Anda di halaman 1dari 11

ERTI KEMENANGAN DI IDUL FITRI

(25 Jun 2017 / 01 Syawal 1438)

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru hadirin yang dikasihi sekalian,
marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan
bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di
dunia dan di akhirat. Di pagi lebaran yang indah ini khatib akan menyampaikan
khutbah bertajuk: Erti Kemenangan di Idul Fitri.

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

1
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT atas limpahan rahmat-Nya
dapat kita berhimpun sekali lagi di rumah-Nya bagi merayakan Idul Fitri. Hari
ini adalah hari kemenangan buat umat Islam kerana berjaya menjalani ibadah
puasa di bulan Ramadhan.
Semoga matlamat puasa Ramadhan yang ditetapkan dahulu benar-benar
menjadikan kita insan yang bertakwa dan terus kekal dalam golongan Muttaqin
seterusnya beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT dalam
Surah Ali Imran ayat 133:


Maksudnya: Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-
amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu,
dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit
dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Sebulan lalu kita telah melalui suatu proses kerohanian yang cukup mencabar
jasmani dan rohani. Ia tidak lain adalah untuk melatih dan mendidik hawa nafsu
kita dalam pelbagai aspek kehidupan seperti cinta kepada makanan, harta, nafsu
syahwat, hiburan dan seumpamanya.
Hari ini 1 Syawal pula menjelma di mana cabarannya adalah lebih hebat
iaitu bagaimana kita mahu mengekal dan mempertahankan prestasi kejayaan
Ramadhan ini sehingga di takdirkan bertemu semula dengannya pada tahun
akan datang. Oleh itu, amat penting sekali kita mengisi permulaan Syawal ini
dengan amalan soleh menuruti sunnah Rasulullah SAW.

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

2
Ketakwaan seseorang yang beriman setelah melalui proses pembersihan jiwa
sepanjang Ramadhan adalah dinilai melalui keazaman, kesungguhan atau
istiqamahnya dalam melaksanakan segala titah perintah Allah SWT selepas
berakhirnya Ramadhan.
Malang sekali sekiranya umat Islam sendiri yang diseru supaya bertakwa
tidak pernah peduli untuk faham apakah yang dimaksudkan dengan takwa. Para
ulama termasuk beberapa sahabat Nabi SAW telah menerangkan takwa dengan
pelbagai cara dan makna bagi membantu umat Islam untuk merealisasikannya.
Takwa menurut tafsiran Saidina Ali R.A misalnya direalisasikan di dalam

empat perkara iaitu (takut kepada Allah), (beramal

dengan perintah Allah), (redha dengan yang sedikit) dan

(bersedia untuk hari kematian). Yang jelas, pencarian takwa


itu tidak ada noktahnya.
Secara praktikalnya, apa yang dimaksudkan oleh Saidina Ali R.A itu
menuntut keyakinan Akidah yang sahih, amalan Syariah yang benar, kebersihan
hati atas Thoriqoh Nabawiyah dan hasil gabungan ke semua tonggak Islam iaitu
Iman, Islam dan Ihsan secara besepadu. Oleh itu, berdustalah seseorang muslim
atas seruan dan dakwaan takwanya jika dia sendiri tidak mahu mempertahankan
Akidah yang sahih yang diwarisi daripada Rasulullah SAW semata-mata
mengambil hati orang kafir dan memenangi sokongan mereka. Firman Allah
SWT di dalam Surah An-Nisa ayat 138-139:

Maksudnya: Sampaikanlah khabar berita kepada orang munafik bahawa


sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman dengan meninggalkan
orang yang beriman. Tidaklah patut mereka mencari kekuatan di sisi orang
kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan itu semuanya ialah milik Allah.

3
MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Selain keteguhan akidah, setiap amalan yang dilakukan juga hendaklah ikhlas
kerana Allah SWT dan berterusan. Sifat ini lebih disukai oleh Allah SWT dan
mereka adalah orang-orang yang berjaya. Firman Allah SWT dalam Surah an
Nur ayat 52:

Maksudnya: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut
melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab
Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.

Namun, kemenangan kita di Idul Fitri ini tidak bermakna seolah-olah kita
berpesta meraikan pemergian Ramadhan. Perayaan ini adalah simbolik tanda
kesyukuran kita di atas mujahadah yang dilakukan selama sebulan lalu di
samping bermuhasabah dengan melaungkan takbir dan tahmid tanda keinsafan.
Paling penting, kita hendaklah memelihara konsistensi dalam
mengamalkan segala kebaikan dan bersungguh-sungguh meninggalkan
keburukan supaya tiada ruang lagi buat syaitan dan nafsu jahat memisahkan
antara hak dan batil. Sesunggunya, hati yang telah diasuh dengan erti keikhlasan
dan disucikan daripada kekotoran dosa akan dihidupkan oleh Allah SWT
kembali kepada fitrah. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu
Majah daripada Abu Umamah RA:

Mafhumnya: Daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:


Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan
Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak
akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang
kufur ingkar) pada hari itu.

4
Ya, pada hari kiamat nanti golongan yang beriman dan beramal soleh,
dikurniakan oleh Allah SWT dengan hati yang hidup iaitu dalam keadaan
bahagia dan gembira kerana di beri balasan yang baik dan keredhaan di sisi
Allah SWT. Sebaliknya, golongan yang kufur ingkar, hatinya mati iaitu dalam
keadaan hampa dan kecewa kerana mendapat kemurkaan dan ditimpakan
seburuk-buruk balasan oleh Allah SWT.

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Penyucian hati dengan amal soleh yang disirami keimanan dan dibajai
ketakwaan akan membuahkan istiqamah yang berterusan di sisi mereka yang
taat patuh kepada Allah SWT. Tuntasnya, istiqamah membentuk kualiti akhlak
terpuji sebagaimana yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, segala
amal ibadah seperti solat berjemaah, qiamullail, membaca al-quran, sedekah,
puasa-puasa sunat dan memohon keampunan kepada Allah mestilah diteruskan.
Para ulama menegaskan bahawa mereka yang terus berusaha, bersabar
dan istiqamah dalam mengekalkan amal soleh selepas Ramadhan, membuktikan
penerimaan Allah SWT terhadap amalannya. Antara amalan yang menunjukkan
berhasilnya takwa seseorang itu ialah melakukan puasa sunat selama enam hari
sama ada secara berturut-turut atau berselang-seli. Sabda Rasulullah SAW:

Mafhumnya: Daripada Abi Ayyub al Ansari RA bahawa Rasulullah SAW


bersabda: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, dan kemudian diikuti
pula dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah
berpuasa selama setahun. (Hadis Riwayat Muslim)

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

5
Perhimpunan pada hari ini membuktikan kehebatan dan ketinggian syiar Islam
di negara kita. Oleh itu, kehadiran kita ke masjid di pagi yang mulia ini pastinya
membawa seribu makna. Lihatlah, sebentar tadi kita sama-sama melaungkan
kalimah membesarkan Allah SWT, kita sujud bersolat bersama-sama sebagai
tanda syukur dan saat ini kita mendengar nasihat agama sebagai pedoman
hidup. Sejurus selepas ini pula, kita akan bermaaf-maafan dengan sanak saudara
dan sahabat handai. Fenomena ini adalah bukti kekuatan dan kemenangan kita
bersama sebagai umat Islam yang kukuh tali ukhuwwahnya.
Namun, usah dilupa setinggi mana pun kasih sayang dan kegembiraan
yang ditunjukkan pada hari ini, jangan kita terlepas pandang kepada nasib
saudara-mara kita yang masih bersedihan dengan kekurangan dan ujian ke atas
mereka. Hulurkanlah tangan membantu setakat kemampuan kita agar mereka
juga tetap ceria di lebaran ini.
Sewaktu kita berziarahan sepanjang Idul Fitri ini nanti, peliharalah adab-
adab sebagai seorang Muslim dalam konteks batasan pergaulan dengan yang
bukan mahram dan berhibur dengan pelbagai program sehingga terleka serta
mencacatkan kemuliaan Syawal ini.

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang jemaah sekelian untuk
menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama: Idul Fitri disambut sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan atas
kejayaan melawan hawa nafsu sepanjang sebulan menjalani ibadah
puasa.
Kedua: Kejayaan atau kemenangan sebenar hamba yang beriman itu adalah
apabila memperolehi ketakwaan dengan meneruskan amal soleh
sepanjang masa.
Ketiga: Idul Fitri medan memperkukuhkan silaturrahim sesama kita.

6
Maksudnya: Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan
mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan,
sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-
pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-
alukan mereka dengan kata-kata: "salam sejahtera kepada
kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam
syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (Mereka
pun masuk). (Surah az Zumar: 73)

7
KHUTBAH KEDUA

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Marilah pada hari yang penuh bahagia ini, kita melafazkan rasa kesyukuran atas
nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sesungguhnya Idul
Fitri yang disyariatkan oleh Allah SWT adalah untuk dirayakan dengan penuh
kesyukuran dan dengan pelbagai amal bakti yang diredhai Tuhan.
Idul Fitri juga memberi peluang kepada kita untuk membina tautan kasih
sesama kita. Melalui zakat fitrah dan zakat harta yang telah kita bayar pada
bulan Ramadhan, keceriaan dan keriangan terpancar di wajah golongan fakir
miskin untuk sama-sama menyambut hari kemenangan ini. Mimbar turut
merakamkan jutaan terima kasih kepada institusi zakat seluruh negara yang
selama ini mengurus sumber zakat umat Islam dengan cemerlang. Firman Allah
SWT dalam surah at-Taubah ayat 103:

Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi


sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan
8
mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang
buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya
doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah)
Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Pada hari ini, marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas
baginda Nabi Muhammad SAW, sebagai tanda kecintaan dan kasihnya buat
baginda kerana telah menyampaikan Islam kepada kita melalui pelbagai bentuk
pengorbanan dan jihad. Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 56:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat


(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad
SAW); Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

9
Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara
kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan
kesejahteraan. Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan
di kalangan kami. Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai,
sejahtera dan selamat sepanjang zaman.

10
11

Anda mungkin juga menyukai