Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN MINGGU PUSAT SUMBER 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang berusaha Puan Noraizah bt Mohd Noor, Penolong Kanan 1, Pn . Puziah bt Tuban,
Penolong Kanan HEM,Tn Hj Muzikir bin Muhammad, Penolong Kanan Kokurikulum, Pn.
Normala bt Misman, Penolong Kanan PPKI, barisan ketua bidang, Guru-guru dan pelajar
sekalian

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan penghormatan untuk
bersama-sama pelajar dan guru-guru pada pagi ini untuk menyempurnakan majlis
pelancaran Minggu Pusat Sumber peringkat Sekolah. Minggu pusat sumber yang bertemakan
bahasa menjana insan berakhlak mulia adalah program pusat sumber yang bertujuan
untuk untuk memastikan budaya cintakan ilmu berjaya dipupuk di kalangan semua lapisan
masyarakat terutamanya golongan belia selaras dengan hala tuju kerajaan untuk
mewujudkan masyarakat yang kaya maklumat.

Pelajar pelajar sekalian,

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan yang
amat penting untuk membentuk masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca
dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat sumber sekolah juga berperanan untuk
memupuk minat belajar secara kendiri dan melatih pelajar menggunakan kemahiran
mencari maklumat di dalam proses pembelajaran. Justeru itu, Minggu Pusat Sumber Sekolah
dilaksanakan sebagai kesinambungan untuk menguasai kemahiran mencari maklumat kearah
pembentukan masyarakat yang berbudaya ilmu.

Para pelajar sekalian,

Seiring dengan keperluan teknologi maklumat dalam dunia pendidikan, pusat sumber
sekolah kini telah dilengkapi 3 buah komputer untuk kegunaan para pelajar dalam mencari
maklumat. Oleh itu, diharapkan agar para pelajar dapat memanfaatkan kemudahan-
kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan dengan sebaik mungkin dalam menimba
ilmu-ilmu yang baru. Untuk pengetahuan semua, minggu pusat sumber kali ini turut disertai
oleh syarikat penerbitan buku terkenal iaitu PTS publication di mana mereka akan
mengadakan jualan buku,membuat bengkel mencipta komik dan motivasi belajar kepada
pelajar-pelajar sekolah ini.

Sempena dengan Minggu Pusat Sumber ini, saya menyeru kepada semua pelajar dan guru-
guru untuk berkunjung ke perpustakaan dan menyertai program-program dan aktiviti yang
dirancang. Sebelum mengakhiri ucapan ini saya ingin mengucapkan syabas kepada
Jawatankuasa minggu Pusat Sumber dan semua yang telah terlibat dalam menjayakan
program ini. Tanpa dedikasi dan keringat yang telah anda curahkan kejayaan pada hari ini
tentu sekali sukar untuk kita perolehi.
Dengan ini, saya dengan sukacita dan bangganya merasmikan Program Minggu Pusat Sumber
Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa pada tahun 2017.

Sekian, terima kasih.