Anda di halaman 1dari 20

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

QUALITATIVE RESEARCH METHODS


( HPEF 7053 )

MAY SEMESTER 2016


ASSIGNMENT 1

NAME : JAFRI BIN HUSSIN

IC NUMBER : 670502-01-6305

MATRICS NUMBER : CGS 01176831

H/P NUMBER : 019-7642718

ADDRESS : INSTITUT PENDIDIKAN GURU,


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM,
JALAN DATIN HALIMAH,
80350, JOHOR BAHRU, JOHOR

E- MAIL : jaffhussin@yahoo.com
1
TUTOR : DR MAHANI BT MOKHTAR

TUGASAN 1

PROTOKOL PEMERHATIAN

Dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan, penyelidikan kualitatif (qualitative


research) adalah suatu kaedah metodologi yang lazim digunakan. Penyelidikan kualitatif
berteraskan kepada pentafsiran yang menitikberatkan dunia sosial yang ditafsir, difahami,
dialami dan dihasilkan. Pentafsiran ini berasaskan kepada suatu kaedah pengumpulan data
yang bersifat lenturan dan sensitif kepada konteks sosial pengumpulan data tersebut.
Sehubungan itu, matlamat penyelidikan kualitatif adalah untuk memberikan pemahaman yang
menyeluruh menerusi suatu analisis dan penghuraian yang bersifat 'holistik'(Shaiful Bahri,
2016).
Penyelidikan kualitatif dijelaskan Mason (1996: 4) sebagai,

" ...grounded in a philosophical position which is broadly 'interpretivist' in


the sense that it is concerned with the social world is interpreted, understood,
experienced or produced [...] based on methods of data generation which are
flexible and sensitive to the social context in which data are produced (rather
rigidly standardized or structured, or removed from 'real life'or 'natural' social
context, as in some forms of experimental method). [...] Qualitative research
aims to produce rounded understandings on the basis of rich, contextual
and detailed data. There is more emphasis on 'holistic' forms of analysis and
explanation in this sense, than on charting surface patterns, trends and
correlations. Qualitative research usually does use some form of qualification,
but statistical forms of analysis are not seen as central."

Berdasarkan kenyataan Mason tersebut, dapat difahami bahawa penyelidikan kualitatif adalah
berteraskan kepada pentafsiran yang menitikberatkan ke atas dunia sosial yang ditafsir,
2
difahami, dialami dan dihasilkan. Pentafsiran ini berasaskan kepada suatu kaedah
pengumpulan data yang bersifat lenturan dan sensitif kepada konteks sosial pengumpulan data
tersebut. Pentafsiran atau interpretasi ke atas data yang dikumpul itu distrukturkan dan
dibataskan ke atas konteks atau ruang lingkup data itu sahaja yang dilakukan secara mendalam
dan mendasar bagi merongkai permasalahan yang ditimbulkan, Pada masa inilah, pentafsiran
itu mengaplikasikan alat pengukur (research tools) baik teori, pendekatan mahupun model yang
bersesuaian dan berpadanan dengan tuntutan permasalahan kajian yang dibina dan
dibangkitkan dalam konteks analisis data.

Satu kajian kualitatif telah dilaksanakan untuk aktiviti pemerhatian dan temu bual di
Sekolah Jenis Kebangsaan Foon Yew 4 yang terletak dalam daerah Johor Bahru. Ia
dilaksanakan ke atas seorang guru praktikum yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
dalam sebuah kelas dengan bilangan pelajarnya adalah seramai 29 orang. Guru ini dipilih
disebabkan beliau merupakan guru di bawah seliaan penyelidik dan senang untuk dihubungi.
Aktiviti temubual selama 60 minit dilaksanakan di sebuah bilik kaunseling dengan mengambil
kira keadaan dan persekitaran ruang yang selesa tanpa sebarang gangguan.

Pemerhatian adalah kaedah utama yang sangat penting dalam penyelidikan. Compte,
pengasas sosiologi mengatakan bahawa dalam bidang sains kemasyarakatan, pemerhatian
merupakan salah satu daripada kaedah teras, di samping kajian perbandingan, analisis
persejarahan dan eksperimen. Teknik kajian pemerhatian secara langsung (unobstrusive
observation) diterapkan dalam kerja lapangan. Suasana akan dihidupkan dengan adanya si
pencerita dan khalayak. Sehubungan itu, adalah penting untuk melakukan pemerhatian
terhadap aksi si pencerita semasa menyampaikan ceritanya dan respon atau reaksi khalayak
ketika itu (performance). Oleh itu, pemerhatian ini akan termuat dalam catatan yang
mengambil kira suasana penceritaan seperti persekitaran sewaktu penceritaan, khalayak yang
hadir dan sebagainya seterusnya akan membantu mendapatkan maklumat etnografi (Sulaiman
Masri, 2005)

Menurut Kidde (1981), pemerhatian dianggap sebagai alat kajian apabila:-

a. ia di gunakan untuk mencapai tujuan kajian,


b. dirancang dengan rapi.
c. direkod secara sistematik dan
d. diperiksa dan dikawal kesahan dan kebolehpercayaannya.
3
Pemerhatian digunakan untuk mengkaji interaksi yang kompleks dalam situasi dan latar
sosial yang sebenar.Pemerhatian melibatkan tindakan temubual, mengambil nota dan merakam
peristiwa, perkara, perlakuan, artifak secara sistematik untuk kajian. Rekod pemerhatian
dirujuk sebagai nota lapangan iaitu deskripsi terperinci yang non judgemental serta konkrit
dalam pemerhatian dilakukan.
Penyelidikan kualititatif banyak bergantung kepada temu bual terutama temu bual
terbuka dalam pengumpulan maklumat. Kahn dan Cannell (Marshall & Rosman, 1956)
mendefinasikan temu bual sebagai perbualan dengan bertujuan(conversation with a
purpose). Temu bual dilakukan apabila perkara-perkara yang tidak boleh diperhati atau
membuat tafsiran tentang sesuatu seperti perasaan. Temu bual merupakan keseluruhan
pengumpulan data kajian satu daripada teknik dalam kajian digunakan. Terdapat tiga jenis temu
bual iaitu berstruktur, tidak berstruktur (terbuka) dan separuh berstruktur.

Jenis-jenis soalan mempengaruhi temu bual untuk menghasilkan maklumat tujuan kajian.
Soalan-soalan sebaik-sebaiknya adalah mudah, ringkas dan padat difahami dan tidak terlalu
teknikal. Strauss, Schatzman, Bucher dan Sabshin (1981) mengemukakan empat kategori
soalan iaitu soalan hipotetikal, soalan mencabar pandangan/minda, soalan ideal dan soalan
interpretatif.

Dalam jangka masa pemerhatian pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
selama satu jam sewaktu manjalankan penyeliaan di sebuah kelas Tahun 2 yang mempunyai
29 orang murid beberapa perkara berikut terlibat yang penyelidik dapat perhatikan antaranya
ialah :
1. Latar belakang fizikal bilik darjah
Fizikal bilik darjah yang baik dan kondusif mempunyai kelengkapan dan susunan
perabot seperti almari, papan kenyataan,papan tulis, kerusi dan meja guru dan murid
yang cukup, baik dan selesa. Pengaliran udara dan kemudahan penghawa dingin dan
kipas amat membantu.
2. Partisipansi guru dan murid
Pengajaran guru yang berbagai kaedah, pergerakan aktif dan responsif dengan bantuan
bahan bantu mengajar dan berfokuskan kepada murid amat berkesan. Pengajaran dan
pembelajaran berkesan dengan penyertaan aktif setiap murid dalam menjawab,
perbincangan dan menyelesaikan aktiviti kumpulan. Pengawalan displin penting.
3. Aktiviti dan interaksi

4
Aktiviti-aktiviti seperti penerangan guru, jawapan dan pertanyaan murid dan aktiviti
secara individu dan kumpulan kecil dilakukan dengan baik. Guru bergerak aktif dan
berbagai arah kepada setiap murid .
4. Perbualan
Perbualan dilakukan oleh guru dengan murid-murid dan antara murid dengan murid
adalah terkawal dan beradab tidak ada perkara negatif timbul yang berkemungkinan
dengan kehadiran saya sebagai peyelidik/pemerhati ketika pengajaran dan
pembelajaran dilakukan.

5. Perlakuan pemerhati sendiri


Pemerhati sebagai penyelidik mendapati bahawa pengajaran dan pembelajaran melalui
kaedah belajar sambil bermain memberi kesan positif dalam kelas tersebut.
6. Jangkaan peruntukan masa
Saya melihat bahawa guru tersebut memperuntukan masa kepada pengajaran amat baik
dengan pembahagian kepada pengenalan -5 minit, perkembangan pelajaran iaitu
langkah 1 selama 10 minit, langkah 2 juga 15 minit, langkah 3 selama 20 minit dan
penutup selama 5 minit.
7. Faktor-faktor lain jika ada
Penggunaan teknologi (TMK) dalam pengajaran amat baik seperti komputer, power
point dan smart board dan tidak bergantung kepada buku teks, buku latihan dan
lembaran kerja serta memasukan kemahiran masa depan serta kemahiran beraras tinggi
(KBAT) sewaktu melaksanakan pengajaran dan pengajarannya adalah amat tepuji.

Pemerhatian dijalankan di Tahun 2 Zamrud. Kelas ini dipilih sebagai subjek kajian,
kerana sukatan pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Udara Bersih merupakan tajuk Tahun 2
yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Mereka juga baharu sahaja diperkenalkan dengan
tajuk Jagalah Kesihatan Kita yang merupakan pengetahuan asas dalam memahami tajuk
berkaitan kesihatan diri. Kelas ini mengandungi 29 orang pelajar (22 lelaki dan 7 perempuan).
Butiran pemerhatian adalah seperti berikut:
Tarikh : 9 Ogos 2016 ( Selasa )

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Masa Pemerhatian : 9.50 10.50 pagi

Tempat : Kelas 2 Zamrud

Pemerhatian Kelas

5
Elemen tumpuan:

Pengaruh Pembelajaran Aktif Terhadap Pencapaian Pelajar Tahun 2 Dalam Mata Pelajaran
Bahasa Melayu.

Soalan tumpuan :

i. Mengenal pasti pengaruh kaedah pengajaran dan pembelajaran terhadap pencapaian Bahasa
Melayu.
ii. Mengenal pasti pengaruh Persepsi tentang subjek terhadap pencapaian Bahasa Melayu.
Masa maklum
balas Catatan pemerhatian :
pemerhatian :
9.50am - Pelajar-pelajar diminta keluar kelas menghirup udara segar. Pelajar
nampak gembira
9.55am - Beberapa pelajar menunjukkan reaksi kecewa apabaila diminta masuk
semula ke dalam kelas. Guru bersoal jawab dengan pelajar. Guru
menayangkan power point. Pelajar agak teruja apabila diminta
menyentuh smart board. Antara kata-kata pelajar yang kedengaran
- Bestnyai
10.05am - Saya nak cuba cikgu
- Saya pula cikgu, asyik kumpulan tu ajer
-
10.15am - Guru membahagikan kepada lima kumpulan. Aktiviti permainan
mengikut seksyen.
- Kumpulan A dan B bermain Sahiba. Perkataan yang diperoleh dicatat
Kumpulan C dan D bermain Dadu bersuku kata. Suku kata diperoleh
dicatat
Kumpulan E (pemulihan) bermain pancing ikan suku kata
- Setiap 10 minit digilirkan permainan.
- Mereka senyum dan ketawa sepanjang permainan. Kadang-kadang
10.35am mereka marah sesama ahli dalam kumpulan kerana rakan tidak dapat
membina perkataan. Pelajar-pelajar aktif bermain sambil berbincang. -
Cukup 15 minit Sesi bermain tamat guru meminta setiap kumpulan
membina ayat daripada perkataan dan suku kata yang diperoleh melalui

6
permainan sahiba dan dadu. Bagi kumpulan E diminta menulis suku kata
yang dipancing. Semua ditulis dalam kertas mahjong yang dibekalkan
guru. Guru meminta setiap kumpulan membentangkan di hadapan kelas.
Markah diberi berdasarkan berapa banyak ayat yang ditulis..
- Terdapat seorang pelajar pasif tidak mengendahkan aktiviti. 4 orang
pelajar juga agak lambat bertindak tetapi meneruskan permainan kerana
didorong oleh rakan-rakan sekumpulan.
- .Kebanyakan pelajar berat hati untuk mengemaskan peralatan permainan.
- Pelajar-pelajar menjawab soalan ujian bertulis yang diberikan guru
10.45am dengan tenang.
- Semakan jawapan ujian mendapati kebanyakan pelajar memperoleh
markah penuh
- Pelajar-pelajar kelihatan gembira kerana mendapat hadiah kumpulan
terbaik.
Nota maklum balas:
Apakah yang telah dipelajari?
Daripada pemerhatian, beberapa perkara telah dipelajari iaitu:
a. Aktiviti permainan menggalakkan penglibatan aktif para pelajar dalam satu-satu aktiviti
pembelajaran.
b. Hadiah dan ganjaran dapat menimbulkan suasana persaingan dan menjadikan pembelajaran
lebih ceria.
c. Perjalanan aktiviti permainan perlu dirancang dan diteliti terlebih dahulu untuk memastikan
objektif pembelajaran tercapai.
d. Pengetahuan sedia ada pelajar dalam permainan adalah penting untuk memastikan semua
pelajar dapat melibatkan diri.

Apakah persoalan yang timbul?

a. Adakah hasil pembelajaran akan sama jika aktiviti dijalankan ke atas kelas yang mempunyai
aras kebolehan yang lebih rendah?
b. Adakah keseronokan bermain akan menyebabkan pelajar hilang fokus ke atas pencapaian
objektif pembelajaran?

7
c. Adakah aktiviti belajar sambil bermain boleh dijayakan jika sesuatu tajuk itu pertama kali
disampaikan kepada pelajar?
d. Adakah kemahiran dalam sesuatu jenis permainan itu akan mempengaruhi tahap
penguasaan pelajar terhadap sesuatu tajuk?

Langkah seterusnya:

1. Membuat temu bual dengan responden.


2. Membuat transkrip bahan temu bual.
3. Mengumpul lebih banyak data lain yang berkaitan daripada sumber manusia dan bukan
manusia.
4. Mendokumentasikan semua bahan-bahan berkaitan
5. Membuat analisis kepada semua data-data yang dikumpulkan.
6. Membuat kesimpulan

PROTOKOL TEMU BUAL

Responden : Pelajar Tahun 2 Zamrud

Tarikh : 9 Ogos 2016

Masa : 11.0 pagi

Tempat : Bilik Kaunseling , SJK Foon Yew 4

Responden kajian dipilih kerana memenuhi ciri-ciri yang bersesuaian dengan


objektif kajian. Responden merupakan seorang pelajar Tahun 2 yang responsif, serta
menunjukkan pencapaian yang sederhana dalam ujian-ujian Bahasa Melayu yang lepas. Temu
bual dijalankan sebaik sahaja sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan
kaedah permainan Sahiba.

Berikut adalah senarai soalan yang bakal ditanya:

1. Adakah awak meminati subjek Bahasa Melayu?

8
2. Adakah tajuk pengajaran cikgu hari ini sukar bagi awak?
3. Apa aktiviti dalam kelas yang mendorong awak untuk melibatkan diri dari
menyertainya?
4. Adakah awak nampak kaitan permainan dengan subjek Bahasa Melayu?
5. Seronok dapat hadiah?
6. Adakah awak menyukai cara belajar sambil bermain macam bermain sahiba dan dadu
untuk belajar membina ayat?
7. Adakah permainan yang dijalankan itu dapat membantu awak memahami topik yang
sedang dipelajari?
8. Berapa skor awak dalam latihan yang cikgu bagi selepas aktiviti tadi?
9. Penutup

TRANSKRIP TEMU BUAL

Pertama sekali, cikgu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada awak kerana sudi
meluangkan masa untuk ditemu bual bagi membantu cikgu untuk mendapatkan serba sedikit
maklumat dalam mengenal pasti pengaruh kaedah pengajaran dan pembelajaran terhadap
pencapaian Bahasa Melayu dan mengenal pasti pengaruh persepsi tentang subjek terhadap
pencapaian Bahasa Melayu. Kaedah yang cikgu telah gunakan tadi ialah permainan Sahiba dan
Dadu untuk pelajar cemerlang dan sederhana serta pancing ikan untuk murid lemah. Jadi cikgu
ingin mendapatkan maklumat tentang bagaimanakah penerimaan pelajar terhadap penggunaan
permainan sahiba dan dadu dalam memahami topik yang cikgu ajar tadi yang melibatkan
murid-murid kelas awak.

Sepanjang sesi temu bual ini, awak boleh bertanya jika soalan tidak difahami, atau awak
boleh meminta penerangan lanjut. Segala maklumat yang akan direkodkan dan dirakam adalah
sulit dan tidak akan digunakan untuk tujuan lain, selain daripada kajian ini.
Soalan 1 Boleh cikgu teruskan?
Respon 2 (Ketawa) Boleh cikgu...
Soalan 3 Adakah awak meminati subjek Bahasa Melayu?
Respon 4 Saya...? Saya minat...
Soalan 5 Adakah topik yang cikgu. sukar bagi awak?
Respon 6 Suka tak dengan cikgu ... ajar? Kenapa suka?

9
Soalan 7 (Angguk)
Respon 8 Saya rasa suka denga cikgu ajar sebab dia selalu sertakan dengan
permaianan dan kadang kala cikgu . menyanyi sambil ajar. Suka sangat.
Soalan 9 Apa aktiviti dalam kelas yang mendorong awak untuk libatkan diri
menyertainya?
Respon 10 Errr... macam-macam. macaaammm.... perbincangan kumpulan...ada main-
main, kadang kadang menyanyi dan tonton video. Ada juga kita buat
pembentangan. Kami buat peta bulat-bulat (I-Think). Ada juga soal soal.
Paling selalu ialah pembentangan kumpulan . Cikgu ajar dulu... pas tu cikgu
suruh bincang soalan... Yang bagus ada hadiah setiap kali
pembentangan..kumpulan saya banyak dapat hadiah. Jadi kami buat betul-
betul... (Ketawa). Nak menang kan...? Aaahhh...

(Senyum, kemudian menyambung lagi)

Tapi... paling kami suka yang cikgu suruh kami main. Ada laaa... mula-mula
tu rasa macam pelik juga. Kenapa cikgu suruh kami main Sahiba masa Bahasa
Melayu ... Padahal cikgu kata hari ini kami belajar tajuk macam-macamlah...
Tapi kenapa cikgu bawa mainan...??? Ha ha ha...
Soalan 11 Lepas tu...?
Respon 12 Lepas tu... kami main ja lah... lama-lama kan... bila main tu... kawan-kawan
bagitau kalau menang dapat hadiah, jadi kita buat betul-betul, kadang-kadang
cikgu beri gula-gula, pensel, pembaris.00oo... duit pun ada banyak ooo. Ha ha
ha...
Soalan 13 Adakah awak dapat nampak kaitan permainan dengan subjek Bahasa Melayu?
Respon 14 Mula-mula tu tidak... tapi lama-lama cikgu buat saya dah tahu cikgu akan buat
apa...selalunya buat ayat.
Soalan 15 Oh ya?
Respon 16 Ya... yang paling banyak rekod akan dapat hadiah. Siapa tak nak hadiah... Ha
ha ha...
Soalan 17 Cikgu bagi hadiah apa?
Respon 18 Errr... yang tadi kami dapat.. yang saya cakap tadi. Gula-gula ada, pembaris
ada pemadam ada, yang best dapat duit juga.....

10
Soalan 19 Apa lagi hadiah-hadiah cikgu pernah beri?
Respon 20 Pen, coklat, biskut, duit... errr... Kismis, kacang pista... macam-macam la..
Soalan 21 Seronok dapat hadiah?
Respon 22 Seronooookkk.... rasa bangga. Sebab bukan semua dapat. Yang rajin
dapatlah... Tapi macam semua juga pernah dapat hadiah. Yang paling selalu
dapat kumpulan sayakumpulan saya semua pandai-pandai..hahahah...
(Ketawa).
Soalan 23 Adakah awak menyukai cara belajar sambil bermain macam bermain sahiba
tadi?
Respon 24 Mestilah cikgu... Kalau cikgu asyik bercakap saja... Mula-mula boleh la
tumpukan perhatian. Lama-lama tu bosan... Ha ha ha.... Macam yang tadi tu
rasa macam bukan belajar... Macam main saja... ohhh... tapi rupa-rupanya
belajar sesuatu.
Soalan 25 Adakah permainan yang dijalankan itu dapat membantu awak memahami
topik yang sedang dipelajari?
Respon 26 Ya cikgu.... saya boleh buat ayat dengan cepat (senyum lebar).
Soalan 27 Berapa skor awak dalam latihan yang cikgu bagi selepas aktiviti tadi?
Respon 28 Sepuluh... Ramai yang dapat fullmark... macam semua.. (senyum).
Soalan 29 Baiklah.cikgu rasa setakat ini sahaja untuk hari ini. Terima kasih kerana
telah membantu cikgu dalam kajian ini
Respon 30 Orait cikgu... Sama-sama. Saya balik dulu ya cikgu......

LAPORAN DAN KESIMPULAN KAJIAN

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran amat bergantung


kepada beberapa faktor. Faktor pertama ialah minat murid itu sendiri terhadap mata pelajaran.
Responden kajian ini mengakui meminati mata pelajaran Bahasa Melayu akhirnya memperoleh
markah penuh dalam soalan pemahaman di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Petikan
temu bual berikut menunjukkan responden meminati subjek Bahasa Melayu.

11
Soalan : Adakah awak meminati subjek Bahasa Melayu?
Respon : Saya...? Saya minat...

Minat mempunyai pengaruh yang besar terhadap kemahuan belajar. Jika pelajar tidak meminati
sesuatu pelajaran, pelajar tidak akan belajar dengan sebaik-baiknya, kerana ketiadaan daya
tarik. Mereka akan malas belajar sehingga prestasinya tidak memuaskan (Slameto, 2010).

Motivasi dan semangat daripada guru juga adalah salah satu punca keberkesanan
pembelajaran. Daripada pemerhatian dan temu bual, didapati guru sering memberikan hadiah
kepada para pelajar. Fungsi hadiah adalah untuk membangkitkan motivasi pelajar. Dengan
hadiah pelajar akan berasa usahanya dihargai dan akan berusaha untuk mengulangi kejayaan
pada masa hadapan.

Soalan : Seronok dapat hadiah?


Respon : Seronooookkk.... rasa bangga. Sebab bukan semua dapat. Yang
rajin dapatlah... Tapi macam semua juga pernah dapat hadiah. Yang
paling selalu dapat kumpulan saya sebab kumpulan saya pandai-
pandai semua... saya pun selalu... (Ketawa).

Pemerhatian juga mendapati bahawa kesungguhan pelajar dalam mendapatkan jawapan


kepada persoalan juga amat membantu dalam mencapai objektif pembelajaran. Daripada
catatan pemerhatian, pukul 10.15 pagi seorang pelajar yang bersungguh-sungguh mencari
tujuan guru memberi permainan sahiba kepada mereka, telah mengubah suasana bermain
kepada belajar sambal bermain. Tanpa kesungguhan pelajar berfikir sesi pengajaran dan
pembelajaran mungkin akan mengalami kegagalan.

Penggunaan bahan bantu dalam kelas dapat menyokong penyampaian isi pelajaran.
Dalam pemerhatian kali ini, bahan bantu yang digunakan ialah set permainan sahiba dan dadu
bagi murid cerdas dan sederhana manakala pelajar lambat permainan pancing ikan suku kata.
Lembaran kerja yang berupa membina ayat majmuk Bahasa Melayu juga disediakan. Dengan
menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses
pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang
menyatakan bahawa pembelajaran Bahasa Melayu adalah sukar.

12
Pendekatan dan kaedah pengajaran guru jelas mempengaruhi minat pelajar. Sebagai
contoh, responden berkata :

Tapi... paling kami suka yang cikgu suruh buat ialah kami main. Ada daaa... mula-
mula tu rasa macam pelik juga. Kenapa cikgu suruh kami main Sahiba masa
Bahasa Melayu....... Padahal cikgu kata hari ini kami belajar tajuk udara
bersih..... Tapi kenapa cikgu bawa mainan...??? Ha ha ha...

Hubungan dengan rakan sebaya juga penting di dalam kelas. Petikan catatan
pemerhatian pada pukul 10.45 adalah seperti berikut:

- Mereka senyum dan ketawa sepanjang permainan. Kadang-kadang mereka marah


sesama ahli dalam kumpulan kerana rakan tidak dapat membina perkataan. Pelajar-
pelajar aktif bermain sambil berbincang.
- Cukup 15 minit Sesi bermain tamat guru meminta setiap kumpulan membina ayat
daripada perkataan dan suku kata yang diperoleh melalui permainan sahiba dan dadu.
- Bagi kumpulan E diminta menulis suku kata yang dipancing. Semua ditulis dalam
kertas mahjong yang dibekalkan guru.
- Guru meminta setiap kumpulan membentangkan di hadapan kelas. Murid memilih
wakil kumpulan mereka sendiri untuk membentangkan dapatan.
- Markah diberi berdasarkan berapa banyak ayat yang ditulis..
- Terdapat seorang pelajar pasif tidak mengendahkan aktiviti. 4 orang pelajar juga agak
lambat bertindak tetapi meneruskan permainan kerana didorong oleh rakan-rakan
sekumpulan (Kumpulan E).
- .Kebanyakan pelajar berat hati untuk mengemaskan peralatan permainan.

Hubungan rakan sebaya di kelas yang baik akan menjadi faktor pembelajaran koperatif
dijalankan. Kelebihan pembelajaran koperatif telah banyak dibuktikan dalam kajian-kajian
lepas. Bekerja dalam kumpulan boleh memotivasikan individu untuk bekerja dengan lebih kuat
lagi.

13
LAPORAN PENILAIAN KENDIRI

Responden mengatakan kebiasaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah
perbincangan kumpulan, kaedah sumbang saran dan bersoal jawab dalam pelbagai arah dan
juga kaedah yang berpusatkan pelajar. Namun lazimnya perbincangan kumpulan paling kerap
dijalankan.

Soalan : Apa aktiviti dalam kelas yang mendorong awak untuk melibatkan
diri menyertainya?
Respon : Errr... macam-macam. Perbincangan kumpulan... pembentangan.
Kami buat peta bulat-bulat (I-Think). Ada juga soal-soal. Paling
selalu ialah pembentangan kumpulan . Cikgu ajar dulu... pas tu
cikgu suruh bincang soalan... Yang bagus ada hadiah setiap kali
pembentangan... Jadi kami betul-betul... (Ketawa). Nak menang kan
untuk dapat hadiah..? Aaahhh...

Untuk meningkatkan keberkesanan kaedah pembentangan kumpulan, adalah


disarankan agar pada akhir pembelajaran pelajar diminta membuat rumusan dan membuat nota
di rumah. Guru juga disarankan agar menyemak nota atau latihan yang telah diberikan dari
masa ke semasa.

Berdasarkan temu bual, permainan sahiba dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan
topik yang diajarkan adalah sesuai dan boleh diaplikasikan. Permainan sahiba sebagai media
pembelajaran untuk pelajar Tahun 2 dalam tajuk udara bersih telah menyebabkan responden
memperoleh skor sepuluh (penuh) dalam latihan penilaian. Malah didapati sebahagian besar
daripada rakan sekelas responden juga berjaya mendapat markah penuh bagi dalam latihan
penilaian berkenaan. Rujuk petikan temu bual berikut:

Soalan : Berapa skor awak dalam latihan yang cikgu bagi selepas aktiviti
tadi?

14
Respon : Sepuluh ..... Ramai dah dapat fullmark..... macam semua..
(senyum).

Berdasarkan deskripsi tersebut, maka media permainan sahiba dan dadu bersuku kata layak
dan dapat digunakan dalam apa sahaja aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu dengan
menggunakan pelbagai pendekatan atau kaedah pengajaran.

Permainan Sahiba mudah diperolehi di kedai-kedai. Set permainan ini tidak


memerlukan ruang penyimpanan yang besar, mudah dijaga, mudah dibawa dan dipindahkan,
berwarna-warni dan tidak membosankan, menimbulkan rasa gembira dan ingin tahu serta dapat
dimainkan minimum 3 orang hingga maksimum 8 orang,(Arif, Raharjo&Muji, 2011).

Berkenaan pemberian hadiah sebagai cara menimbulkan motivasi ekstrinsik juga


adalah salah satu yang patut dicontohi. Hadiah hendaknya diberikan secara spontan, sesuai
dengan keadaan dan sifat dari aspek yang menunjukkan keistimewaan prestasi. Selain itu
hadiah hendaklah sesuatu yang disukai oleh pelajar, (Zainudin, 2014).

15
TUGASAN 2

Mengkritik Artikel

Tajuk Artikel yang dibincangkan ialah Satu Penerokaan Kualitatif ke atas Perhubungan
Pembelajaran Komuniti Atas Talian yang ditulis oleh Haidong Wang dari Universiti Georgia
dan diterbitkan oleh Jurnal Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kajian tersebut
mengenai perhubungan sosial, pembelajaran komuniti dan pembelajaran atas talian yang
bertujuan untuk mendapatkan jawapan bahawa pembelajaran atas talian oleh komuniti boleh
meningkatkan kegigihan pelajar, pertukaran maklumat, pembelajaran sokongan, kerjasama dan
kepuasan pembelajaran.

Pengkaji telah menggunakan Kajian kualitatif dan temubual mendalam separa


berstruktur ke atas tiga pelajar dewasa daripada enam
belas penuntut dalam program M.Ed di Jabatan Pelajaran Dewasa Universiti Southeast. Kajian
ini melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan sasaran dan kumpulan perwakilan berjumlah
16 orang untuk semua peserta dengan 11 orang perempuan dan 5 orang lelaki. Pemilihan
temubual mendalam separa berstruktur secara terus dan bersemuka kerana ia lebih fleksibel,
mudah mengeluarkan pendapat, tiada paksaan dan hubungan rapat. Bagaimanapun perbualan
melalui telefon ke atas Tom adalah kurang memuaskan dan tidak berkesan serta ia memberi
kesan kepada pengumpulan data serta maklumat.

Pengkaji telah menganalisa data dengan baik dengan merakamkan semua perbualan
melalui pita rakaman untuk proses temubual dengan soalan-soalan terbuka yang tersedia dalam
masa 90 minit dengan memberi peluang kepada peserta untuk menyalurkan pengalaman,
fikiran dan perasaan dalam pembelajaran atas talian. Pengkaji telah menggunapakai beberapa
pertimbangan seperti mencakupi informasi, kecekapan kos dan beretika seperti kerahsiaan
para responden.

Pengkaji juga telah membuat laporan bertulis dari perbualan yang dirakam melalui
pita rakaman. Pengkaji dalam laporan bertulis mendapati pembelajaran atas talian oleh
komuniti memberi kesimpulan seperti berikut iaitu terdapat perbezaan komunikasi di bilik

16
darjah, perhubungan yang baik antara peserta dan amalan sikap hormat-menghormati, terdapat
3 tahap penyertaan yang berbeza dan perhubungan sosial yang memudahkan pembelajaran atas
talian.Daripada penjelasan tersebut adalah didapati bahawa kajian kualitatif yang digunakan
adalah sesuai dan menepati kriteria.

Pengkaji telah melakukan pungutan data dari soalan-soalan mendalam berstruktur


separa terbuka kepada responden melalui kaedah temubual bersemuka dan merakamkan semua
perbualan bersemuka dan telefon dengan pita rakaman audio. Temubual secara terus dan rakam
audio ada kaitan dengan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu kajian. Kaedah tersebut
mampu memberikan maklumbalas yang sah dan merekod segala maklum balas dengan jitu dan
sempurna. Bagaimanapun kaedah temubual yang dirakam menimbulkan kegelisahan,
ketakutan, perasaan malu dan berhati-hati dengan jawapan mereka. Perbualan melalui telefon
yang dilakukan kepada Tom tidak digalakkan yang boleh menimbulkan keraguan kepada fakta
dan data.

Pengkaji telah melakukan kajian dan pungutan data ke atas 3 responden sasaran dari
sebuah kelas yang mempunyai 16 pelajar iatu 11orang perempuan dan 5 orang lelaki dengan
2 kategori iaitu responden sasaran dan responden berwakil. Tiga responden sasaran iaitu Chin
ialah seorang responden perempuan yang juga penuntut sepenuh masa tetapi tidak aktif, Ellen
pula ialah seorang responden perempuan iaitu seorang guru dan aktif, dan Tom ialah seorang
lelaki konsultan dan sangat aktif.

Kumpulan berwakil pula ialah Chin yang mewakili pelajar antarabangsa manakala
Ellen dan Tom adalah pelajar tempatan. Dapatan dari responden kumpulan berwakil iaitu Chin,
Ellen dan Tom tidak menunjukkan keadaan sebenar dan signifikan dan ini menjejaskan kepada
kesahan dan kebolehpercayaan. Begitu juga perbualan melalui telefon yang meragukan
mempengaruhi kepada kesahan dan kebolepercayaan.

Walaupun dapatan kajian mengambarkan empat perkara iaitu berbagai bentuk komunikasi ,
hubungan baik penyumbang dan sikap hormat , penyertaan berbeza antara peserta , hubungan
sosial memudahkan pembelajaran atas talian namun persoalan timbul terhadap kesahan dan
kebolehpercayaannya.Kesahan dan kebolehpercayaan sangat penting dalam konteks
pengukuran dan pengumpulan data

17
Penyelidikan data kualitatif ialah dalam bentuk temubual, pemerhatian dan analisis
dokumen. Nota lapangan dan diari pengkaji merupakan penyokong utama dalam mengesahkan
kerja-kerja lapangan yang dijalankan dalam kajian kualitatif. Dalam artikel tersebut data yang
diperolehi melalui kaedah temubual terbuka separuh berstruktur secara bersemuka dan atas
talian melalui pita rakam audio secara perseorangan dengan kesesuaian masa dan tempat dalam
tempoh masa 90 minit.

Pengkaji telah merakamkan salinan tape audio rakaman temubual dengan membuat
rujukan kepada tiga kumpulan soalselidik sebagai ringkasan kepada tema-tema soalan.
Daripada pengulangan semakan dilakukan keatas data tersebut telah menghasilkan empat
dapatan. Daripada penerangan tersebut maka analisa data kajian ini tidak ketat atau padat.

Terdapat beberapa dapatan daripada kajian tersebut seperti ketiadaan soalan-soalan


yang digunakan untuk temubual dan ini mempengaruhi kepada hasil kajian. Pemilihan 2
kumpulan seperti kumpulan sasar dan kumpulan berwakil tidak mengambarkan situasi yang
sebenar. Tambahan pula terdapat dua kaedah temubual secara bersemuka dan atas talian
telefon. Pemilihan responden gender, jantina, bangsa dan umur dan bidang pekerjaan yang
tidak seimbang iaitu 11 orang perempuan dan 5 orang lelaki mempengaruhi kepada keputusan.

Pengkaji hanya menggunakan kaedah tembual sahaja dan tidak melakukan


pemerhatian dan analisis dokumen. Batasan kajian kepada 3 peserta dewasa ( Chin, Ellen dan
Tom) sebagai responden sasar daripada 16 peserta dewasa sebagai kumpulan perwakilan yang
sedang mengikuti Program M.Ed secara atas talian. Daripada penerangan di atas adalah
didapati bahawa kajian ini tidak menjawab sepenuhnya sebagaimana diperlukan oleh sebuah
kajian saintifik.

Dalam menjalankan kajian pematuhan kepada etika penyelidikan perlu dipatuhi iaitu
kerahsiaan maklumat responden dan pengkaji seperti nama, jantina, umur ,pekerjaan dan
tempat tinggal untuk didedahkan kepada umum dan tanggungjawab pengkaji pula untuk
menjaga kerahsiaan kajian tersebut. Kod etika Persatuan Psikologi Amerika (1992) dan
Persatuan Psikologi British (BPS) adalah berkaitan. . Hak rahsia individu terdapat dalam
United Nations of Human Rights.

18
Dalam artikel tersebut temubual responden dilakukan antara responden dan pengkaji
sahaja ditempat yang sesuai untuk rakaman maka ia dilakukan secara tertutup dan dianggap
sulit dan rahsia.

Sekiranya saya sebagai seorang penyelidik untuk mendapatkan dapatan yang baik ,
maka saya akan mematuhi kepada proses dan prosidur temubual yang sebenarnya. Jika tidak
maka dapatan tersebut tidak sah dan valid.

Kaedah temubual dalam penyelidikan kualitatif mengandungi data kualitatif dalam


bentuk temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Ini adalah prinsip yang dipatuhi dan
terbaik untuk menghasilkan dapatan kajian kerana menepati beberapa objektif tertentu seperti
menjelaskan lebih lanjut perkara utama dan faktor-faktor dalam kajian, membina hipotesis
awal dan sebagai alasan unuk kajian etnografi.

Temubual merupakan sumber utama yang digunakan memahami keadaan fenomena


dalam kajian kualitatif.. Temubual yang baik dan berkesan perlu dirancang dengan mengambil
kira persediaan dan panduan awal dengan pematuhan kepada protocol pemerhatian dan
temubual. Tempat untuk temubual mestilah menunjukkan keadaan yang selesa dan
menyenangkan.Hubungan antara penemubual dan participant adalah interaksi yang dibina dari
permulaan proses hingga akhir sidang berasaskan kepada saling mempercayai dan pematuhan
kepada aspek kerahsiaan. Disamping itu proses rakaman dan peralatan rakaman audio dalam
sesi temubual mestilah dalam keadaan yang baik bagi tujuan untuk memastikan bahawa segala
maklumat temubual adalah tepat dan keesahan dan kebolehpercayaan diperolehi melalui proses
triangulasi.

19
Rujukan.

Bassey, M., 1999. Case Study Research In Education Settings. Buckingham: Open
University.

Berg, B.l., 1998 Qualitative Research Methods For the Social Sciences. Edisi Keiga,
Boston: Allyn& Bacon.

Bryman, A., 2001, Social Research Methods. Oxford University Press.

Ceswell, C., & Symon, G., (eds), 1994. Research Design, Qualitative & Quantitative
Approaches. Thousand Oaks: Sag.

Denzin, N. K., & Lincoln, Y. S. (ed), 2000 Handbook of Qualitative Research. Edisi
Kedua. Thousand Oaks: Sage.

Holstein, J. & Gubrium, j., 1995. The Active Interview. Thousand Oaks: Sage
Publications.

Mason, J. 1996. Qualitative Research. London: Sage Publication.

Meriam, S. B., 2001. Qualitative Research and Case Study Application in Education.
San Francisco: Jossey-Bass Pub.

Shaiful Bahri Md. Radzi. 2016. Sains Sosial dan Kemanusiaan Penyelidikan Kualitatif.
Kuala Lumpur: Nusamas Publications.

Sulaiman Masri. 2005. Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (esei, proposal,
tesis). Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn. Bhd.

Spradley, J. P., 1979. The Ethnograhic Interview. For Worth : Harcout race Jovanivic
College Publishers.

Yin, R. K., 1994. Case Study Research; Design and Methods. Edisi Kedua. Thousand
Oaks : Sage Publication.

20