Anda di halaman 1dari 22

SEJARAH PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

SEJARAH PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

Orang Melayu tempatan pra sejarah sudah mempunyai kemahiran membuat


pakaian daripada kulit kayu melalui bukti batu penerap yang ditemui. Dipercayai,
batu penerap itu digunakan sebagai penumbuk kulit kayu supaya menjadi lembut
dan nipis.

Sebelum kedatangan Islam, pengaruh Hindu-Buddha masih kuat ke atas


masyarakat Melayu. Masyarakat tempatan pada masa itu, memakai pakaian yang
amat ringkas. Mereka hanya menutup di bahagian tertentu tubuh. Kaum lelaki
hanya menggunakan 2 helai kain iaitu kain di kepala yang diikat ringkas dan kain
sarung dikilas atau kain sarung dijadikan cawat. Pakaian sebegini sesuai dan
selesa dipakai dalam cuaca panas kawasan tropika. Kaum wanita pula hanya
menggunakan 3 helai kain; iaitu kain sarung, kain kemban dan kain selendang.
Perbezaan golongan wanita bangsawan dengan rakyat adalah golongan bangsawan
menggunakan kain daripada jenis yang mahal dan indah serta memakai perhiasan
keemasan. Dapat dilihat jurang sosial yang wujud dari cara berpakaian
masyarakat, semenjak sebelum kedatangan Islam.

Pengaruh Islam sekitar abad ketujuh yang antaranya dibawa oleh pedagang-
pedagang Arab melalui kegiatan perdagangan, secara tidak langsung
mempengaruhi reka bentuk pakaian tradisional masyarakat Melayu secara
berperingkat-peringkat. Dari abad ketujuh hingga ke-13, adalah satu tempoh
transisi dan penyesuaian yang panjang. Walaupun agama Islam telah tersebar di
alam Melayu, namun pengaruh Hindu-Buddha masih kuat.. Dari segi pakaian,
masyarakat tempatan mula berpakaian secara sopan dengan menutup badan
mereka dengan baju. Kaum wanita dan lelaki memakai baju berbentuk tunik
pendek berkain kapas hijau dengan bahagian bawah dililitkan dengan kain sari
sutera.

Baju tunik adalah baju yang ditebuk di bahagian leher supaya memudahkan
pemakainya menyarungkan baju ini melalui leher, seperti ketika memakai baju
kurung.
Selain baju tunik, seperti yang telah disebutkan di atas, ada juga baju yang
berlengan pendek, berleher tunik juga dan berkancing sebutir butang emas. Baju
ini dinamakan baju alang. Baju alang ini dipakai oleh raja-raja sebagai baju
basahan.

Selepas abad yang ke-13 baharulah pengaruh Islam menampakkan kesannya.


Agama Islam mula dihayati oleh masyarakat tempatan. Pakaian masyarakat
tempatan mula dipengaruhi pakaian orang Arab seperti pemakaian jubah.

Proses evolusi pakaian Melayu mencapai tahap tertinggi pada zaman kerajaan
Melayu Melaka. Bermula dari istana-istana raja, bangsa Melayu mencapai zaman
kegemilangannya dan sehingga sekarang warisan budayanya masih menjadi
sumber inspirasi kepada bangsa Melayu. Seperti yang tercatat dalam buku
Sejarah Melayu, ada menceritakan bahawa Tun Hassan (yang hidup semasa
pemerintahan Sultan Mahmud Shah) adalah orang yang pertama yang mengubah
bentuk baju Melayu asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai sekarang. Tun
Hassan telah melabuhkan baju Melayu serta membesarkan dan memanjangkan
pangkal tangan baju Melayu. Baju itu dinamakan baju kurung. Dengan melabuhkan
baju tersebut, bentuk rupa pakaian Melayu serupa dengan bentuk rupa jubah,
pakaian orang Arab.

Sekiranya kaum lelaki memakai baju kurung dengan seluar panjang dan kain
sarung yang diikat di pinggang hingga ke paras lutut, kaum wanita pula memakai
baju kurung dengan kain sarung. Kaum wanita juga telah mula memakai kelubung
untuk menutup kepala yang terdedah semasa keluar rumah. Pada waktu itu,
wanita - wanita yang berkelubung terdiri daripada golongan istana, bangsawan,
anak-anak yang keluarganya ialah guru-guru mengaji.

REVOLUSI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

Proses evolusi pakaian tradisional Melayu turut berlaku pada zaman


penjajahan Barat di Asia Tenggara. Pereka pakaian Melayu mulai menyerapkan
ciri-ciri Barat yang dianggap sesuai ke pakaian tradisional Melayu. Pakaian bagi
kaum lelaki, pada zaman penjajahan British adalah, seperti pakaian baju labuh
berkolar dengan kain sarung atau pakaian kot, vest, seluar panjang serta kain
samping. Bagi golongan raja-raja pula, pakaian kot berbutang emas atau logam
berbaris yang mengancing baju yang terbuka di bahagian hadapan, seluar panjang
berfesyen Inggeris serta memakai pedang. Ada juga yang memakai hiasan jam
berantai. Bagi kaum wanita pula, terutama sekali golongan bangsawan, baju
kurungnya masih dikekalkan dalam bentuk labuh dan longgar. Baju kurung ini
dikenakan dengan kain ikatan ombak mengalun. Selain baju kurung, ada juga baju
labuh yang berbelah di hadapan. Bagi golongan istana atau golongan bangsawan,
penggunaan aksesori seperti kerongsang sering dipadankan dengan pakaian
mereka.

Terdapat pelbagai jenis baju tradisional Melayu yang telah melalui evolusi.Fesyen
baju tradisional ini telah dipakai oleh golongan istana atau golongan bangsawan
dan kemudian menjadi ikutan rakyat biasa. Akhirnya, reka bentuk pakaian
tradisional Melayu antara golongan istana dengan rakyat hampir serupa, hanya
jenis kain serta aksesori yang digunakan berbeza.

Dahulu, anugerah raja kepada rakyat yang telah berjasa adalah berupa bahan
pakaian. Ada diriwayatkan dalam sejarah Melayu, seorang hamba raja menerima
anugerah sepersalinan pakaian. Sepersalinan pakaian itu sebenarnya merupakan
bekas pakaian yang pernah dipakai raja. Anugerah sepersalinan pakaian dianggap
tinggi kerana nilai sosial yang ada pada masyarakat menganggap apa sahaja yang
menjadi budaya diraja, sebagai suatu yang mulia. Sebenarnya anugerah sebegini
dapat memperkukuhkan kedudukan raja kerana raja tidak akan memakai atau
mengambil sesuatu yang pernah menjadi bekas rakyat tetapi sebaliknya, rakyat
boleh mengambil sesuatu yang menjadi bekas raja melalui anugerah raja.

Rakyat zaman dahulu juga tidak dibenarkan memakai kain berwarna kuning dan
tidak boleh memakai perhiasan diri serta kain sutera berwarna kuning dan sutera
putih. Tercermin pengaruh Hindu yang menganggap warna kuning sebagai warna
keramat yang khusus untuk golongan bangsawan.

Bagi orang Melayu, pakaian memainkan peranan penting sebagai suatu yang amat
berharga dan disanjung tinggi. Justeru banyaklah ungkapan yang menggunakan
istilah kain dipakai untuk menerangkan nilai yang ada pada seseorang. Sebagai
contoh, ungkapan jika buruk kain dipakai, buruklah sifat seseorang itu. Namun
ungkapan ini bukan bermaksud menghina golongan yang tidak berkemampuan
memakai pakaian cantik. Apa yang dimaksudkan dengan buruk kain dipakai adalah
cara seseorang itu mengikat kain. Jika tidak teliti dan mahir, kain akan kelihatan
berkedut dan tidak rapi. Simboliknya, memaparkan nilai yang ada pada si pemakai
sebagai seseorang yang tidak tahu mengurus diri dengan baik, tidak sabar dan
kurang teliti.

JENIS PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

Citra pakaian tradisional Melayu begitu penting sehinggakan sebarang perubahan,


penyesuaian dan gubahan yang dilakukan terhadap pakaian tradisional tidak boleh
lari dari citra asalnya. Buktinya, baju Melayu tetap memantulkan keperibadian
Melayu dan terus dipakai hingga kini.

Baju Kurung Teluk Belanga


Menurut Dato Haji Muhammad Said Haji Sulaiman, dalam bukunya
Pakaian Patut Melayu, pakaian baju kurung yang dipakai sehingga sekarang
berasal dari negeri Johor. Menurut beliau, pakaian tradisional ini dipakai di
negeri Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar; iaitu pada
tahun 1800 di Teluk Belanga, Singapura.

Pada masa itu Teluk Belanga di bawah pemerintahan negeri Johor. Orang Johor
telah mengubah suai pakaian Melayu di bahagian leher dengan menjahit tulang
belut dan sembat halus pada seluruh baju kurung itu; supaya kelihatan lebih
kemas dan menarik. Baju kurung Teluk Belanga mempunyai leher berbentuk bulat
dan belahan di hadapan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing
baju iaitu rumah kancing dengan menggunakan jahitan benang. Rumah kancing
dibuat dengan jahitan insang pari.

Baju kurung Teluk Belanga memerlukan bahagian lehernya dikancing dengan


sebutir butang yang berwarna emas atau perak. Bagi kaum lelaki, baju ini
dipadankan dengan seluar serta kain samping dagang. Ciri-ciri ini telah
memperlihatkan keunikan identiti baju kurung orang Johor. Bagi kaum wanita,
mereka biasanya memakai butang berbatu berlian atau batu lain yang bernilai.
Kini, kaum wanita gemar menggunakan keronsang kecil sebagai pengganti butang
baju kurung. Baju kurung ini dipakai dengan kain sarung ikatan ombak mengalun.

Baju Kurung Cekak Musang


Baju kurung telah mengalami pelbagai perubahan sejak dari mula baju ini
dicipta. Baju kurung yang ditambah dengan leher berdiri; dinamakan baju kurung
cekak musang atau baju wan. Baju ini telah dipengaruhi oleh baju gamis atau
kamis (jubah jemaah haji yang pulang dari Makkah). Jubah ini telah dipendekkan
ke paras punggung supaya selesa dipakai. Poketnya dijahit serupa dengan baju
kurung Teluk Belanga. Bahagian leher baju kurung cekak musang ini dikancing
dengan tiga, lima, tujuh atau sembilan butir butang. Bahagian leher ini tidak
dijahit tulang belut halus. Bagi kaum lelaki, baju ini dipadankan dengan seluar
potong Melayu dengan kain samping dagang luar. Bagi kaum wanita pula, baju
kurung cekak musang juga dipakai dengan kain sarung ikatan ombak mengalun.

Seluar
Pakaian seluar diperkenalkan oleh saudagar Arab, Parsi dan India Muslim. Semasa
pemerintahan Sultan Mahmud Shah, seluar menjadi popular di kalangan pembesar
dan orang istana. Ini kerana pembuatan seluar pada masa itu memerlukan
kepakaran penjahit dan kain yang banyak. Hanya golongan berada yang mampu
memakainya.
Golongan bangsawan memakai seluar potongan Acheh, manakala rakyat biasa
menggunakan dua jenis potongan seluar iaitu seluar gunting Melayu dan seluar
gunting Cina. Seluar potongan gunting Melayu mempunyai potongan yang paling
ringkas dan memudahkan pergerakan lasak.

Kain Sarung
Pada masa dahulu, terdapat satu lagi kain sarung yang dinamakan kain
dagang.Kain ini dipakai oleh kaum wanita sebagai kain tudung. Kain dagang ini
digunakan untuk melindungi diri daripada cahaya matahari dan daripada
pandangan lelaki. Apabila sampai di rumah, kain ini diikat pada pinggang sahaja.
Dahulu, kain sarung wanita ini boleh juga menjadi senjata kaum wanita jika
diserang.

Baju Kurung Moden


Baju kurung moden mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan baju kurung
tradisional. Baju kurung moden digubah supaya kelihatan kemas dan menarik. Ia
tidak gelobor seperti baju kurung tradisional. Ini kerana baju kurung moden
mempunyai jahitan kekek dan pesak pada bahagian sisi baju. Namun, ciri-ciri
utama masih dipelihara. Sebagai contoh, pakaian ini masih berlengan panjang dan
masih digunakan dengan kain sarung.
Baju Kebaya

Baju belah telah melalui evolusi kerana telah terpengaruh dengan pakaian
wanita Barat. Baju belah yang asalnya gelobor dan labuh kini mulai berubah
dengan bentuk yang lebih kemas. Potongan baju menjadi ramping di pinggang
serta labuh baju disingkatkan sedikit. Nama yang sesuai telah mengiringi
perubahan baju belah ini menjadi baju kebaya.

Baju kebaya mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya
pendek. Baju kebaya labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut bentuk badan si
pemakai. Kain sarung diikat secara ikatan kuncup, iaitu kepala kainnya dilingkup
ke bahagian hadapan. Baju kebaya ini dipakai dengan kancing berbunga atau
kerongsang yang beransingan atau yang berantai.

Baju kebaya pendek pula, telah diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik
dengan mengadakan sulaman berbiku di bahagian hujung lengan, dan di tepi
bahagian belahan serta di bucu baju.

Baju kebaya moden telah mula dipakai orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
Walaupun dinamakan baju kebaya moden, namun ciri-ciri kemelayuannya masih
ada kerana baju itu dipakai dengan kain. Baju kebaya moden ini adalah baju
kebaya pendek yang ketat dan dipadankan dengan kain ikatan secara wiron. Baju
ini mendedahkan bahagian leher dan dada serta berzip di sebelah belakang
badan. Kain yang biasa digunakan adalah kain batik lepas yang dililit mengikut
bentuk badan. Hujung punca kain di bahagian hadapan diikat seperti kipas.

Pada tahun 1960an, baju kebaya moden dipadankan dengan kain yang ketat dan
dibahagian hadapan kain dibuat satu belahan hingga ke paras lutut untuk
memudahkan pergerakan. Apabila pemakainya mengatur langkah, betisnya akan
kelihatan.

Pada akhir tahun 1970an, baju kebaya moden tidak digemari. Fesyen pakaian itu
berubah kepada bentuk lebih longgar dan manis dilihat. Kebaya ini masih
dipadankan dengan kain yang berbelah, tetapi selisih kain di bahagian belahan
dilebarkan supaya betis tidak kelihatan.

Dewasa ini, baju kebaya turut dipadankan dengan seluar. Seluar itu akan
dikecilkan sedikit pada bahagian buku lali. Ini bagi membolehkan si pemakai
bergerak bebas.
Pakaian Tradisional Melayu

BAJU KURUNG

Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja. Setelah
kedatangan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang sopan. Baju kurung
lazimnya diketahui sebagai jenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke
lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju tersebut
meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja, dilihat sebagai
mematuhi peraturan pakaian Islam. Baju kurung boleh dipadankan dengan kain
tradisional seperti songket atau batik. Digandingkan dengan kain selendang atau
tudung kepala. Baju kurung sesuai dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan
seharian.

BAJU MELAYU

Pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu ialah baju Melayu. Baju Melayu
merupakan kameja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini
selalunya dipadankan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan
bersongkok. Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua iaitu baju
Melayu potongan Teluk Belanga dan baju Melayu potongan cekak musang.
Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Baju
Melayu Teluk Belanga biasanya terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan
Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman. Cara memakai baju
Melayu Teluk Belanga biasanya samping dipakai di sebelah dalam baju. Potongan
Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan
Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Cara
memakai baju Melayu Cekak Musang ialah samping di sebelah luar baju.

BAJU MELAYU
BAJU KURUNG

KEBAYA
KEBAYA NYONYA
ASAL USUL BAJU MELAYU FALSAFAH BAJU MELAYU
(TRADISIONAL) Setiap sesuatu bermula dengan langkah
pertama. Berbaju Melayu misalnya dimulakan sekitar 700 tahun
dulu dan dipercayai diperkenalkan pada zaman empayar Melaka
oleh Sultan Muhammad Syah serta kaya dengan falsafah dalam
berbusana. Sultan Muhammad Syah ketika itu mahukan orang
Melayu berbaju khusus bagi menampilkan mereka sebagai bangsa
yang mempunyai jati diri sekalipun alam berpakaian, bukannya
berbaju 'atas angin' seperti pakaian pedagang Arab atau India
zaman itu. Timbalan Dekan Pengajian Siswazah, Fakulti Bahasa
dan Komunikasi, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof
Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin ketika dihubungi
menjelaskan, baju Melayu pada zaman Melaka awalnya dipakai
singkat dan sendat seperti baju pesilat. Bagaimanapun, rekaan
baju Melayu ini mengalami evolusi dan diubahsuai atas
persetujuan sultan. Dari berbaju sendat dan seluar singkat,
bajunya menjadi sedikit longgar dan labuh. Seperti kehendak
Sultan Muhammad, pemakaian baju Melayu oleh orang lelaki
bukan sekadar menutup aurat, tetapi lambang identiti bangsa.
Cara penggayaan baju Melayu juga sebenarnya mengandungi
falsafah tersendiri. Orang Melayu sangat berhemah apabila
bertutur kata dan perlakuan mereka, malahan pemakaian
membawa makna tersendiri. Secara tidak langsung orang Melayu
mendidik generasi muda melalui pemakaian. Baju Melayu ada dua
rekaan iaitu cekak musang dan baju teluk belanga. Baju Melayu
cekak musang butangnya lima, teluk belanga pula butangnya satu
dan membawa falsafahnya sendiri. Berbutang lima merujuk
kepada lima rukun Islam dengan dua butang diatas bermaksud,
mengucap dua kalimah syahadah dan sembahyang lima waktu.
Baju Melayu Cekak Musang Selebihnya diwakili tiga butang di
bawah. Jika kita buang dua butang dan hanya pakai tiga, falsafah
di sebalik menegakkan rukun Islam itu tidak tercapai. Malah, ada
teromba mengenai pentingnya pamakaian lima butang baju ini;
"cekak musang berbutang lima lima rukun di dalamnya lima petua
dibawanya lima tiang ditegakkan." Pemakaian satu butang untuk
teluk belanga bermaksud Tuhan Yang Esa seperti dinyatakan
dalam teromba yang berbunyi; "teluk belanga berbutang tunggal
tunggal satu tuhan yang disembah tunggal tidak dapat dianjak alih
tunggal tidak dapat dibelah." Tiga kocek pula merujuk kepada
Iman, Ihsan, Islam. Baju Melayu Teluk Belanga Sungguh pun
demikian, ada juga pandangan lain mengatakan, butang baju
Melayu sebenarnya ada tujuh dan jenis ini dipakai oleh golongan
aristokrat, manakala pemakaian kurang daripada tujuh hanya
dikhususkan kepada orang kebanyakan. Butang tujuh ini merujuk
kepada 7 lapis langit dan bumi, dan tujuh tingkat syurga dan
neraka, bertujuan mengingatkan bangsawan akan Allah Yang
Maha Mulia. Jika memakai baju Melayu ia mesti dilengkapi
samping dan tanpanya pemakaian menjadi janggal kerana ia juga
membawa maksud tersirat sama ada si pemakai sudah berkahwin
atau sebaliknya. Apabila mengenakan samping, lelaki yang sudah
berkahwin mesti di bawah lutut, namun kalau orang yang bujang,
sampingnya mesti di atas lutu. Kalau orang sudah berkahwin
memakai samping singkat, itu tandanya dia hendak menambah
isteri. Ada teromba klasik berhubung pemakaian samping
berbunyi; "Adat memakai samping kok sudah beranak bini atau
orang yang patut-patut kain samping bawah lutut sama setentang
paras betis ikat bergulung lurus lurus jika ikat atas lutut itu
tandanya nak cari lagi harus tahu keadaan ini." "Kok anak muda
muda kain labuh di atas lutut bagai dubalang masuk gelanggang
bagai ayam mencari lawan." Cara pakai sampin pun ada makna
atau menunjukkan status masyarakat. Contohnya kerabat
mengikat kepala sampin di sebelah kanan. Bangsawan di sebelah
kiri. Rakyat biasa di tengah tengah. Ilmu dan falsafah di sebalik
pemakaian baju Melayu perlu dihebahkan supaya lebih ramai yang
tahu dan mempraktikkan apalagi dengan kepantasan dan
kecanggihan teknologi komunikasi hari ini. Orang muda tidak buat
sebab dia tidak tahu. Kalau tahu tentu dia buat. Sebab ini adalah
adat kita orang Melayu. Kalau kita tidak sebarkan ilmu ini dampai
bila-bila pun ia tidak dapat dikongsi dengan masyarakat.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU


corrects IE6 width calculation
Selasa, 3 Mac 2015
PENGAJIAN MALAYSIA

PENGENALAN

Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk d
an warna. Dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu hinggalah kain songket diraja
yang antik. Pada zaman dahulupenduduk ribumi memakai pakaian yamg diperbuat dari
pada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama kain tenunan dan bat
ik melayu oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Tidak ketinggalan pula, pakaian dari
pedagang asing seperti sutera cina, pelikat dan jubah arab telah diperkenalkan di negar
a ini. Kini pakaian tradisional seperti kebaya Melayu, sari India, cheongsam Cina masih d
igunakan dengan meluas di Malaysia.
Budaya pemakaian tradisional semakin dilupakan. Oleh itu, memakai pakaian tradisiona
l seharusnya dikekalkan supaya tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Jika dilih
at, kebanyakkan remaja Melayu di zaman era globalisasi ini lebih menyukai pakaian ala-
ala barat. Mereka tidak sedar dengan perbuatan yang sebegitu sebenarnya sedikit seban
yak menghakis budaya dan tradisi pemakaian pakaian tradisional sesebuah kaum sendir
i. Dalam erti kata lain, berbanggalah dengan pakaian tradisional kita sendiri kerana itu d
apat melambangkan identiti sesebuah masyarakat itu sendiri.
Asal Usul Pakaian Tradisional Melayu

Siapakah yang mula-


mula membuat Baju Kurung? Asal usul pakaian tradisional melayu sebelum kurun ke-
20 ialah Baju Kurung. Baju kurung merupakan Baju tradisional Melayu yang bolehlah
ditafsirkan sebagai baju longgar atau tertutup. Ini bersesuaian dengan konsep islam yan
g mengkehendaki Wanita menutup aurat mereka. Baju Kurung adalah baju yang selesa d
an longgar, labuh atau panjang. Pakaian ini juga adalah pakaian rasmi Di Malaysia dan ju
ga di Brunei.

Suatu masa dahulu, pakaian orang Melayu seharian hanyalah gaun sederhana kerana ket
ika itu kain sangat mahal dan agak sukar didapati. Kebanyakan orang hanya menutup pa
kaian di bawah tubuh. Lelaki hanya bercelana panjang dan perempuan biasanya hanya b
erkemban sehingga ke paras dada. Jika anda ada melihat Filem Melayu lama, Sultan bias
anya menghadiahkan Sepersalinan Pakaian kepada hulubalang yang berjasa dengannya.
Namun, kedatangan pedagang yang berhenti rehat di perairan sekitar Selat Melaka pada
ketika itu membantu kepada perubahan Fesyen di tanah Melayu. Pedagang tidak hanya
membawa barangan mereka ke Tanah Melayu, malahan fesyen yang pelbagai. Pada ketik
a itu, pedagang dari China, India, Timur Tengah (Arab) dan negara-
negara Eropah berkumpul di Tanah Melayu untuk melakukan aktiviti jualbeli dan sistem
barter. Mereka membawa bersama mereka barang-
barang dan juga cara berpakaian mereka yang unik kepada orang Melayu. Pelbagai jenis
kain mudah didapati pada ketika itu.

Ketika Empayar Melaka sedang pada puncaknya pada abad ke-


15, dengan Islam sebagai agama utama, Pakaian tradisional Melayu, Baju Melayu mula di
reka. Ini jelas dinaytakan di dalam buku "Sejarah Melayu" atau "Sulalatus Salatin". Baju
Kurung ketika itu merujuk kepada baju yang digunapakai oleh lelaki dan perempuan m
elayu. Baju kurung ini berkeadaan ketat dan singkat. Tun Hassan menjadi pelopor apabil
a
beliau mengubahsuai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju melayu yang dipakai
kini. Pada ketika itu, telah wujud protokol untuk berbaju kurung ketika mengadap Sulta
n.

Ada juga yang mengatakan baju kurung mula popular di akhir abad ke-
19 oleh Sultan Abu Bakar dari Johor. Ianya dikatakan direka oleh HRH Sultan Abu Bakar
pada tahun 1866. Beliau memperkenalkan Baju Kurung Teluk Belanga sempena ibu neg
eri Johor dahulu di Teluk Belanga (sekarang ini di Singapura) sebelum ibu negeri Johor
bertukar kepada Johor Bahru. Pada ketika itu, nama Baju kurung Teluk Belanga adala
h untuk lelaki dan wanita. Apabila tanah melayu semakin berkembang pesat, Nama "Baj
u Melayu" digunapakai untuk baju kurung yang digunakan oleh lelaki dan nama baju ku
rung kekal digunakan oleh wanita.
Simbolik pakaian tradisional kaum Melayu

Baju Kurung ialah baju pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung terbahagi
kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju Kurung Perempuan. Baju Kurung Lelaki ju
ga dikenali sebagai Baju Melayu. Ia juga menjadi pakaian rasmi untuk negara Malaysia d
an Brunei. Baju Melayu juga boleh didapati di Indonesia, Singapura dan Thailand. Terda
pat dua jenis Baju Melayu iaitu Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Mus
ang.

Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak kira usia. Baju Kurung ju
ga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis rasmi dan majlis agama. Sela
in itu, mereka juga akan memakai baju ini apabila menghadiri kenduri-
kendara ataupun menunaikan solat Jumaat. Kewajiban baju ini adalah pada hari Raya.Pe
makai baju melayu akan kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan bersama sampin
g dan songket.

Pada acara-acara biasa seperti kenduri-


kendara ataupun sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat ataupun kain ten
un sutera. Baju Kurung Cekak Musang merupakan adat Negeri Sembilan dari songket jal
ur berdiri. Pakaian ini diperlengkap dengan samping bunga penuh dan tengkolok ikatan
Dendam Tak Sudah. Manakala, Baju Kurung Teluk Belanga dilengkapi dengan tenunan s
utera dan songket sarat ikatan pembesar.

Di Malaysia, secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai baju tra
disi. Hal ini dapat dilihat apabila baju kurung menjadi pakaian rasmi di sekolah rendah d
an sekolah menengah. Tetapi reka bentuk baju tersebut berbeza bagi setiap negeri. Selar
as dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diteri
ma oleh masyarakat melayu zaman sekarang. Sunguhpun pada umumnya kita telah men
erima pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung telah menjadi pilihan
kaum wanita untuk digayakan.

Bezanya rekaan baju kurung sekarang lebih kontemparoritetapi masih mengekalkan ciri
-
ciri keasliannya. Selain itu, terdapat perubahan pada potongan dan bentuknya. Untuk m
enghasilkan rekaan yang berkualiti, kreatif dan lebih moden, baju kurung tersebut boleh
dihiasi dengan manik, labuci ataupun sulaman dan kerawang. Materials untuk menghas
ilkan baju kurung juga turut berubah. Kini terdapat pelbagai pilihan materials antaranya
satin, organza, chiffon, sutera, batik dan banyak lagi.

Perubahan ini dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa ataupun majlis yan
g perlu dihadiri. Selain itu, ia juga boleh meniru potongan asing untuk kelihatan lebih ca
ntik dan anggun. Kini terdapat juga variasi baju kurung dan ia dikenali sebagai Baju Kur
ung Moden. Walaupun baju kurung telah mengalami evolusi selaras dengan perubahan s
emasa dan citarasa pakaian. Namun, rekaannya masih sama. Ia tetap selesa dan manis p
akai oleh gadis-
gadis zaman sekarang dan menambahkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan buda
ya Melayu.

HURAIAN SETIAP PAKAIAN

Pada zaman yang serba moden dan membangun ini, pelbagai jenis dan reka bentuk paka
ian telah terhasil dengan begitu menarik dan elegan sesuai dengan keperluan si pemakai
nya. Namun dalam kepesatan industri tekstil di negara ini pakaian tradisional yang ever
green tidak diketepikan dan telah diadaptasikan dengan memasukkan elemen-
elemen yang baru sesuai dengan citarasa moden. Pakaian tradisional tidak dilihat sebag
ai sesuatu yang ketinggalan zaman malah menunjukkan identiti sesuatu bangsa atau kau
m. Di Malaysia kita mempunyai pelbagai kaum yang majoritinya terbahagi kepada 3 rum
pun yang besar iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap kaum ini mempunyai adat resam, bu
daya dan pakaian tradisi yang tersendiri. Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas
menjadi simpulan bahasa yang sesuai dengan kegemilangan pakaian tradisional ini khu
susnya di Malaysia.

Pakaian Tradisional Melayu kaya dengan motif bunga, daun dan alam, seperti Baju Kuru
ng Teluk Belanga dan Baju Kurung Johor yang menunjukkan keunikan tersendiri. Kesem
ua adat resam dan pemakaian pakaian tradisional ini terangkum dalam skop peradaban
yang unik dan gemilang. Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang
Melayu, terutamanya baju Melayu dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju keb
aya, celana, kain sarung, samping dan selendang.

Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaia
n wanita yang masih popular termasuklah Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju Keba
ya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang di
anggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baj
u Minangkabau

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengenalpasti identiti kita dan juga i
dentiti bangsa lain supaya kita dapat mengekalkannya untuk manfaat generasi yang aka
n datang. Semoga kita dapat hidup dengan aman dan harmoni di dalam sebuah negara y
ang maju, seperti kata Perdana Menteri Malaysia iaitu 1 Malaysia.
BAJU MELAYU

Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kep
ada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju M
elayu Teluk Belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Ce
kak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada c
ara jahitan pada leher baju tersebut. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadanka
n seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya. Baju ini biasanya dipakai semasa men
ghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-
kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai di
pakai pada Hari Raya dan juga majlis-
majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan sampi
ng dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-
kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun suter
a.

BAJU MELAYU TELUK BELANGA

Baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri k
has Johor khususnya pada abad ke-
19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu
Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belang
a di Singapura ke Johor Bahru. Walaubagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri kha
s masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya 'Baju Melayu'.

CIRI CIRI BAJU MELAYU TELUK BELANGA

Baju ini merupakan baju yang longgar dan selesa dipakai oleh golongan dewasa. Pada za
man pemerintahan Sultan Abu Bakar, baju ini telah dihasilkan dalam bentuk yang longg
ar dan agak labuh hingga ke tengah betis. Selain itu, ia mempunyai pesak yang kembang
di kiri dan kanan badan. Penggunaan kekek gantung di bahagian ketiak dengan lengan b
aju yang longgar dan lebar anggaran sejengkal. Berdasarkan ciri-
ciri baju ini ia mementingkan keselesaan si pemakainya. Baju Melayu dijahit dalam dua c
ara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan b
aju tersebut disambungkan kepada badan baju. Iaitu secara di sambung terus atau di jah
itkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk 'cekak' tinggi a
tau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk l
eher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh
lingkaran bulat yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula
dipakai di Johor ketika Pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

CIRI CIRI BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

Baju Kurung Cekak Musang adalah sama dengan Baju Kurung Teluk Belanga kecuali pad
a bahagian lehernya. Leher baju kurung cekak musang ada kolar. Kolar tersebut hanya s
elebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan
panjang yang berkancing. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan dua atau tiga lagi ka
ncing pada bukaannya. Butang emas atau emas berbatu permata digunakan sebagai pen
gancingnya. Kancing yang paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garam sebu
ku dan kancing berbatu permata yang dikenali sebagai kunang-kunang sekebun.

BAJU KURUNG

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya ter
letak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mem
punyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara t
idak langsung telah membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini m
enepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam sehinggalah istilah kuru
ng diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut
dengan berbagai-
bagai nama misalnya baju kurung bernyawa walaupun mempunyai pelbagai nama nam
un baju kurung telah menampilkan ciri-
ciri yang tersendiri. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-
majlis perkahwinan, kenduri-
kendara, selain itu, ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-
majlis rasmi.

Baju kurung adalah berasal dari negeri Johor. Pakaian ini merupakan pakaian tradisiona
l kaum wanita Melayu. Menurut sejarah kewujudan pakaian ini, baju kurung dikatakan
wujud dua ratus tahun yang lampau. Baju kurung dikatakan hasil kreatif Sultan Abu Bak
ar iaitu sultan Johor pada tahun 1866. Selain itu, ada juga cerita yang menyatakan baha
wa baju kurung telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Baju kurung di
kenakan oleh wanita-wanita di Melaka pada ketika itu

Pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar, baju kurung adalah menjadi pakaian rasmi
bagi wanita. Zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar pada ketika itu dikatakan telah maj
u. Oleh sebab itu, pemakaian pakaian rasmi di istana dan pejabat-
pejabat kerajaan diperkenalkan. Hal ini termasuklah acara-
acara rasmi dan protokol di istana.

Pada masa kini, baju kurung ditambah dari segi perhiasannya bagi menambah keanggun
annya. Kebanyakan baju kurung diperbuat daripada kain sutera yang halus dan lembut.
Baju kurung masa kini ditambah dengan manic dan disulam dengan benang berwarna e
mas bagi perhiasan baju kurung tersebut. Selain itu, bebagai motif warna juga digunaka
n bagi membuat corak pada pakaian baju kurung.

Baju kurung kini dijadikan sebagai pakaian rasmi kerajaan Malaysia yang dipakai oleh k
akitangan di jabatan-
jabatan kerajaan dan juga kakitangan swasta. Baju kurung dijadikan sebagai pakaian ke
bangsaan di Malaysia. Semua etnik di Malaysia dilihat memakai baju kurung ini walaupu
n dimana sahaja berada.

BAJU KEBAYA

Baju kebaya biasanya dipakai oleh wanita Melayu dan Indonesia. Pakaian tradisional baj
u kebaya ini dikatakan berasal daripada kaum Cina yang datang ke Tanah Melayu suatu
ketika dahulu. Lama kelamaan baju kebaya diterima oleh masyarakat tempatan di Kepul
auan Melayu. Di pulau Jawa, baju kebaya adalah dipakai oleh golongan-
golongan bangsawan dan kerabat-
kerabat pemerintah. Seterusnya, baju kebaya kemudiannya dijadikan pakaian rasmi pad
a zaman penjajahan Belanda. Wanita-
wanita Eropah memakai baju kebaya sehingga kini dan mengubahsuainya kepadafesyen
mengikut peredaran masa.

Selain baju kebaya biasa, terdapat juga baju kebaya yang dikenali sebagai baju belah keb
aya panjang. Baju belah kebaya panjang ini ada berasal dari Johor. Pada asalnya, masyar
akat di Johor adalah mewarisi baju belah kebaya panjang ini daripada kerajaan Johor-
Riau pada suatu ketika dahulu. Baju belah kebaya panjang adalah sama dengan baju keb
aya biasa cuma terdapat perbezaan sedikit daripada ciri-cirinya.

Baju belah kebaya panjang adalah keseluruhannya menutupi anggota badan sehingga m
encecah buku lali. Bahagian hadapan baju belah kebaya panjang adalah keseluruhannya
menutupi anggota badan sehingga mencecah buku lali. Bahagian hadapan baju ini adala
h terdedah dan ditutup dengan kerongsang. Pakaian ini juga dipakai dalam acara-
acara rasmi ataupun dipakai pada majlis majlis keramaian.

KESIMPULAN
Pada umumnya, adat resam budaya yang kita bina sejak berabad lama perlu dikekalkan
dan dipelihara untuk kesinambungan generasi akan datang. Masyarakat Melayu menitik
beratkan keperibadian luhur dan murni, serta dibekalkan dengan pakaian tradisi untuk
melindungi anggota badan. Justeru itu, perkara ini perlu diteruskan sebagai satu usaha
memelihara pakaian tradisional masyarakat Melayu agar terus dikenali sejajar dengan p
erkembangan dunia fesyen tanah air.

Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia telah menjadikan negara kita kaya dengan den
gan pelbagai jenis pakaian mengikut kaum. Kepelbagaian ini telah menjadikan Malaysia
sebuah negara yang unik. Namun, pengaruh pemakaian barat mula menghakis adat paka
ian tradisional kita. Oleh itu, sebagai seorang rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab pe
nuh untuk mempertahankan keunikan adat pakaian di negara kita yang telah diwarisi se
jak turun temurun lagi.

Sebenarnya, pakaian tradisional mempunyai makna tersirat positif yang ingin disampai
kan oleh nenek moyang kita. Namun begitu, jajahan budaya barat telah mengancam trad
isi-
tradisi ini. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional
kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Budaya tradisional juga dapat memu
puk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. R
akyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersam
a-
sama. Oleh sedemikian, generasi muda zaman ini haruslah sedar terhadap kepentingan
budaya dan adat. Bagaikan kacang jangan lupakan kulit.

Walaupun persaingan dunia peragaan dan busana telah berkembang pesat, tetapi permi
ntaan terhadap pakaian tradisional Melayu masih mendapat tempat di hati masyarakat
kita. Ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi Tak lekang dek panas dan
Tak lapok dek hujan. Semoga kegemilangan pakaian tradisional Melayu akan terus terp
elihara dan berterusan dari satu generasi ke generasi akan datang.

Baju Melayu
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari


Untuk kegunaan lain, sila lihat Baju tradisional Melayu.
Baju Melayu cekak musang dipakai lengkap bersama sampin dan songkok.
Baju Melayu (bahasa Arab: ) ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki
Melayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang)
dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok. Baju Melayu terdapat
dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju Melayu biasanya
dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis
formal, dan sebagai pakaian adat.
Baju Melayu biasanya dipakai di Brunei, Malaysia dan Singapura oleh orang-orang
Melayu, walaupun penggunaannya di Singapura biasanya terhad kepada hari Jumaat di
masjid, dan Aidil-fitri. Lelaki Brunei dan Malaysia biasanya memakai baju untuk majlis-
majlis keagamaan yang umum, seperti melawat masjid atau untuk perhimpunan agama.
Walaupun begitu, di Malaysia dan Brunei, ia biasanya dipakai di acara-acara formal,
seperti perayaan dan perkahwinan. Sesetengah syarikat membenarkan pekerja lelaki
mereka untuk memakai baju Melayu pada hari Jumaat, sedangkan yang lain telah ia
sebagai satu dasar.[perlu rujukan] Pada keseluruhan Singapura sering merujuk kepada
sebagai sebuah baju Kurung, walaupun istilah ini di Malaysia biasanya hanya merujuk
kepada pakaian yang sama bagi wanita. Di Indonesia, kedua-dua Baju Melayu dalam
kedua-dua gaya kolar (dan lain-lain pakaian Melayu seperti baju Kurung) adalah
popular di wilayah besar dengan penduduk Melayu seperti Riau, Kepulauan Riau,
Kalimantan Barat dan wilayah beberapa yang lain. Baru-baru ini, baju Melayu telah
menjadi lebih popular dan dipakai bukan sahaja di acara-acara tradisional, tetapi juga di
majlis-majlis rasmi.[perlu rujukan] Pegawai kerajaan yang memakai baju Melayu dengan
bangganya semasa acara-acara rasmi (acara kebangsaan). Ia juga dipakai sebagai
pakaian seragam dalam Silat, seni mempertahankan diri tradisional Melayu.
Baju Melayu bewarna hitam dengan kain songket hitam bersulam dengan benang emas
dianggap satu bentuk pakaian rasmi, dan pakaian rasmi diperlukan semasa acara-acara
rasmi negara, terutama orang-orang yang sangat formal seperti sambutan hari
keputeraan Yang di-Pertuan Agong rasmi. Duta Malaysia membentangkan kelayakan
mereka kepada ketua negeri asing juga dikehendaki untuk memakai hitam Baju Melayu.
Baju Melayu berwarna putih dipakai oleh kerabat diraja Malaysia apabila berkabung
lulus dari ahli keluarga diraja.

Isi kandungan [sorokkan]

1 B B
a a
j j H
u u i
a N
S P M S s S K R o
S G
e a e i a a a u t
e a
j k 2 l 2 k 2 n 2 2 m 2 n j 4 a
l l
a 2 a . a . a . . . p .3 c 4 u .5
u e
r i 1 y 2 p 3 K 4 5 i 6 i k 1 k
a r
a a u e n n a a
r i
h n a p g g n k
T t a i
e a l
l u a
u
k B
a
B j
e u
l
a L
n a
g y
a a
n
g
Pautan luar
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Pemakaian Baju Melayu telah berkuat kuasa sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad
Shah, Melaka (1424-1444) sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.
Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu
memakai cara atas angin (Arab, India & Eropah) serta cara bawah angin (China &
Khmer).[perlu rujukan] Pada hari jumaat juga semua lelaki Melayu dikehendaki pergi ke
masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan
wangian kasturi. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam
masjid sahaja.
Baju Melayu, baju Sikap atau baju Layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga
baju Melayu yang dibuat tidak berlengan. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan
gaya leher teluk belanga dan gaya leher cekak musang hanya boleh dipakai oleh Raja
atau Sultan sahaja.[perlu rujukan] Seluar juga adalah pendek paras betis kaki semasa zaman
Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil atau Sultan Abdul Jalil IV diangkat menjadi Sultan
Johor. Setelah mangkatnya Sultan Mahmud Shah II (mangkat dijulang) pada tahun 1699,
beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga
ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar). [perlu rujukan] Semua buatan baju
Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak. Kebiasaannya, baju Melayu dijahit
menggunakan fabrik kapas atau campuran yang selesa dipakai.
Pakaian[sunting | sunting sumber]
Baju Melayu Teluk Belanga[sunting | sunting sumber]

Pemakaian lengkap baju Melayu Teluk Belanga.


Baju Melayu Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor mula diperkenalkan semasa
pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar tatkala Almarhum bersemanyam di Teluk
Belanga Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri pada tahun 1866 (kini dikenali
Johor Bahru). Almarhum menetapkan supaya baju lelaki labuhnya sehingga kebawah
punggung dengan leher yang berlapik lebar dan berkocek dua manakala baju
perempuan pula labuhnya hingga bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak
berkocek. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan pada bahagian leher
seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari. Semasa pemerintahan Almarhum Sultan
Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pakaian tersebut telah diubah mengikut cadangan
Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor Pertama, kocek pada baju
lelaki ditambah menjadi tiga dan alas lehernya halus seperti baju perempuan dan
diadakan satu kocek pada baju perempuan. Seluar yang dipakai disebut 'seluar kabul'
yang bertongkah atau bertakak seperti seluar Cina dan kakinya lebih luas dari seluar
yang dipakai dengan pakaian barat. Pada masa itu terdapat beberapa jenis seluar yang
dipakai oleh orang lelaki iaitu;
seluar sampak ( paras peha )
seluar katok ( paras lutut )
seluar Acheh ( paras betis )
seluar panjang iaitu seluar pakaian orang barat.
Bagi menseragamkan pakaian, seluar Cina telah ditetapkan yang mana ianya bertongkah
atau bertakak iaitu terdapat sambungan kain dibahagian atas seluar bagi membolehkan
diikat tanpa menggunakan tali pinggang. Pakaian tersebut dilengkapkan dengan kain
Samping yang dipakai secara dagang dalam samada dari kain pelikat, kain Bugis, kain
mastuli atau kain sutera. Kepala kain diletak dibelakang dan kain dipakai selabuh paras
lutut atau kebawah lutut. Kain dagang luar hanya dipakai oleh anak-anak Raja dan Tuan
Sayed. Almarhum Sultan Abu Bakar juga menetapkan supaya songkok dipakai bersama
Pakaian Melayu. Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar,
Jaafar bin Haji Muhammad menetapkan supaya songkok dijadikan pakaian Melayu
Johor. Sepatu seperti yang dipakai dengan pakaian barat atau selipar yang bertekat
dengan manik atau kelingan atau benang sutera dipakai bersama pakaian Melayu.
Baju Sikap atau Baju Layang[sunting | sunting sumber]
Baju sikap atau baju layang pula hanya boleh dipakai oleh golongan bangsawan yang
berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan
sebagainya.
Hiasan Kepala[sunting | sunting sumber]
Pemakaian tanjak, destar, ikat kepala juga telah ditetapkan mengikut darjat dan pangkat
masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan dan lipatan. Puncak
tanjak yang dipanggil daun pula dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke
sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan DiRaja.[perlu
rujukan] Manakala ekor tanjak yang disebut pucuk pula perlu disimpan ke dalam bagi

semua lapisan rakyat jelata melainkan 2 golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli
keluarga) dan Laksamana. Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada seseorang.
Begitu juga dengan lapisan tingkat lipatan, makin besar darjat dan pangkat seseorang,
makin tinggi lipatan tanjaknya.
Seluar[sunting | sunting sumber]
Seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu. Golongan panglima, pahlawan
dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari gaya gunting Aceh yang mempunyai
buatan kekek yang amat besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orang-
orang lain termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya gunting
Cina yang mempunyai buatan kekek yang kecil.[perlu rujukan]
Samping[sunting | sunting sumber]
Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana. Di luar
istana pula adalah pilihan. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan
mereka mengenakan samping dengan cara Berdagang Dalam (kain sampin dipakai di
bawah baju Melayu macam gaya Orang Johor sekarang dan baju di luar) manakala bagi
golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan samping cara
Berdagang Luar (kain sampin dipakai di atas baju Melayu dan baju di selit ke dalam
kain).[perlu rujukan] Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala dengan mudah
mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat. Cara mengikat
samping juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu:
Ikatan pancung (Raja, Sultan dan kerabat sahaja)
Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)
Kancing[sunting | sunting sumber]

Rekaan kancing baju Melayu.


Baju Melayu cekak musang berhias lima butir kancing atau tiga butang mengikut
tempat. Bagi rekaan lima butir kancing, dua butir bertindih di cekak leher, dan diikuti
dengan tiga butir di bahagian bawah (belahan).
Menurut teori seorang bekas budayawan dari UKM, dari segi entnografi
sosiobudaya kancing itulah lambang keharmonian rumah tangga masyarakat
melayu. Dua butir bertindih di bahagian atas ibarat kerukunan di antara
pasangan suami isteri iaitu ayah dan ibu. Tiga butir di bawahnya melambangkan
tiga orang anak mereka iaitu sulung, tengah dan bungsu.
Teori ini kemudiannya disangkal oleh Azah Aziz (Mak Ungku) kerana beliau
menyatakan bahawa kalangan bangsawan atau raja di istana menggunakan
tujuh butir pada baju Melayu mereka.[perlu rujukan]
Dalam hal ini ia juga harus merujuk kepada sistem nombor, yang juga wujud
dalam rekabentuk keris iaitu berlok 3 11. Lok 11 ialah milik sultan iaitu
pemerintah termasuk permaisuri, lok 9 (Cik Siti Wan Kembang), lok 5 untuk
bendahara dan anak-anak raja. Begitu juga tangga rumah Melayu dikira
berurutan 3-9 mata.
Bumbung perabung Masjid Kampung Laut 3-5 tingkat. Kajian seni rupa Melayu
harus lagi merujuk kepada falsafah Nakula.
Galeri[sunting | sunting sumber]

Leher baju Melayu teluk belanga.
Leher baju Melayu teluk belanga.
Leher baju Melayu cekak musang.
Leher baju Melayu cekak musang.
Leher baju Melayu cekak musang.
Leher baju Melayu cekak musang.
Butang baju Melayu cekak musang, teluk belanga dan baju kurung.