Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MENDAPAT

LAPORAN DIALOG PRESTASI


BILANGAN 5 / 2017

Tarikh : 23 Mei 2017 ( Selasa )

Masa : 1.10 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SKSM

Pengerusi : Tn Hj Zulkifli bin Elias ( Guru Besar SKSM )

Kehadiran : 8/9 orang guru ( Sila Rujuk Lampiran 1 )

Tidak Hadir : En M Nasiruddin bin Johari ( Cuti Sakit )

Turut Hadir : Tiada

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir
pada dialog prestasi pada hari ini dan terima kasih juga kepada
urusetia dialog prestasi sekolah kerana dapat mengatur majlis kali
dengan teratur.
1.2 Pengerusi berpuashati dengan proses pelaksanaan program yang
telah dilaksanakan selepas dialog prestasi bilangan 4/2017.Antara
pemerhatian yang dibuat ialah pencapaian dalam UPPM 2 telah
menunjukkan peningkatan. Ini bermakna program atau aktiviti
yang dilaksanakan telah memberikan impak kepada pelajar khususnya
mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris Pemahaman.
Penyertaan dalam program Jom Qiamulail , kehadiran kelas
tambahan yang mantap 100% dan kesungguhan ibu bapa dan murid
juga terselah.Ini jelas telah dapat dijelmakan dalam dialog prestasi
tahun 6 bersama ibu bapa dan kehadiran hari terbuka sekolah.
1.3 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru tahun
6 yang telah mengenalpasti kelemahan murid dan melaksanakan
program intervensi yang sesuai dengan keupayaan dan potensi murid.
Tidak lupa juga kepada guru-guru yang sama sama membantu untuk
meningkatkan prestasi murid tahun 6 dalam program program yang
dijalankan.
1.4 Pengerusi juga telah menyampaikan amanat KPPD Batu Pahat seperti
berikut :
1.4.1 Pegawai SISC+ akan membantu pihak dalam meningkatkan
penguasaan pedagogi dalam PdPc . Mereka tidak lagi terikat
dengan mata pelajaran tertentu tetapi mereka boleh
membantu dalam mata pealajaran lain khususnya dari segi
pedagogi ( keadah dan teknik pengajaran dalam kelas ).
1.4.2 Pendekatan Modular ialah keadah pengajaran yang
mengabungkan beberapa unit kemahiran atau topik atau tajuk
dalam satu sesi pembelajaran di dalam bilik darjah.Sebagai
contoh dalam subjek matematik . Sekiranya guru itu mengajar
tentang nombor dan operasi tolak dan tambah maka ia boleh
merentasi tajuk wang , jisim atau tajuk yang ada kaitan dengan
operasi tambah dan tolak. Secara tidak langsung , murid akan
belajar beberapa topik dalam satu masa. Antara kebaikannya
guru dapat menghabiskan topik dalam jangka masa yang lebih
singkat.Pelaksanaan Pendekatan modular amat digalakkan.

1.4.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Dialog Prestasi Bil 5/2017 kali


ini akan memberi fokus kepada perkara berikut :

1.4.3.1 Keberhasilan Saringan 1 LINUS

2.0 PEMBENTANGAN / LAPORAN PRESTASI PROGRAM

2.1 Isu GPS tidak mencapai OT2 sebanyak (-0.25) yang melibatkan
24 orang calon .

OT 1 = 2.65 OT2 = 2.40 AR2 = 2.65 Beza = -0.25