Anda di halaman 1dari 6

Kajian Kesediaan Guru dalam Pembelajaran Abad Ke-21

Pengenalan

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap


bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara,
kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk
menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti
cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21
tidak terhad kepada penyediaan danpembekalan tenaga pekerja yang
berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja.

Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran
dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang
ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu
pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan
kemajuan teknologi.

Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan


dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan
warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat
menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan
maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu
membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM

Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka


dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar
dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.
Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan
kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-

kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif


kemahiran berkomunikasi secara berkesan
kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
kemahiran kepimpinan dan pengurusan

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan


kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang
disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah
pasti digunakan secara meluas.

Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek
tertentu. Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-
galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Pelajar abad ke 21
perlu memiliki aspek seperti :

1. Pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang dipelajari


dengan keadaan sekeliling.
2. Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
3. Yakin untuk berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-rakan di
dalam bilik darjah.
4. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang
diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.
5. Dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
6. Mempunyai perasaan ingin tahu.
7. Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.
8. Tidak pernah berputus asa.
9. Sentiasa mendengar dan membuat refleksi di dalam bilik darjah semasa sesi
P&P dijalankan.
10.Berkemahiran kritis dan mampu untuk menguasai kemahiran literasi.
11.Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.
12.Pelajar abad ke 21 juga mampu untuk bekerja dengan orang lain dan
berusaha untuk membuat perubahan.
13.Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun di
luar bilik darjah.

Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan
proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar. Guru-guru
untuk abad ke 21 memerlukan beberapa ciri tertentu seperti berikut:

1. Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan terhadap kandungan


kurikulum.
2. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
3. Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.
4. Memahami psikologi pembelajaran iaitu Cognitive Psychology.
5. Memiliki kemahiran kaunseling.
6. Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan


dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia,
cekera padat dan corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk
digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran
pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan
menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan
lebih bermakna kepada pelajar.

(a) Teknologi Maklumat/Komputer

Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi


komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk
mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat
secara pantas dan tepat seperti internet atau multimedia atau hypermedia untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi
maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus,
menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk
data teks, imej atau suara.

Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk
itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer beupaya meningkatkan
mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di
semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah.

(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan


pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang diamalkan sekarang. Guru
memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar
sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah.
Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan
berperanan sebagai pembekal maklumat.

Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi
membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing
supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan
pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada
diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.

Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga


pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri daripada seorang guru
dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25
orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid
patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

(c) Pendidikan Jarak Jauh

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam


pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke
sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian
tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke
21 mengambil kira faktor-faktor berikut:

Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari
seminggu)
Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer
Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk
pelajar
Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu
Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui
struktur modular
Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi
objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktkviti pembelajaran dan maklum balas
pelajar.

(d) Pendekatan Modular


Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan
dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul
ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan.

Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang
disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di
institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut
tahap kebolehan pelajar.

(e) Mastery Learning

Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesauatu


perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian
diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai
supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran.

(f) 'Tracking' dan 'Banding'

Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam


beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general)
atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem
banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas
mengikut kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah
boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran
matematik Tahun 2.

(g) Sistem Kredit

Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar
untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus
pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja
projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata
pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan.

PENILAIAN
Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap
penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan
pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan
pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-benar
dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut

a) Penilaian Berasaskan Sekolah


b) Penilaian Berterusan
c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek
d) Penilaian Proses di samping Penilaian Hasil
e) Authentic Assessment
f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)
g) Bench Marking
h) Ujian/ Peperiksaan Secara Online

PENUTUP

Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak
akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di
dalam bidang-bidang lain, kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian
Pendidikan dan mengambil perhatian yang berat tentang pelaksanaannya. Dalam
menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya
diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula
guru, penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan pihak
swasta, ibubapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.