Anda di halaman 1dari 2

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

Kelab Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Beladin telah mengadakan


sambutan Hari Kemerdekaan bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan
Negara yang ke 60 tahun. Sambutan ini diadakan pada 31 Ogos 2017,
bertempat di Dewan Sri Gemilang S.K Beladin.
Acara dimulakan dengan perarakan kemerdekaan di sekeliling Kampung
Beladin. Semua murid berkumpul pada jam 7.00 pagi di perkarangan sekolah
lengkap dengan pakaian tradisional. Semua murid membawa dan mengibarkan
Jalur Gemilang.
Selepas selesai perarakan, semua warga sekolah berkumpul di dewan
sekolah. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Fakhrul dan
seterusnya ucapan kemerdekaan oleh guru besar. Setelah selesai ucapan guru
besar, kami beramai-ramai membaca ikrar kemerdekaan yang diketua oleh
Cikgu Aziz Maulana. Semua warga sekolah sungguh bersemangat membacara
ikarar tersebut.
Selesai acara tersebut, majlis diteruskan lagi dengan gimik pelancaran
sambutan kemerdekaan dengan acara melepaskan 60 ekor burung merpati
tanda kebebasan dan kemerdekaan negara selama 60 tahun. Selain itu, banyak
persembahan nyanyian dan lakonan turut dipersembahkan.
Selain itu juga, pertandingan mewarna untuk murid Tahap 1 dan
mendeklamasikan sajak untuk murid Tahap 2 juga turut dijalankan. Semua
pemenang diberikan hadian yang sanagt lumayan.
Kami sangat seronok menyambut kemerdekaan negara pada kali ini.
Sambutan ini juga amat bermakna kepada semua warga sekolah dan juga
semua rakyat Malaysia. Diharapkan agar negara kita agar sentiasa aman
makmur dan sejahtera selamanya.

Disediakan Oleh : 5 September 2017


..
(HAFIZUL BIN JASNI)
Setiausaha Kelab Kebudayaan,
Sekolah Kebangsaan Beladin.
Soalan Ulasan.

Graf tersebut adalah mengenai kes kemalangan jalan raya yang berlaku
dari tahun 2007 hingga tahun 2010. Kes kemalangan yang berlaku
menunjukkan trend peningkatan yang sangat ketara dari tahun ke tahun.
Pada tahun 2007 sebanyak 363319 kes kemalangan berlaku, pada tahun
2008, 373071 kes, tahun 2009 397330 kes dan pada tahun 2010 sebanyak
414421 kes kemalangan yang berlaku. Kadar kes kemalangan yang berlaku
adalah sangat tinggi. Pihak kerajaan memandang serius mengenai isu ini.semua
pihak haruslah berganding bahu bagi mengurangkan kes kemalangan daripada
berlaku.
Sebagai pemandu kita mestilah mengamalkan sikap berhati-hati dan
berwaspada sentiasa semasa memandu dijalan raya. Janganlah mengamalkan
sikap mementingkan diri sendiri dan cuai semasa memandu. Sikap seperti ini
boleh mengundang kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian akibat
kemalangan yang berlaku.

Anda mungkin juga menyukai