Anda di halaman 1dari 26

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL.

1)
BULETIN KPKK

YANG SALAH YANG BETUL CATATAN

Y.B. YB Tidak perlu tanda noktah.


Contoh lain: YAM, YAA,
DYMM, YBhg.

Y.Bhg. YBhg Rujuk penjelasan di atas.

Di antaranya, Pengurus Antaranya, Pengurus Frasa sendi di antara


digunakan untuk
menunjukkan kedudukan
fizikal atau tempat.
Contohnya:

Anak itu duduk diam


di antara ibu dengan
bapanya.

Lif itu terhenti di


antara tingkat tiga
dengan tingkat empat.

Tambak Johor terletak


di antara Johor Bahru
dengan Singapura

NOTA: Padanan di antara/


antara ialah dengan bukan
dan.

Di antara buku yang telah Antara buku yang telah Rujuk penjelasan di atas.

Urusetia Urus setia Urus setia, kata majmuk yang


dieja terpisah.

1
di atas pelantikan atas pelantikan Kata sendi di atas digunakan
untuk perkara yang boleh
dipegang atau nampak
fizikalnya.
Contohnya:
di atas meja
di atas pokok
di atas bumbung
di atas jalan
di atas bahu

bekerja sama bekerjasama Kerjasama, antara beberapa


kata majmuk yang dieja
sebagai satu perkataan.

Selain daripada penganjuran Selain penganjuran Tidak perlu ada kata sendi,
dari atau daripada selepas
selain.

ke-Sepuluh kesepuluh, ke-10 Jika huruf, dieja sebagai satu


perkataan.
Jika angka, dieja dengan
tanda sempang.
Contoh lain:
Keempat, ke-4
Kelapan, ke-8
Keseratus, ke-100

mensasarkan menyasarkan S-a-s-a-r bermula dengan


konsonan s, dengan demikian
menerima awalan meny dan
konsonan s gugur. Contoh
lain:
Suka jadi menyukai
Salah jadi
menyalahi/kan
Suci jadi menyuci
Satu jadi menyatukan

2
Pra Sekolah prasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti,
sosio, dwi, eka, tata, juru,
multi dan sub - apabila
bertemu dengan kata nama
umum, dieja sebagai satu
perkataan, tanpa tanda
sempang.

Contohnya:
antidadah
antikomunis
dwibahasa
dwicabang
ekafungsi
ekawarna
juruaudit
juruukur
pascaijazah
pascapenerbitan
prasejarah
pramoden
proaktif
prokemerdekaan
sosiobudaya
sosioekonomi
subkontraktor
substandard
tatanama
tatarias

Namun apabila awalan ini


bertemu dengan kata nama
khas, kita tulis dengan tanda
sempang.

Contohnya:
Anti-Rusia
Pro-Barisan Nasional

Terdiri di kalangan Terdiri daripada kalangan Daripada, kata sendi yang


lebih tepat.

3
Intan INTAN Akronim kepada Institut
Tadbiran Awam Negara, dieja
dengan huruf besar.

Yang Dipertuan Agong Yang di-Pertuan Agong Ejaan yang digazetkan.

di wakili diwakili Imbuhan awalan di dan ke


hendaklah dieja serangkai
dengan kata yang
menerimanya. Awalan di
membentuk kata kerja.
Contohnya:
dipenjarakan
dipecat
dimarahi
diisi
dilaporkan

Awalan ke bergabung dengan


kata dasar untuk membentuk
kata terbitan.
Contohnya:
kehendak
keluar pintu
kerangka
kesemua
ketua

Kata sendi nama di digunakan


khusus di hadapan kata nama
atau frasa nama yang
menunjukkan tempat dan
ditulis terpisah daripada kata
nama atau frasa nama yang
mengikutinya.
Contohnya:
di angkasa
di antara
di atas
di Johor
di udara

4
digunapakai diguna pakai Kata majmuk dieja terpisah,
kecuali beberapa perkataan
yang ditetapkan oleh
Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, seperti
tanggungjawab, pesuruhjaya,
olahraga, tandatangan,
warganegara, antarabangsa,
jawatankuasa, matahari,
kerjasama dan beritahu.

Kata majmuk dieja sebagai


satu perkataan apabila
menerima imbuhan awalan
dan akhiran.

Contohnya:

Kuat kuasa
Penguat kuasa
Menguatkuasakan
Penguatkuasaan

Ambil alih
Mengambil alih
Pengambilan

Latar belakang
Berlatar belakang
Berlatarbelakangkan

Naik taraf
Menaik taraf
Menaiktarafkan

Ke 20 Ke-20 Rujuk penjelasan di muka


surat 2.

mengenengahkan mengetengahkan Kata akarnya, ketengah


menerima awalan meng,
hanya konsonan k yang gugur.
Konsonan t, kekal.

5
beserta berserta Awalan ber bukan be.

ialah untuk adalah untuk Kata pemeri adalah hanya


boleh diikuti oleh kata sendi
nama dan kata adjektif yang
bersifat huraian sahaja.

Contohnya:
Kursus ini adalah
untuk

Tarikh tutup kursus


adalah pada 31 Ogos
2009.

Kata pemeri ialah hanya boleh


diikuti oleh kata nama atau
frasa nama yang bersifat
persamaan sahaja.

Contohnya:
Masalah yang kita
hadapi ialah
kekurangan pendapat
yang bernas.

Sepak takraw ialah


sukan yang elok
dipertandingkan..

6
GEMA MERDEKA

YANG SALAH YANG BETUL CATATAN

perlantikan pelantikan Pelantikan daripada proses


melantik bukan berlantik.

Contohnya:
Pelepasan daripada
perbuatan melepaskan
Perlepasan daripada
perbuatan berlepas

Perdana Menteri Malaysia ke- Perdana Menteri Malaysia VI Tidak perlu tanda sempang.
VI atau
Perdana Menteri Malaysia Keenam, dieja sebagai satu
Keenam perkataan.
atau
Perdana Menteri Malaysia Dieja dengan tanda sempang
Ke-6

Y.B. YB Tidak perlu tanda noktah.

tauladan teladan Ejaan yang tepat ialah


teladan.

dayafikir daya fikir Daya fikir, kata majmuk yang


dieja terpisah.

jayadiri jaya diri Jaya diri, kata majmuk yang


dieja terpisah.

teguhdiri teguh diri Teguh diri, kata majmuk yang


dieja terpisah.

7
ulangtahun ulang tahun Ulang tahun, kata majmuk
yang dieja terpisah.

jesteru justeru Ejaan yang tepat justeru.

mengenepikan mengetepikan Kata akar ketepi, jadi


menerima awalan meng. Yang
gugur hanya konsonan k.
konsonan t kekal.

sosio ekonomi sosioekonomi Rujuk penjelasan di muka


surat 3.

mengisahkan tentang mengisahkan kehidupan Mengisahkan, kata kerja


kehidupan. transitif mesti terus
menerima objek, kehidupan
(kata nama atau frasa nama)
dan tidak boleh disisipkan
dengan kata sendi tentang.

terlibat di dalam pelbagai terlibat dalam pelbagai Kata sendi nama di digunakan
program program khusus di hadapan kata nama
atau frasa nama yang
menunjukkan tempat.

Contohnya:
di atas
di Perlis
di sana

Kata sendi nama dalam pula


digunakan di hadapan kata
nama atau frasa nama yang
membawa pengertian
lingkungan yang tidak
mempunyai ruang atau jarak
seperti perkara, peristiwa, hal,

8
urusan, bahasa, bidang,
masyarakat dan sebagainya.

Contohnya:
dalam hal ini
dalam bidang
penyiaran
dalam konteks ini,

Kata sendi nama di dalam


digunakan untuk yang ada
ruang.

Contohnya:
di dalam bilik
di dalam hutan
di dalam kotak
di dalam dewan

Benson Adversiting Benson Advertising Kesilapan menaip.

Lintas Adversiting Lintas Advertising Kesilapan menaip.

Ramai aktivitis-aktivitis Ramai aktivis Ramai, kata jamak tidak


perlu digandakan

Contoh kata-kata lain yang


membawa pengertian jamak:

Orang, rakyat, mereka,


maklumat, banyak, semua,
senarai, pertubuhan,
persatuan, kumpulan,
gabungan

Dato Rahim Razali adalah Dato Rahim Razali, insan Tidak perlu ada kata pemeri
seorang insan atau adalah.
Dato Rahim Razali ialah
insan

9
atau
Dato Rahim Razali ialah
seorang insan

Di dalam dunia seni Dalam dunia seni Rujuk penjelasan di muka


surat 8.

Tub Abdul Razak (2 kali) Tun Abdul Razak Kesilapan menaip.

Membincangkan mengenai Membincangkan isu Membincangkan, kata kerja


isu transitif terus menerima
objek,( isu), dan tidak boleh
disisip dengan kata-kata lain
(mengenai).

pilihanraya pilihan raya Pilihan raya, kata majmuk


yang dieja terpisah.

disamping di samping Rujuk penjelasan di muka


surat 8.

Sumbangan di dalam Sumbangan dalam Rujuk penjelasan di muka


pembangunan pembangunan surat 8.

di mana tarikh tutup yang tarikh tutup di mana ialah kata tanya, dan
tidak boleh berfungsi sebagai
kata hubung.

Selain daripada Selain memperkasakan Tidak perlu kata sendi dari


memperkasakan atau daripada selepas selain.

di atur diatur Diatur, kata kerja. Dengan


demikian dieja sebagai satu
perkataan.

10
Bandar DiRaja Bandar Diraja Ejaan yang tepat Diraja.

koreograger koreografer Kesilapan menaip.

Muzik Tun Razak Muzikal Tun Razak Kesilapan menaip.

DOKUMEN MESYUARAT JKPA PADA 3 OGOS

YANG SALAH YANG BETUL CATATAN

Y.Bhg. YBhg Tidak perlu tanda noktah.

Y.M. YM Tidak perlu tanda noktah.

urusetia urus setia Kesalahan lazim, terutama


sekali dalam minit mesyuarat.
Urus setia, kata majmuk yang
dieja terpisah.

minima minimum Ejaan yang tepat minimum.

disemua peringkat di semua peringkat Rujuk penjelasan di muka


surat 8.

efisen efisien Ejaan yang tepat efisien.

ePerolehan e-Perolehan Dieja dengan tanda sempang.

11
ianya ia Tidak ada kata ganti nama
ianya dalam bahasa Melayu.

Sekiranya ianya dianggap


betul, maka kita juga harus
menerima kata ganti nama
akuku, kamumu sebagai
betul.

adalah seperti berikut adalah seperti yang berikut Lebih tepat jika ada yang.

cop rasmi cap rasmi Ejaan yang tepat cap.

sepertimana seperti mana Lebih tepat sebagaimana atau


seperti.

maklumbalas maklum balas Maklum balas, kata majmuk


yang dieja terpisah.

dari jumlah tersebut daripada jumlah tersebut Kata sendi nama dari
digunakan di hadapan kata
nama atau frasa nama yang
menyatakan arah, tempat,
waktu dan masa.

Contoh yang menyatakan


tempat atau arah:

Awak datang dari


mana?
Kajian itu dibuat dari
sudut ekonomi.
Lori itu datang dari
arah kiri.
Mereka baru sampai
dari Kuching.

12
Contoh yang menyatakan
waktu atau masa:

Keadaannya semakin
tenat dari sehari ke
sehari.
Kerajaan itu terkenal
sejak dari kurun ke-18.
Perkara itu diketahui
dari waktu subuh lagi.
Persatuan itu sering
mengadakan
perjumpaan dari
semasa ke semasa.

Kata sendi nama daripada


hadir di hadapan kata nama
atau frasa nama yang
menyatakan perkara berikut:

Punca bagi manusia


atau institusi, haiwan,
benda, dan unsur
mujarad (abstrak);
Sumber atau asal
kejadian sesuatu
benda;
Perbezaan atau
perbandingan; dan
Menyatakan
sebahagian daripada
semua, perbezaan,
perubahan atau
perbandingan.

Menyatakan punca bagi


manusia, institusi, haiwan
benda dan unsur mujarad

Ali menerima sepucuk


surat daripada ibunya.

13
Cadangan daripada
persatuan telah kami
terima.
Dia menjauhkan diri
daripada bahaya
dadah.
Encik Karim baru
sahaja menerima
arahan daripada
ketuanya.
Mereka sudah pun
menerima sumbangan
daripada pihak
kerajaan.

Menyatakan maksud sumber


atau asal kejadian sesuatu
benda

Ahli persatuan terdiri


daripada pelajar
sekolah.
Air terdiri daripada
gabungan hidrogen
dan nitrogen.
Benang berasal
daripada kapas.
Kasut itu diperbuat
daripada kulit buaya.
Saya sedia untuk
meminta maaf
sekiranya kesilapan itu
berpunca daripada
saya.

Menyatakan sebahagian
daripada semua

Enam orang daripada


mereka mati disambar
petir.

14
Kebanyakan daripada
rumah di kampung itu
musnah dipukul ribut.

Sebahagian daripada
pelajar sudah pulang
ke rumah masing-
masing.
Seorang daripadanya
bertubuh tinggi dan
tegap.

Menyatakan perubahan,
perbezaan atau
perbandingan

Ali lebih tinggi


daripada Ahmad.
Kami tiba lewat
daripada mereka.
Membaca buku ilmiah
lebih baik daripada
membaca majalah
hiburan.
Perangainya lain
daripada yang lain.

rendah dari 24.4% rendah daripada 24.4% Kata sendi dari untuk masa
dan tempat.
Kata sendi daripada untuk
orang, perbandingan, asal
kejadian atau sumber.

berpuashati berpuas hati Puas hati, kata majmuk yang


dieja terpisah.

dibawah di bawah Kata sendi di, dieja terpisah.

15
mengambil maklum mengambil maklum akan Perlu ada kata sendi akan.
perkara-perkara berikut: perkara-perkara yang berikut:

diatas kerjasama atas kerjasama Rujuk penjelasan di muka


surat 2.

maklumbalas maklum balas Maklum balas, kata majmuk


yang dieja terpisah.

minima minimum Ejaan yang tepat minimum.

Y. Bhg YBhg Tidak perlu ada tanda


noktah.

tengahari tengah hari Tengah hari, kata majmuk


yang dieja terpisah.

ePerolehan e-Perolehan Perlu ada tanda sempang.

ianya ia Ianya tidak boleh dianggap


sebagai kata ganti diri.

di antara terma rujukan antara terma rujukan Rujuk penjelasan di muka


surat 1.

mempastikan memastikan Pasti, menerima awalan mem


dan konsonan p digugurkan.

perolehi peroleh Perkataan yang tepat ialah


peroleh

16
tv1 TV1 TV1, dieja dengan huruf
besar.

tv2 TV2 TV2, dieja dengan huruf


besar.

sebutharga sebut harga Sebut harga, kata majmuk


yang dieja terpisah.

professional profesional Profesional, dieja dengan satu


s.
Jarang sekali terdapat
gugusan konsonan dalam
perkataan BM.

Contoh lain:
Misi bukan missi
Majalah bukan
majallah
Muhibah bukan
muhibbah
Sesi bukan sessi
Hajah bukan hajjah
Gosip bukan gossip
Kecuali media massa untuk
membezakannya daripada
masa.

dari masa ke semasa dari masa ke masa atau Gunakan perkataan yang
dari semasa ke semasa sama, jangan disilangkan.

Laporan Tindakan ke atas Laporan Tindakan tentang Kata sendi yang tepat ialah
kesalahan /akan kesalahan akan atau tentang.

hukuman ke atas kakitangan hukuman kepada /terhadap Kata sendi yang tepat ialah
kakitangan kepada atau terhadap.

17
dikemaskini dikemas kini Kemas kini, kata majmuk
yang dieja terpisah.

mengambil tindakan di atas mengambil tindakan atas Rujuk penjelasan di muka


perkara ini perkara ini surat 2.

urusetia urus setia Urus setia, kata majmuk yang


dieja terpisah.

menaiktaraf menaik taraf Naik taraf, kata majmuk yang


dieja terpisah.

kesemua 51 lokasi ke semua 51 lokasi Kata sendi ke, dieja terpisah.

pemerksaan pemeriksaan Kesilapan menaip.

utnuk untuk Kesilapan menaip.

sepertimana Seperti mana Lebih tepat sebagaimana atau


seperti.

kraftangan Kraf tangan Kraf tangan, kata majmuk


yang dieja terpisah. (kecuali
kata nama khas yang
digazetkan)

berpuashati berpuas hati Puas hati, kata majmuk yang


dieja terpisah.

pernelanjaan perbelanjaan Kesilapan menaip

18
adalah sebanyak ialah sebanyak Rujuk penjelasan tentang kata
pemeri ialah dan adalah

dari jumlah peruntukan yang daripada jumlah peruntukan Rujuk penjelasan di muka
diterima yang diterima surat 10 13.

Y.B. YB Tidak perlu tanda noktah.

di atas nama atas nama Rujuk penjelasan di muka


surat 2.

telepon telefon Ejaan yang tepat ialah


telefon.

sepertimana Seperti mana Lebih tepat seperti atau


sebagaimana

e-mail e-mel Ejaan yang tepat ialah e-mel.

fax faks Ejaan penuh ialah faksimile


dan singkatannya ialah faks.

Dewan Cendiakawan Dewan Cendekiawan Ejaan yang tepat ialah


cendekiawan.

merekabentuk mereka bentuk Reka bentuk, kata majmuk


yang dieja terpisah.

siaraya siar raya Siar raya, kata majmuk yang


dieja terpisah.

19
Institut Penyiaran & Institut Penyiaran dan Ejaan yang tepat ialah
penerangan Penerangan perkataan dan dieja, dan
konsonan p dieja dengan
huruf besar.

menaiktaraf menaik taraf Naik taraf, kata majmuk yang


dieja terpisah.

Komputer HP Laser Jet Dan Computer HP Laser Jet dan Nama khas
samsung Samsung

perlanjutan pelanjutan Pelanjutan, daripada proses


melanjutkan.

halatuju hala tuju Hala tuju, kata majmuk yang


dieja terpisah.

Juru Perunding Juruperunding Juruperunding, dieja satu


perkataan.

perlantikan pelantikan Pelantikan, daripada proses


melantik.

BAKI BAWA KEHADAPAN BAKI BAWA KE HADAPAN Kata sendi ke, dieja terpisah.

HAPUSKIRA HAPUS KIRA Hapus kira, kata majmuk


yang dieja terpisah.

DIKEMASKINI DIKEMAS KINI Kemas kini, kata majmuk


yang dieja terpisah.

PANTRY PANTRI Ejaan dalam BM, dieja dengan


vokal i.

20
diperolehi diperoleh Kata yang tepat ialah
diperoleh.

senireka seni reka Seni reka, kata majmuk yang


dieja terpisah.

BUKU KECIL 1MALAYSIA

YANG SALAH YANG BETUL CATATAN

berdasarkan atas prinsip- berdasarkan prinsip- Kata kerja transitif terus


prinsip prinsip menerima objek, tidak boleh
disisip dengan kata sendi
atas.

e-mail e-mel Ejaan yang tepat ialah e-mel.

SURAT RASMI

YANG SALAH YANG BETUL CATATAN

Institut Penyiaran Tun Razak Institut Penyiaran dan IPPTAR Institut Penyiaran
Penerangan Tun Abdul Razak dan Penerangan Tun Abdul
Razak

Faks No. No. Faks Hukum D M


Yang diterangkan mendahului
yang menerangkan.

21
Contoh lain:

Pisang goreng
Studio mini
Hal-hal lain
Kedai pajak gadai
Kompleks sukan

Y.Bhg. YBhg (7 kali) Tidak perlu tanda


noktah.

tengahari tengah hari (5 kali) Tengah hari, kata


majmuk yang dieja terpisah.

Dewan Banquet Dewan Bankuet (2 kali) Bankuet, dieja dengan


konsonan k.

maklumbalas maklum balas (2 kali) maklum balas, kata


majmuk yang dieja terpisah.

urusetia urus setia Urus setia, kata majmuk yang


dieja terpisah.

faksemili faksimile Ejaan yang tepat ialah


faksimile.

Sesungguhnya dengan Sesungguhnya kehadiran Tuan Ayat asal tidak gramatis.


kehadiran Tuan akan akan menyerikan majlis ini
menyerikan majlis ini

ATURCARA ATUR CARA Atur cara, kata majmuk yang


dieja terpisah.

22
diatas di atas Rujuk penjelasan di muka
surat 2.

Adalah dimaklumkan Dengan ini dimaklumkan Tidak boleh memulakan ayat


dengan kata pemeri adalah.

disepanjang tempoh sepanjang tempoh di atas Ayat asal tidak gramatis.


diatas

staff staf Perkataan BM ialah staf.

Kerjasama tuan dalam Kerjasama tuan dalam Ayat asal tidak gramatis.
perkara ini adalah dihargai. menjayakan acara ini amat
dihargai.

aturcara atur cara Atur cara, kata majmuk yang


dieja terpisah.

Check in Daftar masuk Jika ada istilah BM, eloklah


kita mempopularkannya.

vocal vokal Vokal, dieja dengan konsonan


k.

tengahari tengah hari Tengah hari, kata majmuk


yang dieja terpisah.

Check out Daftar keluar Jika ada istilah BM, eloklah


kita mempopularkannya.

perkara diatas. perkara di atas. Kata sendi di, dieja terpisah.


Rujuk penjelasan di muka
surat 2.

23
berkuatkuasa berkuat kuasa Kuat kuasa, kata majmuk
yang dieja terpisah.

Disamping itu, Di samping itu, Kata sendi di, dieja terpisah.

di arahkan diarahkan Awalan di, dieja satu


perkataan.

di sifatkan disifatkan Awalan di, dieja satu


perkataan.

S.K s.k. Huruf kecil dan ada tanda


noktah.

Y.Bhg. YBhg Tidak perlu tanda noktah.

Adalah saya dengan Dengan hormatnya saya Tidak boleh memulakan ayat
hormatnya merujuk merujuk dengan kata pemeri adalah.

Diangkakan seramai 250 Dijangkakan seramai 250 Lebih tepat dijangkakan.


orang orang

Hajjah Hajah Ejaan yang tepat ialah hajah.

Bilik-bilik yang diacadangkan Bilik-bilik yang dicadangkan Rujuk penjelasan di muka


adalah Bilik Cabaran ialah Bilik Cabaran surat 6.

Jalan Pantai Baru Jalan Pantai Baharu Ejaan yang tepat ialah
baharu.

Urusetia Urus setia Urus setia, kata majmuk yang


dijea terpisah.

24
BOLASEPAK BOLA SEPAK Bola sepak, kata majmuk
yang dieja terpisah.

Di atas kerjasama tuan Atas kerjasama tuan Rujuk penjelasan di muka


surat 2.

Adalah saya dengan Dengan hormatnya saya Ayat asal tidak gramatis.
hormatnya merujuk kepada merujuk kepada perkara yang
perkara tersebut di atas. tersebut di atas.

keatas ke atas Kata sendi ke, dieja terpisah.

BUKU PROGRAM MALAM JASAMU DIKENANG

YANG SALAH YANG BETUL CATATAN

Y.B. YB Tidak perlu tanda noktah.

Berdasarkan atas prinsip- Berdasarkan prinsip-prinsip Tidak perlu kata sendi atas.
prinsip yang berikut: yang berikut:

Allah S.W.T. Allah SWT Tidak perlu tanda noktah.

limpahNya limpah-Nya Konsonan N dieja dengan


huruf besar kerana Nya
merujuk kepada Allah.
Perkataan dieja dengan tanda
sempang.

Pada Kesempatan ini Pada kesempatan ini Kesilapan menaip.

25
berjaya di dalam apa jua berjaya dalam apa jua Rujuk penjelasan di muka
bidang bidang surat 8.

di atas persaraan mereka atas persaraan mereka Rujuk penjelasan di muka


surat 2.

di atas sumbangan atas sumbangan Rujuk penjelasan di muka


surat 2.

Jasa Mu Dikenang Jasamu Dikenang Mu tidak perlu dieja dengan


huraf besar kerana bukan
merujuk kepada Allah.
Perkataan Jasamu dieja rapat.

Selain daripada menjadi Selain menjadi medan Tidak perlu kata sendi dari
medan atau daripada selepas selain.

bertukar-tukar pengalaman bertukar-tukar pengalaman Rujuk penjelasan di muka


di antara pesara dan warga antara pesara dengan warga surat 1.
Kementerian Kementerian

Kementerian Penerangan Kementerian Penerangan Dan, d dieja dengan huruf


Komunikasi Dan Kebudayaan Komunikasi dan Kebudayaan kecil.

NOTA: Saya memantau tegur untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan bahasa yang masih
berlaku dalam kalangan warga kerja KPKK. Bukan niat saya untuk mengaibkan pesalah bahasa.
Harapan saya, teguran ini boleh dijadikan panduan dalam kita menjalankan tugas seharian di
pejabat. Alhamdulillah, kesalahan bahasa dan kesilapan ejaan semakin kurang. Sama-samalah
kita memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

Dipantau tegur oleh:

Dato Adilah binti Shek Omar


Pengarah IPPTAR

Tarikh: Dikemaskinikan pada 25 Julai 2010

26

Anda mungkin juga menyukai