Anda di halaman 1dari 4
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK JALAN TUN ABDUL RAZAK, 30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN, Telefon : 05-501 5000. Faks : 05-527 7273 portal :http:/ljpnperak moe gov.my Penn’, “4 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ” Ruj. Kami: J.Pend.Pk.(ICT)4668/8/3 Jld.3 (64 ) Tarikh —: J September 2016 ‘Semua Pengarah Kolej Vokasional Negeri Perak ‘Semua Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak ‘Semua Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Perak Tuan, ARAHAN PENGGUNAAN E-MEL 1GOVUC SEBAGAI E-MEL RASMI SEKOLAH- ‘SEKOLAH DI NEGERI PERAK Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Jabatan Pendidikan Negeri Perak Bil. 3/2016 yang telah diadakan pada 18 Ogos 2016 memutuskan semua sekolah di negeri Perak menggunakan e-mel 1GovUC sebagai e- mel rasmi sekolah mulai 1 Oktober 2016. 3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan hendaklah menggunakan e-mel rasmi 1GovUC dalam semua urusan rasmi pejabat dan mengemaskini butiran alamat e-mel di saluran media sebaran yang digunakan oleh pihak tuan. 4. Sila rujuk Lampiran 1: Arahan Penggunaan E-mel Rasmi Sekolah-sekolah Di Negeri Perak sebagai garis panduan yang pertu dipatuhi. 5. Sebarang pertanyaan berkaitan penggunaan akaun e-mel 1GovUC, pihak tuan boleh menghubungi Puan Suhana binti Mohd Alias di talian 05-5015199 atau Encik Yusnizam bin Mohammad Salleh di talian 05-5015040. 6. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ‘Saya yang menurut perintah, (HAJI ROZI BINPUTEH ISMAIL, AMP., PPT.) Pengarah Pendidikan Negeri Perak ii) Fail Timbul Sa “CINTAILAH BAHASA KITA" == ‘sk: i) Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak ; © (Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung) ed 1.0 2.0 3.0 J.Pend.Pk.(ICT)4668/8/3 Jid.3 (69) Lampiran 1 ARAHAN PENGGUNAAN E-MEL 1GOVUC SEBAGAI E-MEL RASMI SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI PERAK PUNCA KUASA 11 Surat siaran Pelaksanaan Perluasan Kemudahan Perkhidmatan 1 Government Unified Communications (1GOVUC) Kepada Warga Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Sekolah daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia, KPMSP. 100-11/1/8(32) bertarikh 29 April 2016. 1.2 Mesyuarat Pemandu ICT Negeri (JPICT) Jabatan Pendidikan Negeri Perak Bil.3/2016 bertarikh 18 Ogos 2016. AKAUN E-MEL RASMI KERAJAAN 2.1 Penetapan domain e-mel moe.edu.my sebagai domain e-mel rasmi untuk kegunaan warga sekolah. 2.2 Bermula 1 Oktober 2016, e-mel rasmi semua sekolah di negeri Perak adalah e-mel 1GovUC (kod sekolah@moe.edu.my) manakala e-mel ‘1BestariNet (kod sekolah@bestarinet.yes.my) hanya bagi kegunaan VLE Frog sahaja. PENDAFTARAN AKAUN E-MEL 1GOVUC 34 3.2 Akaun e-mel 1GovUC di sekolah tertakluk kepada kategori seperti berikut: 1. E-mel rasmi sekolah berdasarkan Kod Sekolah 2. Pengarah Kolej / Pengetua Sekolah / Guru Besar 3. Penolong Kanan Pentadbiran 4. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 5. Penolong Kanan Kokurikulum 8. Penolong Kanan Tingkatan Enam (6) 7. Penolong Kanan Pendidikan Khas 8. Penyelia Petang 9. Penyelaras Bestari/VLE 10. Penyelaras ICT 11. Guru Data 42. Guru ICT 13, Ketua Pembantu Tadbir 14, Juruteknik Komputer Penambahan pendaftaran akaun e-mel baharu bagi perjawatan yang tidak tersenarai adalah tidak dibenarkan. 40 5.0 6.0 ADMIN UC SEKOLAH 44 42 43 Setiap sekolah wajib mempunyai seorang (1) Admin UC berdasarkan kelayakan berikut mengikut keutamaan iaitu : Kelayakan 1. : Juruteknik Komputer, jika tiada; Kelayakan 2 : Guru Penyelaras Bestar, jika tiada; Kelayakan 3. : Guru ICT, jika tiada; Kelayakan 4: Guru Data Pihak sekolah dibenarkan membuat pertambahan Admin UC dan setiap sekolah hanya dibenarkan mempunyai dua (2) orang Admin UC sahaja berdasarkan kelayakan yang ditetapkan. Surat pelantikan Admin UC dikeluarkan oleh JPN berdasarkan kelayakan pada para 4.1 sahaja. Bagi perjawatan lain yang tidak memenuhi syarat tersebut tidak akan diberi surat pelantikan dan dikehendaki membuat permohonan secara rasmi melalui surat kepada Admin UC JPN Perak. AKAUN E-MEL RASMI SEKOLAH 5.1 5.2 5.3 54 E-mel_rasmi sekolah adalah kodsekolah@moe.edumy (contoh }A0001 @moe.edu.my). Ketetapan tanggungjawab di bawah bahagian pejabat sekolah iaitu Pengarah Kolej/Pengetua/Guru Besar dan Ketua Pembantu Tadbir. E-mel rasmi sekolah hendaklah dibuka (read, reply, forward, manage) oleh Pembantu Tadbir yang ditetapkan oleh pihak sekolah. E-mel rasmi sekolah bukan tanggungjawab Admin UC (read, reply, forward, manage). PENGESAHAN INVOIS 1GOVUC 6.1 62 Pada setiap bulan pihak Telekom Malaysia (TM) akan menghantar Invois Merancang, Membangun dan Mengoperasi Perkhidmatan 1Government Unified Communication (1GovUC) kepada e-mel rasmi sekolah untuk pengesahan. Pihak sekolah hanya perlu membuat pengesahan bilangan akaun Pengguna yang dicaj sahaja. Urusan Pembayaran akan dibuat oleh pihak MAMPU. Sebarang pertanyaan, _ berkenaan Perkhidmatan 1Government Unified Communications (1GOVUC) hendaklah berhubung : Servicedesk 1GovUC TM-VADS : Telefon : 03-7711 4646 E-mel : vadsservicedesk@vads.com Admin UC JPN Perak : Puan Suhana Binti Mohd Alias (05-5015000 samb. 5199) Puan Sherry Rahayu Binti Mohamad Radzi (05-5015000 samb. 5203) Encik Yusnizam Bin Mohammad Salleh (05-5015000 samb. 5040) E-Mel Helpdesk Pegawai Meja JPN/PPD : jpnperak.1govuc@moe.gov.my

Anda mungkin juga menyukai