Anda di halaman 1dari 2

PAP1Gelandangan @PARAM/KTEK

Gelandangan: Di mana penyelesaiannya?


NURULANUAR MANSOR
29 Jun 2017 3:49 PM

KAMUS Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-Empat mentakrifkan gelandangan sebagai orang yang
pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap.Di hampir kesemua ibu kota di Malaysia dan lain-
lain negara, gelandangan menjadi satu masalah sosial kerana keadaan hidup golongan ini
mendedahkan mereka kepada pelbagai gejala sosial yang mendatangkan kesan kepada semua
lapisan masyarakat.Pun begitu, adalah tidak wajar untuk menyalahkan mereka hidup sedemikian
kerana jika difikirkan secara lojik, tiada seorang pun manusia yang berfikiran waras mahu menjalani
kehidupan yang tidak menentu dan penuh kesengsaraan jika mereka mempunyai pilihan yang lebih
baik.

Ini merupakan lumrah kehidupan yang pasti akan diketahui sekiranya kita meluangkan masa untuk
berbicara dengan mereka seperti yang Utusan Online lakukan baru-baru ini.Daripada tinjauan dan
pembacaan yang telah dilakukan, rumusan dapat dibuat bahawa ramai daripada gelandangan ini
memilih hidup sebegitu akibat daripada masalah keluarga; kewangan dan kesukaran untuk
mendapatkan pekerjaan.

Kebanyakan mereka bertekad untuk memilih kehidupan sebegitu kerana ia merupakan satu-satu
penyelesaian kepada permasalahan kehidupan yang dihadapi walaupun menyedari ia bukan mudah
satu kehidupan yang baik.Salah seorang daripada gelandangan yang ditemui Utusan Online,
Norazlina Ahmad, 35, memberitahu, dia terpaksa bergelandangan kerana tidak mempunyai
kemampuan untuk menyewa bilik apatah lagi rumah.

Ibu beranak seorang itu menjelaskan, sebelum ini dia menyewa dengan beberapa orang rakan tetapi
disebabkan masalah tertentu, mereka telah dihalau tuan rumah pada 2014 dan semenjak itulah
mereka bergelandangan.Gaji yang diterima sebagai seorang pelayan di sebuah restoran di Shah
Alam tidak mencukupi bagi saya menyewa bilik apatah lagi rumah, lagipun sebahagian besar
daripada wang itu digunakan untuk belanja penjagaan anak saya yang tinggal bersama rakan di
Temerloh, Pahang, kata wanita yang bergelandangan di sekitar jalan Tunku Abdul Rahman itu.

Hakikatnya, fenomena gelandangan adalah satu fenomena negara membangun. Cara untuk
menanganinya juga amat berbeza dan sememangnya tidak mudah tanpa perancangan dan idea-idea
yang kreatif.Masalah ini tiada penghujungnya kerana kebanyakan bandar besar dipenuhi oleh
mereka. Memang telah wujud rancangan bantuan untuk menyelesaikan masalah golongan ini tetapi
belum membuahkan hasil yang memuaskan.

Antara usaha yang telah dijalankan kerajaan untuk menangani masalah gelandangan ialah dengan
mewujudkan pusat bantuan yang dinamaklan Anjung Singgah pada April 2011.Selain itu, Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dan secara berterusan membuat kajian profil bagi menangani isu
gelandangan, pengemis dan warga tua khususnya di kawasan bandar raya.

Kajian berkenaan diadakan bagi mendapatkan gambaran sebenar permasalahan ini dengan
mengenal pasti penyebab utamanya untuk memudahkan pihak bertanggungjawab membuat
perancangan bagi membantu golongan gelandangan.Dalam masa sama, usaha-usaha untuk
membantu golongan ini turut dijalankan oleh pelbagai lapisan masyarakat baik secara individu
mahupun secara berkumpulan.

Antara bentuk bantuan yang diberikan ialah pemberian makanan dan pakaian kepada mereka dan
ada juga pihak menawarkan golongan berkenaan peluang pekerjaan dan latihan agar mereka dapat
PAP1Gelandangan @PARAM/KTEK

memperbaiki keadaan kehidupan ketika ini seterusnya membawa diri masing-masing keluar daripada
kemelut yang sedang dihadapi.Perkara yang sama juga dinyatakan oleh seorang lagi gelandangan
yang ditemui Utusan Online, Mohd. Khairul Anuar Karim yang telah hidup sebagai gelandangan sejak
2015.

Pemuda yang berasal dari Kedah itu berkata, sejak berhijrah, usahanya untuk mencari pekerjaan
walaupun sebagai seorang peon tidak membuahkan hasil.Jika ada pekerjaan abang rasa saya
mahupun adik-adik (angkat) mahu hidup sebeginikah? katanya kepada Utusan Online sambil
menunjuk kepada beberapa kanak-kanak perempuan yang didakwanya sebagai saudara angkat.

Bagaimanapun, tidak kira apa jua bentuk bantuan yang diberi, masalah gelandangan ini tidak akan
dapat diselesaikan sekiranya golongan gelandangan ini tidak mahu mengubah nasib mereka sendiri
dan berasa selesa dengan kehidupan itu.Keselesaan berkenaan wujud kesan daripada kesan tidak
langsung bantuan yang diberikan yang mana bantuan yang tidak putus-putus datang itu
menyebabkan ramai antara mereka hilang rasa kepentingan untuk berusaha mengubah nasib sendiri.

Akibat daripada ini, masalah gelandangan yang dihadapi masyarakat dewasa ini menjadi satu
permasalahan yang sentiasa akan berulang dan amat sukar untuk diselesaikan secara keseluruhan.
Ikuti bahagian kedua laporan Utusan Online bagi mengupas isu gelandangan ini esok. UTUSAN
ONLINE

Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai