Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA KEM PEMBANGUNAN SAHSIAH & KLINIK UPSR

SK SUNGAI SEBINTEK, SIBU


TAHUN 2017

1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan seseorang murid amat bergantung kepada kebolehan


memproses maklumat yang diperolehi daripada persekitaran dan peluang pendidikan
yang terbuka selain daripada motivasi. Keperluan mengadakan Kem Pembangunan
Sahsiah dan Klinik UPSR SK Sungai Sebintek dilihat sebagai langkah bagi membantu
murid dalam meningkatkan tahap motivasi diri dan memberi pendedahan tentang
teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR. Sebagai murid, pendedahan
berkaitan teknik menjawab soalan UPSR adalah perlu bagi membantu mereka dalam
menjawab soalan secara betul dan tepat selaras dengan skema pemeriksaan jawapan.
Ini dapat membantu murid dalam menghasilkan jawapan yang berkualiti. Bagi
memastikan murid sentiasa bersemangat dan bermotivasi dalam pembelajaran,
program motivasi murid perlu diterapkan seiring dengan program pembelajaran.
Apabila motivasi dan pembelajaran seimbang, murid akan dapat berfungasi secara
holistik serta dapat menggunakan kelebihannya semaksimun yang mungkin. Murid
yang bermotivasi dan berkualiti akan lebih bersedia dan mampu menggabungkan
segala kemahirannya dengan pemikiran terbaru untuk mencapai jangkaan hasil yang
padu seterusnya membantu diri menjadi seorang insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

2.0 RASIONAL

Program ini adalah salah satu pendekatan bagi membantu murid


meningkatkan motivasi diri dan kemahiran menjawab soalan UPSR. Kaedah ini
sangat bertepatan dengan keperluan dan kehendak murid yang bakal menduduki
peperiksaan UPSR. Penekanan secara keseluruhan ini akan membantu murid untuk
fokus kepada peperiksaan UPSR tanpa mengabaikan motivasi diri untuk terus belajar.
Program ini juga mampu melahirkan murid yang berkualiti di samping
menggalakkan percambahan idea-idea yang bernas dalam sesi interaksi bengkel.
3.0 OBJEKTIF

i. Mendedahkan murid tentang teknik-teknik menjawab soalan UPSR.


ii. Meningkatkan semangat dan potensi murid yang bakal menghadapi
peperiksaan UPSR.
iii. Meningkatkan motivasi murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 28hb Julai hingga 29hb Julai iaitu pada hari
Jumaat dan Sabtu.
4.2 Dilaksanakan selama 2 hari 1 malam
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
4.4 Tempat ialah di bilik darjah Tahun 6.
4.5 Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana:
o Bilik darjah Tahun 6 ialah tempat yang terjamin keselamatannya dan
terkawal .
o Bebas dari sebarang gangguan luar dan tumpuan penuh dapat
diberikan oleh peserta terhadap semua aktiviti yang bakal diikuti.

5.0 TENTATIF PROGRAM


5.1 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1
6.0 PERASMIAN

Cadangan perasmi adalah Guru Besar SK Sungai Sebintek. Ia akan berlangsung pada
hari 29hb Julai, jam 10 pagi di bilik darjah Tahun 6.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah peserta : 30 orang murid Tahun 4 hingga Tahun 6


(senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)

7.2 Jumlah fasilitator: 16 orang (Semua guru dan AKS)

8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Penaung : Pegawai Pendidikan Daerah Sibu

Pengerusi : En. George anak Unggat (Guru Besar)

Penyelaras Program : Puan Helenny Gani

Setiausaha : Puan Rainie binti Beraim

Bendahari : Puan

Ahli ahli : Semua guru dan kakitangan sekolah

JAWATANKUASA KERJA

Kem Komandan : Encik Mohamad Nassir bin Suhaili

Penyelaras Aktiviti : Puan Helenny Gani

AJK Buku Program : Cik Sharifah Habsah binti Wan Lili / Puan Nuraisyah Abdullah

AJK Sijil, Fail dan Hadiah : Puan Robina Ganggang / Puan Mau Bayang / Cik Erna

AJK Teknikal & Siaraya : Encik Charles Bernard Ampi / Cik Noorhafizah Abd Samat

AJK Keselamatan/Kecemasan : Puan Nancy Maong / Puan Winnie Marong / Pengawal


Keselamatan

AJK Makanan & Minuman : Cik Nurul Asmat Mohd. Robi / Puan Sandarita Nira / Cik Doris
Asong / Puan Rainie Beraim
AJK Peralatan & Penginapan : Puan Nancy Maong / Puan Winnie Marong

Pengerusi Majlis : Puan Helenny Gani

Jurugambar : Cik Noorhafizah Abd Samat

9.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA JUMLAH


1. Makanan Peserta RM295.20
2. Pelbagai RM24.40
Jumlah : RM319.60

Sumber Kewangan:

1. PCG Bimbingan dan Kaunseling = RM320.00


10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang disemai di dalam aktiviti ini akan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan
amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

. ..................................................
(HELENNY GANI) (GEORGE ANAK UNGGAT)
Penyelaras Guru Besar
Kem Pembangunan Sahsiah SK Sungai Sebintek,
SK Sungai Sebintek, Sibu. Sibu.

Anda mungkin juga menyukai