Anda di halaman 1dari 65

ANALISIS KESALAHAN EJAAN DALAM PENULISAN

BAHASA MELAYU PELAJAR KELAS PERALIHAN


DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH
ZON NUSAJAYA JOHOR BAHRU

OLEH:

LAPORAN KAJIAN INI DIKEMUKAKAN UNTUK


MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


OPEN UNIVERSITI
MALAYSIA

2014

1
PENGHARGAAN

Penulis memanjatkan kesyukurau ke hadrat Allah S. W. T. kerana dengan izinNya


tesis ini berjaya disiapkan. Banyak pihak telah membantu dalam menyempurnakan
tesis ini. Pertamanya saya inlgin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia, khususnya Bahagian Pendidikan Guru
kerana memberikan peluang kepada penulis melanjutkan pelajaran di peringkat
sarjana muda.

Mereka yang paling banyak memberikan dorongan, bantuan nasihat dan


bimbingan yang amat berguna dalam menjayakan tesis ini adalah penyelian saya
sendiri, iaitu .............. yang sejak dari mula lagi sehinggalah tamat tesis ini, beliau
tidak jemu-jemu memberikan bantuan dan pandangan, walaupun beliau dalam
keadaan kesibukan dek tugas yang tak putus-putus dan kurang sihat. Atas
pengorbanan masa dan tenaga yang telah diberikan oleh beliau kepada saya, saya
ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada beliau.

Kepada mereka di bawah ini, tutor-tutor, Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM, rakan-
rakan sekuliah di OUM, rakan-rakan di ......., dan sesiapa sahaja yang tidak dapat
saya senaraikan satu persatunya di sini kerana turut menyumbang dan membantu
secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan tesis ini.

Akhir sekali, tesis ini tidak akan berjaya sekiranya tanpa pengorbanan daripada
Suami tersayang, selain sebagai suami beliau juga sebagai pembaca akhir pengesan
kesilapan dan kesalahan terhadap tesis ini.Untuk anak-anak ...........................
"Ribuan Terima Kasih"

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

2
Analisis Kesalahan Ejaan Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu
Pelajar Kelas Peralihan Di sebuah sekolah menengah dalam Zon Nusajaya Johor Bahru

Oleh:

Abstrak

Kajian ini dijalankan dengan tujuan memperoleh maklumat tentang analisis kesalahan salah
satu daripada aspek bahasa yang penting iaitu morfologi yang digunakan dalam penulisan
karangan. Penekanan kesalahan ejaan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu diberi
perhatian khusus. Pelajar Kelas peralihan di sebuah sekolah menengah dalam Zon Nusajaya,
Johor Bahru adalah subjek kajian. Subjek kajian terdiri daripada 48 orang pelajar telah dipilih
secara rawak sebagai sampel kajian. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar kelas peralihan.
Pengkaji melakukan analisis kesalahan ejaan terhadap soal selidik yang dijawab oleh
sampel. Kesemua kesalahan morfologi dianalisis dengan menggunakan peratusan (%).
Antara cadangan yang boleh dilakukan ialah mewujudkan pengajaran tatabahasa Bahasa
Melayu secara terancang. Guru hendaklah memperkenalkan modul-modul pengajaran
tatabahasa terkini yang perlu diperkenalkan kepada para pelajar. Pengkaji berharap agar
cadangan-cadangan yang dikemukakan dapat dipraktikkan oleh guru untuk mengurangkan
kelemahan dalam aspek kesalahan ejaan. Cadangan itu sedikit sebanyak dapat menjadi
panduan kepada para guru Bahasa Malaysia untuk menyampaikan pengajarannya dengan
lebih baik dan berkesan.

3
ISI KANDUNGAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
1.2 Penyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.4 Kepentingan kajian
1.5 Batasan Kajian
1.6 Definisi Operasional

1.6.1 Kelemahan
1.6.2 Pelajar
1.6.3 Penulisan Karangan

BAB 2 SOROTAN KAJIAN LALU


2.1 Pengenalan
2.2 Kajian Di Luar Negara
2.3 Kajian Dalam Negara

BAB 3 METODOLOGI DAN PROSEDUR

3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Tempat Kajian
3.4 Subjek Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Pentadbiran Ujian
3.7 Pengumpulan data
3.8 Penganalisisan Data

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan
4.2 Kesalahan Bahasa Secara Keseluruhan
4.3 Kekerapan Jenis Kesalahan Mengikut Jantina
4.4 Kekerapan Kesalahan Mengikut Ras
4.5 Bentuk-Bentuk Kesalahan Aspek Penulisan Karangan

4.5.1 Kesalahan Pemilihan Kata


4.5.2 Kesalahan Huruf Besar
4.5.3 Kesalahan Ejaan
4.5.4 Kesalahan Tanda Baca
4.5.5 Kesalahan Imbuhan
4.5.6 Kesalahan Kata Sendi

4.6 Analisis Soal Selidik Pelajar

4.6.1 Jantina dan Ras

4
4.6.2 Minat Menulis Dalam Bahasa Melayu
4.6.3 Pemahaman Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Bahasa
4.6.4 Latihan Menulis Oleh Guru Bahasa Melayu Sewaktu Di Sekolah
4.6.5 Penggunaan Alat Bantu Mengajar
4.6.6 Peruntukan Masa Untuk Belajar Bahasa Melayu Di Rumah
4.6.7 Penggunaan Pusat Sumber Oleh Pelajar Sewaktu Di Sekolah
4.6.8 Menghadiri Kelas Tuisyen
4.6.9 Bahasa Komunikasi Pelajar

4.7 Kesimpulan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan
5.2 Cadangan
5.3 Penutup

RUJUKAN

5
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam kehidupan seharian, penulisan masih merupakan alat perhubungan yang


penting walaupun terdapat berbagai-bagai kemajuan dalam teknologi komunikasi.
Melalui penulisan, sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat
disampaikan dengan tepat dan berkesan jika dibandingkan penyampaian secara lisan.
Oleh itu amat penting bagi seseorang itu menguasai kemahiran penulisan. Penulisan
merupakan salah satu komponen pengajaran bahasa, selain bertutur, mendengar dan
membaca (Mackey. 1974). Antara keempat-empat kemahiran asas bahasa itu,
penulisan merupakan kemahiran yang kompleks. Dalam kemahiran mendengar dan
membaca pelajar menerima sesuatu sebagai yang dibentuk oleh orang lain, dalam
kemahiran bertutur pula, pelajar berhubung dengan orang lain secara terus, tetapi
dalam penulisan, pelajar bersendirian sahaja. Itu sebabnya, kadang-kadang pelajar
yang petah bertutur tetapi tidak dapat menulis dengan baik (Azman Wan Chik. 1982).

Menulis juga merupakan satu aspek yang penting, kerana sebilangan besar
kegiatan pelajar belajar memerlukan kecekapan merakam pengetahuan secara
bertulis (Koh Boh Boon.1981:1). Penulisan merupakan proses penglahiran fikiran,
idea perasaan atau pendapat secara tersusun dan logik kepada seseorang dengan
menggunakan bentuk grafik. Seseorang individu akan dapat meklumat hasil fikiran
dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran yang terdapat dalam penulisan.

Penguasaan kemahiran penulisan juga penting bagi setiap individu kerana ia


berfungsi sebagai alat bagi meghasilkan tindakbalas hasil sesuatu pembelajaran dan
juga mempemerkan idea yang bernas daripada seseorang. Tambahan pula seseorang
individu dapat terus berhubung dengan individu lain dengan menguasai kemahiran
menulis. Hal ini selaras dengan pendapat Byrne (1979), yang mengatakan bahawa
menulis merupakan aktivti menyeluruh yang relevan yang hanya memerlukan ayat-
ayat untuk kita berhubung dengan pembaca.

6
Seseorang pelajar dikatakan dapat menguasai kemahiran menulis sekiranya
dia dapat menulis dengan baik melalui penggunaan bahasa yang betul. Menurut ahli
psikolinguistik, proses mempelajari bahasa ini mengambil masa antara satu hingga
lima belas tahun (Nik Safiah Karim. 1988). Jadi jelaslah bahawa pada peringkat umur
sedemikian soal penguasaan bahasa terutama dalam kemahiran menulis, menjadi
perkara yang penting.

Asas kemahiran menulis hendaklah dibina dengan kukuh sejak di peringkat


sekolah rendah lagi. Guru haruslah merancang teknik dan aktiviti pengajaran menulis,
agar matlamat ini tercapai dengan baik. Semasa menulis seseorang itu perlu berfikir,
membuat perancangan, penelitian dan penyemakan idea agar apa yang hendak
disampaikan difahami oleh pembaca. Dengan proses ini diharapkan pelajar-pelajar
dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan.

Selanjutnya diharapkan minat menulis tertanam kukuh dalam diri pelajar dan
berpanjangan selepas tamat alam persekolahan. Dua hal yang tidak dapat dielakkan
dalam proses pengajaran kemahiran menulis ialah kemahiran grafik dan kemahiran
tatabahasa (Juriah Long et all. 1990). Kemahiran grafik merangkumi kemahiran
tulisan mekanis, kemahiran mengeja perkataan dengan betul dan kemahiran
menggunakan tanda bacaan dengan betul. Manakala, kemahiran tatabahasa meliputi
aspek kecekapan pelajar untuk menggunakan pelbagai jenis pola dan struktur ayat
yang tersusun.

Karangan digunakan sebagai instrumen untuk mengukur penggunaan


kemahiran menulis oleh pelajar-pelajar. Guru dapat mengukur kemampuan pelajar
menguasai hasil kemahiran-kemahiran bahasa secara keseluruhan melalui hasil
penulisan karangan pelajar-pelajar tersebut. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji
menggunakan latihan penulisan karangan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa
Melayu dari segi morfologi yang meliputi aspek ejaan, imbuhan, kata sendi, pemilihan
kata, tanda baca dan huruf besar.

7
1.2 Penyataan Masalah

Banyak guru yang menganggap mengajarkan Bahasa Melayu merupakan suatu tugas
yang mudah. Kajian Seman Salleh (2005) menunjukkan semua guru yang menjadi
responden dalam kajiannya berminat dan seronok mengajarkan bahasa Melayu
kerana mereka menganggap bahasa Melayu sebagai mata pelajaran yang mudah
untuk diajar. Tanggapan ini diterima oleh pentadbir sekolah dan tindakannya ialah
menentukan guru Bahasa Melayu dalam kalangan guru yang bukan opsyen Bahasa
Melayu mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Amalan ini berlaku
disebabkan guru besar menganggap mata pelajaran Bahasa Melayu boleh diajar oleh
guru-guru lain selain guru yang beropsyen Bahasa Melayu.

Kebanyakan pentadbir lupa bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat pola


keselarasan vokal yang digunakan untuk mengeja dengan betul. Namun terdapat
juga kekecualian dalam mengeja perkataan-perkataan tertentu. Dalam Bahasa
Melayu terdapat kata majmuk. Terdapat 17 kata majmuk yang telah mantap dan
ejaannya perlu dirapatkan. Terdapat juga kata ganti nama singkatan yang ejaannya
perlu dirapatkan dengan kata sebelum atau selepas. Terdapat imbuhan dan kata sendi
di dan ke dan cara menulisnya juga berbeza. Terdapat kekeliruan tentang cara
menulis perkara-perkara tersebut. Kesalahan semasa menulis kata-kata tersebut
dikategorikan dalam kesalahan ejaan.

Selain itu, bahasa pengantar di sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan


Cina (SRJKC), ialah Manderin, manakala bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Tamil (SRJKT) ialah Tamil. Namun begitu, Bahasa Melayu (BM) juga digunakan dalam
mata pelajaran di sekolah-sekolah tersebut. Selama enam tahun di peringkat sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK), pendedahan pelajar-pelajar kepada Bahasa
Melayu (BM) amat terhad. Ini kerana Bahasa Melayu hanya diajar sebagai satu mata
pelajaran sahaja. Bagi menyediakan pelajar-pelajar ini mengikuti pelajaran di
peringkat sekolah menengah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar, mereka diperlukan berada selama setahun dalam Kelas peralihan
seterusnya meneruskan pembelajaran Bahasa Melayu selama lima tahun lagi hingga
mengambil SPM. Enam jam seminggu yang diperuntukkan untuk belajar Bahasa
Melayu adalah kurang mencukupi bagi pelajar-pelajar ini memantapkan penguasaan

8
Bahasa Melayu mereka. Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya pelajar ini lemah
dalam penguasaan Bahasa Melayu.

Zakaria Putih (1978) dan Koh Boh Boon (1980), menyatakan bahawa prestasi
pelajar bukan Melayu yang berada dalam kelas peralihan jauh lebih rendah
penguasaan Bahasa Melayunya daripada pelajar darjah enam sekolah kebangsaan.
Pencapaian Bahasa Melayu yang rendah dalam kalangan pelajar bukan Melayu tidak
menghairankan kerana menurut Koh Boh Boon (1988), terdapat tiga punca utama
yang mempengaruhi kelemahan pelajar tersebut, iaitu:

(a) gangguan bahasa ibunda yang mempengaruhi hasil penulisan mereka;


(b) mereka tidak yakin menggunakan Bahasa Melayu; dan
(c) penguasaan Bahasa Melayu yang kurang memuaskan semasa di peringkat
sekolah.

Kelemahan pelajar dalam penulisan karangan amat nyata dilihat dari aspek
penguasaan morfologi dan sintaksis. Banyak pelajar menghadapi masalah dalam
penggunaan bentuk kata, berimbuhan, kata gandaan, kata majmuk, kata depan dan
kata bebas dengan tepat dalam karangan mereka. Ini menyebabkan mereka tidak
berupaya menghasilkan karangan yang menarik dan berkesan. Selain itu, pelajar juga
sering menghadapi masalah pemilihan kata iaitu kata-kata yang tidak tepat dan
kurang sesuai, sehingga makna yang hendak disampaikan hilang sama sekali.
Perkara tersebut dinyatakan dalam Laporan Prestasi STPM 2005 dan Laporan
Prestasi SPM 2007, yang menegaskan bahawa ramai pelajar gagal menguasai aspek
morfologi seperti imbuhan, pemilihan kata, dan bentuk jamak.

Abdul Aziz Abdul Talib (1990:238), berpendapat bahawa kualiti karangan boleh
dilihat dari aspek kelemahan penggunaan ejaan, tanda baca, pemilihan kata, struktur
ayat dan kelemahan-kelemahan lain yang berkaitan dengan tatabahasa.

Faktor jantina juga turut ada kaitan dengan kelemahan menulis karangan
dalam kalangan pelajar khususnya dari aspek morfologi. Pelajar perempuan didapati
lebih cepat menguasai perkataan, ayat yang panjang dan maksud jika dibandingkan
pelajar lelaki. Kajian Atan Long (1982) menunjukkan bahawa pelajar perempuan
menguasai lebih banyak perbendaharaan kata daripada pelajar lelaki. Dapatan Kadir

9
Mohd. Amin (1981:96) menunjukkan bahawa kekerapan kesalahan yang dilakukan
oleh pelajar lelaki lebih tinggi daripada kesalahan pelajar perempuan. Justeru itu,
perbezaan jantina boleh menyebabkan pelajar perempuan dan lelaki menghadapi
masalah dalam aspek morfologi adalah berbeza-beza.

Berdasarkan masalah-masalah yang berkaitan dengan penulisan, pengkaji


berpendapat bahawa kajian terhadap penggunaan morfologi dalam penulisan pelajar
Bukan Melayu adalah penting kerana pelajar-pelajar ini merupakan bakal menduduki
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semasa berada di tingkatan tiga
kelak. Dengan mengesan kelemahan pelajar dalam penulisan karangan mereka
khususnya dalam aspek morfologi dan perbezaan jantina, akan memudahkan pelajar
atau guru dalam konteks ini mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menguasai
masalah yang timbul.

Hasil daripada kesedaran tentang wujudnya masalah yang dinyatakan di atas,


amatlah wajar pengajaran kemahiran menulis di peringkat kelas peralihan diberi
perhatin khas dan tidak dianggap sebagai suatu kemahiran yang dapat diajar secara
sampingan atau dikuasai secara semulajadi (Marohaini Yusuf, 1987:118)

Menyedari hakikat inilah maka kajian ini dibuat walaupun secara tidak
menyeluruh. Diharap kajian ini dapat menyumbang terhadap kajian-kajian dalam
mempertingkat pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu khususnya dan dalam apa-
apa jua aspek penulisan.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat kelemahan pelajar Bukan Melayu dalam kemahiran
penulisan bahasa Melayu. Bagi tujuan ini beberapa aspek dijadikan tumpuan utama
kajian iaitu:

(a) untuk mengenal pasti jenis-jenis kesalahan morfologi iaitu ejaan, pemilihan
kata, imbuhan, tanda baca, kata sendi dan huruf besar dalam penulisan
karangan;

10
(b) untuk menganalisis jenis-jenis kesalahan morfologi dalam penulisan pelajar
serta mencari kekerapan dan peratusan sesuatu aspek kesalahan; dan

(c) untuk mengenalpasti perbezaan penguasaan morfologi dalam penulisan


karangan berdasarkan faktor jantina, ras, minat dan sikap pelajar.

1.4 Kepentingan kajian

Kajian ini bertujuan mengesan kekerapan dan bentuk-bentuk kesilapan ejaan yang
kerap dilakukan oleh pelajar-pelajar bukan Melayu dalam kelas peralihan. Mereka
kerap dikesan menulis perkataan-perkataan yang salah dari segi struktur
pengejaannya. Perkataan-perkataan itu terdiri daripada perkataan umum; perkataan
yang menggunakan kata depan "di" dan "ke" ("di sana" dan "ke sempadan"),
perkataan menggunakan imbuhan "di-" ("disebabkan"), perkataan yang ditulis kata
singkatan; dan kata majmuk iaitu "ibu bapa", "walau bagaimanapun" dan
"tanggungjawab", dan sebagainya. Secara umum pelajar bukan Melayu ini dijangka
menghadapi kesukaran mengeja perkataan berimbuhan, kata depan, kata singkatan
dan kata majmuk dengan tepat. Sebagai seorang pelajar yang telah enam tahun
belajar Bahasa Melayu di sekolah rendah adalah tidak wajar mereka masih tidak
dapat mengeja dengan betul perkataan-perkataan tertentu.

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji khusus tertumpu kepada kelemahan


penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Bukan Melayu yang
berada dalam kelas peralihan, di sebuah sekolah menengah dalam Zon Nusajaya
dalam daerah Johor Bahru.

Dalam sistem pendidikan di negara kita, kemahiran menulis dianggap sebagai


kemahiran yang paling penting yang perlu diajar secara formal. Menulis karangan
adalah teknik pengujian kemahiran penulisan pelajar terutama pada peringkat
persekolahan sekolah menengah (Abdul Aziz Abdul Talib, 1985:696).

Menyedari betapa pentingnya kemahiran menulis, kajian ini telah dilakukan


bagi melihat penguasaan dan kelemahan pelajar dalam aspek penulisan karangan
serta faktor-faktor yang menyebabkan kelemahan itu khususnya dalam kalangan
pelajar Bukan Melayu.

11
Hasil kajian ini juga dapat membantu pihak guru dan pelajar sendiri, agar lebih
prihatin serta menekankan kepentingan aspek morfologi dalam penulisan karangan
mereka. Selain itu, melalui dapatan kajian ini dapat dikenal pasti daerah kelemahan
pelajar berkaitan aspek morfologi. Ini dapat membantu pihak guru dan pelajar sendiri
yang bakal menduduki pelbagai peperiksaan untuk mengatur, merancang strategi-
strategi pengajaran dan pembelajaran semasa menulis karangan dengan
menggunakan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai dan
berkesan bagi mengatasi masalah yang timbul.

Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan manfaat kepada Bahagian


Pendidikan Guru (BPG), untuk merangka dan menyusun latihan-latihan yang
berkaitan dan berkesan tentang pengajaran morfologi untuk diberi kepada guru
khususnya yang bukan Melayu.

Kajian ini juga diharap dapat memberikan kesedaran pihak perancang


kurikulum yakni Pusat Perkembangan Kurikulum (PKK), agar lebih berhati-hati dan
meneliti isi kadungan teks yang menjadi teks pegangan, agar dapat
mempertingkatkan tahap penguasaan aspek morfologi dalam kalangan pelajar. Di
samping itu kandungan sukatan pelajaran hendaklah diubah suai dengan memberikan
penekanan kepada aspek morologi yang menjadi masalah kepada pelajar untuk
menguasai penulisan.

Selain itu, hasil kajian juga dapat memperlihatkan kepentingan menggunakan


morfologi yang sesuai dan betul dalam kalangan pelajar sendiri sewaktu menulis.
Melalui keputusan daripada analisis kajian, pelajar dapat mengetahui kelemahan
mereka berhubung dengan penggunaan aspek morfologi. Ini membantu mereka
menumpukan perhatian yang lebih serius terhadap pembelajaran morfologi dalam
usaha menguasai kemahiran menulis dengan lebih baik.

Data yang diperoleh akan dijadikan bahan perbincangan analisis kesilapan ejaan
sewaktu di dalam bilik darjah. Selain itu, dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan oleh guru
untuk mengubahsuai kaedah dan teknik pengajaran dan menyediakan sumber pengajaran
yang sesuai dengan masalah pelajar. Dapatan kajian boleh juga digunakan oleh mereka yang
berkaitan untuk membantu pelajar meminimumkan kesilapan ejaan dalam karangan UPSR,

12
PMR, SPM, dan STPM. Seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi seperti di universiti atau
Institut Pendidikan Guru.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini hanya dilakukan terhadap pelajar-pelajar Bukan Melayu kelas peralihan di
salah sebuah sekolah menengah dalam Zon Nusajaya, Johor Bahru.

Pemilihan pelajar-pelajar ini dibuat berdasarkan kepada andaian bahawa


mereka telah menguasai kemahiran menulis karangan semasa berada di bangku
sekolah rendah. Sampel dihadkan kepada populasi pelajar yang berada dalam kelas
kelas peralihan sahaja.

Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada aspek morfologi yang digunakan
oleh pelajar dalam penulisan karangan. Aspek morfologi dibahaskan kepada
pembentukan kata melalui pengimbuhan dan pemilihan kata. Kajian ini akan melihat
penggunaan kata dasar, kata berimbuhan, ejaan, tanda bacaan, kata sendi atau kata
depan sahaja. Aspek-aspek bahasa yang lain seperti struktur ayat tidak dikaji dalam
kajian ini.

Tumpuan juga diberikan kepada kekerapan kesalahan penggunaan kata dalam


penulisan pelajar berpandukan tajuk yang disediakan.

1.6 Definisi Operasional

Dalam kajian ini terdapat beberapa konsep yang terdiri daripada beberapa perkataan
dan frasa yang tertentu yang perlu diberikan pengertian dan pentakrifannya terlebih
dahulu untuk memudahkan pemahaman tentang kajian ini.

Definisi Analisis Kesalahan Bahasa (Errors Analysis) diberikan oleh Hartman &
Stork (1972) dan Kridalaksana (1983:11). Berdasarkan definisi-definisi yang diberikan
oleh penyokong Analisis Kesalahan Bahasa dan para linguis, Analisis Kesalahan
Bahasa bolehlah didefinisikan sebagai satu kaedah atau teknik yang digunakan dalam

13
sesuatu kajian untuk mengukur ataupun menilai tahap kemampuan seseorang atau
sekumpulan pelajar terhadap ejaan yang dipelajarinya.

Pernyataan ini selaras dengan pendapat Ellis (1994:701) yang mengatakan


bahawa Analisis kesalahan ejaan adalah a set of procedures for identifying,
describing and explaining errors in learner language. Analisis Kesalahan Bahasa
telah digunakan oleh guru-guru bahasa yang terlatih tanpa keraguan selama
beberapa dekad.

Dalam bukunya yang berjudul Common Error in Language Learning H.V.


George mengemukakan bahwa kesalahan berbahasa adalah pemakaian bentuk-
bentuk tuturan yang tidak diinginkan (unwanted form) khususnya suatu bentuk tuturan
yang tidak diinginkan oleh penyusun program dan guru pengajaran bahasa. Bentuk-
bentuk tuturan yang tidak diinginkan adalah bentuk-bentuk tuturan yang menyimpang
dari kaidah bahasa baku. Hal ini sesuai dengan Albert Valdman yang mengatakan
bahawa yang pertama-tama harus dipikirkan sebelum mengadakan pembahasan
tentang berbagai pendekatan dan analisis kesalahan berbahasa adalah menetapkan
standard penyimpangan atau kesalahan. Sebahagian besar guru bahasa Melayu
menggunakan kriteria ragam bahasa baku sebagai standard penyimpangan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beberapa orang tokoh seperti Alias
(1968), Wyatt (1973) dan Cohen (1977) (dlm Kamislin 2003:14), bahawa kesalahan
bahasa itu berpunca daripada gangguan bahasa ibunda atau dialek bahasa
pertuturan seharian, bahasa daerah, bahasa lisan dan bahasa pasar. Gangguan ini
timbul kerana tiadanya struktur atau bentuk yang serupa dalam bahasa pertama
dengan bahasa yang dipelajari.

Dalam beberapa situasi, rumus dan langgam bahasa pertama dengan bahasa
yang dipelajari mempunyai perbezaan dari segi bagaimana wacana itu disusun,
peranan unsur-unsur yang didapati pada tiap-tiap bentuk lahir seperti morfem, kata,
frasa dan klausa serta aspek penginterpretasian makna. Jika faktor-faktor ini
diabaikan, akan mengakibatkan analogi atau generalisasi yang salah. Gangguan
tersebut boleh menyebabkan berlakunya pemindahan pemelajaran yang negatif.

14
Situasi ini bukan sahaja berlaku di sekolah-sekolah bahkan di peringkat institusi
pengajian tinggi. Sebagai contoh dalam wacana penyampaian oleh guru-guru,
fenomena code switching atau code mixing berlaku apabila gagal mengungkap
sesuatu konsep yang ingin diperkatakan atau gagal mengingat sesuatu idea. Akhirnya
fenomena ini menjadi satu gejala biasa. Pada pengamatan penulis, kesalahan
seumpama ini kerap berlaku disebabkan oleh gangguan bahasa natif penutur sendiri.
Dengan kata lain, pengaruh pengucapan informal atau bahasa pertuturan seharian itu
dizahirkan dalam bentuk wacana.

Langkah-langkah yang digunakan dalam Analisis Kesalahan Bahasa adalah


mendapatkan kesalahan-kesalahan daripada korpusnya, kemudian mengenal pasti
kesalahan-kesalahan tersebut, dan seterusnya mengkategorikan jenis-jenis
kesalahan. Setelah itu satu analisis terhadap jenis-jenis kesalahan dijalankan.

Akhir sekali, punca-punca yang menyebabkan kesalahan-kesalahan tersebut


akan dikaji dan hasil dapatan akan digunakan dalam memberikan saranan-saranan
bagi memperbaiki tahap pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan bahasa
yang mantap dan betul.

1.6.1 Kelemahan

Menurut kamus Bahasa Melayu (edisi pelajar), (1975:317) kelemahan bermaksud


kurang cekap dalam sesuatu. Dalam konteks kajian ini, kelemahan bermaksud kurang
cekap dalam aspek kemahiran menulis.

1.6.2 Pelajar

Pelajar kelas peralihan Bukan Melayu dalam kajian ini merujuk pelajar yang sedang
menuntut sekarang ini dalam kelas peralihan di sebuah sekolah menengah dalam Zon
Nusajaya, Johor Bahru. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar kelas peralihan yang
bahasa ibundanya bahasaTamil dan bahasa Cina. Mereka ini sewaktu di sekolah
rendah mengikuti semua mata pelajaran dalam bahasa Cina (Mandarin) bagi SRJKC
dan bahasa Tamil bagi SRJKT. Walau bagaimanapun Bahasa Melayu wajib dipelajari.
Semasa peperiksaan UPSR keputusan Bahasa Melayu mereka terdiri daripada gred
D atau gagal. Pelajar ini kebanyakannya berumur dalam sekitar 13 tahun.

15
1.6.3 Penulisan Karangan

Penulisan ialah perbuatan menulis. Dengan itu penulisan boleh dikatakan proses
untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan
kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan grafik (Juriah Long.1990:143)

Menurut Kamus Dewan (2004:308) karangan adalah gubahan, hasil tulisan


ikatan atau susunan. Manakala Koh Boh Boon (1981:1), pula menyatakan bahawa
karangan merupakan hasil kajian mengarang, yakni satu proses melahirkan idea atau
rangkaian idea dalam bentuk penulisan tersusun dan logik.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1986:200) pula berpendapat bahawa
karangan ialah penglahiran perasaan dan fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk
yang diberikan oleh guru dalam jumlah perkataan yang terhad dan masa yang telah
ditetapkan oleh guru.

Bagi Lado (1964), Bullock (1975) dan Ishak Harun (1979), karangan bukanlah
sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata dan
ayat sahaja, tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta dan sebagainya
yang terdapat dalam pemikiran manusia (pengarang atau penulis) melalui alat
komunikasi yang dinamakan bahasa.

Berdasarkan berbagai pendapat tentang pengertian kesalahan berbahasa yang


telah disebutkan di atas, dapatlah dikemukakan bahawa kesalahan berbahasa Melayu
adalah pemakaian bentuk-bentuk tuturan berbagai unit kebahasaan yang meliputi
kata, kalimat, paragraf, yang menyimpang dari sistem kaedah bahasa Melayu baku,
serta pemakaian ejaan dan tanda baca yang menyimpang dari sistem ejaan dan
tanda baca yang telah ditetapkan sebagaimana dinyatakan dalam buku Pedoman
Baku Bahasa Melayu yang Disempurnakan. Adapun sistem kaedah Bahasa Melayu
yang digunakan sebagai standard acuan atau kriteria untuk menentukan suatu bentuk
tuturan salah atau tidak adalah sistem kaedah bahasa baku. Kodifikasi kaedah
bahasa baku dapat kita lihat dalam buku Tatabahasa Baku Bahasa Melayu.

16
Dalam konteks kajian ini, penulisan karangan merupakan proses menghasilkan
satu bentuk penulisan yang dalamnya termuat idea, pendapat, perasaan yang
tersusun secara kreatif iaitu dalam urutan yang logik dengan menggunakan bahasa
yang tepat dan gramatis.

17
BAB 2

SOROTAN KAJIAN LALU

2.1 Pengenalan

Berdasarkan penelitian terhadap penyelidikan yang lepas, banyak kajian telah


dilakukan terhadap yang berkaitan kemahiran menulis sama ada di luar negara
mahupun di dalam negara. Kajian tentang kemahiran menulis amat perlu
memandangkan bidang penulisan merupakan satu kemahiran bahasa yang penting
dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Ini berdasarkan bahawa, sebahagian daripada
pendidikan formal memerlukan kerja menulis dan mengarang sebagai saluran untuk
menyampaikan maklumat, idea, peranan dan pendapat.

Dapatan hasil kajian yang telah dilakukan mendapati masih banyak pelajar
yang lemah dalam bidang penulisan khususnya dalam penulisan karangan. Ini
mungkin kerana kemahiran menulis merupakan kemahiran yang amat kompleks yang
mengandungi beberapa subkemahiran yang dikuasai oleh pelajar sebelum mereka
dapat menulis dengan baik dan berkesan (Abdul Aziz Abdul Talib.1990). Tambahan
pula, pelajar perlu menguasai kemahiran asas yang lain iaitu kemahiran mendengar,
bertutur dan membaca sebelum mereka dapat menguasai kemahiran menulis.

Dalam bab ini, pengkaji akan memaparkan beberapa kajian tentang kelemahan
pelajar dalam kemahiran penulisan yang telah dijalankan di luar negara dan di dalam
negara.

2.2 Kajian Di Luar Negara

Kajian-kajian tentang masalah kelemahan pelajar dalam bidang penulisan telah


banyak dilakukan oleh pengkaji dari luar negara. Larry Selinker adalah pengkaji yang
bertanggungjawab memperkenalkan bidang ini pada tahun 1972. Meskipun Larry
Selinker memperkenalkan Error Analysis, tetapi pada hakikatnya bidang ini tidak
wujud dalam vacuum. Error Analysis wujud bersamaan dengan perkembangan teori-

18
teori lain dan keinginan sendiri untuk merungkai permasalahan yang wujud. Maka
teori baru yang dicipta berasaskan kesinambungan daripada teori lama itu dapat
menjawab dan menyelesaikan masalah yang wujud secara tuntas. Leonard (1934),
telah mengemukakan rumusan yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji lain seperti
Rodger, Holtman, Symonds dan Hilton, tentang kesalahan tatabahasa pelajar-pelajar
peringkat menengah rendah dan tinggi.

Rodger (1973) setelah menganalisis karangan pelajar peringkat rendah dan


tinggi, mendapati bahawa kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar
digolongkan kepada dua puluh jenis kesalahan. Ini bermakna setiap 250 patah
perkataan, pelajar membuat dua belas kesalahan. Selain itu didapati tiada korelasi
antara gred atau kecerdasan dengan jumlah kesalahan yang dilakukan pelajar.

Hottman (2000) pula, setelah mengkaji karangan pelajar pelbagai gred


daripada beberapa buah sekolah mendapati bahawa kesalahan bahasa dalam
karangan itu berkurangan mengikut peningkatan gred persekolahan. Ini bermakna
semakin tinggi gred pelajar, semakin kurang kesalahan bahasa dilakukan dalam
karangannya.

Sementara itu, kajian Symonds dan Hilton menunjukkan bahawa kesalahan


bahasa terutamanya dari aspek tatabahasa, banyak berlaku dari segi struktur ayat,
penggunaan huruf besar dan tanda baca.

Wyatt (2003) telah membuat kajian kesalahan bahasa yang dilakukan oleh para
pelajar di Afrika Timur yang mengambil peperiksaan East African certificate of
Education setelah menganalisis karangan pelajar-pelajar tersebut beliau mendapati
bahawa kesalahan ejaan yang paling kerap dilakukan, diikuti oleh kesalahan dalam
strktur ayat, dan kesalahan penggunaan kata nama. Pendapat ini turut dikongsi oleh
Slotnick dan Rogers (1973) yang mengatakan bahawa kesalahan bahasa yang paling
kerap dilakukan oleh pelajar yang berumur 17 tahun ke atas di Amerika Syarikat ialah
kesalahan ejaan dan tanda baca, berbanding jenis-jenis kesalahan yang lain.

Tsen Sui Huang (2005) telah membuat kajian tentang kesalahan bahasa yang
dilakukan oleh pelajar Cina yang mempelajari bahasa Inggeris. Hasil kajiannya
menunjukkan bahawa kelemahan pelajar ialah dalam aspek penguasaan kata kerja,

19
partikel, kata nama, kata sendi dan struktur ayat. Penemuan ini turut dikongsi oleh
Aban Tawadia Bathia (1974) yang telah juga mengkaji kesalahan bahasa yang
dilakukan oleh pelajar universiti yang menggunakan bahasa Hindi sebagai bahasa
ibunda. Hasil dapatannya juga menunjukkan bahawa kesalahan yang paling kerap
dan ketara dilakukan oleh pelajar ini ialah dalam aspek penggunaan kata kerja,
partikel dan kata atau tense (forms of verbs). Ini diikuti oleh kesalahan ayat iaitu
kesesuaian subjek dengan kata kerja dan kesalahan kata sendi.

Dalam kajiannya, Fox (1977) telah membuat satu analisis kesalahan bahasa
berdasarkan perbendaharaan kata pelajar-pelajar yang mengikuti kursus bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua. Dapatan kajiannya menujukkan bahawa kesalahan
imbuhan merupakan kesalahan bahasa yang lazim dilakukan oleh pelajar berbanding
kesalahan-kesalahan lain.

Kesalahan berbahasa dibahas juga oleh S. Piet Corder (2000) dalam bukunya
yang berjudul Introducing Applied Linguistics. Dikemukakan oleh Corder bahawa yang
dimaksud dengan kesalahan berbahasa adalah pelanggaran terhadap kod berbahasa.
Pelanggaran ini bukan hanya bersifat fizikal, melainkan juga merupakan tanda kurang
sempurnanya pengetahuan dan penguasaan terhadap kod berbahasa. Si pembelajar
bahasa belum menginternalisasikan kaedah bahasa (kedua) yang dipelajarinya.
Dikatakan oleh Corder bahawa baik penutur asli maupun bukan penutur asli sama-
sama mempunyai kemungkinan berbuat kesalahan berbahasa.

Kajian tentang kelemahan penulisan karangan oleh pelajar juga dapat dilihat
dari faktor jantina. Hasil kajian Suhne (2003) dan Cornelius dan Cockburn (2001),
menunjukkan bahawa faktor jantina juga berperanan menentukan kesalahan bahasa
dalam kalangan pelajar-pelajar. Didapati bahawa pelajar perempuan lebih berjaya
dalam mata pelajaran bahasa berbanding pelajar lelaki. Dengan kata lain, pelajar
lelaki lebih banyak melakukan kesalahan bahasa semasa menulis karangan
berbanding pelajar perempuan.

2.3 Kajian Di Malaysia

Di Malaysia pula, kajian-kajian tentang kelemahan dalam penulisan khasnya karangan


banyak juga dilakukan. Kebanyakan kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepada

20
analisis kesalahan dari segi ejaan, kata nama, kata kerja, pemilihan kata, kosa kata,
tanda baca, kata depan, pembentukan kata, frasa, klausa dan sintaksis ayat.
Alias Shamsuddin (1969), telah membuat kajian yang berkaitan dengan
kelemahan pelajar Cina Tingkatan 5 dalam penulisan karangan bahasa Melayu.
Pelajar-pelajar ini dipilih dari sekitar kawasan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak,
Seremban dan Melaka. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa kesalahan bahasa dari
segi penggunaan perkataan, klausa dan ayat yang dilakukan oleh pelajar-pelajar ini
berpunca daripada bahasa sumber, kaedah pembelajaran dan pemelajaran yang
kurang berkean, manakala kesalahan perbendaharaan kata berpunca daripada
pelajar itu sendiri yang terhad penguasaan perbendaharaan katanya.

Yap Soon Hock (1973) pula telah membuat kajian tentang penguasaan bahasa
Inggeris di kalangan pelajar aliran Inggeris dan Melayu dalam darjah 4, 5 dan 6 di
sebuah sekolah rendah di Petaling jaya. Sampel beliau berjumlah 497 orang pelajar,
259 orang pelajar aliran Melayu. Pelajar yang menjadi sampel ini telah mempelajari
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sekurang-kuranya tiga tahun dan telah
berpengalaman menulis karangan. Mereka juga datang dari pelbagai kawasan, latar
belakang, keturunan, bahasa dan status sosioekonomi.

Hasil daripada analisisnya, didapati bahawa kesalahan pembentukan


perkataan paling kerap dilakukan oleh pelajar. Ini diikuti oleh kesalahan tanda baca
dan ejaan. Dari segi ras pula, pelajar-pelajar Cina lebih banyak melakukan kesalahan
tanda baca dan ejaan berbanding pelajar Melayu.

Sementara itu, Koh Boh Boon (1975) telah membuat kajian tentang kesalahan
yang sering dilakukan oleh pelajar Bukan Melayu (calon-calon bahasa Melayu yang
mengambil peperiksaan Melayu Certificate of Education) dalam penggunaan bahasa
Melayu. Sampelnya terdiri daripada pelajar tingkatan lima daripada dua buah sekolah
menengah jenis kebangsaan, mahasiswa dari Universiti Malaya dan juga guru
sekolah. Pelajar ini telah diberi ujian tentang penggunaan imbuhan bahasa Melayu.
Setelah dianalisis, didapati keseluruhannya pelajar bukan Melayu amat lemah dalam
penggunaan kata berimbuhan. Menurutnya kelemahan ini sudah tentu menyebabkan
mereka kehilangan markah dalam penulisan karangan. Dalam pada itu, pelajar-pelajar
Cina juga sukar memahami struktur ayat mengikut hukum DM dalam bahasa Melayu
seperti yang menentukan kedudukan kata nama dan kata adjektif.

21
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia pernah melaporkan
kelemahan mengarang pada peringkat SPM (Laporan Prestasi Calon SPM 2006).
Menurut laporan tersebut, kualiti kebanyakan karangan para pelajar hanya berada
pada tahap lemah atau sederhana kerana mereka masih gagal menguasai aspek
morfologi seperti imbuhan, pemilihan kata, kata sendi nama dan sebagainya. Laporan
Prestasi peringkat STPM pada tahun yang sama, Majlis Peperiksaan Malaysia pula
memperakukan bahawa antara kelemahan pelajar dalam bahasa Melayu ialah aspek
morfologi khususnya imbuhan.

Raminah Sabran (1985) pula telah membuat kajian tentang kesalahan bahasa
seperti pemilihan kata, struktur ayat dalam kalangan penutur jati bahasa melayu yang
terdiri daripada guru-guru pelajar di Maktab Perguruan. Sampelnya adalah 100 orang
guru pelatih lelaki dan perempuan tahun pertama, Maktab Perguruan Lembah Pantai,
Kuala Lumpur. Mereka diminta menulis tiga buah karangan yang berkaitan dengan
tugas guru di sekolah dan masyarakat. Panjang karangan tersebut lebih kurang 250
patah perkataan.

Setelah dianalisis, didapati kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar


adalah dalam aspek penggunaan perkataan, rangkai kata dan struktur ayat. Guru-
guru pelajar dari aliran Melayu melakukan lebih banyak kesalahan berbanding guru
pelajar daripada aliran Inggeris. Hasil penyelidikan ini memperlihatkan guru pelatih
yang terdiri daripada penutur jati bahasa melayu melakukan kesalahan yang banyak
dalam penulisan mereka. Keadaan ini sedikit sebanyak menggambarkan taraf
kemampuan mereka dalam menggunakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa yang
penting dalam kehidupan seharian mereka.

Kamala Devi (2005) dalam kajiannya tentang penguasaan bahasa Melayu


dalam kalangan para pelajar Tamil, mendapati bahawa aspek penulisan adalah di
antara aspek yang paling lemah, diikuti dengan aspek membaca dan bertutur.
Kebanyakan pelajar yang menjadi subjek kajian telah melakukan kesalahan yang
paling kerap dalam aspek ejaan.

Awang Sariyan (1987), setelah memeriksa karangan pelajar SPM, mendapati


kebanyakan calon kerap melakukan kesalahan bahasa dalam aspek imbuhan, tanda

22
baca, pemilihan dan penggunaan kata, ejaan, kata sendi dan kata ganda. Menurut
beliau, kesalahan-kesalahan tersebut menyebabkan pelajar-pelajar gagal
menghasilkan karangan yang bermutu tinggi dan menyebabkan markah yang
diperoleh rendah.

Kamaruddin Hj. Hussin (1986), telah membuat kajian tentang kesalahan


tatabahasa dalam kalangan pelajar-pelajar bukan Melayu iaitu India dan Cina di
empat buah Maktab Perguruan di Kuala Lumpur. Kajian itu bertujuan untuk melihat
prestasi atau tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar-pelajar tersebut. Daripada
analisis karangan yang ditulis oleh pelajar tersebut, beliau mendapati bahawa
kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar itu meliputi aspek
penggunaan ejaan, perkataan, pembentukan kata, struktur ayat dan rangkai kata.

Kajian serupa telah dilakukan oleh Abdul Hamid Mahmood (2004) terhadap
pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu peringkat Kelas peralihan, SPM dan STPM.
Hasil kajian ini ditulis dalam satu rencana yang bertajuk Hubungkait Dan Peranan
Tatabahasa Terhadap Kecekapan Berbahasa Bahasa Melayu. Aspek-aspek
kesalahan ayat, kesalahan penggunaan kata, istilah, kesalahan pemakaian imbuhan,
kesalahan kata jamak, kesalahan tanda baca dan kesalahan ejaan dijumpai. Oleh itu,
beliau merumuskan bahawa pelajar masih lemah dalam penguasaan bahasa Melayu
sama ada dalam kemahiran lisan atau menulis.

Daripada hasil kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji luar atau tempatan,
menunjukkan bahawa pelajar-pelajar membuat kesalahan bahasa dalam penulisan
karangan sedari dahulu lagi hingga kini dan mungkin untuk selamanya. Kesalahan
bahasa yang kerap dilakukan oleh pelajar ialah kesalahan pemilihan dan penggunaan
kata, ejaan, imbuhan, tanda baca, huruf besar, rangkai kata, klausa, dan struktur ayat.

Sesungguhnya kesalahan bahasa ini tidak dapat dielakkan tetapi ianya tidak
harus dibiarkan dan digalakkan atau ditakapakan. Sekiranya pelajar-pelajar tidak
digalakkan mencuba menggunakan pola-pola bahasa yang betul, kebiasaan
berbahasa yang betul tidak akan tercapai.

23
BAB 3

METODOLOGI DAN PROSEDUR

3.1 Pengenalan

Kajian ini dilakukan dalam situasi sebenar secara gelungan atau kitaran. Beberapa
langkah seperti merancang, bertindak, menilai, mereflek dan akhirnya membuat
analisis yang bersifat kuantitatif dengan menggunakan teknik dan kaedah yang
berbentuk diskripsi serta naratif. Dalam bab ini juga pengkaji akan menghuraikan
beberapa langkah bagi mendapatkan data kajian seterusnya mengenal pasti aspek-
aspek kesalahan ejaan yang terdapat dalam kemahiran penulisan karangan pelajar
bukan Melayu kelas peralihan, di sebuah sekolah menengah, Johor Bahru.

Perkara-perkara yang dikenal pasti ada berhubung kait dengan punca-punca


dan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah kesalahan ejaan sewaktu penulisan
karangan serta kesalahan penulisan yang dilakukan oleh pelajar akan dikaji.

Perbincangan dalam bab ini ditumpukan kepada perkara-perkara berikut reka


bentuk kajian, tempat kajian, subjek kajian, instrumen kajian, pentadbir ujian,
pengumpulan data dan penganalisisan data yang diperoleh.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian kelemahan dan kesalahan ejaan dalam penulisan karangan dalam kalangan
pelajar bukan Melayu kelas kelas peralihan ini dijalankan melalui kaedah tinjauan dan
kaedah kepustakaan. Gambaran yang dipaparkan dalam kajian ini hanya mewakili
kumpulan pelajar ini sahaja dan tidak merangkumi semua pelajar kelas peralihan di
kesemua sekolah menengah dalam negara ini.

Kajian analisis kesalahan ejaan ini dilakukan adalah untuk melihat kelemahan
pelajar dalam penulisan karangan khususnya dari aspek morfologi iaitu ejaan,
pemilihan kata, imbuhan, tanda baca, kata sendi dan huruf besar.

24
3.3 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah yang terletak dalam Zon Nusajaya,
Johor Bahru. Sekolah ini dipilih memandangkan sekolah ini yang pelajarnya terdiri
daripada berbilang kaum daripada latar belakang yang berbeza amat sesuai dengan
kehendak pengkaji.

3.4 Subjek Kajian

Subjek kajian ini terdiri daripada 48 orang pelajar bukan Melayu yang berada dalam
kelas peralihan. Mereka terdiri daripada 24 orang pelajar lelaki dan 24 orang pelajar
perempuan. Selain itu, mereka terdiri daripada pelbagai keturunan iaitu 24 orang
Cina dan 24 orang India. Pelajar lelaki berketurunan India dan Cina seramai 12 orang
setiap kaum. Begitu itu juga jumlah yang sama bagi pelajar perempuan India dan
Cina. Mereka ini dipilih secara rawak daripada pelajar-pelajar bukan Melayu yang
belajar di sekolah menengah tersebut.

Sebelum melanjutkan pelajaran di sekolah menengah, mereka ini adalah


pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Mereka ini apabila tamat
sahaja persekolaan peringkat rendah terpaksa mengikuti kelas peralihan dahulu
sebelum ke tingkatan satu. Ini adalah kerana keputusan Bahasa Melayu yang mereka
peroleh sewaktu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berada pada tahap D atau
gagal. Mereka terdiri daripada latar belakang keluarga yang pelbagai dan tinggal di
bandar, luar bandar atau pinggir bandar.

3.5 Instrumen Kajian

Oleh sebab kajian ini memberi tumpuan pada aspek kesalahan ejaan dalam penulisan
karangan, maka untuk mendapatkan data, satu karangan jenis perbincangan telah
diberikan kepada subjek kajian. Panjang karangan ialah lebih kurang 350 patah
perkataan dan ditulis dalam masa 60 minit. Tajuk karangan yang dipilih kerana
bersesuaian dengan kebolehan dan tahap pencapaian mereka serta penandaan
mengikut skema pemarkahan Kertas I Bahasa Melayu PMR.

25
Semua pelajar ini dikumpulkan dalam satu bilik darjah dan diminta menulis
karangan tersebut. Sebanyak 48 buah karangan pelajar yang terlibat dalam kajian ini
telah dipilih dan ditanda mengikut prosedur yang dinyatakan di atas tadi. Beberapa
kesalahan yang ketara dikenalpasti dan akan dianalisis.

Selain itu, borang soal selidik juga diedarkan kepada pelajar sampelan
bersama-sama soalan yang diberi untuk mendapatkan maklumat berkaitan
penguasaan bahasa Melayu mereka. Borang soal selidik itu terbahagi dua bahagian
iaitu:

Bahagian A : Latar Belakang Pelajar


Bahagian B : Berkaitan Penulisan dan Sikap Pelajar

3.6 Pentadbiran Ujian

Ujian penulisan karangan ini dijalankan dalam waktu mata pelajaran bahasa Melayu
diajarkan. Guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu diminta mengawas
pelajar-pelajar yang telah diberikan tajuk oleh pengkaji. Ujian penulisan karangan ini
dijalankan dalam masa 1 jam sahaja. Setelah selesai menulis karangan, pengkaji
memilih 48 buah karangan secara rawak daripada karangan yang telah dihasilkan
oleh pelajar sampelan.

3.7 Pengumpulan Data

Data bagi kajian ini didapati melalui analisis yang dibuat terhadap karangan sampel.
Setiap karangan diperiksa dengan teliti, terutama dalam aspek morfologi bahasa yang
merujuk pada ejaan, pemilihan kata, imbuhan, kata sendi, tanda baca dan huruf
besar.

Segala kelemahan yang telah dikenal pasti akan dikelompokkan mengikut


jenis sebagaimana yang telah ditentukan dalam objektif kajian. Ini bertujuan untuk
memudahkan penganalisisan selanjutnya.

26
Di samping itu, satu set borang soal selidik telah dibentuk dengan
mengemukakan soalan-soalan tertentu yang ada kaitannya dengan masalah yang
dikaji. Hasil daripada soal selidik yang dijalankan akan dapat diketahui latar belakang
subjek kajian, sikap, aktiviti yang melibatkan penguasaan bahasa dan lain-lain.

3.8 Penganalisisan Data

Data yang diperolehi berkaitan dengan segala kelemahan pelajar dalam penulisan
karangan dianalisis secara deskriptif untuk memenuhi kriteria kajian ini.

Penganalisisan data dilakukan mengikut dua peringkat, iaitu:

(a) Analisis kesalahan-kesalahan bahasa dalam penulisan karangan dalam


kalangan responden
(b) Analisis terhadap borang soal selidik

Penulisan karangan oleh responden membolehkan pengkaji mengenalpasti


kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan peratus dan purata serta kekerapan kesalahan untuk melihat kadar
kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Daripada analisis ini juga dapat dibuat
perbandingan kekerapan kesalahan yang dilakukan antara pelajar perempuan dengan
pelajar lelaki mengikut ras masing-masing.

Manakala analisis soal selidik responden yang dilakukan dapat membantu


pengkaji menentukan punca-punca dan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah
penguasaan bahasa mereka.

27
BAB 4

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini hasil kajian dan dapatan berdasarkan analisis terhadap 48 buah
karangan pelajar-pelajar bukan Melayu Kelas peralihan yang dipilih secara rawak
dikemukakan. Analisis ini bertujuan untuk melihat kebolehan pelajar dalam aspek
penulisan karangan khususnya dari segi ejaan, pemilihan dan kata imbuhan, tanda
baca, kata sendi dan huruf besar. Dapatan daripada analisis tersebut digunakan
untuk mengetahui tahap kelemahan pelajar dalam aspek penulisan.

Selain itu beberapa dapatan berdasarkan borang-borang soal selidik yang


diedarkan kepada pelajar-pelajar bukan Melayu kelas peralihan yang menjadi
responden, juga diperoleh untuk dianalisis dan mengetahui faktor-faktor yang
mempengaruhi penguasaan penulisan karangan mereka. Perbincangan hasil dapatan
kajian ini disusun mengikut jenis-jenis kesalahan yang dikesan dalam karangan
pelajar. Perbincangan tentang kesalahan morfologi disusun seperti berikut: kesalahan
ejaan, kesalahan pemilihan kata, kesalahan penggunaan imbuhan, kesalahan tanda
baca, kesalahan kata sendi, dan kesalahan huruf besar.

4.2 Kesalahan Bahasa Secara Keseluruhan

Secara keseluruhan analisis kajian menunjukkan bahawa daripada 48 orang pelajar


yang menjadi responden, sebanyak 763 kesalahan telah dilakukan. Kesalahan-
kesalahan itu melibatkan semua aspek yang telah ditetapkan untuk kajian ini, iaitu
ejaan, pemilihan kata, imbuhan, tanda baca, kata sendi dan huruf besar. Daripada 763
kesalahan itu pula, didapati 261 (34.2%) adalah kesalahan pemilihan kata, 196
(27.7%) kesalahan huruf besar, 161 (21.1%) kesalahan ejaan, 53 (6.9%) kesalahan
tanda baca, dan 53 (6.9%) juga kesalahan imbuhan dan 39 (5.1%) adalah kesalahan
kata sendi. Jadual 1 berikut menggambarkan maklumat tersebut.

28
Jadual 1

Taburan Kekerapan Kesalahan Bahasa Mengikut Peratusan

Pelajar Sampelan N : 48
Jenis Kesalahan
Jumlah Peratus

Pemilihan Kata (PK) 261 34.2


Huruf Besar (HB) 196 27.7
Ejaan (E) 161 21.1
Tanda Baca (TB) 53 6.9
Imbuhan (I) 53 6.9
Kata Sendi (KS) 39 5.1

Jumlah 763 100.0

Daripada Jadual 1 tersebut, didapati kesalahan pemilihan kata 261 (34.2%)


paling kerap dilakukan oleh pelajar sampelan bukan Melayu kelas kelas peralihan. Ini
diikuti oleh kesalahan huruf besar 196 (27.7%), ejaan 161 (21.1%), tanda baca dan
imbuhan masing-masing 53 (6.9%). Kesalahan kata sendi adalah kesalahan yang
paling kurang dilakukan oleh pelajar-pelajar ini, iaitu sebanyak 39 kesalahan (5.1%)
sahaja.

Kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar mengikut purata ialah
15.9 kali dalam setiap 100 patah perkataan seperti di Jadual 2 berikut:

Jadual 2

Purata Kekerapan Kesalahan Pelajar

Bilangan Pelajar Jumlah Kesalahan Purata


48 763 15.9

4.3 Kekerapan Jenis Kesalahan Mengikut Jantina

Daripada 763 kesalahan yang dilakukan sebanyak 403 (53.8%) kesalahan dilakukan
oleh pelajar lelaki, manakala pelajar perempuan melakukan sebanyak 360 (47.2%)

29
kesalahan. Secara terperinci, daripada 403 kesalahan itu, sebanyak 120 (15.7%)
kesalahan dilakukan dalam aspek pemilihan kata, 109 (14.3%) dalam aspek
penggunaan huruf besar, 91 (11.9%) dalam aspek ejaan, 34 (4.5%) dalam aspek
tanda baca, 27 (3.5%) dalam aspek imbuhan dan 21 (2.8%) kesalahan dilakukan
dalam aspek kata sendi. Kumpulan pelajar lelaki didapati melakukan kesalahan yang
paling kerap dalam pemilihan kata (15.7%) dan yang paling kurang dalam
penggunaan kata sendi (2.9%)

Bagi pelajar perempuan pula melakukan kesalahan sebanyak 360 (47.2%)


kesalahan daripada keseluruhan kesalahan yang berjumlah 763. Daripada 360
kesalahan ini, sebanyak 141 (18.5%) dilakukan dalam aspek pemilihan kata, 87
(11.3%) dalam aspek huruf besar, 70 (9.2%) dalam aspek ejaan, 26 (3.4%) dalam
aspek imbuhan, 19 (2.5%) dalam aspek tanda baca dan 17 (2.2%) dalam aspek kata
sendi. Kumpulan pelajar perempuan sama seperti pelajar lelaki, melakukan kesalahan
yang paling kerap dalam aspek pemilihan kata (18.5%) sementara kesalahan yang
paling sedikit dilakukan dalam aspek kata sendi (2.2%).
Kekerapan jenis kesalahan mengikut jantina dapat dilihat dalam Jadual 3 berikut:

Jadual 3

Taburan Kekerapan Jenis Kesalahan Bahasa Mengikut Jantina

Bilangan Pelajar (N=48) Jumlah


Jenis
Lelaki Peratus Perempuan Peratus Peratus
Kesalahan Kekerapan
n = 24 % n = 24 % %
E 91 11.9 70 9.2 161 21.1
TB 34 4.5 19 2.5 53 6.9
HB 104 14.3 87 11.4 196 25.7
I 27 3.5 26 3.4 53 6.9
PK 120 15.7 141 18.5 261 34.2
KS 22 2.9 17 2.2 39 6.1
Jumlah 403 52.8 360 47.2 763 100.0

Berbandng pelajar lelaki, penguasaan bahasa pelajar perempuan dalam


penulisan karangan adalah lebih baik. Ini brmakna perbezaan keupayaan menulis
karangan antara pelajar lelaki dan perempuan tidak banyak berbeza iaitu sebanyak
5.6% sahaja.

30
Data di atas menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan pelajar itu melakukan
kesalahan paling banyak dalam aspek pemilihan kata, walau bagaimanapun prestasi
pelajar lelaki didapati baik berbanding pelajar perempuan dalam aspek ini. Kajian
menunjukkan 120 (15.7%) kesalahan dilakukan oleh kumpulan pelajar lelaki manakala
141 (18.5%) kesalahan dilakukan oleh plajar perempuan. Perbezaan antara kedua-
dua kumpulan ini ialah sebanyak 21 (2.8%)

Namun demikian, terdapat beberapa aspek yang menunjukkan kumpulan


pelajar lelaki melakukan kesalahan lebih banyak daripada plajar perempuan. Hasil
kajian yang dperoleh menunjukkan bahawa plajar-pelajar lelaki melakukan banyak
kesalahan huruf besar 109 (14.3%) berbnding pelajar perempuan 87 (11.4%). Bagi
kesalahan ejaan pula, pelajar-pelajar lelaki melakukan sebanyak 91 (11.9%)
kesalahan, manakala pelajar-pelajar perempuan ialah 80 (9.2%). Kesalahan tanda
baca berjumlah 34 (4.5%) dilakukan oleh pelajar lelaki sedangkan pelajar perempuan
melakukan 19 (2.5%) kesalahan. Seterusnya kesalahan sebanyak 22 (2.9%)
dilakukan oleh pelajar lelaki dalam aspek kata sendi berbanding pelajar perempuan
iaitu sebanyak 17 (2.2%) sahaja.

Perbezaan peratusan antara kedua-dua kumpulan jantina dalam aspek huruf


besar ialah 2.9%, ejaan 1.3%, tanda baca 2.0% dan 0.7% bagi kesalahan kata sendi.
Bagi kesalahan imbuhan pelajar lelaki telah melakukan sebanyak 27 (3.5%)
kesalahan berbanding pelajar perempuan 26 (3.4%) dengan perbezaan peratusan
sebanyak 0.1% sahaja.

Secara keseluruhannya, pelajar lelaki melakukan lebih banyak kesalahan


daripada pelajar perempuan khususnya dalam aspek ejaan, huruf besar, tanda baca,
kata sendi dan imbuhan. Purata kekerapan kesalahan setiap pelajar lelaki ialah 16.8
kali, tetapi bagi pelajar perempuan ialah 15.0 kali sahaja. Ini bermakna perbezaan
purata kesalahan ialah 1.8 kali, seperti yang diperlihatkan dalam Jadual 4 di bawah ini

31
Jadual 4
Purata Kekerapan Kesalahan Bahasa Mengikut Jantina

Jantina Jumlah Kekerapan Kesalahan (%) Purata


Lelaki
(n = 24) 403 52.8% 16.8

Perempuan 360 47.2% 15.0


(n = 24)
Jumlah 763 100.0 15.9

4.4 Kekerapan Kesalahan Mengikut Ras

Daripada 763 kesalahan sebanyak 403 (52.8%) kesalahan dilakukan oleh pelajar
India dan 360 (47.2%) oleh pelajar Cina. Ini bermakna pelajar India lebih banyak
melakukan kesalahan berbanding pelajar Cina.

Kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh pelajar India ialah dalam aspek
huruf besar iaitu 130 (17.1%) sedangkan bagi pelajar Cina ialah pemilihan kata 149
(19.5%). Ini diikuti oleh kesalahan pemilihan kata 112 (14.7%) bagi pelajar India dan
kesalahan ejaan 75 (9.8%) bagi pelajar Cina. Pelajar India telah melakukan kesalahan
sebanyak 86 (11.3%) dalam aspek ejaan manakala pelajar Cina melakukan kesalahan
huruf besar sebanyak 66 (8.7%). Kesalahan yang paling kurang dilakukan ialah
kesalahan penggunaan imbuhan 23 (3.0%) bagi pelajar India dan kesalahan
penggunaan kata sendi 13 (1.7%) bagi pelajar Cina. Kekerapan kesalahan bahasa
pelajar mengikut ras ialah seperti di Jadual 5.

32
Jadual 5
Taburan Kekerapan Kesalahan Bahasa Mengikut Ras

Bilangan Pelajar (N=48) Jumlah


Jenis
India Cina
Kesalahan % % Kekerapan %
N=24 N=24

PK 112 14.7 149 19.5 261 34.2


HB 130 17.0 66 8.7 196 25.7
E 86 11.3 75 9.8 161 21.0
TB 26 3.4 27 3.5 53 6.9
I 23 3.0 30 3.9 53 6.9
KS 26 3.4 13 1.7 39 5.1

Jumlah 403 52.8 360 47.2 763 100.0

Data di atas menunjukkan bahawa pelajar-pelajar India dan Cina masih lemah
penguasaan bahasa, terutamanya dalam penulisan karangan. Pada keseluruhannya
prestasi pelajar India dalam aspek pemilihan kata, tanda baca dan imbuhan adalah
lebih baik daripada pelajar Cina. Pelajar India kurang melakukan kesalahan sebanyak
112 (14.7%) dalam pemilihan kata, 23 (3.0%) dalam imbuhan dan 26 (3.4%) dalam
tanda baca. Pelajar Cina pula kurang melakukan kesalahan dalam aspek huruf besar
66 (8.7%), ejaan 75 (9.8%) dan kata sendi 13 (1.7%) berbanding pelajar India.

4.5 Bentuk-Bentuk Kesalahan Aspek Penulisan Karangan

Penulisan karangan pelajar-pelajar ini dikaji dari aspek kesalahan pemilihan kata
(PK), huruf besar (HB), ejaan (E), tanda baca (TB), imbuhan (I) dan kata sendi (KS).
Daripada kajian yang dijalankan, beberapa bentuk kesalahan dalam aspek-aspek
tersebut telah ditemui.

4.5.1 Kesalahan Pemilihan Kata

Kesalahan pemilihan kata merupakan kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh
pelajar-pelajar sampel iaitu sebanyak 261 atau 34.2% daripada keseluruhan
kesalahan morfologi yang dikaji (Jadual 1)

Kesalahan pemilihan kata ini, bermaksud kesalahan penggunaan


perbendaharaan kata yang maknanya tidak menepati konteks dalam wacana.

33
Ketepatan dari segi pemilihan kata adalah penting dalam penulisan karangan kerana
jika tersilap akan menimbulkan berbagai konotasi maksud. Berikut merupakan
kesalahan-kesalahan yang dikategorikan kesalahan pemilihan kata iaitu kesalahan
ketidaktepatan kosa kata (PK 1), kesalahan frasa (PK 2), penggunaan kosa kata yang
kabur maknanya dalam ayat (PK 3), kesalahan kota kata yang dipengaruhi bahasa
lisan (PK 4) dan kesalahan meninggalkan perkataan atau perkataan-perkataan yang
peru ada dalam ayat (PK 5). Jadual 6 berikut memperlihatkan kekerapan dan jenis
kesalahan pemilihan kata yang menunjukkan lima jenis kesalahan pemilihan kata
yang dilakukan oleh pelajar sampel. PK 5, merupakan kesalahan yang paling kerap
dilakukan oleh pelajar iaitu sebanyak 100 (38.4%) daripada keseluruhan kesalahan,
PK 1 kesalahan yang dilakukan berjumlah 65 (24.9%), PK 2 sebanyak 49 (18.8%),
kesalahan PK 3 sebanyak 33 (12.6%) dan kesalahan paling kurang dilakukan ialah
PK 4 hanya 14 (5.4%) sahaja. Perbezaan antara kesalahan yang kerap (PK 5) dan
kurang kerap dilakukan (PK 4) ialah 86 (32.9%)

Jadual 6
Taburan Kekerapan Jenis Kesalahan Pemilihan Kata

Jenis Kesalahan Pelajar Sampel N : 48


(PK) Kekerapan Peratus

PK 1 65 24.9
PK 2 49 18.8
PK 3 33 12.6
PK 4 14 5.4
PK 5 100 38.4

Jumlah 261 100.0

Contoh-contoh kesalahan pemilihan kata yang dilakukan oleh pelajar sampel


adalah seperti berikut:
(a) Kesalahan ketidaktepatan kosa kata (PK 1)
Contoh:
(1) Sekolah saya juga mengadakan kemudahan sebagai padang yang luas.
(Seharusnya: ... juga mempunyai kemudahan seperti padang yang luas).
(2) Di sekolah ialah padang besar.
(Seharusnya: Di sekolah ada padang besar).
(3) Di sekolah semua guru rajin mengajar tetapi tidak malas.

34
(Seharusnya: ... rajin mengajar atau tidak malas).
(4) Sekolah saya tidak lawa
(Seharusnya: ... sekolah saya tidak cantik).

(b) Kesalahan Frasa (PK 2)


(1) Di sekolah setiap hari ada murid-murid bermain di padang.
(seharusnya: setiap hari ada ... bermain di padang sekolah).
(2) Saya di sini boleh dapat banyak pengetahuan
(seharusnya: Di sini saya boleh dapat banyak pengetahuan).
(3) Di sekolah belakang ada banyak pokok.
(seharusnya: Di belakang sekolah ada banyak pokok).
(4) Di sekolah saya ada bunga pokok dan banyak-banyak ada.
(seharusnya: Di sekolah saya ada banyak pokok bunga.

(c) Kesalahan penggunaan kosa kata, perkataan yang kabur (PK 3)


Contoh:
(1) Di sini ada banyak barang-barang
(seharusnya: Di sini ada banyak kemudahan).
(2) Banyak orang makan benda di kantin.
(seharusnya: Banyak pelajar makan makanan di kantin).
(4) Saya mahu menjaga seorang baik murid
(seharusnya: Saya mahu menjadi seorang pelajar yang baik).

(d) Kesalahan kosa kata yang dipengaruhi bahasa lisan (PK 4)


Contoh:
(1) Ada yang menaiki bas mari ke sekolah.
(seharusnya: ... bas datang ke sekolah).
(2) Sekolah saya dahulu ada sikit budak jahat ...
(seharusnya: ... ada sedikit pelajar ...).
(3) Saya tak boleh makai pakaian ...
(seharusnya: saya saya tidak boleh memakai ...

35
(e) Kesalahan tidak menggunakan kosa kata dalam ayat (PK 5)
Contoh:
(1) Pukul 10.00 pagi rehat.
(seharusnya: Pada pukul 10.00 pagi ialah waktu rehat).
(2) Saya berasa gembira kerana saya ada sekolah yang baik.
(seharusnya: ... saya belajar di sekolah ...).
(3) Di sekolah saya ada 135 guru.
(seharusnya: ... ada 135 orang guru).

4.5.2 Kesalahan Huruf Besar (HB)

Daripada analisis yang telah dijalankan didapati bahawa guru-guru pelajar ini masih
lemah dalam penguasaan huruf terutamanya huruf besar. Ini amat mengecewakan
pengkaji kerana mereka yang bakal pendidik ini masih melakukan kesalahan yang
boleh dianggap kesalahan yang remeh. Daripada sejumlah 763 kesalahan sebanyak
196 (25.7%) ialah kesalahan huruf besar, yang merupakan kesalahan yang kedua
besar dilakukan oleh pelajar sampelan ini. Bentuk kesalahan yang dikaji ialah
kesalahan tidak menggunakan huruf besar pada awal ayat (HB1), selepas noktah
(HB2), pada awal kata nama khas (HB3), menggunakan keseluruhan huruf besar
untuk kata nama khas (HB4), dan menggunakan singkatan untuk kata nama khas
(HB5). Jadual 7 di bawah ini menunjukkan kekerapan jenis kesalahan penggunaan
huruf besar.

Jadual 7

Taburan Kekerapan Jenis Kesalahan Huruf Besar

Jenis Kesalahan Pelajar Sampel


Kekerapan Peratus %
HB 1 53 27.0
HB 2 55 28.1
HB 3 24 12.3
HB 4 32 16.3
HB 5 32 16.3
Jumlah 196 100.0

HB 1 - Kesalahan Tidak Menggunakan Huruf Besar Pada Awal Ayat

36
HB 2 - Kesalahan Menggunakan Huruf Besar Di Tengah Ayat/ Perkataan
HB 3 - Kesalahan Menggunakan Keseluruhan Huruf Besar Untuk kata Nama Khas/
Kata nama am
HB 4 - Kesalahan Tidak Menggunakan Huruf Besar Pada Huruf Pertama Kata Nama
Khas
HB 5 - Kesalahan Menggunakan Singkatan Untuk kata Nama Khas

Jadual 7 di atas menunjukkan lima jenis kesalahan huruf besar yang sering
dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam karangan mereka. Bagi kesalahan HB1, HB2,
HB3, HB4, dan HB5 guru pelajar ini masing-masing telah melakukan sebanyak 53
(27%), 55 (28.1%), 24 (12.3%), 32 (16.3%) dan 32 (16.3%) kesalahan. Kesalahan
yang paling kerap dilakukan oleh pelajar yang dikaji ialah dalam aspek HB2
(kesalahan menggunakan huruf besar di tengah ayat/perkataan) iaitu sebanyak 55
(28.1%) kesalahan, manakala kesalahan yang paling kurang sekali dilakukan ialah
dalam aspek HB3 iaitu sebanyak 24 (12.3%). Kesalahan ini merujuk kepada
kesalahan menggunakan keseluruhan huruf besar untuk kata nama khas/kata nama.
Perbezaan antara kedua-dua kesalahan itu ialah 31 atau 15.8%.

Contoh-conoh kesalahan huruf besar oleh pelajar sampel adalah seperti


berikut:

(a) Kesalahan Tidak Menggunakan Huruf Besar Pada Awal Ayat (HB1)
Contoh:
(1) di belakang sekolah saya ada sebuah hutan
(seharusnya: Di belakang sekolah ...).
(2) kelas saya sangat cantik.
(seharusnya: Kelas saya sangat ...).
(3) nama guru saya ialah cikgu Rosnah
(seharusnya: Nama guru saya ...).
(4) tiap-tiap hari murid-murid bersihkan kelas
(seharusnya: Tiap-tiap hari ...).

(b) Kesalahan Menggunakan Huruf Besar Di Tengah/Perkataan (HB2)

37
Contoh:
(1) Sekolah saya cantik dan B
(seharusnya: Sekolah saya ... dan besar)
(2) Di sekolah saya ada Bilik sukan
(seharusnya: ... ada bilik sukan).
(3) Di sana ada Lebih kurang 1000 buah buku
(seharusnya: ... ada lebih kurang ...)

(c) Kesalahan Menggunakan Keseluruhan Huruf Besar Untuk kata nama


Khas/Kata nama
Contoh Seharusnya
(1) Pn. ROSITA Puan Rosita
(2) MENENGAH Menengah
(3) PENGETUA Pengetua
(4) SEKOLAH Sekolah

(e) Kesalahan Menggunakan Singkaan Untuk Kata Nama Khas (HB5)


Contoh Seharusnya
(1) Sek, Ren. Sekolah Rendah
(2) P.I.B.G Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru
(3) P.J.K Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

4.5.3 Kesalahan Ejaan (E)

Kesalahan ejaan merupakan salah satu daripada kesalahan yang paling biasa
dilakukan oleh pelajar-pelajar. Kealahan ejaan ialah jenis kesalahan yang ketiga tinggi
kekerapannya yang dilakukan oleh sampel pengkaji iaitu sebanyak 161 (21%)
daripada keseluruhan kesalahan sebanyak 763. Kesalahan ejaan dalam kajian ini
ditinjau dari dua aspek iaitu kesalahan pelajar mengeja kata dasar (E1) dan kata-kata
pinjaman khasnya dari Bahasa Inggeris (E.2). Jadual 8 berikut menunjukkan
kekerapan jenis kesalahan ejaan yang dilakukan oleh pelajar sampel.

Jadual 8

38
Taburan Kekerapan jenis kesalahan ejaan
Pelajar sampel N = 48
Jenis Kesalahan Kekerapan Peratus
E1 146 90.7
E2 15 9.3
Jumlah 161 100.0

E1 : Kesalahan Ejaan Mengeja Kata dasar


E2 : Kesalahan kata pinjaman

Jadual 8 di atas menunjukkan bahawa kesalahan E1, paling kerap dilakukan


oleh pelajar-pelajar iaitu sebanyak 146 (90.7%) kesalahan berbanding kesalahan E2
hanyak sebanyak 15 (9.3%). Terdapat perbezaan yang agak ketara antara kedua-dua
jenis kesalahan tersebut iaitu 131 (81.4%). Ini bererti pelajar melakukan 9 kali lebih
kesalahan E1 berbanding kesalahan E2.

Contoh-contoh kesalahan ejaan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sampel


adalah seperti berikut:

(a) Kesalahan Ejaan Mengeja Kata Dasar (E1)


Contoh Seharusnya
(1) banyat banyak
(2) luih kuih
(3) tinggatan tingkatan
(4) lehat rehat
(5) keretaapi keretapi
(6) berseh bersih
(7) tujo tujuh
(8) centik cantik
(9) bersar besar

(b) Kesalahan Kata Pinjaman

39
Contoh seharusnya
(1) stensen stesen
(2) kurikureum kurikulum
(3) kentin kantin
(4) elatrik elektrik
(5) computer komputer
(6) motorsikal motosikal

4.5.4 Kesalahan Tanda Baca (TB)

Tanda baca yang lazim digunakan oleh pelajar dalam penulisan karangan ialah tanda
noktah ( . ) dan tanda koma ( , ). Daripada jumlah kesalahan 763 sebanyak 53 (6.9%)
kesalahan tanda baca berjaya dikesan yang dilakukan oleh pelajar. Tanda bacaan
yang paling kerap dilakukan ialah tanda noktah dan tanda koma. Jadual 9
memperlihatkan kenyataan.
Jadual 9
Taburan Kekerapan Jenis Kesalahan Tanda Baca
Pelajar Sampelan N : 48
Jenis Kesalahan
Kekerapan Peratus ( % )
TB 1 19 35.85
TB 2 04 07.55
TB 3 30 56.60
Jumlah 53 100.00

TB1 : tiada tanda noktah pada akhir ayat


TB2 : Tiada tanda koma dalam ayat panjang
TB3 : Penggunaan tanda baca yang salah

Jadual 9 menggambarkan tiga jenis kesalahan tanda baca yang kerap dilakukan oleh
pelajar sampel. Kesalahan jenis tanda baca yang paling kerap dilakukan oleh para
pelajar ialah kesalahan TB3 iaitu sebanyak 30 kesalahan (56.6%). Ini diikuti dengan
kesalahan TB1 sebanyak 19 (35%) kesalahan dan kesalahan TB2 sebanyak 4 (7.6%)
kesalahan yang merupakan kesalahan yang paling kurang kurang pelajar lakukan.
Perbezaan kesalahan paling kerap TB3 dan paling kurang TB2 ialah sebanyak 26
(99.1%).

40
Berikut merupakan contoh kesalahan tanda baca yang dilakukan oleh sampel
kajian:

(a) Tiada tanda noktah pada akhir ayat (TB1)


Contoh:
(1) Di sekolah ada murid cina, Melayu dan juga India saya pun belajar ...
(Seharusnya: ... dan juga India. Saya pun ...)
(2) Di belakang sekolah saya ada hutan-hutan itu sangat besar.
(Seharusnya: ... saya ada hutan. Hutan itu sangat besar.)
(3) Ada lima puluh guru, dua ribu murd dan dua puluh lima bilik darjah
(Seharusnya: ... dan dua puluh lima bilik darjah.)

(b) Tiada tanda koma di ayat panjang (TB2)


Contoh:
(1) Di sekolah saya ada tempat bermain badminton bola jaring dan sepak takraw.
(Seharusnya: ... tempat bermain badminton, bola jaring dan ...)
(2) Sekolah saya ada lapan blok bangunan iaitu blok Ehsan, Bijaksana, Arif ...
(Seharusnya: ... blok bangunan, iaitu blok Ehsan, Bijaksana, Arif...)

(c) Penggunaan tanda baca yang salah


Contoh:
(1) Sekolah saya terletak di Gelang Patah. Johor Bahru berdekatan stesen bas.
(Seharusnya: ... terletak di Gelang Patah, Johor Bahru. berdekatan stesen bas.
(2) Ada nasi lemak. Mi goreng, mi kosong, rojak ... dan air oren
(Seharusnya: Ada nasi lemak, mi goreng, mi kosong, rojak ...
(3) Di sekolah ada juga sebuah padang yang besar.
(Seharusnya: ... ada sebuah padang yang besar)

4.5.5 Kesalahan Imbuhan ( I )

41
Kesalahan imbuhan menduduki tempat keempat dalam senarai kekerapan kesalahan
yang dilakukan oleh pelajar. Daripada jumlah kesalahan sebanyak 763, Cuma 53
(6.9%) kesalahan dilakukan dalam aspek imbuhan. Bentuk kesalahan imbuhan dikaji
ialah imbuhan awalan (I1), imbuhan akhiran (I2) dan imbuhan apitan (I3) seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 10 di bawah

Jadual 10
Taburan Kekerapan Jenis Kesalahan Imbuhan
Pelajar Sampelan N : 48
Jenis Kesalahan
Kekerapan Peratus ( % )

I1 35 66.0
I2 10 18.9
I3 05 9.4
I4 03 5.7
Jumlah 53 100.0
I 1 : Kesalahan imbuhan awalan
I 2 : Kesalahan imbuhan akhiran
I 3 : Kesalahan imbuhan apitan
I 4 : Kesalahan tidak menggunakan imbuhan

Jadual 10 itu menunjukkan empat jenis kesalahan imbuhan yang dilakukan


oleh pelajar sampel yang dikaji. Sebanyak 53 kesalahan imbuhan telah dilakukan oleh
pelajar. Kesalahan imbuhan awalan (I 1) sebanyak 35 (66.0%) adalah kesalahan yang
paling kerap dilakukan manakala kesalahan tidak menggunakan imbuhan (I 4) adalah
kesalahan yang paling kurang dilakukan oleh pelajar iaitu sebanyak 3 (5.7%)
kesalahan sahaja. Seterusnya kesalahan imbuhan akhiran (I 2) sebanyak 10 (18.9%)
dan kesalahan imbuhan apitan (I 3) sebanyak 5 (9.4%) kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar-pelajar tersebut. Perbezaan antara kesalahan yang paling kerap (I 1) dan
kesalahan yang paling kurang I 4 ialah 14 (60.3%).

Contoh-contoh kesalahan imbuhan adalah seperti berikut:

(a) Kesalahan Imbuhan Awalan (I 1)


Contoh:

42
(1) Sekolah saya mengandung berberapa bangunan
(Seharusnya: mengandung beberapa bangunan)
(2) Saya suka pelajar di sekolah ini
(seharusnya: Saya suka belajar di ...)
(3) Sekolah saya diletak Gelang Patah
(Seharusnya: Sekolah saya terletak di Gelang Patah)

(b) Kesalahan Imbuhan Akhiran (I 2)


Contoh:
(1) Di sekolah saya ada tempat permain badminton, bola sepak dan bola jaring
(Seharusnya: ...ada tempat permainan ...)
(2) Sekolah ini ditubuh pada tahun 1964
(Seharusnya: Sekolah ini ditubuhkan pada ...)
(3) Saya menaikkan bas pergi ke sekolah
(Seharusnya: Saya menaiki bas ke ...)
(c) Kesalahan Imbuhan Apitan (I3)
Contoh:
(1) Sekolah saya didekat stesen keretapi
(Seharusnya: Sekolah saya berdekatan stesen keretapi)
(2) Setiap hari Isnin, pelajar ke dewan berhimpunan
(Seharusnya: ... pelajar ke dewan perhimpunan)
(3) ... cikgu akan menasihati mereka supaya memperbetul kesalahan
(Seharusnya: ... cikgu akan menasihati mereka supaya membetulkan
kesalahan)

(d) Kesalahan Tidak Menggunakan Imbuhan (I4)


Contoh:
(1) Apabila cikgu hendak cakap dengan murid-murid, cikgu pun panggil murid-
Murid pergi ke dewan.
(Seharusnya: ... hendak bercakap dengan murid-murid, cikgu pun memanggil..)
(2) Sekolah saya letak di Gelang Patah dekat stesen bas
(Seharusnya: Sekolah saya terletak di Gelang Patah berdekatan stesen bas)
(3) Cikgu sya ajar dengan baik
(Seharusnya: Cikgu saya mengajar dengan baik)

43
4.5.6 Kesalahan Kata Sendi (KS)

Kata sendi ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Daripada jumlah
kesalahan (763), sebanyak 39 (5.1 %) kesalahan kata sendi telah dilakukan oleh
pelajar sampel. Kesalahan inimerupakan kesalahan yang paling kurang dilakukan
oleh mereka. Ini bermakna pelajar tidak menghadapi banyak masalah dalam
penggunaan kata sendi. Jadual 11 menunjukan dua jenis kesalahan kata sendi
mengikut kekerapan dan eeaturan tatabahasa.

Jadual 11
Taburan Kekerapan Jenis Kesalahan Kata Sendi

Jenis Kesalahan Pelajar Sampel N : 48


Kekerapan Peratus (%)

KS 1 15 38.5
KS 2 24 61.5

Jumlah 39 100.0

KS 1 : Kesalahan Kata Sendi Dalam Ayat.


KS 2 : Kesalahan Tidak Menggunakan Kata Sendi Dalam Ayat

Jadual 11 menunjukkan bahawa kesalahan kata sendi (KS) yang dilakukan oleh
pelajar sampel. Daripada dapatan kajian sebanyak 24 (61.5%) kesalahan KS1
dilakukan berbanding 15 (38.5%) kesalahan dalam KS2.

Berikut merupakan contoh-contoh kesalahan kata sendi yang dilakukan oleh


pelajar-pelajar yang dikaji:

(a) Kesalahan Kata Sendi (KS1)


Contoh:
(1) Jarak ke Gelang Patah hingga ke sekolah ialah lebih kurang 1 km.
(Seharusnya: Jarak dari Gelang Patah ke sekolah ...)
(2) Pada mata pelajaran sains murid-murid ...
(Seharusnya: Bagi mata pelajaran Sains ...)
(3) Daripada itu kita mesti datang ke sekolah ...

44
(Seharusnya: Dengan itu kita mesti datang ... )

(b) Kesalahan Tidak Menggunakan Kata Sendi (KS2)


Contoh:
(1) Sekolah saya ada enam buah bangunan.
(Seharusnya: Di sekolah saya ada ...)
(2) Makanan kantin sekolah sangat sedap
(Seharusnya: Makanan di kantin sekolah ... )
(3) ... saya belajar petang
(Seharusnya: ... saya belajar pada waktu petang

4.6 Analisis Soal selidik Pelajar

Data tentang butir-butir diri sampel adalah penting kerana melalui data tersebut dapat
diketahui tahap keupayaan dalam bidang bahasa khususnya aspek morfologi serta
minat dan sikap pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu.

4.6.1 Jantina Dan Ras

Kajian yang dijalankan ini melibatkan seramai 48 orang pelajar Bukan Melayu kelas
peralihan disebuah sekolah menengah dalam zon Nusajaya, Johor Bahru yang dipilih
secara rawak. Daripada jumlah itu, sebanyak 24 orang terdiri daripada pelajar lelaki
(50%) dan bakinya pelajar perempuan. Mereka terdiri daripada keturunan India
sebanyak 24 (50%) orang dan keturunan Cina 24 (50%). Perincian tentang data yang
berkaitan dengan jantina dan keturunan dalah seperti dalam Jadual 12 di bawah ini.

Jadual 12
Taburan pelajar Mengikut Jantina Dan Ras

Keturunan Jantina Bil. Pelajar Peratus (%)

45
Lelaki 12 25

India Perempuan 12 25
Lelaki 12 25
Perempuan 12 25
Cina
Jumlah 48 100

4.6.2 Minat Menulis Dalam Bahasa Melayu

Secara keseluruhan didapati kebanyakan pelajar berminat untuk menggunakan


Bahasa Melayu sebagai bahasa penulisan mereka. Data menunjukkan sebanyak 25
orang pelajar (52%) sangat berminat untuk menulis menggunakan Bahasa Melayu.
Manakala seramai 16 orang pelajar pula menampakkan minat untuk menulis
menggunakan Bahasa Melayu. Akan tetapi seramai 7 orang pelajar (15%) kurang
menunjukkan minat untuk menulis menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
penulisan. Mereka berkemungkinan selesa menulis menggunakan bahasa ibunda
yang telah mereka gunakan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Sungguhpun
demikian, tidak terdapat seorang pun pelajar yang tidak berminat langsung untuk
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penulisan mereka. Jadual 13 berikut
menunjukkan data yang menyokong perincian hujah-hujah di atas.

Jadual 13
Taburan kekerapan Miat pelajar Dalam Kemahiran
Menulis Dalam Bahasa Melayu
Kategori Bil Pelajar Peratus (%)
Sangat Minat 25 52
Minat 16 33
Kurang Minat 07 15
Tidak Berminat - -
Jumlah 48 100

4.6.3 Pemahaman Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Bahasa

Minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa turut dipengaruhi oleh pengajaran guru
bahasa (bahasa dalam konteks ini merujuk subjek Bahasa Melayu). Daripada data
yang diperolehi, didapati 32 orang pelajar (67%) memahami pengajaran Bahasa yang
disampaikan oleh guru mereka. Manakala 14 orang pelajar (29%) pula kadang-

46
kadang tidak memahami pengajaran guru dan terdapat 2 orang pelajar (4%) yang
langsung tidak memahami pengajaran guru, tetapi mereka mengambil inisiatif lain
untuk memahaminya dengan bertanya rakan atau merujuk di perpustakaan.

Jadual 14
Taburan Kekerapan Pengajaran Pemahaman Pelajar
Terhadap Pengajaran Guru

Kategori Bil. Pelajar Peratus (%)


Faham 32 67
Kadang-Kadang 14 29
Tidak Faham 02 04
Jumlah 48 100

4.6.4 Latihan Menulis Oleh Guru Bahasa Melayu Sewaktu di Sekolah

Berdasarkan kajian yang dilakukan di dapati 22 orang pelajar (46%) mengatakan


bahawa sewaktu di sekolah dahulu guru mereka sangat kerap memberikan latihan
menulis kepada mereka, sedangkan 17 orang pelajar (35%) berpendapat guru
mereka kerap memberikan latihan menulis karangan. Ini diperlihatkan dalam jadual
berikut:

Jadual 15
Taburan Kekerapan Guru Bahasa Melayu Memberi
Latihan Menulis

Kategori Bil. Pelajar Peratus (%)


Sangat Kerap 22 46
Kerap 17 35

47
Kurang Kerap 05 10
Tiada 04 09
JUMLAH 48 100

4.6.5 Penggunaan Alat Bantu Mengajar

Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang sesuai dan menarik dalam pengajaran
adalah penting kerana ABM dapat meningkatkan kejayaan pembelajaran terutama
pelajaran Bahasa Melayu. ABM juga boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan
pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran dan
menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Dalam hal ini, daripada kajian
yang dilakukan berkaitan ABM oleh guru sekolah, didapati 13 orang pelajar (27%)
menyatakan bahawa guru Bahasa Melayu mereka sangat kerap menggunakan ABM
semasa mengajar, 25 orang pelajar (52%) pula menyatakan guru Bahasa Melayu
mereka kerap menggunakan ABM sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah, 6 orang pelajar (13%) menyatakan guru mereka kurang kerap
menggunakan ABM sewaktu mengajar dan 4 orang pelajar (8%) seingat mereka guru
Bahasa Melayu mereka tidak pernah menggunakan ABM sewaktu mengajar. Mereka
hanya menggunakan kapur dan papan tulis sahaja sewaktu mengajar. Penggunaan
ABM oleh guru mengajar dalam soal selidik ini hanya merujuk kepada guru-guru
mereka sewaktu pelajar-pelajar ini berada di sekolah rendah sahaja. Hasil kajian
tersebut dapat dilihat dalam jadual 16 di bawah.

Jadual 16
Taburan kekerapan Penggunaan Alat Bantu Mengajar

Kategori Bil. Pelajar Peratus (%)


Sangat Kerap 13 27
Kerap 25 52
Kurang Kerap 06 13
Tidak Pernah 04 08
Jumlah 48 100

48
4.6.6 Peruntukan masa Untuk Belajar Bahasa Melayu Di Rumah

Pelajar sepatutnya menggunakan masa di rumah untuk mengulang kaji pelajaran


yang dipelajari di sekolah. Masa yang digunakan untuk mempelajari Bahasa Melayu
semasa di rumah adalah lebih banyak daripada masa yang diperuntukkan di sekolah.
Daripada data yang diperoleh didapati seramai 17 orang pelajar (35.4%) hanya
menggunakan masa 1 hingga 2 jam untuk mempelajari bahasa Melayu di rumah.
Manakala 15 orang pelajar (31.3%) pula menghabiskan masa kurang 1 jam untuk
mempelajari Bahasa Melayu di rumah. Sebanyak 12 orang pelajar (25%)
menggunakan masa lebih 2 jam untuk mempelajari Bahasa Melayu di rumah.
Manakala 4 orang pelajar (8.3%) tiada peruntukan masa mempelajari Bahasa Melayu
semasa. Data yang dinyatakan dapat diperjelaskan seperti yang ditertera dalam
Jadual 17 berikut:

Jadual 17
Taburan Kekerapan Masa Yang Digunakan Oleh Pelajar
Untuk Mempelajari Bahasa Melayu di Rumah
Jumlah Masa Bil. Pelajar Peratus %
Lebih dari 2 jam 12 25.0
1 - 2 jam 17 35.4
Kurang 1 jam 15 31.3
Tiada 04 8.3
Jumlah 48 100.0

4.6.7 Penggunaan Pusat Sumber Oleh Pelajar Sewaktu Di Sekolah

Pusat Sumber disediakan di setiap sekolah rendah dan menengah di negara ini.
Tujuannya untuk menggalakkan pelajar membuat rujukan dan membaca bahan-bahan
bacaan tambahan lain dapat meningkatkan keupayaan menguasai bahasa. Namun
daripada data yang diperolehi, didapati kebanyakan pelajar iaitu seramai 23 orang
(47.9%) kadang-kadang sahaja menggunakan kemudahan pusat sumber, malah
seramai 8 orang pelajar (16.7%) langsung tidak menggunakan kemudahan pusat
sumber yang disediakan di sekolah mereka. Cuma 18 orang pelajar (35.4%) sahaja

49
yang kerap menggunakan pusat sumber. Ini dapat dijelaskan lagi melalai jadual
berikut:
Jadual 18
Taburan Kekerapan Pelajar Menggunakan Pusat Sumber

Kategori Bil. Pelajar Peratus %


Ya 17 35.4
Kadang-Kadang 23 47.9
Tidak 08 16.7
Jumlah 48 100.0

4.6.8 Menghadiri Tuisyen Bahasa Melayu

Kebanyakan ibu bapa hari ini menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas tuisyen
sama ada di pusat tuisyen, ke rumah guru tuisyen ataupun mempelawa guru tuisyen
ke rumah mereka sendiri. Mereka berharap prestasi dan keupayaan anak mereka
dalam peperiksaan umum atau sekolah akan bertambah cemerlang. Oleh itu, mereka
sanggup membayar wang ringgit yang lebih semata-mata untuk memastikan anak
mereka berjaya dalam setiap mata pelajaran yang dipelajarinya.

Hasil daripada kajian, didapati kebanyakan pelajar Bukan Melayu kelas


peralihan yang dikaji ini tidak pergi ke kelas tuisyen sewaktu mereka bersekolah
rendah dahulu. Kajian menunjukkan 27 (56.2%) orang pelajar tidak pergi tuisyen
sewaktu mereka bersekolah rendah dahulu. Manakala sebanyak 21 (43.8%) orang
pelajar mengikuti kelas tuisyen sewaktu di sekolah rendah. Keadaan ini wujud
mungkin kerana kebanyakan ibu bapa pelajar sampel tidak mampu membiayai kos
atau yuran kelas tuisyen anak mereka yang terbukti agak mahal. Keadaan ini juga
mempengaruhi dapatan hasilan kajian kerana kemungkinan jika pelajar-pelajar ini
mengikuti kelas tuisyen Bahasa Melayu, dapatan kajian pastinya ada perubahan.
Jadual 19 menunjukkan kekerapan pelajar yang mengikuti kelas tuisyen.

Jadual 19
Taburan Kekerapan Pelajar mengikuti Kelas Tuisyen
Bahasa Melayu Sewaktu Di Sekolah Rendah

Kategori Bil. Pelajar Peratus %

50
Ya (mengikuti) 21 43.8
Tidak 27 56.2
Jumlah 48 100.0

4.6.9 Bahasa Komunikasi Pelajar

Untuk menguasai kemahiran menulis, pelajar-pelajar seharusnya berusaha sedaya


upaya untuk menguasai kemahiran ini walau dengan apa cara sekalipun. Pelajar perlu
bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik sekiranya ingin menguasai kemahiran
menulis dengan baik. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa utama sewaktu berkomunikasi dengan rakan-rakan, ahli keluarga
atau dengan sesiapa sahaja di rumah atau di sekolah. Pengkaji ada membuat kajian
penggunaan bahasa yang digunakan oleh sampel kajian sewaktu berinteraksi sesama
rakan-rakan atau ahli keluarga. Berikut merupakan dapatan kajian. Daripada hasil
kajian, didapati daripada 48 orang pelajar yang dijadikan sampel kajian, 26 (54.1%)
orang daripadanya menggunakan Bahasa Melayu semasa berkomunikasi di sekolah.
Seramai 9 orang pelajar atau 18.8% berkomunikasi menggunakan bahasa Cina
manakala 7 orang pelajar atau 12.5% berkomunikasi dalam bahasa Tamil dan hanya 4
orang pelajar sahaja menggunakan bahasa campuran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil semasa berkomunikasi di sekolah. Dapatan
ini adalah suatu yang mengejutkan kerana selama ini kita ingatkan pelajar sesama
mereka lebih senang berkomunikasi menggunakan bahasa ibunda mereka tetapi
rupa-rupanya tidak. Mereka lebih senang berkomunikasi menggunakan Bahasa
Melayu untuk menyampaikan buah fikiran mereka. Hal Ini diperlihatkan dalam jadual
20 di bawah:

Jadual 20
Taburan Kekerapan Pelajar Berkomunikasi Dalam Berbagai Bahasa di Sekolah

Bahasa Bil. Pelajar Peratus %


Bahasa Melayu 26 54.1
Bahasa Inggeris 02 6.3
Bahasa Cina 09 18.8
Bahasa Tamil 07 12.5

51
Bahasa Campuran 04 8.3
Jumlah 48 100.0

4.7 Kesimpulan

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam aktiviti
bahasa. Seseorang yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis akan
menghadapi masalah dalam menguasai sesuatu bahasa dengan baik. Oleh itu,
pelajar perlulah bermula dari peringkat rendah lagi haruslah menguasai semua aspek
kemahairan bahasa.

Daripada hasil kajian yang diperolehi didapati pelajar-pelajar Bukan Melayu


kelas peralihan ini masih lemah dalam penulisan karangan. Kelemahan mereka
meliputi beberapa aspek morfologi seperti pemilihan kata, ejaan, imbuhan, tanda
baca, kata sendi dan huruf besar. Analisis yang dilakukan menunjukkan bahawa
faktor-faktor lain mempengaruhi penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan
pelajar sampelan. Antara faktor yang dikenal pasti dalam kajian ini ialah faktor jantina,
ras, minat dan sikap pelajar itu sendiri. Bahasa pertuturan seharian dalam kalangan
rakan sebaya dan pengajaran guru itu sendiri juga memainkan peranan yang agak
penting penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis.

Sebenarnya, faktor-faktor tersebut saling berkaitan antara satu sama lain yang
menyebabkan pelajar-pelajar yang dikaji ini lemah penguasaan kemahiran
menulisnya. Namun demikian, bagi mengatasi masalah ini agar tidak terus
membimbangkan, para guru , pendidik di sekoalah dan ibu bapa haruslah berusaha
untuk meningkatkan tahap keupayaan mereka menguasai kemahiran tersebut pada
tahap tertinggi. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, para guru
diharapkan dapat mempelbagaikan lagi kaedah, teknik, pendekatan dan strategi
sewaktu mengajarkan kemahiran menulis kepada para pelajarnya.

52
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan

Hasil kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan pelajar bukan Melayu kelas
peralihan dalam penulisan karangan. Kelemahan ini merangkumi aspek kesalahan
morfologi dalam karangan pelajar. Aspek kesalahan yang dikaji ialah pemilihan dan
penggunaan kata, imbuhan, kata sendi, ejaan, tanda baca dan huruf besar. Kesalahan
ini dianalisis dan dikaji mengikut jantina, ras, sikap, minat, dan bahasa pertuturan
pelajar serta sikap dan pengajaran guru sewaktu di sekolah.

53
Hasil yang diperoleh daripada kajian ini menujukkan bahawa para pelajar India
dan Cina di kelas peralihan banyak melakukan kesalahan dalam aspek penulisan dan
penggunaan kata (PK). Daripada 763 kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar,
sebanyak 261 atau 34.2% merupakan kesalahan pemilihan kata. Ini diikuti oleh
kesalahan huruf besar (HB) sebanyak 25.7%, ejaan (e) sebanyak 12.1%, kesalahan
tanda baca (TB) dan imbuhan (I) setiap satu sebanyakk 6.9%. Kesalahan yang paling
kurang dilakukan oleh pelajar ialah dalam aspek kata sendi (KS) iaitu sebanyak 5.1%
sahaja.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pelajar India paling banyak melakukan
kesalahan bahasa berbanding pelajar Cina. Berdasarkan jantina pula, pelajar lelaki
yang paling banyak melakukan kesalahan bahasa berbanding pelajar perempuan.

Kelemahan pelajar dalam morfologi juga dapat dikaitkan dengan keputusan


UPSR mereka. Dapatan daripada keputusan UPSR menunjukkan bahawa pada
keseluruhan sebanyak 93.3% pelajar lulus dengan gred D UPSR. Sungguhpun
demikian, sebanyak 1.7% pelajar mendapat keputusan C dalam UPSR dan
selebihnya gagal dalam peperiksaan UPSR sewaktu di sekolah rendah dahulu. Ini
menunjukkan bahawa pelajar bukan Melayu kelas peralihan ini masih lemah dalam
aspek penulisan khususnya penulisan karangan.

Selain itu, kelemahan penguasaan morfologi berpunca daripada diri pelajar


sendiri khususnya daripada sikap dan minat mereka terhadap bahasa Melayu.
Dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa 52.1% pelajar sangat berminat
mengikuti pelajaran bahasa Melayu sewaktu di sekolah rendah dahulu. Manakala
47.9% tidak berminat dengan mata pelajaran bahasa Melayu. Sikap ini menunjukkan
mereka menganggap pelajaran bahasa Melayu tidak penting berbanding subjek-
subjek lain, khususnya subjek Sains dan Matematik. Daripada dapatan soal selidik
hanya 60% pelajar menggunakan masa lebih sejam untuk belajar atau mengulang kaji
pelajaran bahasa Melayu di rumah. Ini sudah tentu tidak mencukupi untuk menguasai
bahasa dengan baik. Tambahan pula kebanyakan pelajar iaitu sebanyak 66.7%
bertutur dalam bahasa ibunda mereka di rumah. Ini bermakna pelajar India bertutur
bahasa Tamil di rumah, manakala pelajar Cina menggunakan bahasa Mandarin atau
dialek Cina seperti Kantonis dan Hokien. Manakala pertuturan di sekolah pula hanya
35.4% orang pelajar sahaja yang bertutur bahasa Melayu semasa berkomunikasi

54
dengan rakan-rakan mereka. Ini kerana mereka lebih suka memilih rakan daripada
pelajar seketurunan yang mempunyai ciri persamaan yang banyak dalam aspek
bahasa, budaya dan sebagainya.

Kelemahan dari segi kaedah dan teknik pengajaran serta sikap guru sendiri
juga boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam penguasaan bahasa. Hasil
kajian menunjukkan tidak semua pelajar berminat dalam kemahiran penulisan. Minat
pelajar bergantung kepada keupayaan guru menyampaikan pelajarannya. Dapatan
menunjukkan bahawa hanya 46% pelajar mengatakan bahawa guru mereka sangat
kerap memberi latihan menulis sewaktu berada di sekolah rendah. Sehubungan itu,
didapati ada guru yang kurang atau langsung tidak mempunyai ABM semasa
mengajar. Kelemahan dalam kaedah dan teknik pengajaran ini memberi kesan
kepada penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar bukan Melayu kelas
peralihan ini.

Sebagai kesimpulan, kajian ini mendapati jenis kesalahan aspek morfologi


yang dilakukan oleh pelajar berbeza-beza mengikut jantina dan ras. Selain itu,
kesalahan tersebut juga dipengaruhi oleh sikap pelajar itu sendiri, bahasa pertuturan
sehariannya dan teknik dan kaedah pengajaran guru

5.2 Cadangan

Kajian ini hanya kesalahan morfologi yang dilakukan oleh pelajar bukan Melayu kelas
peralihan. Kesalahan morfologi itu hanya meliputi aspek pemilihan dan penggunaan
kata, imbuhan, kata sendi, ejaan, tanda baca dan huruf besar. Aspek sintaksis tidak
dikaji sama sekali. Kajian akan menjadi lebih sempurna dan bermakna jika kesalahan
aspek sintaksis turut dikaji. Untuk menghasilkan sebuah karangan yang bermutu,
pelajar perlu menguaai aspek morfologi dan sintaksis. Kedua-dua aspek ini saling
berkait antara satu dengan lain. Ini kerana penguasaan morfologi akan mempengaruhi
tahap penguasaan sintaksis dalam kemahiran menulis.

55
Kajian kesalahan bahasa ini mengambil kira faktor jantina dan ras yang boleh
mempengaruhi penguasaan morfologi pelajar. Namun demikian, terdapat faktor-faktor
lain seperti minat dan sikap pelajar, teknik dan kaedah pengajaran guru, bahasa
pertuturan seharian, darjah kecerdasan pelajar, persekitaran serta sosio ekonomi
status (SES) yang turut mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar.

Kajian ini hanya mengkaji kesalahan morfologi dalam kalangan pelajar bukan
Melayu kelas kelas peralihan di sebuah sebuah sekolah menengah dalam daerah
Johor Bahru. Kajian akan menjadi lebih lengkap dan bermakna jika kesalahan
morfologi dalam kalangan pelajar Melayu turut dikaji. Ini kerana ada perbezaan antara
pelajar Melayu dengan pelajar Bukan Melayu dalam penguasaan bahasa. Keadaan
persekitaran dan kegiatan ekonomi juga menentukan tahap penguasaan bahasa
antara pelajar-pelajar ini.

5.3 Penutup

Kajian tentang kesalahan morfologi dalam kalangan pelajar Bukan Melayu


dalam penulisan karangan memberi gambaran yang jelas mengenai tahap
penguasaan bahasa. Hasil kajian juga dapat mengenal pasti daerah-daerah yang
menjadi masalah kepada pelajar dan mengesan punca-punca yang menyebabkan
timbulnya kesalahan-kesalahan tersebut. Dengan mengetahui akan daerah-daerah
tersebut dan faktor-faktor yang menyebabkannya, guru dapat merangka strategi yang
lebih berkesan bagi mempertingkat pennguasaan bahasa pelajar. Untuk mengenal
pasti kesalahan pelajar, seseorang guru bahasa itu seharusnya mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang selok-belok bahasa yang diajarnya.

Selain itu, pihak-pihak tertentu seperti Kementerian Pelajaran Melayu dan


Pusat Perkembangan Kurikulum, harus berusaha untuk mengatasi masalah
kesalahan bahasa yang kerap dilakukan oleh pelajar. Ini penting untuk menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa yang berilmu dan dinamik tanpa terhambat oleh
pelbagai masalah kebahasaan.

56
RUJUKAN

Aban Tavadia Bhatia (1974). An Error Analysis of Students Co position. IRAL


Journal, Vol xii/4:337-350.

Abdullah Hassan. (1987). 30 Tahun, Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.


Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdul Aziz Abdul Talib (1995). Menilai Kemahiran Pelajar Menulis Karangan : Satu
Tinjauan Permarkahan. Dewan Bahasa, 29 (9) : 696.

Abdul Aziz Abdul Talib et al. (1990). Pengajaran Dan Pengujian Bahasa Persepktif
Untuk Perguruan. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Abdul Kadir bin Hj. Md. Amin (1986). Analisis Dalam Pendidikan Bahasa.
Jurnal Pendidikan Guru. Jilid 2 : 1 16.

57
Abdul Hamid dan Inderbir Kaur (1995). Beberapa Kajian Terhadap Kesalahan
Bahasa. Jurnal Dewan Bahasa. 6 : 531 541.

Alatis, James E. (ed) (1968). Contrastive Analysis and Its Pedagogical Implication.
Monograph Series on Languages and Linguistics, No. 21.

Asraf. ( 1988). Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Fonemik. Petaling Jaya.
Sasbadi Sdn. Bhd.

Atan Long (1982). Pedagogi-Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Awang Sariyan (1987). Aspek Bahasa Dalam Peperiksaan : Tinjauan Berdasarkan


Karangan. Dewan Bahasa. 31(9) : 620 638.

Awang Sariyan. (1995). Sebutan Baku dan Ejaan Rumi. Selangor Darul Ehsan.
Synergymate Sdn. Bhd.

Azman Wan Chik (1982). Pengajaran Bahasa. Kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Banathy, H. B. dan Madarasz, P. H. (1969). Contrastive Analysis and Error Analysis.,


dalam Journal of English as A Second Language 4. hlm. 77 - 92.

Celce-Murcia, Marianne (1978). The Simultaneous Acquisition of English and French


in Two-Year-Old Child, dalam Hatch, Evelyn, M., Second Language
Acquisition, hlm. 38-53. Roeley, Mass.: Newburry House.

Dayang Aini binti Haji Karim (2003). Preposisi Bahasa Dusun dan Bahasa Melayu:
Satu Analisis Kontrastif dan Analisis Kesilapan. Tesis Ph.D. Fakulti Bahasa dan
Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Ee Ah Meng (2002). Pemulihan Dan Pengayaan : Pedagodi IV. Kuala Lumpur:


Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Farid M. Onn, PhD, Ajid Che Kob. ( 1981). Pengaruh Bahasa Daerah Dalam Proses
Pembelajaran Bahasa Melayu Di Kalangan Pelajar-Pelajar Melayu.
UKM. Monograf 5 Faculty Of Social Sciences & Huminities.

Hajah Noresah Baharom dan rakan-rakan ( 1998). Kamus Dewan Edisi Ketiga.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ishak Haron (1979). Panduan Pengajaran Bahasa Melayu Untuk Sekolah Menengah :
Pembinaan Satu Conseptual Framework Dalam Penulisan Karangan.
Dewan Bahasa. 32(2) : 9 16.

Jais Sahok (1990). Tinjauan Kesalahan Penggunaan Bahasa Di Kalangan Pelajar.


Dewan Bahasa. 34(3) : 189 200.

Juriah Long, Rahimah Hj. Sabran dan Sofia Hamid (1990). Perkaedahan Pengajaran
Bahasa Melayu. Petaling Jaya : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kadir Mohd. Amin (1981). Satu Analisis Kesilapan Penggunaan Bahasa Melayu
Murid-Murid Melayu Darjah Enam Dua Buah Sekolah Rendah di Melaka.

58
Tesia M.Ed. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Kamala Dewi Palanisamy (1985). Masalah-Masalah Pengusaan Bahasa Melayu Sebagai


Bahasa Kedua Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tamil : Satu Kajian Kes di S.R.J.K (Tamil)
Ladang Selaba. Teluk Intan Perak. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Melayu :
Jabatan Persuratan Melayu.

Kamarudin Hj. Husin (1986). Penguasaan Bahasa Melayu Di Kalangan Pelajar Bukan
Melayu Di Maktab-Maktab Perguruan Di Kuala Lumpur. Tesis Master Sains
Pendidikan Universiti Pertanian Melayu.

Kamus Bahasa Melayu (Edisi Pelajar) (1975). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Melayu (2006). Laporan Prestasi SPM. Lembaga Peperiksaan,


Kuala Lumpur.

Koh Boh Boon (1982). Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :


Utusan Publication Distributors Sdn. Bhd.

Koh Boh Boon (1988). Pengajaran Bahasa Melayu Di Kelas peralihan.


Dewan Bahasa. 32(3) : 180 186.

Lado (1964). Language Testing. London : Longmans

Lembaga Peperiksaan Melayu (2006). Laporan Prestasi Peperiksaan SPM 2005.


Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Melayu

Leonard P.J. (1934). English Language Reading and Literature. Review of


Education Research, American Education Research. Department Of The
National Education Association

Mackey, W.F. (1974). Language Teaching Analysis. London : Longman Group Ltd.

Majlis Peperiksaan Melayu (2007). Laporan Prestasi STPM 2006. Kuala Lumpur :
Kementerian Pelajaran Melayu

Marohaini Yusoff (1987). Aspek Dalam Pengajaran Kemahiran Menulis Di


Peringkat Menengah. Dewan Bahasa. 31(2) : hlm. 78 81.

Nik Safiah Karim. ( 1986). Bahasa Melayu Persoalan dan Pergolakan. Kuala Lumpur.
Gateway Publishing House Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et al. (1986). Tatabahasa Dewan : Jilid 1. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1986). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Petaling Jaya : Penerbita Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Raminah Hj. Sabran (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelajar Maktab Perguruan.
Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ridzuan Ahmad (1981). Satu Analisis Mengenai Kesilapan Penggunaan Bahasa Di


Kalangan Pelajar Maktab Perguruan Bahasa. Laporan Praktikum.
Fakulti Pendidikan : Universiti Malaya.

59
Slotnick, H.B. dan W.T Rogers (1973). Writting Errors : Implication About Students Writers :
Research In The Language of English. 7 : 3

Yeop Johari Yaakob. (1987). Liku-Liku Bahasa Melayu. Selangor.


International Book service.

Zakaria Puteh (1978). Kajian Pencapaian Bahasa Melayu Murid-Murid Kelas peralihan.
Desertasi Sarjana pendidikan. Universiti Malaya.

LAMPIRAN A
ARAHAN

1. Sila tanda ( ) dalam petak-petak yang tersedia.


2. Isikan jawapan yang lengkap pada ruangan yang berkenaan.
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG PELAJAR DAN PENJAGA/IBU BAPA
1. Nama : ____________________________________________________
2. Jantina : ____________________________________________________
3. Kelas: ____________________________________________________
4. Alamat Rumah: ___________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
5. Kegemaran : ____________________________________________________

60
6. Nama Bapa : ____________________________________________________
7. Nama Ibu : ____________________________________________________
8. Pekerjaan Ibu bapa / penjaga :
Bapa : ____________________________________________________
Ibu : ____________________________________________________
Penjaga : ____________________________________________________
9. Kelulusan Gred BM (UPSR) : _____________________________
10. Pendapatan ibu bapa / penjaga sebulan :
Kurang daripada RM 500.00
RM 501.00 - RM 800.00
RM 801.00 - RM 1000.00
RM 1001.00 RM 2000.00
Lebih daripada RM 2001.00
11. Kelulusan Akademik Bapa / Penjaga
Lulus Darjah 6
SRP
SPM
STPM
Diploma
Ijazah
Tidak Bersekolah

12. Kelulusan Akademik Ibu


Lulus Darjah 6
SRP
SPM
STPM
Diploma
Ijazah
Tidak Bersekolah

13. Bilangan anak dalam keluarga:__________________ anak ke ________

14. Anda tinggal dengan siapa sekarang


Ibu bapa

61
Bapa
Ibu
Datuk/Nenek
Saudara
Penjaga
Rumah kebajikan

15. Apakah bahasa pertuturan yang digunakan di rumah


Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina (mandarian)
Bahasa Tamil
Lain-lain

16. Berapa ramaikah orang yang boleh membaca dan menulis di dalam rumah anda?
________________ orang

BAHAGIAN B : BERKAITAN PENULISAN DAN SIKAP PELAJAR


Tandakan ( ) dalam petak berkenaan

1. Siapakah orang yang menggalakkan anda menulis dalam bahasa Melayu?


Ibu bapa
Guru
Kawan
Ahli keluarga lain
Tidak ada

2. Nyatakan bahan bacaan dalam bahasa Melayu yang terdapat d rumah anda

Surat khabar/majalah
Buku cerita / novel
Komik

62
Lain-lain buku
Tidak ada

3. Dimanakah tempat untuk anda membaca dan menulis semasa di rumah

Bilik bacaan
Suatu sudut
Bilik tamu
Bilik sendiri
Tempat lain

4. Adakah anda selalu menggunakan kamus bahasa Melayu

Ya
Kadang-kadang
Tidak

5. Nyatakan minat anda dalam menulis menggunakan bahasa Melayu

Sangat minat
Minat
Kurang minat
Tidak minat

6. Sewaktu bersekolah rendah dahulu berapa kerap guru Bahasa Melayu memberi latihan
menulis
Sangat kerap
Kerap
Kurang kerap
Tiada

7. Berapa kerap guru bahasa Melayu menggunakan alat bantu mengajar dalam
pengajaran yang melibatkan aktiviti menulis

63
Sangat Kerap
Kerap
Kurang Kerap
Tiada

8. Adakah anda selalu diganggu ketika membaca dan menulis dalam bahasa Melayu di
rumah
Ya
Kadang-kadang
Tidak ada

9. Masa yang anda peruntukan untuk belajar bahasa Melayu


Lebih 2 jam
Antara 1 2 jam
Kurang 1 jam
Tiada

10. Adakah buku yang digunakan oleh anda sesuai untuk anda menguasai kemahiran
menulis

Sangat sesuai
Sesuai
Kurang sesuai
Tidak sesuai

11. Adakah anda memahami pelajaran bahasa Melayu yang disampaikan


oleh guru anda

Ya (faham)
Kadang-kadang
Tidak faham

12. Adakah anda menggunakan kemudahan pusat sumber untuk menambah kefahaman
anda dalam menulis
Ya
Kadang-kadang

64
Tidak pernah

13. Adakah anda mengambil inisiatif lain untuk manambah kemahiran menulis anda

Ya
Tidak

65