, kepincangan dan
kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian daripada saya, ..

wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum.