Anda di halaman 1dari 7

KOLEJ CQ BREYER

NO 1C JLN SG 3/19 TAMAN SRI GOMBAK


68100 BATU CAVES SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
(Information Sheet)

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
COMPUTER SYSTEM OPERATION
PROGRAMS CODE
AND NAME
TAHAP / LEVEL L3
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
C02 COMPUTER SYSTEM MAINTENANCE
COMPETENCY UNIT
NO. AND TITLE

1. IDENTIFY COMPUTER MAINTENANCE


NO. DAN PENYATAAN REQUIREMENTS
AKTIVITI KERJA / 2. CARRY OUT SCHEDULED PREVENTIVES
WORK ACTIVITIES NO. MAINTENANCE
AND STATEMENT 3. CARRY OUT COMPUTER CORRECTIVE
MAINTENANCE
4. PREPARE COMPUTER MAINTENANCE
REPORT

MUKA SURAT / PAGE : 1


NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C02/P(1/4)
DRPD / OF :7

TAJUK / TITLE : PENGENALAN KEPADA KEPERLUAN PENYELENGGARAAN


KOMPUTER

TUJUAN / PURPOSE :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan tentang jenis penyelenggaraan
yang dijalankan serta keperluan bagi tujuan penyelenggaraan komputer.

PENERANGAN / INFORMATION :
Penyelenggaraan komputer samada komputer peribadi atau komputer riba perlu
dilakukan secara berkala bagi memastikan ia sentiasa berada di dalam keadaan baik
dan lancar. Ramai di antara pengguna yang mengambil ringan perkara ini mungkin
disebabkan tidak tahu bagaimana untuk melakukannya dan takut berlaku kerosakan
MUKA SURAT / PAGE : 2
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C02/P(1/4)
DRPD / OF :7

atau kehilangan data.Berikut merupakan kepentingan penyelenggaraan komputer


dijalankan :
Menjimatkan kos perbelanjaan untuk membeli atau membaik pulih perkakasan
yang rosak.
Mengurangkan atau mengelakkan kerosakan kecil.
Memanjangkan jangka hayat komputer
Memanjangkan jangka hayat perkakasan aksesori computer

1. JENIS PENYELENGGARAAN KOMPUTER


Terdapat dua jenis penyelenggaraan komputer yang sering dijalankan,iaitu :
a) Preventive maintenance (penyelenggaraan pencegahan)
b) Corrective maintenance (penyelenggaraan pembetulan)

1.1 Preventive Maintenance (Penyelenggaraan Pencegahan)


Penyelenggaraan Pencegahan adalah satu aktiviti berkala yang
dilaksanakan mengikut satu tempoh tertentu bagi memastikan setiap
peralatan yang dibekalkan berada dalam keadaan yang baik dan optimum.Ia
juga dilakukan sebelum berlakunya kerosakan komputer. Aktiviti ini
merangkumi aspek fizikal dan maya di mana peralatan diselenggarakan
secara menyeluruh dan hasilnya,peralatan tersebut akan beroperasi dengan
lebih baik dan mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding
peralatan yang tiada aktiviti penyelenggaraan.

1.2 Corrective Maintenance (Penyelenggaraan Pembetulan)


Penyelenggaraan pembetulan adalah kerja penyelenggaraan yang
dijalankan untuk membetulkan sistem selepas terjadi kegagalan.Ia dilakukan
untuk mengenal pasti, mengasingkan, dan membetulkan kesilapan sehingga
peralatan, mesin, atau sistem gagal dapat dikembalikan kepada keadaan
operasi dalam toleransi atau had yang dibenarkan untuk operasi dalam
perkhidmatan.

2. MAKLUMAT LAPORAN PENYELENGGARAAN LEPAS


Berikut merupakan maklumat yang diperlukan dari laporan penyelenggaraan yang
lepas digunakan bagi tujuan pemeriksaan kesilapan yang berlaku dahulu untuk
memperbetulkan kesilapan tersebut untuk penyelenggaraan yang akan datang :
MUKA SURAT / PAGE : 3
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C02/P(1/4)
DRPD / OF :7

a) Fault history
b) Corrective history
c) User history
3. PERALATAN PENYELENGGARAAN
Memperbaiki komputer yang boleh menjadi tugas yang mudah apabila anda
mempunyai peralatan yang betul dan buku-buku yang berkaitan dengan PC dan
pembaikan komputer dan laptop.

3.1 Cutter
Peralatan ini digunakan untuk melucutkan dan memotong kabel dan wayar.Ia
sesuai digunakan untuk kabel yang berbentuk bulat atau rata. Bilah yang mudah
dialih menghalang dari mencacatkan konduktor semasa proses pelucutan. Ia juga
mudah dikendalikan.

Gambarajah 1 : Cutter

3.2 Plier
Plier dibuat dalam berbagai bentuk dan saiz dan untuk pelbagai keperluan. Ada
yang digunakan untuk menggenggam pusingan sesuatu seperti paip atau rod ,
ada yang digunakan untuk wayar berpusing, dan lain-lain yang direka bentuk
untuk digunakan bagi gabungan tugas termasuk memotong wayar. Terdapat juga
alat-alat yang digunakan hanya untuk memotong wayar (bertentangan dengan
kabel wayar dan tali). Gunakan plier yang betul dan sesuai untuk membuat kerja.
MUKA SURAT / PAGE : 4
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C02/P(1/4)
DRPD / OF :7

Gambarajah 2 : Plier

i) Side cutting plier


Diaplikasikan bagi banyak tujuan iaitu tujuan, komunikasi dan kerja
pembinaan. Digunakan juga untuk menggenggam, memotong wayar serta
melucutkan penebat.
ii) Long nose plier
Digunakan untuk memegang objek kecil, untuk memudahkan pencapaian ke
tempat yang sempit dan memegang wayar.
iii) Diagonal cutting plier
Digunakan bagi kerja memotong dan membuat penebat wayar, memotong
dan mengalihkan pin,paku dan pengetat.

3.3 Crimping Tool


Crimping tool adalah alat untuk memasang kabel UTP ke penyambung RJ45 /
RJ11 bergantung kepada keperluannya. RJ merupakan singkatan dari
(Registered Jack). Ia mempunyai saiz yang pelbagai dan berfungsi untuk
memotong kabel, memotong pelindung kabel, mengepit kepala RJ dan lain-lain
lagi.

Gambarajah 3 : Crimping tool

3.4 Cable Stripper


Cable Stripper digunakan untuk memotong benang halus yang berada di dalam
kabel dan juga boleh digunakan untuk memotong pelindung kabel.
MUKA SURAT / PAGE : 5
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C02/P(1/4)
DRPD / OF :7

Gambarajah 4 : Cable Stripper

3.5 Cable Tester


Cable Tester adalah alat yang digunakan untuk menguji hasil pemasangan kabel
internet / UTP (Unshielded Twisted Pair) yang dipasang RJ 11 atau RJ 45
sebelum digunakan. Terdapat 8 lampu LED yang akan menyala mengikut turutan
sekiranya kabel dipasang dengan betul.

Gambarajah 5 : Cable Tester

3.6 Screw Driver


Alatan ini sering kali digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan skru yang
kepalanya berbentuk pemutar skru Philip,pemutar skru rata dan pemutar skru
kekotak. Pemutar skru digunakan untuk memasang skru pada CPU dan lain-lain
lagi.
MUKA SURAT / PAGE : 6
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C02/P(1/4)
DRPD / OF :7

Gambarajah 6 : Screw driver

3.7 Vacuum Cleaner


Vacuum cleaner atau penyedut habuk digunakan untuk menyedut habuk atau
debu bagi menghalang dari berlakunya perkara seperti overheat atau panas yang
melampau pada komputer atau laptop pengguna.

Gambarajah 7 : Vacuum Cleaner

3.8 Thermal Paste


Thermal paste yang biasanya digunakan sebagai antara muka antara sink haba
dan sumber haba (contohnya, alat-alat yang berkuasa tinggi semikonduktor).
Thermal paste ini memberikan kekuatan mekanikal untuk ikatan antara sink haba
dan sumber haba, tetapi lebih penting, ia menghilangkan udara (yang merupakan
penebat haba) dari kawasan antara muka.
MUKA SURAT / PAGE : 7
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C02/P(1/4)
DRPD / OF :7

Gambarajah 8 : Thermal paste

SOALAN / QUESTION :
1) Apakah kepentingan penyelenggaraan komputer ?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

2) Berikan dua jenis penyelenggaraan komputer.


(i) ________________________________________________________
(ii)________________________________________________________

3) Berikan fungsi cutter bagi tujuan penyelenggaraan komputer.


___________________________________________________________
___________________________________________________________

4) Nyatakan fungsi thermal paste.


_____________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCE :
1. http://en.wikipedia.org/wiki/, Thermal Grease, 05 Disember 2014, 10:23
2. http://asasbinaanawam2.blogspot.com/2008/01/alatan-tangan.html/ Alatan
Tangan, 05 Disember 2014, 15:03
3. http://kongsixinfo.blogspot.com/ ,Pemutar Skru, 05 Disember, 09.45