Anda di halaman 1dari 3

SAJAK KEPADA 1MALAYSIA

monumen muluk ini terbina
dari lidah fikir menteri perdana
sebuah gagasan puluhan juta rakyat
terhimpun dalam rumah damai
yang bertiang
tapi tak berdinding beratap berlantai.

dari taman ilmu
aku merenung jauh
yang kutafsir adalah segugus damai yang hilang
dalam hati perpaduan
setelah berabad meniti jambatan merdeka

dari taman ilmu
aku mengetuk pintu Malaysiaku
membuka jendela kemudian merenung purnama bulan
sambil mendengar matahari bersyair
dan rakyat menadah air mata yang tertumpah

saat monumen muluk ini
memuncak ke langit dan mengakar ke pusat bumi
sukmaku membaca gerak sunyi
melangkah longlai meninggalkan masa lalu
hingga menyentap senyum tawa bonda.

Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori

MENYAMBUT MERDEKA Sambutannya berulang lagi saban tahun ia kembali keranamu Malaysia aku di sini menabur bakti ibu pertiwi. ZAINAL ABIDIN AHMAD . Jalur gemilang berkibar megah sana sini mencipta indah namun segelintir tiada endah satukan hati bukannya mudah. Hanya Malaysia negara tercinta pejuang bersusah untuk merdeka jangan siakan apa yang ada sayangilah tumpah darah kita.

bajailah anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggi demi generasi dan agama mentafsir wawasan membina jati diri meraih akar dalam tunjang diri menegak pepohon yang merendangkan dedaun semangat. Anak merdeka alaf baru! tanamlah. POKOK BANGSA ITU ADALAH KITA Anak merdeka alaf baru! antara bunga mimpi dan tragedi dalam membina generasi globalisasi bukanlah semudah mencipta cerita kosong di kedai kopi atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi. Anak merdeka alaf baru siramkanlah falsafah minda jangan biarkan kering dan mati kerana pokok bangsa itu adalah serumpun kerana pokok bangsa itu adalah kita yang merdeka. AMYLIA HUSSAIN Jambatan Merdeka. semailah. Sg. Petani .