Anda di halaman 1dari 6

SAJAK KUDUP PERANG (Tuah Saujana) melekatlah selumbar sengsara

di tiang maruah kota


Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
membajakan kezaliman sering
menggelarnya sebagai pengkhianat
mengudupkan putik dendam
kerana kita masih menangisi
kita masih perlu berterima kasih
peta keadilan yang tersirat nun, karam
kepada jari-jemari takdir
di lautan kesumat
kerana membenarkan sepasang mata
sedang warga memanggilnya keramat
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
Perang pun melecurkan lidah muslihat
untuk sehari lagi; sambil bertanya;
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
siapakah pahlawan yang asli?
bertiup dan memindahkan kebenaran pada
tempatnya
Memang kita tidak sempat menjenguk mewarnakan keindahan pada hodohnya
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus menjungkitkan amarah pada damainya
ringkik kuda, gemerincing teramat lara kita menjahit semula
pedang pusaka perca-perca bahagia seperti perawan
dan darah yang tiba-tiba membuak yang dibungkamkan cinta pertama.
di daerah angkara perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia Sehingga senja tiba,
dalam keliru, tertanya-tanya kita kita masih bertengkar
tangan mana yang memenggal tentang siapa
leher sang pendusta? pahlawan sebenarnya.
Sehingga senja tiba,
Andai namamu Tuah, kita masih kita masih bertengkar
tidak mahu tentang siapa
menyanjungnya pendekar paling gagah pahlawan sebenarnya.
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya KOSA KATA
pasak saksama 1. panglima
sesekali turut direntakan daki pendusta 2. laskar
3. membajakan 22. melecurkan
4. kezalman 23. muslihat
5. mengudupkan 24. mengjungkitkan
6. putik dendam 25. lara
7. jari-jemari takdir 26. dibungkamkan
8. menjenguk
9. jendela GAYA BAHASA
10. fajar a)
11. menghembus b)
12. ringkik
c)
13. gemerincing
d)
14. angkara
15. kelopak e)

16. memenggal
17. pendekar
18. wangsa
19. nun
20. karam
21. kesumat

A MAKSUD

RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa pada masa ini terus membuat
kezaliman dan dendamnya terhadap manusia semakin bernanah. Walau bagaimanapun, penulis
menasihati kita agar bersyukur kerana dapat melalui kehidupan yang bebas merdeka hasil daripada
usaha pemimpin terdahulu. Kita juga mempunyai kebebasan bersuara dan kebebasan menulis
tentang perdebatan pahlawan yang sebenarnya.

RANGKAP 2
Oleh sebab sejarah kepahlawanan Tuah dan Jebat sudah lama berlaku, kita yang hidup pada
zaman ini tidak berpeluang untuk menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Pelbagai rahsia yang
disembunyikan daripada umum tentang kepahlawanan yang sebenar menyebabkan manusia
tertanya-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah.
Walau bagaimanapun, pada zaman ini, manusia masih lagi mengungkit pertanyaan tersebut kerana
mereka belum mengetahui perkara yang sebenar.

RANGKAP 3
Hang Tuah tidak dilabelkan sebagai pemimpin yang tersohor pada ketika itu kerana kesetiaannya
terhadap sultan masih diragukan. Selain itu, banyak pembohongan yang berlaku pada waktu itu
menyebabkan masyarakat tidak pasti sama ada Hang Tuah benar-benar memiliki ciri-ciri
kepahlawanan. Akhirnya, Hang Tuah tidak disanjung tinggi oleh masyarakat dan maruahnya
sengsara kerana perbuatannya yang tidak betul.

RANGKAP 4
Hang Jebat tidak digelar sebagai pengkhianat kerana dia mencurahkan kesetiaannya kepada sultan
pada waktu itu. Kesetiaan yang ada pada Hang Jebat menyebabkan dia membunuh kawan baiknya,
Hang Tuah. Walau bagaimanapun, dia tidak digelar pengkhianat walaupun masyarakat bersedih
atas kematian Hang Tuah. Selepas kematian Hang Tuah, Hang Jebat dinobatkan sebagai pemimpin
yang sebenar sehingga membelakangkan keadilan.

RANGKAP 5
Peperangan yang berlaku antara pemimpin dengan pemimpin yang dikuasai penipuan. Kebenaran
pada waktu itu tidak mempunyai nilai lagi kerana masyarakat lebih percaya dan yakin akan
kewibawaan pemimpin daripada menilai kejahatan
yang pernah dilakukannya. Pada masa yang sama, masyarakat akan berusaha untuk
membangunkan negara dan menyejahterakan rakyat sehingga terlupa bahawa mereka belum
mendapat seorang pemimpin yang benar-benar berkewibawaan dan berketerampilan.

RANGKAP 6
Walaupun sejarah sudah berlalu dengan waktunya, penulis sedar bahawa manusia pada zaman
moden ini masih lagi mengungkit dan bertegang leher untuk memimpin negara dan menguasai
pupuk kepemimpinan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka belum dapat mencari seorang
pemimpin yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi.

B TEMA DAN PERSOALAN


Tema sajak ini ialah kepentingan kewibawaan dan ketokohan seseorang pemimpin dalam menerajui
sesebuah organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin pada masa ini semakin berani
memutar-belitkan keadaan yang sebenar demi menjaga kepentingan diri. Oleh sebab itu, penulis
berpendapat bahawa manusia pada zaman moden ini masih memikirkan calon pemimpin mereka
yang paling berwibawa dan berketerampilan.

Persoalan
(a) Kewibawaan pemimpin
(b) Ketokohan pejuang bangsa
(c) Kebenaran sejarah kepemimpinan
(d) Perbezaan pendapat antara masyarakat tentang pemimpin
(e) Masalah peperangan yang masih berlaku
(f) Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin

NIlai Murni dan Pengajaran


Nilai :
Pengajaran:

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

Nilai :

Pengajaran:

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

Nilai :

Pengajaran:

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

LATIHAN

i.Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan rangkap pertama sajak di atas?

[2 markah]

ii. Pahlawan yang banyak menabur bakti demi kemakmuran negara perlu disanjung. Pada pendapat
anda, apakah cara-cara yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda mengingati jasa
pahlawan? [4 markah]

iii.Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. [4


markah]
C GAYA BAHASA
(a) Personifikasi perca-perca bahagia seperti perawan
Buktinya, membajakan kezaliman sering (c) Anafora
mengudupkan putik dendam Buktinya, untuk berlari dengan tangan bergari
kerana membenarkan sepasang mata untuk sehari lagi; sambil bertanya:
untuk berlari dengan tangan bergari (d) Responsi
sempat juga menadah sejambak puisi Buktinya, mewarnakan keindahan pada hodohnya
dan darah yang tiba-tiba membuak menjungkitkan amarah pada damainya
bertiup dan memindahkan kebenaran pada (e) Sinkope
tempatnya Buktinya, Andai namamu Tuah, kita masih
mewarnakan keindahan pada hodohnya Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menjungkitkan amarah pada damainya (f) Imejan atau imej alam
teramat lara kita menjahit semula Buktinya, ke luar jendela; sewaktu fajar
(b) Metafora menghembus
Buktinya, mengudupkan putik dendam ringkik kuda, gemerincing
kepada jari-jemari takdir bercabang lalu bertemu bayu palsu;
menumbuhkan kelopak rahsia Sehingga senja tiba,
di istana wangsa (g) Simile
bukanlah penjamin kukuhnya Buktinya, perca-perca bahagia seperti perawan
pasak saksama (h) Perlambangan
sesekali turut direntakan daki pendusta Buktinya, Sehingga senja tiba
melekatlah selumbar sengsara Senja dalam baris sajak di atas melambangkan
di tiang maruah kota. waktu zaman sudah tua
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;

D NILAI MURNI (d) Bertanggungjawab


(a) Keberanian (e) Amanah
(b) Kebijaksanaan (f) Keadilan
(c) Hemah tinggi

E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah berani meluahkan perasaan dan hujah tentang sesuatu perkara yang benar.
(b) Kita mestilah bijak memilih pemimpin yang benar-benar berkewibawaan dan memiliki ketokohan untuk
menerajui sesebuah organisasi waima negara.
(c) Kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang berkewibawaan demi menjaga maruah diri dan keluarga.
(d) Kita mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada kita sebagai
seorang pemimpin.
(e) Kita mestilah amanah dalam usaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang memimpin sesuatu
organisasi.
(f) Kita mestilah adil dan saksama dalam segala perbuatan demi memastikan kesempurnaan sesuatu
organisasi yang kita pimpin

i.Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan rangkap pertama sajak di atas? [2 markah]

Perkara yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan rangkap pertama sajak di atas ialah penyajak
mengingatkan bahawa seseorang yang masih bergelar panglima perang akan sentiasa melakukan kekejaman
dan menyimpan perasaan dendam. Namun demikian, penyajak tetap berterima kasih kerana berpeluang untuk
menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan yang sebenar.

ii. Pahlawan yang banyak menabur bakti demi kemakmuran negara perlu disanjung. Pada pendapat anda,
apakah cara-cara yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda mengingati jasa pahlawan?Pada
pendapat saya, cara-cara yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda mengingati jasa pahlawan
adalah dengan menganugerahkan pingat kebesaran atau ganjaran kepada para pahlawan sebagai tanda
penghargaan atas jasa mereka. Selain itu, menyambut Hari Pahlawan pada setiap tahun untuk mengenang
jasa mereka. Seterusnya, menyediakan kediaman yang selesa kepada mereka yang telah bersara. Akhirnya,
memberikan bantuan dan sokongan kepada pahlawan negara yang masih ada atau waris-waris mereka.

iii.Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

Gaya bahasa ialah personifikasi. Contohnya takhta setia; putik dendam; selumbar sengsara. Selain itu,
metafora. Contohnya peta keadilan. Selain itu, simile. Contohnya seperti perawan. Hiperbola. Contohnya:

jari-jemari takdir; daerah angkara; menjungkitkan amarah. Akhirnya, unsur alam. Contohnya putik; fajar;
ke/opak