Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN BOLA BALING ZON SELAMA 2017

Tarikh : 1 Mac 2017


Hari : Rabu
Masa : 2.40 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Sultan Idris II
Kehadiran : 15 orang

Bil Nama Jawatan / Sekolah


1 En. Othman bin Yahaya AMP,PJK Guru Besar
2 En. Hairul Bin Mohamad PK HEM
3 En. Mohd Romizan Bin Mohd Zali PK Kokurikulum
4 En. Abd Razak bin Yusof PTPS
5 En. Azizul bin Abd Rahman PTPS
6 En. Mohd Affiq Bin Amir Abdullah Setiausaha Kokurikulum
7 En. Herezan bin Mohamad Gapar Setiausaha Sukan
8 En. Mohamad Zamin Nizam bin Abd. Hadi SK Sg. Dendang
9 Pn. Nurul Aini Baharum SK Sri Selama
10 Pn. Marliana bt Abdullah SK Sg. Bayor
11 En. Othman B Mohd Noor SK Rantau Panjang
12 En. Mohd Noramin bin Baharum SK Banggol Jas
13 En. Zulkifli bin Dahaman SK Ulu Mengkuang
14 En. Mohamad Ridzuan bin Mohd Jaafar SK Tebing Tinggi
15 En. Asrulizan bin Baharudin SK Toh Rakna Sakti

Tidak hadir bersebab:

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Guru Besar


2. Ucapan PTPS
3. Tarikh dan Masa
4. Syarat Pertandingan
5. Kewangan
6. Undian Kumpulan
7. Hal-Hal Lain
1. Ucapan Pengerusi/Guru Besar
1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
1.2 Guru Besar memaklumkan untuk berjumpa PPD bagi memohon untuk
memulakan pertandingan pada waktu pagi.
1.3 Guru Besar berharap pertandingan bola baling peringkat zon ini akan
berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada sekolah-
sekolah yang terlibat.

Tindakan: Makluman

2. Ucapan PTPS Bola Baling :


2.1 En. Azizul menyatakan sekiranya sekolah tidak mendapat kelulusan
untuk memulakan pertandingan pada awal pagi, guru hendaklah berada
di sekolah sekurang-kurangnya 2 jam.
2.2 En. Azizul menyatakan MSPK bola baling negeri akan dijalankan di Ipoh.
2.3 En. Azizul menyatakan program CHAMPION (program pembangunan
bola baling peringkat negeri ) akan bertanding pada 17 Mac 2017.
2.4 En. Azizul menyatakan bola baling peringkat daerah akan dijalankan
pada 25 April 2017 (perempuan) dan 27 April 2017 (lelaki).
Tindakan: Makluman

3. Tarikh dan Masa


3.1 Pertandingan Bola Baling Peringkat Zon akan diadakan pada 17 April
2017 (perempuan) dan 18 April 2017 (lelaki) bertempat di SK Sultan Idris
II, Felda Ijok.
3.2 Pertandingan akan bermula pada 11.00 pagi. Sebarang perubahan
jadual perlawanan tertakluk kepada pengerusi pertandingan dan akan
dimaklumkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat.
3.3 Mesyuarat memutuskan masa permainan adalah 10-1-10 (peringkat
kumpulan) dan 13-1-13 (singkir)
3.4 Tarikh akhir untuk tarik diri atau mendaftar masuk pasukan adalah pada
14 Mac 2017. Denda RM50 dikenakan kepada sekolah bagi setiap
pasukan yang menarik diri selepas dari tarikh yang dinyatakan.

Tindakan: Semua guru


4. Syarat Pertandingan.
4.1 Setiap pasukan yang berdaftar hendaklah mempunyai 14 orang pemain
dan 2 orang daripadanya mestilah bukan daripada murid tahun 6.
4.2 Borang pendaftaran murid akan disertakan bersama dalam email minit
mesyuarat. Senarai nama murid itu hendaklah disertakan sesalinan sijil
lahir. Tarikh akhir penghantaran senarai nama murid ialah pada 10 April
2017.
4.3 En. Mohd Romizan mencadangkan agar pengurus pasukan menyusun
nama murid dari yang terbaik kepada kurang baik dalam borang
pendaftaran bagi memudahkan pemilihan murid untuk mewakili zon ke
peringkat daerah.
4.4 Mesyuarat memutuskan setiap sekolah dikehendaki menghantar 1
pegawai untuk bertugas pada hari pertandingan.
4.5 Mesyuarat memutuskan jersi yang dipakai hendaklah mempunyai
nombor di bahagian depan dan belakang. Sekiranya tidak ada, pengurus
pasukan hendaklah menyediakan bib.
4.6 Peraturan lain pertandingan boleh dirujuk di syarat dan peraturan
pertandingan bola baling yang telah diserahkan..

. Tindakan: Semua guru

5. Yuran Penyertaan
5.1 Mesyuarat memutuskan yuran pendaftaran adalah sebanyak RM120
bagi 1 pasukan.
5.2 Yuran penyertaan peringkat daerah ialah RM150.00 bagi 1 pasukan
5.3 Bayaran boleh dibuat dalam bentuk :
5.3.1 Tunai kepada bendahari ( Pn. Faridah bt. Tahir )
5.3.2 Cek atas nama SEK. KEB. SULTAN IDRIS II
5.4 Tarikh akhir pembayaran ialah pada 10 April 2017.
. Tindakan: Semua guru
6. Jamuan
6.1 Jamuan disediakan untuk pegawai yang bertugas dan urusetia.
6.2 Makanan untuk murid-murid dan guru pengiring disediakan oleh sekolah
masing-masing.

7. Undian Kumpulan
7.1 Keputusan undian adalah seperti berikut:

Lelaki
Kumpulan A Kumpulan B
SK Toh Ratna Sakti SK Sungai Bayor
SK Rantau Panjang SK Selama
SK Sri Selama SK Banggol Jas
SK Ulu Mengkuang SK Sultan Idris II
SK Tebing Tinggi

Perempuan
Kumpulan A Kumpulan B
SK Sri Selama SK Sungai Bayor
SK Sultan Idris II SK Rantau Panjang
SK Ulu Mengkuang SK Sungai Dendang
SK Toh Ratna Sakti SK Banggol Jas
.
Tindakan: Semua guru

8. Hal-hal Lain.
8.1 Mesyuarat memutuskan untuk menjemput YB Hasbullah bagi perasmian
penutup.
8.2 Pertandingan akan menggunakan 2 gelanggang (A dan B)
.
Tindakan: Semua guru
9. Ucapan penangguhan
9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
menghadiri mesyuarat ini.
9.2 Pengerusi juga berharap segala perancangan dapat dijalankan dengan
lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

................................................ ................................................
(Mohd Affiq Bin Amir Abdullah) (Mohd Romizan Bin Mohd Zali)
Setiausaha Kokurikulum, Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Sultan Idris II SK Sultan Idris II

Disahkan oleh :

..................................................
(Othman bin Yahaya AMP,PJK)
Guru Besar Cemerlang,
SK Sultan Idris II

Anda mungkin juga menyukai