Anda di halaman 1dari 9

KOLEJ CQ BREYER

NO 1C JLN SG 3/19 TAMAN SRI GOMBAK


68100 BATU CAVES SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
(Information Sheet)

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
COMPUTER SYSTEM OPERATION
PROGRAMS CODE
AND NAME
TAHAP / LEVEL L3
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
C03 COMPUTER SYSTEM REPAIR
COMPETENCY UNIT
NO. AND TITLE

1. ASSESS COMPUTER REPAIR JOB ORDER/


NO. DAN PENYATAAN CHANGE REQUEST
AKTIVITI KERJA / 2. CARRY OUT ONLINE COMPUTER TROUBLE
WORK ACTIVITIES NO. SHOOTING
AND STATEMENT 3. PERFORM ON-SITE COMPUTER REPAIR
4. PREPARE COMPUTER STATUS REPORT

MUKA SURAT / PAGE : 1


NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C03/P(3/4)
DRPD / OF :8

TAJUK / TITLE : PENGENALAN KEPADA PENYELESAIAN MASALAH KOMPUTER


DI TEMPAT PELANGGAN

TUJUAN / PURPOSE :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan cara penyelesaian masalah
komputer di tempat pelanggan.

PENERANGAN / INFORMATION :
1. BACKUP DATA MENGGUNAKAN APLIKASI KOMPUTER
i) Software Back-up
Banyak aplikasi yang dapat kita gunakan untuk melakukan backup dan
restore data sistem operasi misalnya Windows dan juga aplikasi pihak ketiga
(third party). Berikut adalah beberapa aplikasi yang dapat digunakan.
MUKA SURAT / PAGE : 2
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C03/P(3/4)
DRPD / OF :8

ii) Jenis-jenis perisian back-up

Gambarajah 1 : Sistem menetapkan back-up (System setting back-up)

Gambarajah 2 : OS memulihkan back-up (OS restore back-up


MUKA SURAT / PAGE : 3
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C03/P(3/4)
DRPD / OF :8

a) Nero Start Smart / Nero Essentials


Salah satu perisian backup yang cukup popular adalah Nero Start Smart.
Fungsi utama Nero sebagai perisian CD burning mampu
mempermudahkan keperluan backup. Aplikasi Nero Burning ROM
merupakan perisian aplikasi untuk melakukan backup data komputer
dengan cara melakukan pemindahan dan penyalinan aplikasi/fail dari
komputer ke media penyimpan CD atau DVD menggunakan peranti
bantuan iaitu CD Writer (CD-RW) atau DVD-RW. Kapasiti penyimpanan
data dalam CD berbeza antara sama lain: 180MB, 650 MB dan 740 MB
, manakala kapasiti penyimpanan data sebuah DVD adalah 4.7GB.

Gambarajah 2 : Aplikasi Nero Essentsials 9

b) NTBACKUP.EXE
Microsoft Windows XP memiliki aplikasi Ntbackup.exe. Dalam beberapa
kes, penggunaan Ntbackup.exe sudah mencukupi untuk membuat
backup data. Ntbackup.exe dapat diakses dari menu Run. Ia juga boleh
diakses dari Start menu > Accesesoris > System Tools > Backup. Seperti
aplikasi Windows yang lain, Ntbackup.exe sangat mudah digunakan,
tambahan pula dengan kemudahan yang disertakan bersama. Proses
restore data juga sama mudahnya. Kita hanya perlu mengikuti sahaja
langkah-langkah yang diberikan dan tunggu proses selesai.
MUKA SURAT / PAGE : 4
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C03/P(3/4)
DRPD / OF :8

c) Tuneup Utilies

Gambarajah 3 : Tune Up Utilities 2009

Tune Up Utilities adalah perisian utiliti yang cukup dikenali di kalangan


pengguna komputer. Selain fungsi utamanya untuk melakukan
pemulihan komputer, custamisation dan tweaking, ia juga memiliki ciri ciri
untuk melakukan fungsi restore (Recovery) data yang telah di delete
dengan memanfaatkan ciri ciri System Restore. Namun hasilnya belum
tentu sama dengan sebelumnya dan ciri ini juga bergantung kepada
status aktif atau tidaknya System Restore pada komputer pengguna.

d) Backup And Restore Center


Backup and Restore Center ini merupakan aplikasi yang terdapat di
dalam Windows itu sendiri dan memiliki ciri yang tidak kurang hebatnya
berbanding perisian backup dan restore data yang lainnya. Backup and
Restore Center ini merupakan ciri backup dan restore data yang
dipakejkan dengan Windows. Manakala Windows Backup and Restore
yang terdapat pada Windows Vista merupakan pengembangan dari ciri
backup dan restore pada Windows sebelumnya iaitu Windows XP dan
yang terdahulu. Setiap ciri Windows Backup and Restore memiliki
kelebihannya sendiri seperti :
Back Up Fails : memiliki ciri penyimpanan data yang dapat
dilakukan pada drive tertentu yang kita inginkan misalnya
MUKA SURAT / PAGE : 5
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C03/P(3/4)
DRPD / OF :8

pembahagi (partition) lain, CDRW/R, DVDRW/R/R+DL, Bluray


dan network drive/folder.
Restore Fails : ciri yang dimilikinya ialah pengguna diberi pilihan
untuk memilih backup fail yang akan direstore misalnya backup
paling akhir, backup paling lama dan backup dari komputer lain.
Untuk folder atau tempat tujuannya dapat dikembalikan ke tempat
asalnya atau tempat lain yang ingin dituju.

Gambarajah 4 : Windows Backup and Restore

Complete PC Backup : fungsinya adalah untuk melakukan backup


seluruh komputer (system fail dan data-data lainnya) dimana kita seolah-
olah membuat recovery data jika seandainya Windows bermasalah. Kita
dapat mengembalikan keadaan asal Windows seperti pada saat kita
melakukan Complete PC Backup. Ciri ini juga digunakan untuk
memulihkan Windows yang rosak menggunakan CD/DVD Windows.
MUKA SURAT / PAGE : 6
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C03/P(3/4)
DRPD / OF :8

iii) Manual Backup


Untuk para pengguna komputer yang akan melakukan backup data; selain
menggunakan perisian yang sedia ada, pengguna juga boleh melakukan
backup data secara manual dengan menggandakan fail. Pengguna juga boleh
membuat duplikasi fail dan menyimpannya pada suatu tempat lain. Bagi
pengguna yang mahu melindungi datanya dari serangan virus, mereka boleh
membuat sebuah fail yang dipadatkan seperti *.rar, *.zip, *.zipx, *.7z dan lain
lain. Ini kerana sebahagian besar virus tidak dapat memasuki atau menjangkiti
fail tersebut. Namun, umumnya virus akan menyembunyikan fail tersebut dan
membuat duplikasi dengan nama, saiz atau extension yang berbeza daripada
yang asal

2. DIAGNOSIS KOMPUTER
Periksa RAM dan penggunaan CPU. Masalah yang biasa ditemui ialah sistem
yang tidak stabil. Pengguna boleh memeriksa sekiranya aplikasi di dalam sistem
mengambil ruang yang luas atau bertindak lebih daripada apa yang mampu
diberikan oleh sistem tersebut.Cara mudah untuk memeriksa keadaan ini ialah
dengan menggunakan Task Manager. Klik kanan pada taskbar > Task Manager >
Processes. Kolum CPU mengandungi nombor yang menunjukkan jumlah
peratusan CPU yang sedang digunakan oleh aplikasi. Kolum Memory Usage pula
menunjukkan jumlah memori yang sedang digunakan.

3. PENGENALPASTIAN MASALAH
Cara terpantas untuk mengesan masalah komputer ialah dengan
menghidupkannya (Start). Sekiranya komputer gagal melakukan tugasan yang
semudah ini, pengguna boleh melakukan troubleshoot untuk mendiagnos
puncanya. Setelah komputer Berjaya dihidupkan, cuba buka aplikasi dan buat
sesuatu tugasan di dalamnya. Aplikasi yang mengambil masa yang panjang untuk
dibuka menunjukkan simtom awal masalah komputer. Satu lagi cara ialah, cuba
layari internet kerana tugasan tersebut memerlukan kelajuan yang tinggi.
Kelembaban yang konsisten adalah petanda komputer mengalami isu sambungan.
MUKA SURAT / PAGE : 7
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C03/P(3/4)
DRPD / OF :8

4. PEMBELIAN BAHAGIAN KOMPUTER


Penyelesaian masalah komputer sering diabaikan kerana melibatkan kos yang
tinggi. Tetapi sebagai pengguna, anda boleh mencari kaedah penyelesaian yang
murah atau percuma. Anda boleh mencari bahagian yang percuma dan perisian
yang boleh memperbaiki hamper kesemua masalah yang komputer anda hadapi.
Di antara masalah biasa yang boleh anda perbaiki secara percuma adalah seperti
pembuangan virus, sistem perlahan, penggantian perkakasan dan menaiktaraf
perkakasan.

i) Operational Test
Ujian operasi merujuk kepada penilaian terhadap aplikasi sebelum fasa
penghasilan output untuk memastikan sistem & peranti mematuhi Standard
Operating Environment (SOE). Prosedur ini digunakan dalam keadaan
persekitaran tertentu semasa fasa penilaian pelbagai Software Development
Life Cycle (SDLC).
ii) Functional Test
Fungsi sistem atau komponen ialah apakah fungsinya. Secara tipikalnya, ia
digambarkan di dalam spesifikasi permintaan atau spesifikasi fungsi.
iii) Computer Repair Costing
Melakukan operasi membaikpulih komputer dengan jayanya memerlukan
perancangan yang teliti dan sedikit kemahiran matematik untuk mewujudkan
struktur harga yang menguntungkan bagi setiap perkhidmatan yang
disediakan. Kos buruh yang dikenakan ke atas pelanggan mewakili jumlah
besar pendapatan anda

5. COMPUTER REPAIR SAFETY PRECAUTION


i) Keselamatan Elektrikal
Cabutkan plug komputer dan tunggu beberapa minit sebelum membuka
komputer dan kekalakan keadaan tersebut sepanjang masa anda melakukan
kerja baikpulih.Ini untuk memastikansemua kapasitor kosong bagi
mengelakkan berlakunya renjatan elektrik yang boleh mendatangkan
kecederaan kepada anda dan kerosakan kepada komputer. Pastikan sistem
elektrik dinyahkan melalui pembumian dan semua wayar kabel dalam
MUKA SURAT / PAGE : 8
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C03/P(3/4)
DRPD / OF :8

keadaan baik. Elakkan dari menggunakan bahan kemas atau objek bersifat
konduktif apabila anda bekerja menggunakan peralatan elektrik.

Tenaga yang tersimpan di dalam monitor atau power supply untuk komputer
adalah sangat merbahaya. Walaupun elektrik telah diputuskan, kapasitor di
dalam monitor dan power supply mampu menyimpan cas elektrik yang tinggi.
Jangan buka kotak power supply atau monitor kecuali anda berpengalaman
mengendalikan peralatan elektrik. Sentuh kepingan logam untuk
menyahelektrikkan tubuh anda. Komputer sangat sensitif kepada elektrik
statik dan anda boleh mendapat kecederaan jika tidak mematuhi langkah ini.

ii) Prosedur pelupusan alat komputer


Semua komponen yang mengandungi data seperti hard drives,floppy disks,
tape, CDROM dan lain lain perlu dikeluarkan dan dilupuskan dengan cara
yang betul dan terkawal. Komponen yang masih baik boleh dijual atau
digunakan semula.

SOALAN / QUESTION :
1. Bagaimanakah caranya untuk mengesan kerosakan komputer?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

2. Apakah nama aplikasi di dalam Windows untuk membuat data backup?


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCE :
1. CompTIA A+ Certification
2. CCNA NetworkPlus
3. Jyoti Snehi. (2006). Computer Peripherals and Interfacing. Firewall Media. ISBN-
13:978-81-7008-929-2
MUKA SURAT / PAGE : 9
NO. KOD / CODE NO. IT-020-3 : 2013-C03/P(3/4)
DRPD / OF :8

4. http://www.webopedia.com/TERM/U/ultrabook.html
5. http://aspboss.blogspot.com/2011/02/thin-vs-thick-clients.html
6. http://www.quadtronics.co.uk/13-amp-3-pin-plug-94-p.asp
7. http://www.aerocool.us/images/peripheral/powerpanel/user-guide