Anda di halaman 1dari 7

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KRT 3013: TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH ( PJJ )

TAJUK

1B: ESEI

KUMPULAN
EL J10

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
TEO PEI YEE D20102044490 0127486755

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK NORHISHAM BIN MOHAMAD NORDIN


TARIKH SERAHAN: 6 NOV 2011
Soalan: Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses p&p di bilik darjah.
Sebagai guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut:
1. Kenalpasti masalah pengajaran di dalam bilik darjah.
2. Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu menyelesaikan masalah
dalam ( 1 ).

Dalam era pemodenan ini, guru disarankan melakukan perubahan dalam daya
pengajaran mereka di bilik darjah supaya disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar.
Cara pengajaran tradisional yang masih diamalkan oleh guru masa kini tidak boleh
membantu para pelajar dalam mempraktikkan gaya pembelajaran berkesan. Oleh itu,
gaya pengajaran guru perlu diubahsuai kepada bentuk gaya pengajaran lain seperti gaya
pengajaran inkuiri yang boleh memantapkan gaya pembelajaran dan seterusnya
meningkatkan pencapaian akademik. Gaya pembelajaran berkesan di kalangan pelajar
juga banyak bergantung kepada motivasi, minat dan cara pengajaran yang diperkenalkan
guru.
Kaedah ini menjadikan pelajar pasif dan tidak mengambil kira keperluan pelajar
yang berbeza dari segi tahap kebolehan. Kaedah tradisional yang masih digunakan
sekarang lebih bersifat strategi pemusatan guru. Pengajaran dan pembelajaran sebegini
kurang aktif dan akan menjadi seorang pelajar yang pasif serta interaksi pelajar dengan
mata pelajaran itu sendiri turut terbatas manakala strategi pemusatan pelajar
menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan bukan sebagai penerima maklumat semata-mata.
Selain itu, masalah komunikasi sehala banyak berlaku di mana seseorang guru
memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat manakala pelajar pula hanya perlu
duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang diperlukan. Ini menyebabkan murid
kurang minat terhadap mata pelajaran tersebut seterusnya mengkategorikan ianya sebagai
suatu mata pelajaran yang sukar untuk difahami. Kaedah ataupun strategi pengajaran dan
pembelajaran merupakan aspek yang penting dalam keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Guru masa kini banyak mengamalkan cara Chalk and Talk dan
kurangnya menggunakan alat bantu mengajar semasa menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Pendekatan dan kaedah pengajaran ini tidak menarik dan
menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dan berasa bosan sewaktu
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Adalah menjadi keutamaan dalam proses
pengajaran untuk mengelakkan daripada berlakunya penyertaan pasif di kalangan pelajar
disebabkan kurangnya perhatian dan focus serta ketidakselesaan mereka mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, didapati juga ramai pelajar tidak mampu mengingat fakta yang
terlalu banyak dan tidak banyak dokumen bertulis yang boleh dirujuk mengenainya
apabila diperlukan. Bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah luput apa yang dipelajari,
gaya pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran seharusnya sentiasa mengaplikasikan
apa yang dipelajari kepada situasi baru adalam amat diperlukan oleh pelajar.
Seterusnya, guru juga menghadapi masalah kekurangan masa untuk membolehkan
murid-muridnya menjalankan aktiviti yang lebih menarik seperti eksperimen, permainan
dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh guru telah menghabiskan masanya dalam
penyampaian maklumat, jika sebarang kesukaran dikemukakan kepada guru sahaja akan
menjadikan guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menbantu pelajar yang ramai.
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang
melibatkan guru-guru dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran dengan menggunakan
alat bantuan terkini seperti penggunaan computer, software atau internet. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pengajaran perlu menarik minat dan
mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini amat penting menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan
kreatif pelajar. Manakala, kaedah dan metadologi pengajaran yang bersifat spoon feed ,
induktif dan khutbah yang hanya mementingkan supaya murid menerima sahaja apa yang
disogok oleh guru telah tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan
budaya belajar dan budaya mengajar pada era perkembangan informasi maklumat yang
berlaku dalam masyarakat moden.
Penggunaan kaedah menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
telah menjadikan perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat
membantu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam
bilik darjah. Penggunaan kaedah ini secara berfikrah dan terancang akan menghasilkan
pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Di Malaysia, pelbagai perisisan
pengajaran pembelajaran berpandukan komputer telah dibekalkan ke sekolah-sekolah
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan.
Pengajaran menggunakan computer ialah pengajaran atau kursus yang
disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina oleh pembangun
perisian dengan menggunakan komputer. Pembelajaran ini ialah suatu system yang
melibatkan interaksi di antara perisian komputer dengan pelajar oleh guru. Perisian ini
mengandungi bahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap iaitu nota, soalan dan
ulangkaji. Keupayaan alat pengarangan dan komputer mengintegrasikan unsure-unsur
video, bunyi, teks dan grafik untuk membentuk perisian ini dan ia membawa makna besar
dalam bidang pendidikan. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai penggunaan alat pengarangan
yang mengabungkan media video, bunyi, teks, animasi dan grafik bagi tujuan maklumat
dengan cara bermutu dan berkesan.
Kaedah mengajar menggunakan komputer berfungsi sebagai bahan bantu
mengajar, bukan merupakan pengganti guru di dalam kelas. Oleh itu, guru masih dan
amat berperanan untuk membentuk pengajaran dan pembelajaran pelajarnya. Oleh sebab
itu, dalam keghairahan menggunakan pembelajaran dan pengajaran berbantukan
komputer , guru perlu mengambil kira dan mengetahui aspek-aspek yang berkaitan
dengan kandunga pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer. Bagi mencapai
matlamat pengajaran yang berkesan dan bermutu, guru perlulah menggunakan teknologi
maklumat secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
Pengajaran menggunakan teknologi komputer menyediakan situasi pembelajaran
secara aktif serta dapat meningkatkan pengetahuan yang dialami, dibina,
dimanipulasikan, diuji dan diteroka oleh pelajar secara langsung. Pembelajaran aktif
berlaku dalam persekitaran multimedia bagi membolehkan pelajar membina pengetahuan
dalam pelbagai orientasi yang sesuai dengan gaya dan keperluan kognitif mereka. Ini
dapat menyelesaikan masalah pelajar merasa bosan ketika guru mengajar , meraka
kemungkinan akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, penggunaan komputer dalam pengajaran amat penting bagi
memotivasikan murid dalam pembelajaran. Pelajar lebih bermotivasi untuk belajar
dengan menggunakan medium yang baru, ia juga akan memberikan motivasi kepada
pelajar untuk mendalami dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Para guru juga
boleh menggunakan komputer untuk membina peta minda untuk memudahkan pelajar
memahami ataupun menghafal input yang disampaikan, cara ini lebih menarik dan akan
membantu murid memahami dengan lebih mendalami. Selain itu, teknik pengajaran yang
menggunakan medium yang berlainan dan dianggap high tech, akan memberikan
semangat serta perangsang meneruskan pelajaran. Ini akan membantu guru menarik
perhatian pelajar dan mengelakkan berlakunya masalah kurang menumpu perhatian
sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pengajaran berbantukan komputer juga akan menghasilkan pembelajaran yang
akan menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai aspek untuk membuat penerokaan.
Hasil penerokaan yang terpandu dan terarah ini akan lebih memudahkan pelajar
menguasai pelajaran dan pelajar akan merasakan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Ini dapat mengubah pelajar yang bersikap pasif menjadi lebih aktif dan
melibatkan diri secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran berbantukan komputer merupakan sejenis kaedah ataupun pendekatan
yang amat menarik minat pelajar. Sebagai contohnya, guru boleh menggunakan teknik
simulasi dalam pengajaran. Simulasi dapat membina ilusi bahan rasa yang realistic
melalui teknologi komputer yang menggabungkan audio, visual dan interaksi. Guru-guru
biasanya menggunakan media video atau animasi untuk mempersembahkan eksperimen
dalam bentuk simulasi. Penggunaan kaedah ini juga dapat membenarkan pengguna
memilih dan menjalani eksperimen tanpa kawalan guru. Dengan ini, pelajar dapat
bertindak dan berfikir dengan lebih kreatif. Simulasi membuatkan pengguna mesra
seolah-olah berada dalam keadaan sebanar. Simulasi boleh dibuat dalam bentuk dialog,
menggunakan alatan atau merasai sendiri interaksi bersama perisian komputer. Model
dan pendekatan yan realistic digunakan untuk menerangkan konsep atau prosedur.
Kaedah simulasi terbahagi kepada 2 kategori iaitu untuk mengajar atau melakukan
sesuatu. Selain itu, pendekatan simulasi serasi dan menyokong pendekatan konstruktif
iaitu teori pembelajaran yang member menekanan kepada pemikiran kritis, penyampaian
masalah dan pengalaman pembelajaran autentik. Kaedah simulasi bagi menggantikan
aktiviti-aktiviti yang sukar dilakukan di makmal akan membantu pelajar sesuai dengan
gaya pembelajaran konsturktif menguasai pembelajaran.
Contoh yang kedua adalah permainan. Sifat manusia yang minat pada hiburan dan
cabaran, dimanipulasikan dalam pembinaan perisian berasaskan permainan. Pelajar-
pelajar lebih gemar menghabiskan masanya dengan bermain. Sifat ini merangsang
pembinaan perisian permainan, yang membolehkan pengguna belajar dan bermain
serentak. Aktiviti permainan menggunakan pendekatan bermain sambil belajar atau
berhibur sambil belajar. Aktiviti permainan ini boleh meningkatkan dan menanam minat
pelajar untuk belajar. Aktiviti ini dapat memotivasikan pelajar dan merangsang pelajar
mengumpul markah yang paling tinggi. Memandangkan naluri manusia yang gemarkan
hiburan terutamanya kanak-kanak. Konsep permainan dalam pembelajaran digabung
untuk menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Gabungan antara
pendekatan pendidikan dan menjadikan proses pendidikan sesuatu yang sentiasa ditunggu
oleh pelajar.
Sebagai kesimpulan, keberkesanan proses pengajaran dalam proses pengajaran
dan pembelajaran merupakan aspek yang sangat penting dalam system pendidikan.
Justeru, bagi meningkatkan dan memperhebat usaha-usaha kea rah amalan pengajaran
berkesan memerlukan kepada gaya kerativiti guru yang dapat menggunakan segala
kebolehan dan kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran. Ini dapat dilakukan
berdasarkan ketajaman idea-idea baru bagi menjana penguasaan maksimum pelajar
terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan. Sungguhpun kemudahan teknologi
komputer menjadi arus perdana masa kini menjadi dasar kemajuan pembangunan baru,
namun keberkesanannya dalam proses pengajaran hanya dilihat sebagai suatu sumber
kemudahan yang tidak bersifat sepenuhnya. Oleh itu, adalah menjadi keutamaan bagi
para guru menggunakan daya kreativiti mereka bagi mewujudkan kedinamikan proses
pengajaran dan pembelajaran tanpa bergantung sepenuhnya dengan kemudahan teknologi
komputer.
Rujukan

1. http://eprints.utm.my/10133/1/Noraziah_binti_Kassim@Aziz.pdf

2. http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf

3. http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN

4. http://iab.academia.edu/RusminiKuAhmad/Papers/524734/Integrasi_Teknologi_Maklumat_
dan_Komunikasi_Dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran

5. Ismail Zain (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah Ke Alam Siber. Utusan Publication &
Distributor Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai