Anda di halaman 1dari 45

KOLEJ CQ BREYER

NO 1C JLN SG 3/19 TAMAN SRI GOMBAK


68100 BATU CAVES SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
(Information Sheet)

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
COMPUTER SYSTEM OPERATION
PROGRAMS CODE
AND NAME
TAHAP / LEVEL L3
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
C01 COMPUTER SYSTEM SET-UP
COMPETENCY UNIT
NO. AND TITLE

1. ANALYSE JOB REQUEST/CHANGE ORDER


NO. DAN PENYATAAN 2. PREPARE COMPUTER SET-UP
AKTIVITI KERJA / TOOLS,COMPUTER HARDWARE PART AND
WORK ACTIVITIES NO. COMPUTER SOFTWARE
AND STATEMENT 3. SET-UP COMPUTER HARDWARE
4. CARRY OUT COMPUTER SOFTWARE
INSTALLATION
5. SET-UP COMPUTER PERIPHERALS.
6. CARRY OUT UNIT FUNCTIONALITY TEST
7. PREPARE COMPUTER SYSTEMS SETUP REPORT

MUKA SURAT / PAGE : 1


NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

TAJUK / TITLE : PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER

TUJUAN / PURPOSE :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai perkakasan-perkakasan
yang terdapat pada komputer supaya dapat memasang perkakasan-perkakasan
komputer dengan kaedah dan prosedur yang betul serta mengikut spesifikasi yang
ditetapkan
MUKA SURAT / PAGE : 2
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

PENERANGAN / INFORMATION :
PENGENALAN
Sebagai langkah permulaan, kita akan berbincang mengenai komponen-komponen
yang terdapat di dalam sistem unit seperti papan induk utama, pemproses mikro, RAM
dan sebagainya. Sebelum memasang segala perkakasan, terlebih dahulu anda mesti
mengetahui jenis-jenis perkakasan tersebut dan memahami segala arahan yang
diberikan di dalam manual yang disediakan. Antara perkakasan yang penting ialah CPU
(Central Processing Unit), papan induk (motherboard), RAM (Random Access Memory),
pemacu cakera liut (floppy disk drive), pemacu cakera keras (hard disk drive), kad
input/output (I/O cards), kad bunyi, kotak komputer (casing) dan pemacu CD-ROM perlu
difahami terlebih dahulu supaya pemasangan perkakasan tersebut tidak mengalami
masalah.

1. PERKAKASAN KOMPUTER
Berikut adalah komponen-komponen yang penting pada komputer:

1.1 Pemproses / CPU (Central Processing Unit)


CPU (Central Processor Unit) atau Unit Pemprosesan Pusat merupakan
komponen utama yang mempengaruhi kelajuan memproses data. CPU boleh
dianggap sebagai otak kepada keseluruhan sistem komputer. Di sinilah
semua data mentah akan diproses menjadi maklumat yang dikehendaki
dalam komputer. Kelajuan CPU dipengaruhi oleh tiga faktor utama:

i) Kelajuan dalaman (Internal Bus) atau dalam bahasa pasar dikenali


sebagai CPU speed. Kelajuan 1GHz, 2GHz dan sebagainya merujuk
kepada kelajuan dalaman. Semakin tinggi kelajuan dalaman CPU,
semakin lajulah data tersebut diproses.
ii) Kelajuan luaran (External Bus) atau dikenali sebagai Bas Luaran
merupakan kelajuan di luar CPU tersebut dan mesti disokong
dengan kelajuan papan induk (motherboard). Ia juga dikenali
sebagai Front-Side Bus Speed. Sekiranya Bas Luaran untuk CPU
tersebut adalah 400MHz, maka motherboard mesti mempunyai
kelajuan bas yang sama. Bas luaran berbeza di antara CPU yang
berlainan. Semakin tinggi kelajuan luaran maka prestasi komputer
MUKA SURAT / PAGE : 3
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

meningkat. Dari Jadual 1, kita dapati Pentium IV mempunyai


kelajuan External Bus yang paling tinggi iaitu 400MHz sehingga
533MHz. Jadi tentulah CPU Pentium IV menjadi pilihan yang tepat
untuk pengguna yang mementingkan kelajuan.
iii) Saiz Ingatan Cache (Cache Memory). Semakin besar saiz ingatan
cache maka prestasi CPU keseluruhan akan meningkat. Fungsi
utama ingatan cache adalah untuk menyimpan arahan yang pernah
diproses oleh CPU. Sekiranya terdapat arahan yang sama, maka
CPU tidak perlu memproses semula arahan tersebut. Cache juga
berfungsi sebagai penimbal (buffer) di antara CPU dengan memori
utama kerana kelajuan cache lebih laju. Untuk lebih mudah
memahami fungsi cache kita bayangkan kita ada menerima 70 kotak
berisi server. Pada kotak yang pertama kita mengambil masa yang
lama untuk mengeluarkan server dari kotak kerana kita perlu
memikirkan cara yang sesuai untuk membuka kotak tersebut agar
tidak merosakkannya. Untuk kotak kedua dan seterusnya, kita boleh
membuka kotak tersebut dengan pantas tanpa perlu memikirkan
(otak = CPU) bagaimana caranya membuka kotak tersebut. Ini
kerana kita telah menyimpan di dalam ingatan kita (cache) cara-cara
untuk membukanya. Contoh lain yang menunjukkan fungsi cache
memainkan peranan penting di dalam prestasi komputer ialah
dengan mencuba lakukan pemasangan sistem operasi (operating
system) Windows 98 dengan ingatan cache L1 (internal cache) dan
L2 (external cache) dimatikan. Masa pemasangan akan mengambil
sekurang-kurangnya 3 jam berbanding sebelum ingatan cache
dimatikan hanya mengambil masa 45 minit. Ini kerana setiap fail di
dalam bentuk .cab (cabinet) telah dimampatkan (compress). Fail
pertama dibuka agak lambat kerana CPU perlu mengetahui cara-
cara untuk uncompress fail tersebut manakal bagi fail-fail
seterusnya, CPU tidak perlu lagi belajar cara-cara untuk uncompress
kerana proses tersebut telah tersedia disimpan di dalam ingatan
cache. Sekiranya ingatan cache dimatikan, maka CPU terpaksa
memproses semula cara-cara untuk uncompress setiap fail tersebut.
CPU AMD Athlon dan Intel Pentium IV mempunyai saiz External
cache yang sama. Untuk itu, pilihan Intel Pentium IV adalah lebih
MUKA SURAT / PAGE : 4
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

sesuai kerana kelajuan dalaman dan luaran Pentium IV lebih dari


pesaingnya.

Internal External
Jenis Internal External
Kelajuan Cache (L1 Cache (L2
CPU Bus Bus
Cache) Cache)

66
100MHz
850MHz 1.1/1.2A/1.3/
400MHz 32 KB 128KB
2.2GHz 1.7/1.8 GHz
(1.7GHz
keatas)

450MHz - 450/500/550/
133MHz 32KB 256KB
1.33GHz 600 MHz

1.7/1.8A/2A/
1.7 3.06 400 533 12k op +
2.4/2.53/2.66 256KB
GHz MHz 8KB
/ 2.8/3.0 GHz

1.0
200MHz 1/1.3 GHz 128KB 64KB
1.3GHz

1.7/1.8/2.0/2.
1700+ - 266 -
1/2.2/2.4 128KB 256KB
2800+ 333MHz
GHz

Gambarajah 1: Perbandingan CPU bagi Internal Bus, External Bus, Kelajuan, L1


dan L2 Cache.

1.2 CPU Soket


Setiap CPU memerlukan soket yang berlainan. Oleh itu kita perlu tahu CPU
yang dibeli mesti mempunyai soket yang disokong oleh papan induk.
Sebagai contoh CPU jenis Intel Celeron mempunyai berbagai versi antaranya
jenis soket 370 dan SECC Slot 1.
MUKA SURAT / PAGE : 5
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Jenis
Jenis CPU
Penyambung
Soket 1 486 SX/SX2, DX/DX2, DX4 & Over Drive
Soket 2 486 SX/SX2, DX/DX2, DX4, Over Drive
& 486 Pentium Overdrive
Soket 3 486 SX/SX2, DX/DX2, DX4 & 486
Pentium Overdrive
Soket 4 Pentium 60/66, Overdrive
Soket 5 Pentium 75-133, Pentium 75+ Overdrive,
Pentium MMX 166-233, K5
PR75~PR133, 6x86L PR120+, PR166+ -
PR 233
Soket 6 486DX4 75-120
Soket 7 Pentium 75-200, Pentium 75+ Overdrive,
Pentium MMX 166-233, K5 PR75-
PR200, K6 166-300, K6-2 266-550, K6-
2+ 450-550, K6-III 400-450, K6-III+ 450-
500
Soket 8 Pentium Pro 150-200, Pentium II
OverDrive 300-333,
SECC Slot 1 Celeron 266-300 (Covington)
(Single Edge Celeron 300A-433 (Mendocino)
Contact Card) Celeron 300A-533 (Mendocino PGA)
Celeron 500A-1.1GHz (Coppermine-128)
Pentium Pro 150-200
Pentium II 233-300 (Klamath)
Pentium II 266-450 (Deschutes)
Pentium III 450-600B (Katmai)
Pentium III 533EB-1.13GHz
(Coppermine)
SECC Slot 2 Pentium II Xeon 400-450 (Drake)
Pentium III Xeon 500-550 (Tanner)
MUKA SURAT / PAGE : 6
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Jenis
Jenis CPU
Penyambung
Pentium III Xeon 600-1GHz (Cascades)
Soket 370 Celeron 300A-533 (Mendocino)
Celeron 500A-1.1GHz (Coppermine-128)
Celeron 1.0A-1.4GHz (Tualatin)
Pentium III 500E-1.13GHz (Coppermine)
Pentium III 866-1.13GHz (Coppermine-T)
Pentium III 1.0B-1.33GHz (Tualatin)
Cyrix III 533-667 (Samuel)
Slot A Athlon 500-700 (K7)
Athlon 550-1GHz (K75)
Athlon 700-1GHz (Thunderbird)
Soket A Duron 600-950 (Spitfire)
Duron 1.0GHz (Morgan)
Athlon 750-1.4GHz (Thunderbird)
Athlon 4 850 (mobile Palomino)
Athlon MP 1.0GHz-2100+ (Palomino)
Athlon MP 2000+ (Thoroughbred)
Athlon XP 1500+-2100+ (Palomino)
Athlon XP 1700+(Thoroughbred)
Athlon XP 2500+(Barton)
Soket 423 Pentium 4 1.3GHz-2.0GHz (Willamette)
Pentium 4 1.6A (Northwood)
Celeron 1.7GHz (Willamette)
Soket 478 Celeron 1.7GHz-1.8GHz (Willamette)
Celeron 2.0GHz (Northwood-128)
Pentium 4 1.4GHz-2.0GHz (Willamette)
Pentium 4 1.6A (Northwood)
Soket 603 & 604 Xeon 1.4GHz-2.0GHz (Foster)
Xeon 1.8GHz (Prestonia)
Xeon MP 1.4GHz-1.6GHz (Foster MP)
Xeon MP 1.5GHz (Gallatin)
PAC418 Itanium 733-800 (Merced)
PAC611 Itanium 2 900MHz (McKinley)
MUKA SURAT / PAGE : 7
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Jenis
Jenis CPU
Penyambung
Soket 754 Athlon 64 1GHz+ (Clawhammer)
Athlon 64 1GHz+ (San Diego)
Soket 940 Athlon 64 X2 2.7 GHz
Gambarajah 2 : Menunjukkan jenis-jenis penyambung (soket) yang sesuai untuk CPU
yang berlainan.
1.3 Papan Induk (motherboard)
i) Papan induk atau motherboard berfungsi sebagai jantung bagi sesebuah
komputer. Ia merupakan papan litar yang besar dan terletak di bahagian
bawah casis bagi pengguna yang menggunakan desktop casing dan
terletak menegak bagi pengguna yang menggunakan tower casing.
Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna
hijau dan di atasnya pula dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan
juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap
bahawa papan induk merupakan tempat bergantungnya segala
komponen bagi sebuah komputer.
ii) Sehingga kini ada beberapa jenama papan utama yang popular seperti
Intel, Asustech, Abit, Gigabyte, 1st Board, Octech dan berbagai-bagai
jenama lain yang rata-rata mutunya sama seperti yang lain.

Gambarajah 3: Contoh Papan Induk untuk Pentium IV


MUKA SURAT / PAGE : 8
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

iii) Pemilihan papan induk perlu disesuaikan dengan jenis casing yang
digunakan. Jadual 3 menunjukkan jenis papan induk dan casing yang
sesuai

Match to Case and


Style
Power Supply

Full AT Full AT, Full Tower

Baby
All but Slimline, ATX
AT

ATX ATX

Mini
ATX
ATX

LPX Slimline

Mini
Slimline
LPX

NLX Slimline

Gambarajah 4: Jenis papan induk dan casing yang sesuai

2. KOMPONEN-KOMPONEN PADA PAPAN INDUK (MOTHERBOARD)

2.1 Mikropemproses
Mikropemproses atau CPU ialah sebuah cip yang berbentuk segi empat bujur
yang dipasang pada bahagian atas sebelah kanan papan induk. Fungsi
utamanya ialah memproses data dan maklumat yang diterima daripada
peranti input. Kita boleh mengenai pasti cip ini dengan memerhatikan aksara
yang tertulis pada cip berkenaan yang mana menunjukkan kelajuan dan jenis
litar bersepadu yang digunakan.
MUKA SURAT / PAGE : 9
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

2.2 Slot perhubungan


Ianya terletak di bahagian belakang papan induk. Kad-kad komputer seperti
kad grafik dan kad audio akan dimasukkan ke dalam slot perhubungan ini.
Anda boleh memasangkan kad pada mana-mana slot perhubungan yang
ada. Slot perhubungan ini juga dikenali sebagai bas sistem ataupun bas
(bus) sahaja. Jika anda perhatikan secara teliti, anda akan dapat melihat
beberapa baris wajar atau surih pada papan induk yang menghala ke kanan
dan ke kiri bermula daripada slot perhubungan. Gabungan wayar surih ini
berserta dengan beberapa cip sokongan yang terletak berhampiran itulah
yang dikenali sebagai bas sistem.

2.3 Cip memori ROM dan RAM


Cip memori ROM ini mengandungi piawai BIOS (Basic Input/Output System).
Pada sesebuah komputer peribadi (PC) biasanya terdapat satu sehingga
lima cip ROM. Sesetengah komputer ada menandakan kedudukan cip ini
pada papan induk. Anda boleh mengenali dengan memerhatikan cip yang
bersaiz agak besar dan dipasang di bahagian tengah atau bahagian tengah
kiri papan induk. Manakala cip memori (RAM) pula, boleh dikatakan paling
banyak terdapat pada papan induk terutamanya pada komputer jenis
Pentium.

2.4 Pelompat (Jumper)


Hampir kesemua komputer peribadi menggunakan komponen pelompat.
Pelompat ini digunakan untuk menentukan jenis kad video atau kad paparan
video yang anda gunakan, konfigurasi cakera keras, memori pada papan
induk dan kelajuan komputer berkenaan.

2.5 Penyambung kuasa


Ianya terletak pada bahagian penjuru atas di sebelah kanan papan induk.
Terdapat kabel berwarna yang fungsinya membawa bekalan kuasa elektrik
dari unit bekalan kuasa dan disambungkan ke dalam soket yang tersedia
pada papan induk ini untuk kegunaan seluruh papan induk dan komponen-
komponen elektronik lain yang terletak di atasnya.
MUKA SURAT / PAGE : 10
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Gambarajah 5: Pemasangan kabel kuasa ke papan induk

Gambarajah 6: 7-4 Soket kuasa jenis ATX

3. INGATAN UTAMA (RAM)


3.1 Definisi
i) Komputer memerlukan bahagian-bahagian ingatan (memory) untuk
mengingati data serta menyimpan sementara arahan dan tugas yang
perlu dilaksanakan. Unit Pemprosesan Pusat (CPU) akan merujuk
kepada bahagian ingatan untuk mendapatkan data serta memastikan
semua tugas telah disiapkan.
ii) Ingatan utama merupakan komponen komputer yang berperanan untuk
memegang data atau set arahan sebelum, semasa dan selepas ianya
diproses. Ingatan utama akan memegang set arahan atau data selama
mungkin selagi ianya diperlukan dalam sesuatu proses atau program.
Sebaik sahaja ianya selesai atau tidak diperlukan lagi, data atau set
arahan tersebut akan dipadam dari ingatan utama tersebut. Data dan set
arahan dalam ingatan utama akan hilang sekiranya komputer di tutup
(off).

3.2 Saiz ingatan utama


MUKA SURAT / PAGE : 11
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

i) Saiz ingatan utama memainkan peranan yang penting dalam menentukan


keupayaan komputer anda. Semakin tinggi saiz ingatan utama , maka
semakin tinggi keupayaan sesebuah komputer (tetapi, perlu diingatkan
juga bahawa banyak faktor lain yang juga mempengaruhi tahap
keupayaan sesebuah komputer, contohnya kepantasan jam, jenis CPU
dan sebagainya). Saiz ingatan utama juga menentukan kelajuan dan
jumlah program yang boleh dibuka serentak bagi sesebuah komputer
(multitasking).
ii) Ingatan utama diukur dalam unit Megabait dan juga Gigabait. Terdapat
beberapa saiz ingatan utama yang digunakan masa kini iaitu dari
512MB , 1GB dan 2GB.
3.3 Jenis Ingatan Utama
i) Terdapat dua jenis ingatan yang utama iaitu Ingatan Capaian Rawak atau
Random Access memory (RAM) dan Ingatan Baca Sahaja atau Read
Only Memory (ROM).

4. INGATAN CAPAIAN RAWAK

Gambarajah 7: Contoh RAM

RAM juga lebih dikenali sebagai Ingatan Utama di mana data atau arahan yang
diperlu atau sedang diproses disimpan buat sementara waktu agar ianya pantas
dipindahkan di antara CPU dan sistem pengoperasian. RAM bermakna data atau
arahan boleh dicapai secara rawak di dalamnya dan ia boleh melaksanakan proses
baca dan tulis (read and write). RAM adalah volatile (tidak kekal), bermakna ianya
akan kehilangan data atau arahan di dalamnya sebaik sahaja komputer ditutup
(off).

4.1 Jenis-Jenis Ingatan Utama


i) DRAM (Dynamic RAM)
MUKA SURAT / PAGE : 12
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

RAM yang dikeluarkan pada peringkat awal dikenali sebagai DRAM


(Dynamic RAM). Di dalam DRAM, arahan disimpan sebagai satu siri cas
pada kapasitor. Dalam satu millisaat elektrik dicas, kapasitor mengalami
proses dinyahcas dan perlu dikemaskini atau disegarsemula bagi
mengekalkan nilai di dalamnya. Proses kemaskini yang berterusan ini
merupakan faktor mengapa ianya dinamakan Dynamic RAM. DRAM
merupakan sejenis ingatan yang agak murah kos penghasilannya.
Antara teknologi DRAM ialah :
a) FPM (Fast Page Mode)
b) ECC (Error Correcting Code)
c) EDO (Extended-Data-Out)
d) SDRAM (Synchronous Dynamic RAM)
ii) SRAM (Static Random-Access Memory)

Gambarajah 8: Contoh SD RAM

SRAM mampu menyimpan data tanpa perlu melalui proses


pengemaskinian. Oleh yang demikian, SRAM mampu beroperasi dengan
kepantasan yang lebih tinggi berbanding dengan DRAM. Walaupun
demikian, biasanya kebanyakan komputer masih menggunakan
teknologi DRAM kerana teknologi SRAM jauh lebih mahal berbanding
dengan DRAM. Kadangkala SRAM juga lebih dikenali umum sebagai
Ingatan Para atau Cache Memory.
iii) RDRAM (Rambus Dynamic RAM)

Gambarajah 9: Contoh RD RAM


RD-RAM secara dasarnya dibangunkan lanjutan dari teknologi DRAM
yang tradisi cuma senibinanya sahaja yang berbeza. Senibina tersebut
MUKA SURAT / PAGE : 13
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

menyediakan kepintaran yang membolehkan unit ingatan mencapai data


dengan lebih sistematik yang seterusnya mengurangkan kerja
pemproses mikro. RDRAM juga menawarkan kepantasan ingatan yang
jauh lebih tinggi. SDRAM konvensional secara dasarnya mampu
mencapai kepantasan pemindahan data sehingga 133 MHz namun
teknologi RDRAM mampu mencapai kepantasan sehingga lebih dari 600
MHz.

iv) DDR RAM (Double Data Rate RAM)

Gambarajah 10: Contoh DDR RAM


DDR merujuk kepada Double Data Rate merupakan teknologi yang
mampu melakukan proses penghantaran data pada kedua-dua belah
bahagian isyaratnya (signal). Ini seterusnya akan menggandakan unit
ingatan misalnya cip 133 MHz SDRAM dengan mudahnya akan dipinda
agar berkeupayaan seperti cip 266 MHz DDR.
v) SLD RAM (SyncLink DRAM)
SLD RAM yang merujuk kepada SyncLink DRAM diperkenalkan serta
diperjuangkan oleh SyncLink Consortium yang mencuba untuk
menyaingi teknologi RDRAM dari Rambus Inc. Yang disokong
sepenuhnya oleh Intel Corporation. Ini bermakna, teknologi SLD RAM
agak sukar untuk diketengahkan memandangkan ia terpaksa bersaing
dengan teknologi ingatan utama dari syarikat-syarikat gergasi dalam
bidang berkenaan.
vi) RIMM (Rambus Inline Memory Modules)
Rambus Inline Memory Module atau RIMM pula merupakan modul
ingatan utama yang beroperasi dengan lebar 16 bit sahaja berbanding
64 bit modul ingatan DIMM SDRAM sebelumnya. Ianya mampu
MUKA SURAT / PAGE : 14
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

beroperasi dengan frekuensi atau kepantasan jam sistem yang lebih


tinggi iaitu 600MHz, 700MHz, 800 MHz dan sebagainya. Teknologi ini
juga beroperasi dengan kuasa setinggi 2.5 volt sahaja. RIMM
mempunyai cip pengawal yang mampu memutuskan bekalan kuasa
kepada seksyen-seksyen yang tidak digunakan. Selain dari itu, ianya
juga berkeupayaan untuk mengurangkan kepantasan ingatan sekiranya
sensor haba yang ada padanya mengesan lebihan haba berlaku.

5. MODUL INGATAN UTAMA


Seseorang pengguna tidak boleh dengan sesuka hati menggunakan jenis ingatan
utama (RAM) yang dikehendaki pada sistem komputer. RAM biasanya dikawal
oleh set cip pada papan induk dan seseorang itu boleh menambahkan RAM
mengikut jenis yang menepati keperluan papan induk yang digunakan. Secara
amnya, terdapat dua jenis modul ingatan utama yang sering digunakan iaitu:
Modul SIMM (Single In-line Memory Module)
Modul DIMM (Dual In-line memory Module)

6. INGATAN BACA SAHAJA (ROM)


ROM merupakan ingatan kekal yang sedia ada di dalam setiap komputer walaupun
sistem komputer telah ditutupkan (off). Ia biasanya telah diprogramkan oleh
pengeluar komputer semasa di kilang lagi dan tidak boleh diubah sama sekali.
ROM yang merujuk kepada ingatan baca sahaja yang hanya boleh di baca dan
tidak boleh ditulis (read only). Ini bermakna ia tidak berkeupayaan untuk
menyimpan data atau arahan walaupun buat sementara waktu. ROM amat penting
bagi setiap komputer kerana di dalamnya terkandung banyak arahan dasar yang
diperlukan untuk komputer beroperasi dengan lancar di dalam Basic Input / Output
System (BIOS). ROM adalah non-volatile bermakna ianya tidak akan kehilangan
data atau arahan walaupun komputer ditutup (off).

6.1 Jenis-Jenis ROM yang Utama


i) PROM (Programmable Read Only Memory)
Dalam situasi yang tidak memerlukan pengeluar mengeluarkan ROM
dalam kuantiti yang banyak, teknologi baru membenarkan sejenis ROM
yang dikenali sebagai Programmable Read Only Memory (PROM) yang
MUKA SURAT / PAGE : 15
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

boleh diprogramkan mengikut kehendak pengeluar ataupun pengguna.


Namun demikian ianya hanya boleh diprogramkan sekali sahaja.
ii) EPROM (Erasable PROM)
Teknologi yang sama dengan PROM Cuma ia membenarkan ROM
diprogramkan lebih dari sekali.
iii) EEPROM (Electrically Erasable PROM)
Boleh diprogramkan dengan menggunakan kuasa elektrik yang tinggi.
Ianya boleh diprogramkan berkali-kali tanpa perlu ianya dikeluarkan dari
sistem komputer. Namun demikian, ROM jenis ini kurang mendapat
sambutan memandangkan harganya yang agak mahal berbanding
EPROM. Komputer jenis terbaru menyimpan BIOS dengan
menggunakan flash ROM yang juga menggunakan konsep yang hampir
sama dengan EEPROM, boleh ditulis atau diprogram berulangkali
menggunakan kuasa elektrik.
7. INGATAN PARA (CACHE MEMORY)
Pada kebanyakan sistem komputer berkuasa tinggi, ingatan utamanya dibahagikan
kepada dua bahagian. Satu bahagian yang agak luas mengandungi beberapa
barisan cip dan dikenali sebagai RAM utama (main RAM). Satu bahagian lagi yang
agak kecil dikenali sebagai ingatan para atau cache memory dan ianya merujuk
kepada ingatan yang lebih pantas berbanding dengan RAM biasa. Ingatan para ini
merupakan ingatan istimewa yang mampu dicapai dengan pantas oleh pemproses
mikro. Dan ianya juga berperanan sebagai penghubung atau jambatan di antara
RAM dan pemproses mikro. Satu arahan khas akan memindahkan data atau
arahan yang dipindahkan daripada storan sekunder (seperti cakera keras) ke RAM
dan dari RAM ke pemproses mikro. Ini membolehklan pemproses mikro bekerja
dengan lebih pantas memandangkan ia tidak perlu berulang-alik atau bertukar-
tukar (swap) arahan dari RAM. Program yang besar dan komplek serta pemproses
mikro berkuasa tinggi mendapat kelebihan dengan kehadiran ingatan para ini.

8. KIPAS PENYEJUKAN (COOLING FAN)


MUKA SURAT / PAGE : 16
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Gambarajah 11: Kipas Penyejuk (Cooling Fan)

Kipas komputer adalah kipas kecil yang dipasang pada casing komputer yang
digunakan untuk penyejukan komponen dan perkakasan dalam casing komputer.
Ia berfungsi untuk menarik masuk udara sejuk daripada luar dan membawa keluar
udara panas keluar atau bergerak udara di seluruh sink haba untuk sejuk
komponen tertentu.

9. PEMACU CAKERA OPTIK

Gambarajah 12: Pemacu Cakera Optic

Pemacu cakeara optik adalah sebuah peranti yang menggunakan laser untuk
membaca data daripada dan menulis kepada media storan. Pemacu ini ditafsirkan
menerusi media storan yang digunakan contohnya pemacu yang membaca CD-
ROM adalah pemacu CD-ROM dan pemacu yang membaca DVD-ROM ialah
pemacu DVD-ROM. Antara pemacu cakera optik yang popular ialah CD-ROM, CD-
RW dan DVD-ROM. Pemacu cakera optik yang lain ialah CD-R dan DVD-RAM.

10. HEAT SINK


MUKA SURAT / PAGE : 17
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Gambarajah 13: Heat Sink

Heat-sink adalah terma peranti logam konduktif direka untuk menyerap dan
bersurai kepanasan dari objek suhu tinggi seperti pemproses komputer . Biasanya
heat-sink ini dilengkapi dengan kipas terbina dalam untuk membantu menjaga
kedua-dua CPU dan heat-sink haba pada suhu yang sesuai. Heat-sink yang
diperbuat daripada logam, seperti aloi tembaga atau aluminium, dan dilampirkan
kepada pemproses. Kebanyakan heat-sink bersirip, hirisan nipis logam
disambungkan ke pangkal heat-sink , yang membantu haba tersebar di kawasan
yang besar.

11. THERMAL PASTE


Thermal Paste adalah sejenis haba konduktif (tetapi biasanya penebat elektrik)
pelekat, yang biasanya digunakan sebagai antara muka antara heat-sink dan
sumber haba (contohnya, di atas processor). Ia memberikan kekuatan mekanikal
kepada ikatan antara heat-sink dan sumber haba, tetapi yang lebih penting, ia
menghapuskan udara (yang merupakan penebat haba) dari kawasan antara muka.

12. Kad Antaramuka Rangkaian ( Network Interface Card (NIC)

Gambarajah 14:Contoh Kad Antaramuka Rangkaian


MUKA SURAT / PAGE : 18
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Kad Antaramuka Rangkaian (network interface card (NIC)) merupakan sambungan


fizikal antara suatu rangkaian dengan komputer stesyen kerja. Kebanyakan kad ini
merupakan kad dalaman, dimana ianya dipasang pada slot yang terdapat di dalam
sebuah sistem komputer. Kad ini merupakan perhubungan fizikal antara stesyen
kerja dan rangkaian. Sesetengah komputer seperti komputer Laptop biasanya
menggunakan kemudahan sistem kad atau adaptor luaran seperti kad PCMCIA.

12.1 Jenis-jenis Kad Antaramuka Rangkaian


i) Kad Ethernet
ii) Penyambung Localtalk
iii) Kad Token Ring

a) Kad Ethernet
Kad Ethernet mengandungi penyambungan untuk kabel jenis koaxial
atau kabel twisted pair atau kedua-duanya. Jika ianya dibina untuk kabel
jenis koaxial, maka penyambungannya ialah jenis BNC. Jika ianya dibina
untuk kabel jenis twisted pair pula, ianya akan mempunyai suatu
penyambungan jenis RJ-45. Sesetengah kad Ethernet juga mempunyai
penyambung jenis AUI. Ianya boleh digunakan untuk menghubungkan
kabel jenis coaxial, kabel twisted pair, atau kabel fiber optik ke suatu kad
Ethernet. Sekiranya kaedah ini digunakan, suatu transceiver luaran yang
dipasang pada stesyen kerja perlu digunakan.

b) Penyambung LocalTalk
LocalTalk merupakan suatu kaedah yang digunakan bagi merangkaikan
komputer jenis Macintosh. Ia menggunakan suatu kotak adaptor khas
dan suatu kabel yang dapat dipasang pada port pencetak (selari)
komputer jenis Macintosh. Kelemahan utama penyambungan secara
LocalTalk ini ialah ia sangat perlahan sekiranya dibandingkan dengan
sambungan menggunakan Ethernet. Kebanyakan penyambung Ethernet
beroperasi pada kelajuan 10 Mbps manakala LocalTalk hanya mampu
beroperasi pada kadar sekitar 230 Kbps sahaja.

c) Kad Token Ring


MUKA SURAT / PAGE : 19
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Kad rangkaian Token Ring hampir sama seperti kad Ethernet. Salah satu
perbezaan ketaranya ialah jenis penyambung yang terdapat di belakang
kad itu. Kad Token Ring secara umumnya hanya mempunyai
penyambung 9 pin jenis DIN untuk menyambung kad itu kepada kabel
rangkaian.

13. KAD GRAFIK (GRAPHIC CARD)

Gambarajah 15: Contoh Kad Grafik

Kad grafik merujuk kepada papan litar yang dipasangkan kepada sesebuah
komputer bagi meningkatkan kebolehan paparan sistem. Kad grafik, juga dikenali
sebagai 3D accelerator, kad video (video card), video adapter dan ianya berfungsi
untuk memberi paparan 2D dan 3D dinamik pada komputer seperti kehalusan
tekstur, warna, resolusi dan banyak lagi aspek. Kad grafik menawarkan ciri-ciri
istimewa yang tidak ditawarkan pada graphics adapter yang dibina pada papan
induk.(juga dikenali sebagai onboard built-in display chip)

Spesifikasi utama bagi kad grafik meliputi jenis bas, kelajuan bas, memori dan
cipset yang digunakan. Kad grafik terdahulu menggunakan slot PCI, manakala
semua kad grafik moden berprestasi tinggi menggunakan slot AGP dan PCI-
Express. Terdapat tiga antaramuka kad grafik (graphic card):
i) PCI: Pada permulaan era permainan 3D, kad grafik boleh didapati dalam
antaramuka PCI dan disambung pada slot PCI di papan induk. Antara
contoh kad grafik PCI ialah TNT2 dan GeForce2 MX keluaran nVidia.
ii) AGP: Slot AGP (Accelerated Graphic Port). mulai diperkenalkan khas untuk
pemasangan kad grafik bagi menggantikan slot PCI. Kad grafik AGP
menawarkan beberapa kelebihan berbanding dengan kad grafik PCI
terutamanya dari segi texture mapping, frame buffer dan banyak lagi. Slot dan
kad grafik AGP juga didatangkan dengan beberapa versi, iaitu AGP 1X, AGP
1.1X, AGP 2X, AGP 4X dan AGP 8X. Setiap antaramuka ini menawarkan
beberapa peningkatan mengikut urutan digit 1 hingga 8. Contohya dari segi
MUKA SURAT / PAGE : 20
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

channel operation, maximum data rate, dan penggunaan kuasa yang


berbeza-beza.
iii) PCI-Express: Kad grafik berantaramuka PCI-E mula menguasai pasaran pada
tahun 2004 dan beransur-ansur menolak popluariti kad grafik AGP. Walaupun
begitu, kad grafik AGP masih menjadi pilihan lantaran harganya yang jauh
lebih ekonomi berbanding dengan kad grafik PCI-E. PCI-E menawarkan
kelajuan dan keupayaan pemprosesan grafik dinamik yang jauh lebih hebat
berbanding dengan kad grafik AGP.

14. KAD BUNYI (SOUND CARD)

Gambarajah 16: Contoh Kad Bunyi

i) Kad bunyi merupakan suatu expansion card yang disambungkan ke bas


komputer (computer bus) melalui slot PCI pada papan induk yang berfungsi
sebagai peripheral (perkakasan) kawalan keluaran dan masukan bunyi
(seperti bunyi ke pembesar suara (speaker) dan mengambil input bunyi dari
mikrofon). Ia biasanya digunakan untuk menyokong ciri-ciri istimewa lain yang
tidak ditawarkan oleh sound chip yang dibina pada papan induk.
ii) Secara amnya, setiap kad bunyi mempunyai D/A Converter (Digital-to-Analog
Converter) yang berfungsi sebagai pengubah isyarat digital yang dihasilkan
oleh sistem komputer ke bentuk isyarat analog untuk disambungkan ke
perkakasan sokongan seperti pembesar suara.. A/D Converter pada kad
bunyi pula berfungsi sebagai pengubah isyarat analog dari mikrofon ke
isyarat digital untuk diproses oleh sistem komputer.
iii) Terdapat pelbagai jenis kad bunyi di pasaran dengan spesifikasi dan
keistimewaan tersendiri, khasnya untuk menyokong keistimewaan perkakasan
MUKA SURAT / PAGE : 21
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

lain seperti pembesar suara yang menyokong teknologi surround sound.


Misalnya, on-board sound card (kad bunyi yang dibina di atas papan induk
dalam bentuk cip) biasanya hanya menyokong speaker stereo standard
(speaker 2.0 dan 2.1) yang mana tidak mampu untuk memberikan keluaran
bunyi maksima jika dipasang pada sub-woofer beserta 5 speaker satelite (5.1
Speaker) ketika memainkan DVD menggunakan kesan bunyi sekeliling (5.1
surround). Contoh kad bunyi yang ada dipasaran ialah,Sound Blaster
Audigy 2 ZS keluaran Creative Technology
iv) Secara amnya terdapat tiga port penyambung pada sesuatu kad bunyi:
a) Line Out: Port ini biasanya mempunyai kod warna hijau. Isyarat bunyi
analog yang ditukarkan dari digital akan dipindahkan ke pembesar suara
(speaker) atau headphone yang disambung pada port ini.
b) Line In: Menerima isyarat bunyi dari peralatan elektronik lain, misalnya
anda boleh menyambung radio ke port ini dan mendengarnya dari
pembesar suara komputer. Anda boleh merakam lagu dari siaran radio
terus ke bentuk digital. Port ini kebiasaannya berwarna biru.
c) Microphone: Port yang biasanya bewarna merah khas untuk sambungan
mikrofon

15. BEKALAN KUASA (POWER SUPPLY)

Gambarajah 17: Bekalan Kuasa ATX


MUKA SURAT / PAGE : 22
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

i) Bekalan kuasa yang stabil pada sistem komputer adalah perkara yang perlu di
titik beratkan apabila menggunakan komputer. Mungkin sebahagian
pengguna tidak menghiraukan ,tetapi kejadian ini mungkin akan
menyebabkan kehilangan data .Masalah bekalan kuasa harus dititik beratkan
dan perlu di utamakan.
ii) Unit bekalan kuasa komputer berfungsi sebagai penerima bekalan elektrik
240/110 V ac daripada punca bekalan utama dan menukarkan ke beberapa
bentuk voltan dc serta mengagihkannya ke bahagian-bahagian utama sebuah
komputer. Jika sebuah komputer tidak berfungsi langsung, antara sebab
utamanya adalah kerana masalah pada unit bekalan kuasa ini, samada ia
tidak menerima bekalan utama atau ia tidak dapat berfungsi dengan baik.

Gambarajah 18: Jadual Kod Warna

16. JENIS JENIS UNIT BEKALAN KUASA KOMPUTER :


16.1 Unit Bekalan Kuasa (Jenis Universal)
Bekalan kuasa jenis ini adalah linear/tetap keluarannya.Di mana perubahan
beban tidak akan mempengaruhi keluaran. Walaupun beban yang banyak
(sepatutnya boleh dibekalkan) tetapi ia tidak boleh mengawal keluarannya
dengan baik atau sebaliknya, ini yang menyebabkan litar pintas dan
pembaziran tenaga. Di mana bekalan kuasa jenis ini kecekapannya adalah
50% dari pada masukan. Antara fungsi setiap blok ialah:
Transformer : Berfungsi menurun atau menaikkan nilai voltan
bekalan 240V ke nilai yang lebih rendah, contohnya +12 dan 12V.
Penerus : Berfungsi menukarkan voltan ulangalik ke bentuk voltan
arus terus (dc). Di dalam bahagian ini diod-diod digunakan.
MUKA SURAT / PAGE : 23
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Penapis: Berfungsi mendapatkan nilai voltan dc yang tetap dan tulin.


Komponen utama ialah kapasitor.
Pengatur : Bahagian ini menetapkan nilai voltan keluaran yang di
kehendaki supaya ia benar-benar berada pada nilai tetap yang di
perlukan walaupun terdapat perubahan pada lain-lain bahagian
masukan.
Pembahagi voltan : Menetapkan keluaran-keluaran voltan yang di
perlukan seperti +12V, -12V,+5V dan 5V

16.2 Unit Bekalan Kuasa (Jenis Pensuisan)


Litar bekalan kuasa pensuisan adalah lebih kompleks, tetapi tujuannya
adalah untuk mengesan voltan pada beban, membandingkan dengan
nilai rujukan dan menjanakan pulse untuk pensuisan. Pada kebanyakan
litar elemen pensuisan yang digunakan adalah high power transistor
yang terletak pada sebelah primer atau sekunder pengubah.
Bekalan kuasa pensuisan adalah lebih popular disebabkan
kecekapannya. Kebanyakan rekabentuk kecekapannya mencapai
sehingga 85%. Ia kurang berlaku kehilangan tenaga secara haba, jadi
bekalan kuasa adalah lebih sejuk dan menggunakan komponen yang
kecil untuk menukarkan jumlah kuasa yang sama dengan linear.
Keburukannya semakin cekap sesuatu sesuatu bekalan kuasa
pensuisan itu,maka ia boleh menghasilkan noise interference pada litar.

17. MENGANALISA KEGAGALAN FIUS PADA BEKALAN KUASA.

Gambarajah 19: Contoh Fius


MUKA SURAT / PAGE : 24
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Fius adalah komponen perlindungan kepada bekalan kuasa dan juga komputer
dari rosak yang disebabkan oleh litar pintas, lebihan beban, spike dan sebagainya.
Fius yang terputus perlu ditukar dengan fius yang baru yang mempunyai julat
kuasa yang sama dengan fius asal. Menganalisa kegagalan fius boleh membantu
menentukan kerosakan pada sistem. Di bawah menunjukkan contoh kerosakan
hasil analisa kegagalan fius.

17.1 Fius Jenis Kaca Cerah (Soft Fuse)


i) Titik hitam yang cair Fius lama
ii) Mendakan warna timah dan berpeluh lebihan beban
iii) Terbakar litar pintas

17.2 Tanda Bekalan Kuasa Mengalami Lebihan Beban


Beberapa tanda menunjukkan bekalan kuasa mengalami lebihan beban.
Antaranya adalah seperti di bawah:
i) Fius terbakar dan mendakan warna timah
dan berpeluh
ii) Kedengaran bunyi aneh pada bekalan
kuasa
iii) Komponen pada bekalan kuasa menjadi
lampau panas
iv) Keluar asap pada bekalan kuasa
v) Berlaku retakan kecil atau bau/bunyi
terbakar pada bekalan kuasa

Pada keadaan biasa soft fuse akan menunjukkan tanda-tanda terbakar


apabila berlaku litar pintas pada sistem komputer atau bekalan kuasa itu
sendiri , jadi untuk memastikan litar pintas tersebut berlaku pada komputer
atau bekalan kuasa, maka pengenalpastian yang sesuai adalah perlu. Seperti
menggunakan bekalan kuasa yang lain pada komputer asal, sekiranya
masalah yang sama berlaku pada bekalan kuasa yang baru, maka litar pintas
pada komputer jika sebaliknya, maka litar pintas adalah pada bekalan kuasa
itu sendiri.
MUKA SURAT / PAGE : 25
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Gambarajah 20 : Blok Unit Bekalan Kuasa Pensuisan

17.3 Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Membaikpulih Bekalan Kuasa


i) Biarkan seketika sebelum membaikpulih. Selepas membuat pengujian
bekalan kuasa hendaklah dibiarkan seketika. Ini bertujuan untuk
membenarkan ia membuang cas yang ada pada komponen bekalan
kuasa terutamanya kapasitor. Cas yang ada pada bekalan kuasa
biasanya tinggi dan lambat di nyah caskan.
ii) Gunakan julat / skala yang sesuai semasa menguji bekalan kuasa
dengan multimeter. Ini untuk mengelakkan kerosakan pada multimeter.
Setkan julat multimeter lebih besar dari nilai yang hendak diukur.
iii) Gunakan probe penguji yang tajam dan berpenebat. Ini untuk
mengelakkan berlaku pintasan kesebelah semasa membuat pengujian .
Ini juga untuk mengelakkan berlakunya penyalahan voltan pada
komponen yang tidak sepatutnya diberikan. Penggunaan probe
berpenebat juga mengelakkan berlaku litar pintas pada pengguna.
iv) Pastikan ada pembantu. Semasa pengujian dan membaikpulih peralatan
voltan tinggi terutamanya bekalan kuasa komputer pastikan ada
pembantu yang akan membantu semasa kecemasan.
v) Bekerja dengan satu tangan sahaja. Elakkan bekerja menggunakan
kedua-dua belah tangan semasa bekalan diberikan pada alat yang
dibaiki. Ini untuk mengelakkan litar pintas pada badan.
18. Cakera Keras
MUKA SURAT / PAGE : 26
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Gambarajah 21 : Cakera Keras Dalaman

Pemacu cakera keras adalah salah satu komponen internal storage pada sistem
komputer. Ia adalah komponen yang menyimpan data di dalam sistem
komputer dan data di dalamnya kekal walaupun tiada bekalan elektrik. Segala
program di dalam komputer adalah disimpan di dalam pemacu cakera keras.
Untuk membolehkan komputer berfungsi, pelbagai perisian dan aturcara
diperlukan untuk membekalkan fungsi bagi keperluan tertentu. Semua
aturcara dan perisian yang diperlukan disimpan dalam cakera keras. Oleh itu,
cakera keras amat penting bagi komputer.
Perkembagan teknologi yang pesat juga telah membawa satu trend baru dalam
cakera keras. Kini, kebanyakan cakera keras telah mengaplikasikan antara
muka USB, di mana cakera keras IDE telah semakin tidak mendapat
sambutan di pasaran. Ini adalah kerana cakera keras USB lebih berkualiti dari
pelbagai aspek penggunaan.

Gambarajah 21 : Cakera Keras Luaran USB

19. ANTARAMUKA PENGHANTARAN (PENYAMBUNGAN) CAKERA KERAS.


MUKA SURAT / PAGE : 27
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Antaramuka atau interface merupakan kaedah yang digunakan oleh cakera keras
untuk berkomunikasi dengan peranti lain yang berada di dalam
sistem. Antaramuka penghantaran cakera keras bukan sahaja menjejaskan
kelajuan penghantaran, malah juga mempengaruhi cara pemasangan cakera
keras. Berikut adalah merupakan jenis-jenis antaramuka cakera keras.

19.1 SCSI
SCSI (Small Computer System Interface) direka khas untuk antaramuka
sistem komputer yang bersaiz kecil. Ia wajib menggunakan kad antaramuka
SCSI untuk disambungkan dengan komputer. Oleh itu, SCSI biasanya
digunakan dalam komputer yang kerap kali memperolehi data yang banyak
seperti pelayan fail dan sebagainya. Terdapat beberapa versi antaramuka
SCSI, misalnya versi SCSI-1 (SCSI Wind), SCSI-2 (SCSI Wind Fast) dan
SCSI-3. Harga lebih mahal daripada antaramuka yang lain.

19.2 IDE
Cakera keras IDE (Integrated Drive Elektronics) merupakan rangkaian unit
kawalan dalam cakera keras. Ia merupakan antaramuka yang paling lama dan
biasa digunakan bagi menghubungkan cakera keras dengan sistem
komputer. IDE juga dikenali sebagai ATA (Advanced Technologi Attachment)
oleh sebahagian pengeluar cakera keras. IDE telah melalui 3 peringkat
perkembangan yang berlainan. Peringkat pertama dikenali sebagai mod PIO
(programmed I/O), peringkat kedua dikenali sebagai mod DMA (Direct
memory Access) dan peringkat yang ketiga ialah mod yang paling popular
pada masa kini iaitu mod UDMA (Ultra Direct memory Access). Harga lebih
murah daripada antaramula SCSI.

19.3 USB dan IEEE 1394


Walaupun kelajuan penghantaran antaramuka USB dan IEEE 1394 lebih
perlahan daripada antaramuka SCSI dan IDE, tetapi ia mempunyai satu
kebaikan iaitu kita tidak perlu membuka penutup komputer dan hanya
memerlukan satu penyambung untuk disambungkan ke atas papan induk
serta digunakan bagi cakera keras yang mudah alih. Terutamanya
antaramuka USB, ia dapat menyokong hot swap iaitu pemasangan atau
pemindahan cakera keras boleh dibuat tanpa menutup komputer. Cakera
MUKA SURAT / PAGE : 28
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

keras mudah alih biasanya mempunyai permintaan yang tinggi dari segi anti
getaran, anti magnet dan anti debu. Kelajuan penghantarannya tidak dapat
dibandingkan dengan cakera keras dalaman, tetapi harganya adalah lebih
tinggi daripada cakera keras dalaman.

20. KEKISI (Casing)


Kekisi (casing) hanya merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti
motherboard, kad paparan, kad modem dan sebagainya.
Semasa pemilihan komputer baru, atau menaik taraf, perhatian biasanya lebih
tertumpu kepada pemproses, kad video atau memori sistem kerana ia
dianggap komponen lebih penting berbanding case. Ciri-ciri case juga
jarang diberikan perhatian oleh vendor dan pengguna, khasnya yang
berharga murah dan rendah mutunya. Meskipun ia dianggap kurang penting,
peranan case tidak boleh dinafikan untuk memastikan komputer beroperasi
dengan baik.
Umumnya ada dua rekabentuk casing yang boleh dipilih iaitu dari jenis desktop
atau pun tower yang dikatakan paling popular.
Casing jenis tower ini terdiri daripada tiga saiz iaitu mini, sederhana, dan penuh
di mana pemilihan saiz itu biasanya bergantung kepada tempat untuk
meletakkannya. Contohnya, casing jenis tower bersaiz penuh atau sederhana
biasanya diletakkan di bawah meja atau di lantai, manakala casing jenis mini
atau desktop pula bersebelahan dengan monitor.

Gambarajah 22 : Jenis-jenis casing


MUKA SURAT / PAGE : 29
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Tujuan sebenar casing adalah untuk melindungi perkakasan komputer dari


habuk, debu, bendasing dan sebagainya. Terdapat dua (2) bentuk casing iaitu
AT dan ATX. Harga sebuah casing ATX lebih mahal berbanding dengan
casing AT disebabkan bentuk penyambung yang baru serta saiznya yang
agak lebar.

Gambarajah 23 : ATX Tower casing

Sistem Bekalan
Jenis External Internal
Saiz Pendingi Kuasa Harga
Casing Bay Bay
n (Watt)
Tersanga 250 hingga
Full 2 + 4 3 hingga 5 Sangat
Tinggi t 375 atau
Tower atau lebih atau lebih mahal
baik lebih
Mid Pertengaha Sangat 200 hingga
2+3 2 hingga 4 Mahal
Tower n baik 300
Pertengaha 2 + 2
Midi Sangat 170 hingga Pertengah
n hingga atau 2 + 2 hingga 4
Tower baik 300 an
kecil 3
Mini 170 hingga
Kecil 2+2 2 atau 3 Baik Murah
Tower 250
150 hingga
Desktop Kecil 2+2 1 atau 2 OK Murah
230
Kecil dan Kurang 90 hingga Pertengah
Slimline 1+2 1 atau 2
nipis baik 200 an

Gambarajah 24 : Jadual Perbezaan Jenis-Jenis Casing


MUKA SURAT / PAGE : 30
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

20.1 Fakta-Fakta Casing Yang Perlu Diketahui


i) Bekalan kuasa yang tidak berkualiti rekaannya boleh menjadi punca
kemalangan tidak dijangka pada sistem operasi (OS). Rekaan case
yang kurang baik juga boleh membataskan pergerakan udara di
dalamnya. Ini bermakna, komponen dalaman sistem anda boleh menjadi
terlalu panas, lalu menjurus kepada lebih risiko kemalangan terhadap
sistem, malah boleh menyebabkan kegagalan seluruh sistem.
ii) Banyak case moden ketika ini dilengkapi beberapa kipas sebagai
standard untuk memastikan aliran udara yang baik, selain unit bekalan
kuasa lebih stabil. Malangnya case yang disertakan bersama PC baru
biasanya cuma untuk memenuhi keperluan standard minimum. Jadi,
dalam kebanyakan kes, satu-satunya cara mendapatkan case bermutu
apabila membeli PC ialah dengan meneliti beberapa pilihan yang ada.
iii) Saiz dan jumlah kuasa yang diperlukan untuk semua komponen sistem
menjadi faktor penentu apabila memilih case. Dapatkan bekalan kuasa
lebih besar kerana CPU dan kad video terbaru memerlukan kuasa yang
besar. Kebanyakan papan induk kini memerlukan kuasa serendah 300-
watt untuk beroperasi dengan baik. Selain itu, bekalan kuasa yang dibeli
patut memiliki beberapa dokumentasi, ini untuk memastikan ia serasi
dengan spesifikasi bekalan kuasa case anda dan jenis pemproses yang
hendak digunakan.
iv) Pilih unit bekalan kuasa dengan berhati-hati kerana tidak semua bekalan
kuasa direka dengan saksama. Berat bekalan kuasa contohnya, sering
berkait rapat dengan kualiti, bahan dan kos untuk membinanya. Bekalan
kuasa yang lebih berat mempunyai kapasitor yang lebih besar, wayar
lebih tebal, transformer lebih besar, penyerap haba lebih besar, lebih
banyak penghubung dan lebih banyak kapasitor berbanding case lebih
ringan. Itu semua adalah faktor penting untuk kos keseluruhan dan kualiti
bekalan kuasa.
v) Kebanyakan pembuat case tidak menghasilkan bekalan kuasa mereka
sendiri, jadi untuk memastikan mutunya, anda perlu meneliti bahagian
dalam case tersebut sebelum membeli. Jika anda tidak dapat menilai
sendiri kelebihan bekalan kuasa tersebut, carilah jenama yang
mempunyai reputasi yang baik.
MUKA SURAT / PAGE : 31
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

vi) Terdapat empat jenis case yang popular : Dekstop, mini-tower, mid-
tower dan full-tower. Case jenis ini, desktop dan mini-tower biasanya
memberikan tahap penyejukan yang terendah dan tidak sesuai untuk
proses overclocking atau penggunaan komponen yang mahal dan
pantas. Ruang dalamannya agak terhad dan kerja meningkat upaya
komponen dalamannya juga sukar. Tetapi, jika ingin menjimatkan ruang
di atas meja, case jenis ini menyediakan tapak yang paling kecil selain
memerlukan kurang kuasa.

Gambarajah 25 : Casing

vii) Sementara itu, case mid-tower dan full-tower pula merupakan jenis
case yang jauh lebih popular. Ia menyediakan amaun ruang dalaman
yang sesuai untuk beberapa kipas penyejuk dan memiliki ruang dalaman
yang cukup untuk meningkat upaya komponen. Anda juga memiliki lebih
banyak ruang untuk meletakkan pemacu pada mid-tower atau full-tower,
berbanding case jenis desktop atau mini-tower.
viii) Umumnya case mid-tower memiliki ketinggian antara 38sm hingga
50sm. Sementara ketinggian case full-tower pula bermula dari 50sm
dan boleh mencapai ketinggian di sekitar 60sm.
ix) Pemilihan case juga boleh dipengaruhi oleh aktiviti penggunanya, seperti
gemar meningkat upaya, atau menambah komponen baru setiap tahun.
Jika demikian, anda mungkin lebih baik memilih case mid-tower lebih
besar, malah case full-tower juga sesuai. Selain itu, dapatkan case
MUKA SURAT / PAGE : 32
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

dengan dulang (plate) pengikat papan induk dan rak pemacu yang
mudah ditanggalkan. Cuba dapatkan kipas ekzos bersama sangkar di
depan dan belakang case untuk meningkatkan pengudaraan di
bahagian dalam.
x) Keluli dan plastik merupakan bahan binaan utama case. Biasanya case
daripada keluli lebih murah tetapi berat. Sebelum ini, case daripada
aluminium popular di kalangan pengguna yang membina PC sendiri,
kerana jauh lebih ringan berbanding keluli, tetapi ia lebih mahal. Ringan
menjadikan ia lebih popular di kalangan mereka yang kerap
memindahkan PC. Pembuat case aluminium juga mendakwa case
aluminium menyuraikan haba lebih baik berbanding case keluli.
xi) Selain lebih ringan berbanding case keluli, case aluminium juga
nampak lebih menarik berbanding case keluli dengan permukaan
futuristic yang berkilau. Biarpun aluminium ini lebih ringan namun kosnya
lebih mahal dan kurang tegap berbanding case keluli. Malah ia lebih
terdedah kepada calar.

21. PERBEZAAN SISTEM PENGOPERASIAN 32 BIT DAN 64 BIT


Dalam penggunaan komputer peribadi, 32 bit dan 64 bit mengacu pada jenis
pengolahan pusat system operasi driver. Program perangkat lunak dan lain-lain.
Yang memberikan kelebihan masing-masing hardware dan software. 32 bit sering
disebut dilabel sebagai x86 atau x86-32. Hardware dan software 64bit sering
dilabel sebagai x64 atau x86-64. Ramai yang belum memahami apakah itu
perbezaan OS 32bit dan 64 bit. Pengguna hanya tahu bahawa dan 64 bit.
Pengguna hanya tahu bahawa software OS64bit lebih baik dari 32 bit.

22. SAMBUNGAN KABEL


Penyambung Rangkaian RJ45 dan Penyambung Telefon RJ11
MUKA SURAT / PAGE : 33
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Gambarajah 26: Penyambung Rangkaian vs Penyambung Telefon

Perbezaan antara rangkaian dan kabel telefon: Kabel telefon mempunyai (RJ-11)
plug yang lebih sempit, dan terdapat hanya empat wayar yang menyambung ke
akhirnya. Plug kabel ethernet ini (RJ-45) adalah lebih luas dan mempunyai lapan
wayar penyambung ke akhirnya. Di samping itu, kabel Ethernet biasanya akan
mempunyai perkataan CAT-5 atau CAT-5e tertera kodnya.

22.1 Jenis-Jenis Sambungan (Connector)


Sambungan adalah dimana penyambungan dilaksanakan antara peranti
dalaman dengan peranti luaran. Terdapat pelbagai jenis penyambungan bagi
satu peranti dan ada juga satu peranti menggunakan pelbagai jenis
penyambungan.

i) USB
Penghubung pelbagai guna ini sering menggantikan port selari dan port
bersiri yang lebih perlahan prestasinya. Ia banyak digunakan pada
peranti luaran, seperti pemacu cakera, pencetak, pengimbas dan kamera
Web selain menyokong ciri palam dan guna (PnP). USB 2 menyediakan
sambungan lebih pantas untuk peralatan. USB amat biasa digunakan.

Gambarajah 27 :Penyambung (connector) Gambarajah 28: Liang (port)

23. PENGENALAN BIOS


BIOS atau Basic Input / Output System merupakan papan litar atau cip yang
berada padapapan induk dan bertindak mengawal bagaimana sesebuah sistem
komputer berfungsi atau beroperasi. Cip ini mungkin dalam bentuk EPROM
ataupun ROM jenis yang lain. Cip BIOS hanya mampu menampung sejumlah kecil
data atau arahan sahaja. Antaranya ialah :
MUKA SURAT / PAGE : 34
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

POST Power-On Self Test. POST menguji pemproses, memori, chipset, video
adapter,disk controllers, pemacu cakera, papan kekunci, dan lain-lain
komponen penting.
Bootstrap loader - Satu rutin yang mencari sistem operasi dan memboot
komputer untukmengawal komputer sepenuhnya.
BIOS Basic Input Output System. Ia merujuk kepada koleksi driver sebenar
yang digunakan sebagai antara muka bagi sistem operasi dan perkakasan.
Jika anda menggunakan DOS atau Windows in Safe Mode, driver BIOS sahaja
digunakan.
CMOS Setup - Konfigurasi sistem dan program setup. Ia membolehkan anda
melakukan setting papan induk dan chipset. Program berkenaan akan
dimuatkan sebaik sahaja bekalan kuasa disambung ke computer sebelum
sistem beroperasi.

Terdapat banyak jenis BIOS yang terdapat di pasaran buat masa ini; misalnya
AMI BIOS, Award, Phoenix, DTR, MR, Quadtel dan sebagainya.

Gambarajah 29: BIOS American Megatrends

23.1 Tugas Utama Bios


Semasa komputer anda dimulakan, apa yang berlaku disebalik tabir
sebenarnya boleh diringkaskan seperti berikut:
i) BIOS akan secara automatik mengaktifkan dan mencapai data atau
maklumat yang berkaitan dengan jenis pemproses mikro yang digunakan
(sama ada Pentium 111, Pentium 4 dan sebagainya) dari CPU.
ii) BIOS melaksanakan ujian kendiri (self test) dalaman terhadap CPU.
Seterusnya BIOS membaca maklumat berkaitan dengan sistem komputer
daripada peranti yang dinamakan
MUKA SURAT / PAGE : 35
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

iii) CMOS (Complimentary Metal Oxide Semiconductor), yang berada pada


cip masa nyata(real time chip (RTC)) bersama-sama dengan jam sistem
dan bateri. CMOS mengandungi maklumat yang berkaitan dengan
perkakasan seperti jenis pemacu cakera keras, pemacu cakera liut dan
saiz ingatan utama sesebuah sistem komputer.
iv) Selepas maklumat dari CMOS dicapai, BIOS kemudiannya menentukan
jumlah ingatan utama yang ada dan membandingkannya dengan nilai
yang sedia ada di dalam CMOS. Sekiranya nilai sedia ada tidak
menyamai nilai yang ada di dalam CMOS, satu mesej amaran akan
dipaparkan pada skrin. Dua kemungkinan berlaku, sama ada terdapat
masalah pada cip ataupun anda menambah jumlah ingatan (upgrade)
tanpa terlebih dahulu memaklumkan kepada sistem komputer secara
rasmi.
v) Seterusnya BIOS mencari sistem pengoperasian (Microsoft Windows
misalnya) yang digunakan oleh sistem komputer tersebut mengikut
maklumat yang diberikan oleh CMOS.

Setelah sistem pengoperasian ditemui, BIOS menyerahkan tugasnya kepada


sistem pengoperasian tersebut. Namun demikian tugas BIOS tidak berhenti
disitu sahaja. Di sepanjang masa sistem computer digunakan, BIOS masih
beroperasi sebagai tulang belakang yang menyediakan penghubung di antara
pengguna dengan sistem pengoperasian.

23.2 Isyarat Ralat Bios (Bios Error Signal)


Bunyi beep yang sering kali dikeluarkan oleh BIOS bergantung kepada jenis
BIOS yang digunakan.

i) AMI BIOS
a) Sekiranya BIOS mengeluarkan bunyi Beep sekali - Kemungkinan
RAM mempunyaimasalah / Defective atau Pemasangan RAM yang
tidak betul.
b) 6 Beeps - GATE A20 error , Kebiasaannya disebabkan oleh
keyboard yang defective ataurosak.
c) 8 Beeps - Kemungkinan Kad Video mempunyai masalah / Defective
atau Pemasangan Kad Video yang tidak betul.
MUKA SURAT / PAGE : 36
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

d) 11 Beeps - Checksum Error, melibatkan CMOS bateri didalam


Motherboard. Periksa bateri CMOS kemungkinan sudah lemah atau
habis.

ii) AWARD BIOS


a) BIOS mengeluarkan bunyi Beep yang panjang - Memory ERROR
atau RAM tidaK dipasang pada slotnya dengan betul.
b) 1 Beep panjang , 2 Beep pendek - Menandakan Kad Video
menghadapi masalah dan kemungkinan rosak. Boleh juga
disebabkan oleh pemasangan yang tidak betul.
c) 1 Beep panjang , 3 Beep pendek - Terjadi disebabkan oleh
keyboard yang tidak dipasang atau kemungkinan Defective. Juga
Video Card error yang disebabkan oleh BIOS yang starting dengan
BIOS version 4.5
d) Beep yang berpanjangan (Continuos Beep)- Memory / RAM atau
Kad Video tidak dipasang (Not Detected).

iii) PHEONIX BIOS


a) 1 Beep, 1 Beep, 4 Beeps - Disebabkan oleh BIOS yang tidak
berfungsi (Malfunction)
b) 1 Beep, 2 Beeps , 1 Beep - Disebabkan oleh Motherboard yang
rosak (Defective)
c) 1 Beep, 3 Beeps, 1 Beep - Masalah yang disebabkan oleh RAM
yang bermasalah atau pemasangan RAM yang tidak betul.
d) 3 Beeps, 1 Beep, 1 Beep - Juga disebabkan oleh Motherboard yang
rosak (Defective)
e) 3 Beeps, 3 Beeps, 4 Beeps Kad Video yang tidak berfungsi atau
disebabkan oleh pemasangan Kad Video yang tidak betul.

23.3 Penetapan BIOS


Penetapan BIOS merupakan prosedur yang terakhir bagi pemasangan
perkakasan. Selepas penetapan BIOS dibuat, perkakasan-perkakasan akan
berupaya menjalankan fungsinya dengan efisien. Konflik di antara perkakasan-
perkakasan komputer tidak akan berlaku. Untuk memudahkan pengguna
membuat pembetulan yang sesuai dengan keperluan sendiri, biasanya BIOS
MUKA SURAT / PAGE : 37
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

membekalkan satu paparan yang dikenali sebagai CMOS Setup Utility untuk
digunakan bagi menetapkan BIOS.

Gambarajah 30: Paparan CMOS Setup Utility

Melalui penetapan ini, pengguna boleh menetapkan multiple clock dan external
clock CPU, waktu system, susunan perkakasan apabila komputer dihidupkan,
guna/tidak menggunakan pemacu cakera liut dan sebagainya. Kita dapat
memahami dan membuat penyesuaian operasi perkakasan tanpa membuka
penutup komputer. Rajah di bawah menunjukkan paparan BIOS yang sedang
menjalankan semakan suhu CPU. Penggunaan cip yang berlainan juga
menjadikan jenis BIOS berlainan. Selain daripada Award BIOS yang sering
dijumpai, terdapat juga AMI, Pheonix, MR dan sebagainya. Walaupun
penetapan paparannya berlainan, tetapi kebanyakan fungsi penetapan tidak
banyak berbeza. Bab ini menggunakan Award BIOS sebagai contoh dan ini
tidak menimbulkan sebarang masalah kepada pengguna mempelajari cara
penetapan BIOS walaupun tidak menggunakan Award BIOS. Rajah di bawah
menunjukkan paparan penetapan BIOS Pheonix.

23.4 Persediaan Sebelum Penetapan BIOS


Penetapan BIOS akan menjejaskan penggunaan perkakasan secara langsung
. Oleh itu, anda disyorkan supaya membuat persediaan yang mencukupi untuk
memudahkan kerja-kerja penetapan dibuat dengan cepat dan tepat.
MUKA SURAT / PAGE : 38
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Gambarajah 31: Proses Penetapan BIOS

Walaupun item penetapan BIOS adalah banyak, tetapi proses penetapannya


adalah tetap. Oleh itu, memahami proses penetapan BIOS akan memudahkan
operasi yang seterusnya. Persediaan peralatan untuk menetapkan BIOS
Penetapan BIOS tidak memerlukan peralatan seperti pemutar skru, Jumper,
skru dan sebagainya, hanya papan kekunci yang diperlukan. Segala operasi
penetapan BIOS menggunakan papan kekunci.

24. PENETAPAN MASA SISTEM


Ketetapan masa sistem merupakan asas operasi kebanyakan aturcara. Contohnya
sistem pengendalian kewangan dan lain-lain lagi. Pengesanan Cakera Keras IDE
Automatik Dalam keadaan default, apabila komputer dihidupkan, papan induk akan
mengesan cakera keras secara automatik. Tetapi sesetengah pengguna akan
terus mengakhirinya untuk menjimatkan masa semakan. Tindakan ini akan
menyebabkan cakera keras mengalami perubahan dan ini akan menimbulkan
masalah. Dalam keadaan ini, fungsi pengesanan cakera keras secara automatik
perlu dilakukan semula. Penetapan Susunan Komputer Apabila DihidupkanDalam
situasi default, komputer akan mencari pemacu cakera liut. Selepas itu ia akan
mencari pemacu CD-ROM, dan akhir sekali menggunakan cakera keras untuk
menghidupkan komputer. Cara susunan tersebut membazirkan masa bagi
pengguna yang menggunakan cakera keras untuk menghidupkan komputer.
MUKA SURAT / PAGE : 39
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

25. PENETAPAN (SETTING) MOD PENJIMATAN PENGGUNAAN KUASA


ELEKTRIK
Komputer dibentuk daripada beberapa rangkaian komponen elektronik. Oleh itu, ia
memerlukankuasa elektrik yang banyak. Komputer tidak menggunakan mod
penjimatan penggunaan kuasaelektrik untuk beroperasi. Ini akan membazirkan
penggunaan kuasa elektrik dan menyebabkan hayat skrin paparan serta bahagian
komponen yang lain semakin singkat. Melalui penetapan mod penjimatan
penggunaan kuasa elektrik, penggunaan kuasa elektrik komputer dapat dijimatkan
dan ini akan memanjangkan hayat sesebuah komputer.

26. PENETAPAN PAPAN KEKUNCI USB


Walaupun papan kekunci USB merupakan perkakasan kemasukan yang asas bagi
sebuah komputer, ia tidak boleh digunakan bersama DOS secara default. Oleh itu,
papan kekunci USB tidak boleh digunakan dalam DOS dan anda tidak dapat
menggunakan papan kekunci untuk memasang system operasi. Jika anda
menggunakan papan kekunci USB, maka anda perlu buka fungsi penetapan ini.

27. MENGUJI KIPAS CPU


Kelajuan pengendalian CPU yang semakin pantas menyebabkan tenaga haba
meningkat. Apabila kelajuan kipas perlahan, suhu CPU akan meningkat dan
menyebabkan sistem tergantung pada paparan tertentu atau akan melaporkan fail
rosak pada hal fail tersebut tidak rosak. Membuka penutup untuk memeriksa kipas
merupakan satu masalah yang menyusahkan dan kita tidak mengetahui kelajuan
kipas dengan mata kasar. Anda boleh memeriksa kelajuan putaran kipas melalui
BIOS dengan tidak perlu membuka komputer.

28. MENGEMBALIKAN PENETAPAN (SETTING) BIOS


Pilih item [Load Optimized Defaults]. Tekan kekunci [Enter] dan masukkan nilai
default. CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor) CMOS battery
adalah bateri yang digunakan oleh satu cip yang dikenali sebagai CMOS pada
papan induk komputer anda yang menyimpan maklumat arahan asas sistem
operasi (BIOS). BIOS menyimpan beberapa maklumat asas yang penting tentang
komputer anda seperti masa, tarikh, jenis serta kapasiti cakera yang dikesan,
konfigurasi kelajuan detik dan pekali cip pemproses, serta lain-lain. Maklumat ini
tidak hilang daripada ingatan walaupun komputer dipadamkan kerana adanya
MUKA SURAT / PAGE : 40
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

bateri yang membekalkan sumber kuasa secara berterusan kepada CMOS, iaitu
cip dimana BIOS ditempatkan. Terdapat dua kemungkinan yang menjadi penyebab
kepada masalah yang menimpa komputer anda. Pertama , sekiranya komputer
anda adalah baru ataupun masalah tersebut berlaku sejak komputer dibeli,
mungkin pihak penjual yang bertanggung jawab memasang komputer anda lupa
untuk memindahkan satu jumper pada papan induk, agar CMOS dapat beroperasi
secara normal operation. Membiarkan jumper berada pada Clear CMOS boleh
menyebabkan komputer anda sentiasa mengeluarkan ralat 'CMOS battery low'
serta memadamkan kandungan didalam BIOS.Masalah ini perlu diselesaikan oleh
mereka yang tahu selok belok papan induk dan dilakukan dengan berpandukan
buku manual papan induk komputer anda.

Sementara itu, kemungkinan kedua ialah sekiranya komputer anda ialah komputer
lama dan masalah itu tidak timbul sebelum ini, ia menunjukkan bahawa bateri yang
diperlukan oleh CMOS sememangnya sudah kehabisan tenaga, tidak dapat dicaj
semula secara automatik ataupun sudah luput. Bateri CMOS pada kebiasaannya
boleh diganti dengan mendapatkan bateri yang sama nilai voltannya daripada
kedai yang menjual alat ganti komputer. Jika anda ingin melakukannya sendiri,
cara yang terbaik ialah dengan membuka penutup komputer, tentukan lokasi bateri
pada papan induk, keluarkannya dan bawa bateri tersebut sebagai contoh ke kedai
komputer.

29. SUSUN ATUR PLUG (PLUG LAYOUT)


Three pins
Two pins
International adaptor
MUKA SURAT / PAGE : 41
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

Plug 3 pins Plug 2 pins


International adapter

Jenis A : (100-125V/15A), 2 pin, tidak Jenis B: (100-125V/15A), 3 pin,


dibumikan dibumikan

Jenis C : (250V/2.5A), 2 pin, tidak Jenis D : (250V/5A), 3 pin, dibumikan


dibumikan

Gambarajah 32: Plug layout

30. KEPERLUAN KESELAMATAN ELEKTRIK:


Langkah berjaga-jaga elektrostatik - Pengeluaran elektrostatik (ESD) adalah
aliran yang secara tiba-tiba elektrik antara dua objek yang disebabkan oleh
kenalan, satu pendek elektrik, atau kerosakan dielektrik. ESD boleh
disebabkan oleh pembentukkan dan elektrik statik oleh tribocharging, atau
secara aruhan elektrostatik. Untuk mengelakkan ini, adalah dinasihatkan untuk
memakai gelang yang Anti-elektrostatik semasa memasang komponen sistem
komputer.

31. DVI (Digital Video Interface)


Penghubung yang jarang ditemui ini merupakan versi lebih tinggi dari soket
VGA yang digunakan untuk penyambungan digital kepada sesetengah monitor
jenis TFT untuk memperbaiki mutu gambar yang dipaparkan. Bagaimanapun,
MUKA SURAT / PAGE : 42
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

ia hanya terdapat pada sesetengah kad grafik dan ia lazimnya menjadi


penghubung tambahan kepada soket VGA tersebut.

Gambarajah 33: Contoh Penyambung DVI


32. VGA
VGA - Singkatan grafik video pelbagai, sistem paparan grafik untuk komputer
peribadi yang dibangunkan oleh IBM. VGA telah menjadi salah satu standard
de facto untuk PC. Dalam mod teks, sistem VGA menyediakan resolusi 720
oleh 400 piksel. Dalam mod grafik, ketetapan itu adalah sama ada 640 dengan
480 (16 warna) atau 320 200 (dengan 256 warna). Jumlah palet warna adalah
262.144.

Gambarajah 34 : VGA

33. HDMI

Gambarajah 35 : HDMI

HDMI (High-Definition Multimedia Interface) adalah antara muka audio / video


untuk memindahkan data video dan tidak mampat data audio digital tidak
MUKA SURAT / PAGE : 43
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

mampat dimampatkan atau dari peranti sumber HDMI patuh, seperti pengawal
paparan, untuk projektor monitor komputer riba, video, televisyen digital, atau
peranti audio digital. HDMI adalah pengganti digital untuk standard video
analog yang sedia ada.

34. ALAT YANG DIPERLUKAN UNTUK PERSEDIAAN SISTEM KOMPUTER

Screw driver Multi meter Anti-electrostatic Vacuum cleaner


wristband

i) Pemandu Skru membuka skru pada casing dan perkakasan komputer.


ii) Multimeter - Satu alat pengukur elektronik yang menggabungkan beberapa
fungsi pengukuran dalam satu unit. A meter pelbagai tipikal termasuk ciri-ciri
asas seperti kebolehan untuk mengukur voltan, arus dan rintangan.
iii) Anti-elektrostatik - gelang Ground adalah alat antistatic digunakan untuk
selamat tanah seseorang bekerja pada peralatan elektronik sangat sensitif,
untuk mengelakkan pengumpulan elektrik statik pada badan mereka, yang
boleh menyebabkan pelepasan elektrostatik (ESD). Ia digunakan dalam
industri elektronik oleh pekerja yang bekerja pada peranti elektronik yang
boleh menjadi rosak oleh ESD, dan kadang-kadang juga oleh orang-orang
yang bekerja di sekitar bahan letupan, untuk mengelakkan percikan api
elektrik yang boleh mencetuskan letupan.
iv) Pembersih vakum - Untuk mengeluarkan habuk dalam komponen sistem
komputer.

35. KONSEP PENGATURAN DAN SUSUNAN KOMPONEN KOMPUTER


i) Terakhir Dalam Pertama Out (LIFO) - komponen terakhir yang akan dipasang
akan menjadi komponen yang pertama yang dikeluarkan.
MUKA SURAT / PAGE : 44
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

ii) Masuk Dulu Keluar Dulu (FIFO) - komponen Pertama yang akan dipasang akan
menjadi komponen yang pertama yang dikeluarkan
iii) Terakhir Dalam Out lepas (LILO) - komponen terakhir yang akan dipasang akan
menjadi komponen terakhir yang dikeluarkan

36. KEPERLUAN KESELAMATAN ELEKTRIK:


Langkah berjaga-jaga elektrostatik - Pengeluaran elektrostatik (ESD) adalah aliran
elektrik yang secara tiba-tiba di antara dua objek yang disebabkan oleh sentuhan
contact, electrical short atau kerosakan dielektrik electric breakdown. Untuk
mengelakkan ini, adalah dinasihatkan untuk memakai gelang yang Anti-
elektrostatik semasa memasang komponen sistem komputer.

37. KEBERSIHAN KAWASAN KERJA


Sentiasa memastikan kebersihan persekitaran kawasan kerja iaitu sebelum dan
selepas sesuatu kerja / tugasan dijalankan. Kawasan kerja perlu dibersihkan dan
dikekalkan semasa menjalankan tugas.

SOALAN / QUESTION :
1. Berikan definisi casing?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Berikan 3 jenis ram ?

a) __________________________________
b) __________________________________
c) __________________________________

3. Nyatakan dua bekalan kuasa ?

a) _____________________________________________________
b) _____________________________________________________
MUKA SURAT / PAGE : 45
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C01/P(2/5)
DRPD / OF : 44

RUJUKAN / REFERENCE :
1. http://juruteknik komputer.blogspot.com/search/label/Computer%20Peripherals
2. blogspot.com/search/label/Pc%20Assemble%20and%20Upgrading
3. Adam bin Ali (2005), Manual Asas Pemasangan Komputer Peribadi dan Internet,
Venton Publishing.
4. http://www.pcguide.com/byop/index.htm , 29 Oktober 2014, 10.00 malam
5. http://www.pcmech.com/byopc/index.htm, 29 Oktober 2014, 10.00 malam