Anda di halaman 1dari 3

BETULKAN YANG SALAH, BIASAKAN YANG BETUL

BETULKAN YANG SALAH, BIASAKAN YANG BETUL

LATIHAN 1
Kata adjektif perasaan tidak boleh menerima akhiran kan untuk menggantikan kata sendi nama
akan kerana -kan dan akan berbeza maknanya.
SALAH BETUL
rindukan
sayangkan
bencikan
kasihkan
kasihankan
cintakan
gemarkan
pedulikan
marahkan
sukakan

LATIHAN 2
Kata kerja berimbuhan apitan ber-...-an membawa maksud jamak (banyak). Maka, kata yang
diikutinya atau mengikutinya tidak boleh digandakan atau berunsur jamak.
SALAH BETUL
burung-burung berterbangan
lampu-lampu berkelipan
bingkai-bingkai bergantungan
nasi-nasi bertaburan
benih-benih berserakan
anak-anak kecil berlarian
murid-murid berkejaran
batang-batang mancis bertebaran
kotak-kotak berselerakan
mayat-mayat bergelimpangan
LATIHAN 3
Kata kerja berimbuhan apitan ber-...-kan sudah mendukung maksud sendi nama. Maka, kata
sendi nama yang diikutinya lewah. Opsyen kedua ialah menggunakan imbuhan awalan ber-
dengan kata sendi nama agar tidak lewah.
SALAH BETUL
berpandukan pada pelan
berlandaskan pada agama
beratapkan dengan rumbia
beralaskan dengan tikar
berbantalkan dengan lengan
bertilamkan dengan surat khabar
bersenjatakan dengan pistol
berdindingkan dengan konkrit
bertatahkan dengan berlian
berdasarkan pada Rukun Negara

LATIHAN 4
Frasa kerja berimbuhan yang digandakan sudah membawa maksud saling tidak perlu ditulis
saling sebelumnya agar tidak lewah.
SALAH BETUL
saling bantu-membantu
saling tolong-menolong
saling hormat-menghormati
saling kasih-mengasihi
saling kejar-mengejar
saling tolak-menolak
saling faham-memahami
saling kunjung-mengunjungi
saling tegur-menegur
saling hina-menghina

LATIHAN 5
Kata sendi nama tidak boleh ditulis berturutan kerana dianggap lewah.
SALAH BETUL
demi untuk negara
agar supaya sihat
jika kalau dibenarkan
sejak dari zaman kanak-kanak
oleh sebab kerana sakit
untuk bagi semua pekerja
bak seperti aur dengan tebing
laksana bagai isi dengan kuku
demi untuk kebahagiaan
oleh kerana demam
LATIHAN 6
Kata sendi nama yang diikuti kata nama mestilah seimbang agar dapat mewujudkan
perimbangan kata yang gramatis.
SALAH BETUL
dari masa ke semasa
dari tahun ke setahun
dari minggu ke seminggu
dari musim ke semusim
dari sebulan ke bulan
dari hari ke sehari

LATIHAN 6
Kata selaintidak boleh diikuti sendi nama daripada kerana kelewahan bahasa berlaku.

SALAH BETUL
selain daripada itu
selain daripada pelajaran
selain daripada komputer
selain daripada cuti sekolah
selain daripada telefon bimbit
Dimuat naik oleh CIKGU TAN CL Pada Pukul 16:03 No comments:

Anda mungkin juga menyukai