Anda di halaman 1dari 3

Cara pengumpulan maklumat murid

Teknik ujian

Pencapaian akademik
- mengukur apa yang diketahui oleh kanak-kanak berhubung dengan satu-satu
mata pelajaran
- untuk mengenal pasti potensi kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran
Ujian kecerdasan: untuk menguji IQ murid
Ujian kecenderungan bakat: Digunakan untuk membuat telahan tentang kebolehan
pelajar belajar pada masa hadapan
Ujian minat kerjaya:
- Untuk memperoleh profil awal satu kumpulan kanak-kanak yang boleh digunakan
sebagai bahan perbincangan dalam sesi kaunseling individu.
- Menentukan minat terhadap satu-satu bidang atau kerjaya.
Ujian personaliti emosi: untuk mengetahui aspek bukan kognitif seperti motivasi
dan afektif
Ujian saringan: untuk mengasingkan murid-murid cerdas dengan kurang cerdas
Ujian diagnosis: untuk mengesan punca kelemahan pembelajaran murid
Ujian aptitud:
- Ciri yang menunjukkan kebolehan seseorang untuk mencapai kejayaan dalam
satu-satu bidang tertentu.
- Untuk mengukur kebolehan pembelajaran seseorang
Ujian sikap: Menentukan fikiran atau tindak balas semula jadi terhadap sesuatu
objek, peristiwa, dan jenis tingkahlaku seseorang atau kelompok.

Teknik bukan ujian

Autobiografi murid: Guru mendapatkan riwayat hidup yang ditulis oleh murid sendiri
- mengetahui bagaimana perkembangan hidup individu tertentu secara menyeluruh.
- Memperoleh gambaran mengenai kejadian-kejadian penting dalam kehidupan
individu.
- Mengetahui reaksi-reaksi pribadi atau sikap pribadi terhadap kejadian-kejadian
penting yang dihadapi individu dalam kehidupannya.
- Memperoleh data mengenai individu / pribadi murid dan lingkungan hidupnya.
Rekod anekdot: laporan berdasarkan permerhatian terhadap sesuatu kajian atau
peristiwa oleh guru atau kaunselor
- Tarikh tempat, situasi ketika kejadian atau peristiwa berkenaan berlaku
- Pemerhatian murid, reaksi murid2 lain & gerak balas murid berkenaan terhadap
murid lain
- Lagak, gerak-geri, kualiti suara & air muka utk perhati perasaan murid
- Pemerhatian cukup luas utk merangkumi kejadian atau peristiwa
kumulatif murid: Catatan-catatan mengenai peristiwa-peristiwa dan kes-kes tertentu
Soal selidik: sesi temubual antara kaunselor dengan pelajar untuk mendapat
maklumat seperti butir diri.
- Guru bimbingan mungkin tak dapat temu bual semua murid kerana kekangan
masa
- Sebelum jawab soalan, mereka perlu diberi penerangan yg jelas tentang
tujuan2nya.
- Maklumat dlm soal selidik = berkaitan diri, keluarga, kesihatan, minat, cita2, dsb
- Maklumat yg diperoleh mesti dibandingkan dgn rekos simpanan pihak pentadbir
sekolah
Temu bual
- Murid yg ditemu bual luahkan perasaan & buah fikiran kpd org yg menemubual
- Penemu bual meneliti perkara/masalah lebih mendalam & boleh buat penilaian
ketika bersoal jawab
Pemerhatian
- Teknik pengumpulan maklumat atau data tentang murid2 secara ilmiah utk dekati
masalahnya secara keseluruhan
- Tentukan tujuan2, subjek & tempoh masa diperhatikan
- Pemerhatian adalah semasa murid jalankan kegiatan harian seperti dalam b.drjah,
padang, kantin, perhimpunan dsb
Sosiometri: meneliti hubungan sosial dan psikologi antara individu di dalam
kumpulan.
Sosiogram: suatu jenis gambar rajah yang dibentuk hasil daripada penelitian ke
atas hubungan sosial antara pelajar dengan kumpulan tertentu
Kad 001: Kad Rekod Persekolahan
Kad 002 : Kad Rekod Peribadi (SULIT)

Anda mungkin juga menyukai