Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL 1

Soalan: Kepentingan etika dan kod etika kepada seorang guru.
_____________________________________________________________________________________

Etika dan kod etika penting kepada seorang guru dalam profesion perguruan
disebabkan:

1) Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan.

– Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

2) Kod etika perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan.

– Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

3) Kandungan yang dinyatakan dalam kod etika perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.

– Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di
negara lain.

4) Kod etika dalam bentuk dokumen maka usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan.

– Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5) Guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi.

– Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi. . 6) Guru dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas.