Anda di halaman 1dari 1

EDU 3093 CYNTHIA TING XING ROU

PISMP PSV SEM 8


21.06.2017
Tutorial 2: Implikasi Pendidikan Wajib di Malaysia
Pendidikan wajib merupakan satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara
Malaysia yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh
pendidikan wajib adalah selama enam tahun iaitu pendidikan rendah. Pendidikan wajib dilaksanakan mulai
tahunperekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan
satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda
tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Dengan Pendidkan Wajib ini, Program Pendemokrasian Pendidikan dapat dilaksanakan mengikut
matlamat yang ditentukan. Pendemokrasian pendidikan ialah penyediaan peluang yang sama terbuka
kepada setiap orang bagi memperoleh kejayaan dan kualiti hidup mereka.
Bukan itu sahaja, dengan Pendidikan Wajib dapat menjaga Hak Asasi Kanak-kanak terpelihara.
Hak asasi kanak-kanak seperti perkembangan, perlindungan, kehidupan dan penyertaan kanak-kanak.
Pendidikan merupakan pembuluh yang memboleh kanak-kanak berkembang. Penerimaan pendidikan
merupakan salah satu hak asasi kanak-kanak. Pendidikan wajib ini dapat menyedarkan ibu bapa bahawa
anak-anak mereka mempunyai hak untuk mendapat pendidikan.
Pendidikan wajib dapat mengurangkan bilangan murid cicir dan buta huruf pada generasi yang
akan datang. Kerajaan kita ingin memastikan setiap kanak-kanak yang cukup umur akan ke sekolah
seterusnya tidak ketinggalan dalam peluang pendidikan yang disediakan. Dengan ini, kehidupan kanak-
kanak lebih bermakna, berfaedah serta dapat memberi sumbangan kepada negara.
Pendidikan wajib ini dapat mencapai matlamat iaitu melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan
akan direalisasikan mengikut program pendidikan yang dirancangkan. Pendidikan wajib ini akan memberi
persediaan awal untuk murid-murid yang mampu melanjut pelajaran tinggi. Biarlah saya ambil contoh,
selepas 6 tahun di Sekolah Rendah, murid boleh meneruskan pelajaran selama 5 atau 6 tahun di sekolah
menengah, selapas itu dapat meneruskan pelajaran di Tingkatan 6 atau Universiti.
Di samping itu, pendidikan wajib dapat menjadikan negara kita lebih maju dan dapat bersaing
seiring dengan negara-negara lain dalam pelbagai bidang seperti teknologi, ekonomi dan sebagainya.
Pendidikan wajib dapat memastikan setiap orang kanak-kanak dapat pendidikan yang sempurna. Demi
menjadi rakyat yang berguna dan sanggup memelihara kesejahteraan diri dan keluarganya, serta memberi
sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan negara. Negara kita dapat melahirkan dan
mengoptimumkan tenaga kerja yang berkualti dalam memberi sumbangan kepada kemajuan negara.
Pendidikan merupakan ekuiti peluang pendidikan antara pelbagai kaum dapat dilaksanakan.
Peluang pendidikan ini adalah diwajibkan kepada semua kanak warganegara. Hal ini kerana kerajaan kita
ingin semua kanak-kanak Malaysia dapat menerima pendidikan formal yang selaras tanpa mengira
bangsa, agama, dan budaya.
Melalui pendidikan, kes jenayah di negara kita juga akan dikurangkan. Hal ini kerana dengan
adanya pendidikan, penduduk akan lebih mudah mendapat kerja. Dengan ini, kadar pengangguran kurang,
kes jenayah turut kurang. Bukan itu sahaja, dengan pendidikan, kanak-kanak akan membanding beza apa
yang baik dan apa yang tidak boleh lakukan serta implikasinya. Dengan ini, rakyat yang berpendidikan,
negara kita akan menjadi lebih aman dan damai serta maju.
Secara konklusinya, kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan formal di Malaysia. Dasar
kerajaan mewajibkan pendidikan sebagai langkah bijak dan tepat. Peranan individu, masyarakat dan
pemimpin ditagih untuk menjayakan pendidikan wajib di Malaysia.

Rujukan:
https://www.scribd.com/doc/192241985/Implikasi-Pendidikan-Wajib-Di-Malaysia
https://www.scribd.com/doc/65633806/Implikasi-Pendidikan-Wajib-Di-Malaysia

Anda mungkin juga menyukai