Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 27(2)

JALAN PAYA LEBAR 27/10


40400 SHAH ALAM, SELANGOR
TEL : 03-51916642

LAPORAN PROGRAM
KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS

DISEDIAKAN OLEH
NOOR IDAYU BINTI ISMAIL

KOD SEKOLAH
BBA8273
LAPORAN PROGRAM KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS

SK SEKSYEN 27(2)

Tarikh :

Hari : Isnin Jumaat

Masa : 7. 30 pagi 1.00 tengah hari.

Tempat : Dataran Cemerlang, Laman Gemilang dan di dalam kelas

masing- masing.

Objektif program :

1. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan penggunaan dan


penjagaan buku teks.
2. Memupuk nilai kasih sayang dan cintakan buku teks terhadap murid serta
bertanggungjawab di dalam menjaga buku teks yang telah diperuntukkan kepada
murid.
3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan adanya buku teks yang
berkeadaan baik.

LAPORAN PROGRAM

Pada 15 Februari 2016 sehingga 19 Februari , telah diadakan satu program iaitu
Kempen Sayangi Buku Teks . Program ini adalah anjuran Unit SPBT bersama Unit PSS dan
Panitia Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang
penjagaan buku teks serta murid murid dapat menjaga buku teks mereka dengan baik.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah :


1. Majlis Pelancaran Program

Program ini telah dirasmikan oleh En. Shahir Redzuan bin Musa iaitu Guru Besar SK
Seksyen 27(2) pada hari Isnin, 15 Februari di Laman Gemilang.

2. Membaca 5 minit buku teks

Aktiviti ini dijalankan di Dataran Cemerlang setiap hari selama minit dan bermula dari
jam 7.30 pagi hingga 7.35 pagi. Aktiviti ini telah disempurnakan oleh guru bertugas setiap
hari dan guru SPBT.

3. Mewarna Tahap 1

Aktiviti ini telah dijalankan di dalam setiap kelas Tahap 1 pada hari Selasa iaitu 16
Februari 2016 dari jam 8 pagi sehingga 9:40 pagi. Murid-murid telah diberikan kertas dan
mereka dikehendaki mewarna dengan cantik. Setiap kelas mempunyai 3 orang
pemenang.

4. Sport Check Buku Teks

Pemeriksaan buku teks ini telah dijalankan oleh guru-guru kelas sepanjang minggu
Program Kempen Sayangi Buku Teks ini diadakan. Buku-buku yang tidak dibalut akan
dikehendaki membayar denda sebanyak RM1.00 tetapi selepas amaran diberikan.
PENILAIAN PROGRAM

KEKUATAN

Program ini dapat menggalakkan perasaan cintakan buku teks. Murid murid dapat
menyayangi buku teks mereka dengan menjaganya sebaik mungkin. Selain itu , ianya dapat
memberikan kesedaran kepada murid bahawa buku teks ini adalah buku pinjaman dan tidak
boleh dirosakkan. Di samping itu, program ini dapat memupuk nilai murni dalam kalangan
murid-murid.

KELEMAHAN

Program ini berjalan dengan lancar dan tiada kelemahan yang ditemui sepanjang program ini
berlangsung.

Disediakan oleh,

(NOOR IDAYU BINTI ISMAIL)


Setiausaha Unit SPBT,
SK Seksyen 27(2).
LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS

SK SEKSYEN 27(2)

1. Majlis Pelancaran Program

2. Membaca 5 minit buku teks


3. Mewarna Tahap 1

4. Sport Check Buku Teks

Anda mungkin juga menyukai