Anda di halaman 1dari 7

KOLEJ CQ BREYER

NO 1C JLN SG 3/19 TAMAN SRI GOMBAK


68100 BATU CAVES SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
(Information Sheet)

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
IT-020-4:2013 COMPUTER SYSTEM ADMINISTRATION
PROGRAMS CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL EMPAT ( 4 )

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
C01 : SERVER CONFIGURATION
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. PLAN SERVER DEPLOYMENT


NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 2. MONITOR SERVER INSTALLATION
ACTIVITIES NO. AND 3. CARRY OUT SERVER CONFIGURATION
STATEMENT
4. PRODUCE SERVER CONFIGURATION REPORT
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013/C01/P(1/2) Muka : 1 Drp : 7

TAJUK/TITLE : PELAYAN (SERVER)

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan tentang pengenalan server
dan fungsinya dalam rangkaian komputer.
Muka / Page : 2
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013/C01/P(1/2)
Drpd/of : 7

PENERANGAN/INFORMATION :
Pada zaman penggunaan awal sistem rangkaian, pengeluar berlumba-lumba
mengeluarkan komputer yang mempunyai tahap yang tinggi yang boleh dijadikan
sebuah server. Kerana keupayaannya yang agak tinggi, komputer-komputer
tersebut menjadi permintaan ramai. Pada zaman sekarang, komputer yang
mempunyai tahap 90% telah menguasai dunia perdagangan komputer . Pada
zaman sekarang juga, server telah mendahului jauh kedepan berbanding dengan
komputer yang mempunyai tahap yang tinggi. Server jenis dedicated masih lagi
dikeluarkan tanpa disertakan monitor dan keyboard kerana sekarang ini sudah ada
jenis perisan yang mampu mengawal server dari workstation.

1. PERALATAN PELAYAN
1.1 Di dalam satu sistem rangkaian, hos yang mengawal aktiviti rangkaian
tersebut dipanggil pelayan (server).

1.2 Server menjadi jantung kepada sistem rangkaian tersebut dengan mengawal
aktiviti pengguna-penggunanya.

1.3 Terdapat dua jenis gelaran pada server iaitu dedicated server dan non
dedicated server.

1.4 Dedicated server bermaksud sesebuah server bekerja sebagai server dan
tidak melakukan kerja-kerja lain.
i. Maksudnya server tersebut hanya berfungsi sebagai server dan
pengguna-pengguna lain tidak dapat menggunakannya seperti biasa
ataupun tidak dapat menggunakan server tersebut seperti yang boleh
dilakukan oleh pengguna pada hos klien.

ii. Pengguna tidak dapat menggunakan perisian Microsoft Office pada


server ini. Server jenis ini selalunya tidak akan diganggu dan hanya
dibiarkan bekerja sendirian. Contoh server jenis ini adalah server yang
menggunakan perisian Novell Netware. Kadangkala, server jenis ini
didatangkan tanpa keyboard dan monitor.
Muka / Page : 3
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013/C01/P(1/2)
Drpd/of : 7

1.5 Non-dedicated server ialah server yang selalunya bekerja sebagai server
tetapi boleh juga digunakan untuk kerja-kerja yang lain.
i. Sebagai contoh pengguna boleh menggunakan server ini untuk membuat
kerja lain seperti perisian Microsoft Word disamping server tersebut
sedang bekerja dengan mengawal sistem rangkaian. Ianya boleh
dilakukan tetapi jika ia berada dalam sistem rangkaian yang besar ia
akan memberikan sedikit kesan pada sistem rangkaian tersebut samada
dapat memperlahankan sistem rangkaian tersebut.

2. JENIS JENIS PELAYAN


2.1 Pelayan Fail
i. Untuk server fail, biasanya mempunyai kemudahan berikut :
a. Kapasiti yang besar keselamatan data yang disimpan
b. Kepantasan pindah fail
ii. Berikut adalah berbagai cara untuk memenuhinya :
a. Kapasiti yang besar
Gunakan hard disk jenis IDE, yang kapasitinya boleh
mencapai ratusan gigabait dengan harga yang ekonomi
Keselamatan data: Guna kad RAID, dan laksanakan RAID-0
(mirroring) di server.
iii. Dengan ini, maka satu hard disk akan bertindak sebagai mirror dari hard
disk yang lainnya. Maka jika satu hard disk rosak, maka data anda tetap
selamat di hard disk yang lainnya
iv. Kepantasan pindah fail
a. Gunakan kad rangkaian 1000 Mbps atau yang lebih laju di server,
dan sambungkan ke switch utama / core di rangkaian komputer
anda.

3.PELAYAN MEL
3.1 Untuk server email, biasanya mempunyai kemudahan berikut :
i. Pemprosesan email yang cepat
ii. Keselamatan email di server
iii. Pindah email yang laju
Muka / Page : 4
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013/C01/P(1/2)
Drpd/of : 7

3.2 Berikut adalah berbagai cara untuk memenuhinya :


i. Pemprosesan email yang cepat
a. Gunakan hard disk jenis SCSI, kerana interface SCSI jauh lebih
efisien dalam memproses fail-fail berukuran kecil walaupun
jumlahnya banyak.
ii. Keselamatan email di server : Guna kad RAID, dan gunakan konfigurasi
RAID-5.Konfigurasi ini memberikan perlindungan data yang cukup baik,
tanpa membuat prestasi sesebuah server turun terlalu banyak.
iii. Transfer email yang laju
a. Gunakan kad network 1000 Mbps atau yang lebih laju di server

4. PELAYAN WEB
Biasanya web server tidak memerlukan spesifikasi yang terlalu besar, apatah lagi jika
anda menggunakan berbagai webserver open-source seperti apache.

5. PELAYAN APLIKASI
5.1 Biasanya untuk pelayan aplikasi (PHP, J2EE, JSP, mod_perl, dll),
konfigurasi harus dilakukan seperti berikut:
i. Mempunyai kapasiti memori yang besar
a. Contohnya memasang memori sebesar 1 G atau lebih apabila
menyediakan app-server berasaskan Java.
ii. Menggunakan pemproses berkelajuan tinggi.
iii. Menggunakan kapasiti cakera keras yang besar dan laju
Muka / Page : 5
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013/C01/P(1/2)
Drpd/of : 7

6. PELAYAN DATABASE
6.1 Untuk pelayan database, apabila melayani banyak pengguna (user) / query-
query yang berat,maka, konfigurasi pelayan haruslah mengikut kaedah
berikut :
i. Pasang prosesor sebanyak-banyaknya, supaya database engine boleh
memanfaatkannya dengan efisien (seperti Oracle, dll)
ii. Pasang memory sebesar-besarnya iaitu 2 GB atau lebih.
iii. Pasang cakera keras dan melakukan konfigurasi RAID-5 untuk
meningkatkan prestasi keselamatan data yang baik dan tempat
penyimpanan data yang besar.
iv. Pengguna yang pelayan yang berjenama adalah digalakkan, kerana
ianya boleh memanfaatkan berbagai kemudahan redundancy-nya (dual
power supply, hot swaphard disk, dll)

6.2 Menyediakan pengkalan data dan stor penyimpanan yang berskala besar
Bagi organisasi yang besar, sesuai menggunakan server yang mempunyai
fungsi sebegini secara berasingan. Pada organisasi skala kecil fungsi
fungsi tersebut dapat digabungkan dalam satu server dan satu komputer.
Untuk organisasi besar, sebaiknya setiap fungsi dijalankan pada server
terpisah sesuai dengan beban kerjanya.

6.3 Menyimpan Fail


i. Fungsi ini merupakan penggunaan paling umum dari sebuah server, di
mana server digunakan sebagai pusat penyimpanan fail dalam sebuah
rangkaian. Dengan sistem ini sistem fail akan lebih terurus sehingga
memudahkan pengurusan dan pencarian fail. Sistem back up dan
penyimpanan fail juga dapat dilakukan dengan lebih baik.
ii. Sebagai contoh, Windows 2000 Server memiliki fasiliti Distributed File
System untuk memudahkan pengelolaan fail dalam rangkaian. Melalui
sistem ini, pengguna rangkaian mudah menggunakan dan menyimpan fail
tanpa perlu mengetahui letak sebenarnya dari suatu fail.
Muka / Page : 6
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013/C01/P(1/2)
Drpd/of : 7

6.4 Melayan Aplikasi


i. Apabila pelayan digunakan untuk menyimpan dan menjalankan suatu
program aplikasi, maka pelayan tersebut bertindak sebagai pelayan
aplikasi.
ii. Aplikasi yang dipasang pada pelayan akan dijalankan atau diakses oleh
klien. Dengan demikian aplikasi tidak perlu dipasang di klien sehingga
memudahkan proses perlaksanaan dan system penyelenggaraan.
iii. Sebagai contoh, Windows Terminal Services merupakan fasiliti untuk
memudahkan penggunaan Windows 2000 Server sebagai pelayan aplikasi

6.5 Melayan Web


i. Pelayan Web merupakan komputer yang digunakan sebagai hos untuk
pelbagai aplikasi web sama ada dalam lingkungan internet ataupun
intranet.
ii. Sebagai contoh Internet Information Service 5.0 merupakan komponen
Windows 2000 Server untuk memudahkan konfigurasi dan mengurus
laman web.

6.6 Melayan E-mel


i. Windows 2000 Server dapat juga digunakan sebagai pelayan E-mel
dengan menggunakan pelbagai perisian tambahan seperti Microsoft
Exchange, Lotus Notes, ataupun MDaemon.
ii. Fungsi pelayan E-mel diibaratkan seperti sistem surat menyurat
konvensional di pejabat pos.
Muka / Page : 7
NO. KOD / CODE NUM. IT-020-4:2013/C01/P(1/2)
Drpd/of : 7

SOALAN/QUESTION :
1. Apakah maksud rangkaian ?

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

2. Apakah yang dimaksudkan dengan pelayan Web?

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

3. Berikan 2 jenis computer pintar?

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

4. Apakah kegunaan utama patch panel?

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

5. Berikan dua jenis server

(i) ___________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________

6. Berikan dua kelebihan menggunakan server

(i) ___________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCE :

1. http://www.topology.com.htm
2. Network + : Guide to Networks