Anda di halaman 1dari 76

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

JADUAL PENGAJARAN

Minggu Jam Tarikh Tajuk Kuliah Bahan


Rujukan

Konsep mengenai pengujian, pengukuran,


1 3
penaksiran dan penilaian.

Pengenalan Penilaian Prasekolah


2 3

Kaedah penilaian perkembangan kanak-kanak


3 3

Senarai semak
4 3

Rekod anekdot
5. 3

6 3 Rekod berterusan

7. 3 Penilaian dalam perkembangan kognitif

8 3 Penilaian dalam perkembangan kognitif

9 3 Penilaian dalam perkembangan pendidikan


kerohanian dan moral

1 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

10 3
Penilaian dalam perkembangan sosial

11 3 Penilaian dalam perkembangan emosi

12 3 Penilain dalam perkembangan fizikal

3
Penilaian dalam perkembangan kreativiti dan
13
estetika

Penilaian perkembangankanak-kanak
14 3
berkeperluan khas

42

TOPIK 1: Konsep mengenai pengujian, pengukuran, penaksiran dan


penilaian.

A. PENGENALAN

2 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Pengujian, pengukuran, penaksiran dan penilaian adalah salah satu bahagian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Matlamat utama adalah untuk membekalkan
maklumat. Pengguna maklumat pula terdiri daripada murid, guru, ibu bapa dan
pentadbir. Biasanya, murid ingin mengetahui prestasinya sendiri melalui ujian dan
guru pula boleh mengenal pasti kelemahan murid, dan menilai keberkesanan
pengajarannya. Di pihak ibu bapa pula, mereka boleh menilai prestasi anaknya
melalui laporan kemajuan murid. Bagi pentadbir pula, berbagai-bagai keputusan
boleh dibuat berdasarkan maklumat ujian tersebut.

B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat;
1. Menerangkan konsep mengenai pengujian, pengukuran, penaksiran dan
penilaian.

C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk perbincangan

D. PENYAMPAIAN ISI

1. PENGUJIAN

Ujian merupakan satu kaedah, tugas atau prosedur untuk memperoleh pemerhatian yang
sistematik tentang sifat seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi.
Tujuan ujian pencapaian adalah untuk mengukur prestasi murid dalam berbagai-bagai
mata pelajaran di sekolah. Manakala ujian psikologi adalah untuk mengukur sikap,
minat, personaliti dan ciri-ciri psikologi yang lain. Kebiasaanya ujian memerlukan murid
bergerak balas terhadap soalan atau butiran. Ujian boleh dibuat secara bertulis dalam
bentuk soalan pelbagai pilihan atau esei dan juga dalam bentuk pemerhatian yang
memerlukan pemerhati membuat pemeringkatan atau catatan rekod. Oleh itu, murid
tidak semestinya sedar bahawa ia sedang diuji.

3 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Cronbach (1970) telah mendefinisikan ujian sebagai satu prosedur sistematik untuk
memerhati tingkah laku seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan skala
bernombor atau satu sistem berkategori. Contoh skala bernombor adalah seperti angka
20/100 untuk ujian penglihatan, 120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 75/100 untuk
ujian pencapaian bagi mata pelajaran Geografi. Bagi sistem berkategori ialah ekstrovert
atau introvert bagi ujian personaliti dan buta warna hijau merah bagi ujian penglihatan.

Dari segi perlaksanaannya, ujian terbahagi dua kumpulan:


1. ujian berbahasa
2. ujian bukan berbahasa

Ujian berbahasa adalah seperti ujian pensel dan kertas (ujian bertulis) dan ujian lisan.
Ujian bukan berbahasa adalah ujian prestasi yang lebih menumpukan kepada kemahiran
psikomotor daripada kemahiran kognitif. Contohnya ujian membaiki radas elektronik.

Bilangan calon yang mengambil ujian terbahagi kepada ujian perseorangan dan ujian
berkumpulan. Ujian berkumpulan seperti ujian pencapaian di sekolah, manakala ujian
perseorangan seperti ujian kecerdasan The Stanford Biner Intelligence Scale dan The
Weschsler Intelligence Scale. Kedua-dua ujian kecerdasan itu ditadbir kepada seorang
murid pada satu-satu masa.

2. Pengukuran

Ujian berupaya mengukur pencapaian murid. Bagi seseorang guru di bilik darjah, aspek
pengukuran pendidikan itu selalu dikaitkan dengan ujian di bilik darjah. Bagi ahli
psikologi klinikal, pengukuran pendidikan melibatkan ujian-ujian psikologi yang lebih
bertumpu kepada pengukuran nilai-nilai afektif individu.
Pengukuran dalam pendidikan sebenarnya adalah langkah untuk menentukan tahap
sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu. Biasanya suatu indeks berangka kepada
prestasi seseorang diberikan supaya status individu tersebut secara lebih tepat dapat
mewakili sifat tertentu. Misalnya, Azman dapat markah 75 peratus dalam ujian Bahasa
Melayu, atau prestasi purata sekumpulan murid dalam mata pelajaran Matematik ialah 60

4 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

peratus. Kita hanya mengukur dan tidak menentukan nilai. Sebab itu, contoh tersebut
tidak dinyatakan sama ada prestasi tersebut baik atau sebaliknya. Pengukuran ialah
penentuan status dan penilaian ialah penentuan nilai.

Seseorang murid mungkin mengukur panjang sebuah meja, jarak masa larian satu
kilometer, rintangan satu litar arus elektrik atau pencapaian seseorang murid. Setiap
pengukuran ini melibatkan sifat atau pemboleh ubah yang berbeza-beza bagi satu objek
atau perlakuan tertentu. Pengukuran memberi maklumat tentang sifat atau aktiviti yang
diukur. Biasanya maklumat yang diperoleh ada kaitan dengan telahan ke atas fenomena
tertentu. Contohnya panjang meja diperlukan untuk mengetahui sama ada meja itu boleh
ataupun tidak untuk diletakkan di ruang tamu. Sebenarnya, apa yang diukur bukanlah
objek tetapi sifat objek. Begitu juga kita tidak mengukur pelajar tetapi mengukur tinggi,
berat atau pencapaian pelajar. Atribut-atribut yang boleh diukur mempunyai sifat-sifat
kuantitatif, iaitu nilainya adalah dalam bentuk nombor.

3. P enaksiran

Umumnya penaksiran melibatkan membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu


peraturan atau piawaian. Penaksiran pada umumnya mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Merupakan satu proses mengumpul data bertujuan membuat keputusan tentang


individu atau kumpulan

b) Ujian merupakan sebahagian daripada penaksiran

c) Apabila penaksiran dibuat ke atas pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap


kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada
satu-satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat diwujudkan.

Airasian (1991) mengatakan bahawa ramai orang membuat tanggapan tentang perkataan
penaksiran bilik darjah membawa imej pelajar mengambil uijan kertas dan pensil, guru
menskor jawapan dan memberikan gred sepadan dengan prestasi yang ditunjukkan.
Penaksiran dimulakan dengan yang tak formal di bilik darjah dan diakhiri dengan
keputusan tentang penggredan dan ulangan bagi seseorang murid.

5 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Bagi Principles for Fair Students Assessment Practices Education in Canada (1993),
penaksiran adalah satu proses mengumpul dan menginterpretasi maklumat yang boleh
digunakan untuk :

a. memaklumkan pelajar atau ibu bapa mereka tentang kemajuan terhadap


penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan perlakuan yang sepatutnya telah
dipelajari atau dikuasai

b. memaklumkan kepada mereka yang terlibat dalam membuat keputusan


pendidikan ( pengajaran, perancangan kurikulum, dasar dan pembentangan
program) tentang pelajar.

Sekolah-sekolah di Malaysia biasanya menggunakan kertas dan pensil untuk menaksir


dan menilai pelajar mereka. Guru akan mengajar dan membuat ujian terhadap apa yang
diajar. Guru membina satu ujian, mentadbirkan ujian berkenaan, menskor ujian, merekod
markah yang didapati ke dalam buku rekod pelajar, memulangkan kertas ujian kepada
pelajar untuk semakan dan guru akan mencampurkan semua skor dari pelbagai mata
pelajaran secara keseluruhan. Masalah yang dihadapi ialah ujian bilik darjah, umumnya,
menguji kemahiran aras rendah dalam domain kognitif. Kebanyakan soalan yang dibina
oleh guru kurang menekankan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ini menyebabkan pengujian
hanya dibuat pada aras pengetahuan dan kefahaman sahaja.

Oleh yang demikian, penaksiran dalam pendidikan prasekolah memberi maklumat yang
mempengaruhi keputusan pendidikan. Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, guru
tadika meneroka dan mengkaji kekuatan dan kelemahan proses pembelajaran kanak-
kanak, contohnya cara merancang dan membimbing kemajuan kanak-kanak serta cara
mengkomunikasikan status dan kemajuan kanak-kanak pada ibu bapa.

4. Penilaian

Penilaian adalah satu pertimbangan atau pembuatan keputusan tentang nilai sesuatu
perkara atau benda. Gay (1985), mengatakan bahawa penilaian merupakan satu proses
yang sistematik dalam pengumpulan dan analisis data untuk menentukan sama ada
sesuatu objektif itu telah tercapai yang membolehkan sesuatu pertimbangan atau
keputusan dibuat. Pengukuran melibatkan pemberian nombor atau peringkat maklumat
yang diperlukan dan lebih kepada kuantitatif. Penilaian boleh menggunakan maklumat
kualitatif yang mengandungi pernyataan deskriptif bertujuan untuk menghuraikan dengan
lebih lanjut, jelas atau membuat analisis terhadap sesuatu isu. Jika sesuatu objektif itu
telah tercapai, maka perlu juga diketahui tahap pencapaian objektif berkenaan. Ini
bermakna setakat mana pencapaian objektif itu boleh diterima. Keadaan ini boelh
memudahkan guru untuk membuat keputusan. Dalam proses penilaian komponen
pentingnya ialah untuk membuat keputusan.

6 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Penilaian bertujuan menentukan status sesuatu objek yang dinilai dengan membanding
status berkenaan dengan satu set standard atau kriteria uantuk dibuat keputusan.

Proses yang terlibat dalam membuat penilaian ialah:

a) menentukan jenis data yang harus dikumpulkan

b) menentukan jenis responden

c) pengumpulan data

d) analisis data

e) interpretasi data

f) membuat keputusan

E. RUMUSAN

Peranan penaksiran dan penilaian menentukan sama ada keperluan kanak-kanak boleh
dipenuhi, dapat diperbaiki kandungan kurikulum serta amalan pengajaran atau
menentukan kualiti tadika. Oleh kerana terdapat tadika yang menjalankan penaksiran dan
penilaian secara formal, iaitu kanak-kanak prasekolah perlu menduduki ujian dan diberi
gred markah dan kedudukan selepas dinilai. Kesan dari kemasukan gred dan markah
adalah penglabelan ke atas kanak-kanak secara langsung. Melabelkan kanak-kanak hasil
satu atau dua ujian adalah tidak sesuai. Sewajarnya, guru harus memahami bagaimana
untuk membuat pengujian, pengukuran, penaksiran dan penilaian ke atas kanak-kanak
supaya tidak melakukan kesilapan dalam membuat keputusan tentang pendidikan.

F. AKTIVITI

1. Apakah risiko yang berkait dengan keputusan guru tadika dalam menentukan sama
ada pengajarannya berkesan atau tidak berkesan?

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN


1. Lampiran 1.

TOPIK 2: PENGENALAN PENILAIAN PRASEKOLAH

A. PENGENALAN

7 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Kanak-kanak yang berada dalam tadika biasanya sentiasa dalam pengawasan guru.
Setiap pengalaman yang diberikan oleh guru kepada kanak-kanak merupakan satu
perubahan kepada mereka dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap. Guru perlu
mendapat maklum balas yang sah supaya setiap perubahan itu dapat dikawal dan
dirancang bagi mencapai matlamat dengan lebih baik lagi. Penilaian boleh berlaku
apabila ada usaha yang dirancang bagi mendapat sesuatu maklumat khusus dengan
menggunakan cara yang tertentu, bagaimana maklumat itu hendak dicerakin, direkod dan
digunakan bagi sesuatu tujuan tertentu.

B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat:

1. memahami konsep penilaian di prasekolah


2. mengenalpasti penilaian prasekolah secara tidak formal

C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk perbincangan dalam kumpulan yang kecil.

D. KANDUNGAN TOPIK

1. Konsep penilaian di prasekolah

Penilaian merupakan satu proses yang berterusan tetapi dengan satu tujuan iaitu
mendapatkan maklumat yang mencukupi untuk membolehkan sesuatu keputusan itu
dibuat. Guru perlu menentukan tujuan penilaian itu dijalankan, jenis maklumat yang
diperlukan, bagaimana untuk mendapatkan maklumat, apa alat yang digunakan,
bagaimana maklumat yang diperolehi dianalisis dan dirumuskan dan akhirnya maklumat
direkod supaya dapat digunakan sebaik yang mungkin.
Proses penilaian prasekolah melibatkan beberapa tahap. Tahap pertama ialah
menentukan apakah tujuan penilaian itu dijalankan. Dalam menentukan tujuan penilaian,
seseorang guru boleh menekankan tentang dua perkara penting iaitu: menentukan tahap
penguasaan kanak-kanak dalam sesuatu aspek pelajaran dan menentukan kelemahan dan
kekuatan kanak-kanak untuk aspek yang dipelajari. Maklumat ini boleh menolong guru
untuk memperbaiki lagi pengajarannya.

8 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Tahap kedua ialah jenis maklumat yang diperlukan itu mungkin khusus atau lebih luas.
Maklumat yang diperolehi hendaklah mudah difahami dan menyeluruh. Ini adalah
kerana setiap maklumat yang digunakan secara berterusan adalah untuk membuat
keputusan tentang kanak-kanak. Sewajarnyalah maklumat itu tidak terlalu rumit dan
sukar difahami sehingga susah bagi guru untuk menggunakannya.

Tahap ketiga ialah bagaimana maklumat itu diperolehi. Pemerhatian merupakan kaedah
yang dianggap sebagai kaedah paling mudah dan senang digunakan. Kaedah
pemerhatian meliputi berbagai teknik seperti perbualan, berinteraksi dengan kanak-kanak
mendengar perbualan kanak-kanak, mengenali perbuatan bersahaja kanak-kanak atau
perbuatan yang ditimbulkan oleh guru sendiri. Selain itu terdapat juga kaedah seperti
pengujian dengan menggunakan ujian piawai. Semuanya boleh digunakan asalkan guru
memahami bagaimana menggunakannya dan apakah implikasi penggunaan kaedah
tersebut. Kaedah terbaik ialah dengan cara kanak-kanak itu sendiri tidak terasa yang
mereka diperhatikan atau diuji.

Bagi mendapatkan maklumat yang sesuai dan berkaitan, alat-alat yang mampu mengesan
tingkah laku yang berkenaan seharusnya digunakan oleh guru. Jika pemerhatian itu
bertujuan mendapatkan maklumat, maka alat-alatnya mungkin dalam bentuk senarai
semak, catatan diari, jadual pemerhatian dan lain-lain lagi. Tetapi jika tujuan yang lebih
formal seperti ujian, alat-alat terdiri daripada ujian-ujian yang telah dipiawai seperti
untuk ujian kecerdasan digunakan Weschler Intelligence Test for Children. Objektif
pemilihan alat-alat ini ialah agar maklumat yang diperoleh itu sah. Ini bermakna
maklumat yang diperolehi berkaitan dengan apa yang dikehendaki. Maklumat itu juga
boleh dipercayai iaitu tidak berubah. Kaedah ini juga menyenangkan guru dalam
penggunaannya.

Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian, ujian dan kaedah-kaedah


lain adalah maklumat mentah. Ia perlu dianalisis untuk menyampaikan maksud yang
berkait dengan sesuatu gagasan yang dinilai itu. Penganalisisan itu mungkin bersifat
kuantitatif atau kualitatif. Apa yang penting ialah penganalisisan dan rumusannya
hendaklah dilakukan dengan segera dan boleh digunakan sepenuhnya seperti yang
dikehendaki.

Kemudian maklumat yang telah dianalisis dan dirumuskan itu perlu direkod dan
disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan. Kebanyakan maklumat penting tidak
disimpan secara teratur dan apabila dikehendaki tidak dapat digunakan. Oleh yang
demikian, guru perlu mencari dan mengamalkan satu sistem yang benar-benar dapat
menolong membuat keputusan apabila dikehendaki.

2. Penilaian prasekolah secara tidak formal.

Perancangan di peringkat prasekolah tidak mempunyai nilai apabila guru prasekolah


tidak dapat menentukan objektif program, pengajaran dan pembelajaran. Penilaian yang
dijalankan di peringkat prasekolah adalah secara tidak formal dan berterusan. Formatif

9 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

dan memberi maklum balas kemajuan program prasekolah dan sumatif serta dapat
merumuskan keberkesanan program.

Dalam membuat penilaian, guru prasekolah perlu memikirkan atau menimbangkan


aktiviti dan pengalaman yang telah dijalankan semalam, minggu lepas atau sebulan yang
lepas. Maklum balas yang diberikan kepada kanak-kanak semasa mereka membuat
aktiviti adalah secara tidak formal. Kanak-kanak sebenarnya perlu mengetahui kejayaan
mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran ataupun pengetahuan. Melalui maklum
balas spontan, mereka mengetahui kemajuan yang dicapai dan mereka boleh meneruskan
aktiviti seterusnya. Maklum balas yang diberikan kepada kanak-kanak biasanya dalam
bentuk pujian. Namun begitu, maklumat tentang kerja dan kemajuan kanak-kanak adalah
sangat penting untuk diberitahu kepada kanak-kanak ataupun ibu bapa. Contohnya,
awak telah dapat mewarna dengan empat warna hari ini. Maklum balas juga dapat
membantu menjelaskan tugas yang diberikan kepada kanak-kanak. Contohnya, letak
begini bagus, kemudian cuba begini. Di samping itu, maklum balas juga membolehkan
kanak-kanak meneliti dan menilai kerja mereka sendiri. Contohnya, apa akan terjadi
sekiranya jika awak buat begini?. Melalui maklum balas kemajuan dan kerja individu,
kanak-kanak akan berasa dirinya dihargai dan dihormati. Dengan adanya penilaian
dalam program prasekolah, ibu bapa, guru-guru lain ataupun sesiapa sahaja boleh
memberi komen berkenaan dengan kejayaan program prasekolah berkenaan.

Penilaian sumatif boleh dijalankan pada akhir pelajaran, selesai sesuatu unit pelajaran
ataupun pada akhir tahun persekolahan. Ujian yang standard perlu diadakan selalu
supaya tahap pencapaian kanak-kanak sebaya dapat ditentukan. Keberkesanan
pengajaran, kurikulum, perkembangan dan pembelajaran kanaka-kanak dapat dijuga
dittentukan.

Penilaian formatif yang digunakan dalam prasekolah adalah bagi menilai program,
seterusnya memperbaiki kurikulum, pengajaran dan pembelajaran dan perkembangan
kanak-kanak. Di samping itu, penilaian formatif juga dapat membantu membentuk
matlamat dan objektif program dan pemeblajaran kanak-kanak secara berterusan. Bukti-
bukti dikumpulkan secara sistematik bagi menilai keberkesanan dan memperbaiki
program, kurikulum, matlamat, objektif, kandungan serta pengajaran dan pembelajaran.
Dengan cara ini dapat memperbaiki kualiti pengalaman kanak-kanak.

Bagi membolehkan penilaian formatif dijalankan secara berterusan, guru hendaklah


mempunyai satu rancangan tentang sesuatu perkara yang hendak dinilai, bagaimana dan
bila menilainya, jenis rekod yang perlu dibuat dan tindakan yang patut diambil setelah
mendapat maklum balas daripada penilaian itu. Rancangan bermula dengan penyediaan
objektif. Satu jadual penentuan yang lengkap disediakan dan daripada jadual inilah dapat
dilihat perkaitan di antara objektif-objektif yang membolehkan perkembangan berlaku.

Contoh bagaimana jadual penentuan disediakan dan jenis-jenis item yang digunakan bagi
menilai kanak-kanak prasekolah ialah tentang nombor dalam konteks pemikiran Piaget

10 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

dan tradisional. Matlamat utama pengajaran nombor dalam konteks pemikiran Piaget
pada peringkat prasekolah ialah pengekalan (conservation) melalui perkaitan yang
ditonjolkan. Senarai objektif yang terdapat dalam jadual hendaklah dapat memenuhi
beberapa konsep penting yang digunakan oleh Piaget. Ada empat konsep yang penting
dalam pelajaran tentang nombor. Di antaranya ialah perkaitan yang ditonjolkan
(provoked correspondence) berbanding dengan perkaitan spontan (spontaneous
correspondence), dan perkaitan masa (temporal correspondence).

Perkaitan yang ditonjolkan itu bermaksud perkaitan satu dengan satu (one to one) secara
kualitatif yang dapat memberi kefahaman tentang perkaitan satu dengan satu secara
kuantitatif kepada kanak-kanak. Contohnya, apabila kanak-kanak diberikan beberapa biji
cawan dan piring, selepas itu kanak-kanak diminta mencari pasangan benda-benda itu.
Melalui media yang dapat dikenal secara kualitatif, kanak-kanak dapat mengenal konsep
nombor dan bilangan yang berkait dengan pasangan benda-benda. Perkaitan spontan
pula ialah situasi apabila lawan pasangan sesuatu benda itu tidak mencukupi. Dengan itu
perbezaan kualitatif tidak jelas bagi menimbulkan perbezaan kuantitatif dan kefahaman
tentang konsep nombor. Contoh perkaitan spontan ialah apabila terdapat dua set cawan
dan hanya satu set piring.

Perkaitan masa pula ialah apabila unsur serentak wujud. Contohnya, apabila sebiji guli
dimasukkan ke dalam satu bekas dan pada masa yang sama sebiji guli lagi dimasukkan ke
dalam bekas yang lain. Peringkat ini ialah peringkat perantaraan bagi mencapai perkaitan
yang ditonjolkan tentang objek-objek yang mengandungi unsur-unsur perkaitan
kuantitatif. Perkaitan ruang pula ialah perkaitan yang dapat dilihat di antara dua objek
yang mempunyai kualiti yang sama.

Beberapa contoh ujian yang menilai perkara-perkara yang melibatkan perkaitan yang
ditonjolkan. Peringkat operasi ini adalah peringkat yang dapat dicapai oleh kanak-kanak.

Perkaitan ruang yang ditonjolkan

Kemahiran ini ada beberapa peringkat kecil seperti kemahiran menentukan banyak dan
sedikit, menentukan persamaan, mengenal perbezaan 1 dan 2 , kebalikan dan pengekalan.

Menguji kemahiran tentang banyak dan sedikit

Guru menyediakan satu kumpulan yang mengandungi tiga biji botol dan satu kumpulan
lagi mengandungi enam keping penutup botol. Kanak-kanak ditunjukkan kepada
kumpulan benda yang disediakan oleh guru tadi. Kemudian guru mengemukakan soalan
kepada kanak-kanak tentang kumpulan benda yang mana lebih banyak, botol atau
penutup botol. Guru boleh menambah bilangan botol kepada empat biji dan penutup
botol kepada lapan atau mengurangkan bilangan botol atau penutupnya. Tujuan ujian ini
adalah untuk emngetahui sejauhmana kanak-kanak boleh memahami konsep banyak dan
sedikit apabila perbandingan dibuat. Guru boleh menggunakan benda-benda lain yang

11 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

terdapat di persekitaran kanak-kanak seperti sudu dan garfu, pensel dan kertas, dan
sebagainya.

Persamaan

Guru menyusun empat biji cawan dalam satu barisan. Kemudian meminta kanak-kanak
mengambil piring secukupnya untuk setiap cawan. Proses ini boleh diulang dengan
menggunakan bilangan yang berlainan atau benda-benda maujud lain untuk emnguatkan
konsep persamaan kepada kanak-kanak.

Perbezaan satu dan dua

Guru menyusun satu barisan lima batang pensel dan lima getah pemadam dalam satu
barisan selari. Kanak-kanak diminta untuk melihatnya baik-baik. Guru menambah
sebatang pensel lagi ke alam barisan pensel itu. Kemudian guru bertanya kanak-kanak
sama ada getah pemadam cukup untuk semua pensel itu. Proses ini diulangi beberapa
kali dengan menambah dua batang pensel atau digantikan dengan benda-benda lain.

Pengekalan

Dua baris duit syiling telah disusun lurus pada jarak yang sama. Kedua-dua baris
mempunyai enam keping duit syiling. Kanak-kanak ditanya tentang bilangan duit syiling
pada setiap baris. Setelah kanak-kanak memberi jawapan iaitu sama banyak, duit syiling
pada satu barisan disusun secara berjauhan sehingga kelihatan lebih panjang daripada
baris yang satu lagi tapi bilangan duit syiling masih kekal sama. Kemudian kanak-kanak
akan disoal lagi sama ada kedua-dua baris tersebut adalah sama atau lebih banyak. Bagi
kanak-kanak yang mencapai konsep pengekalan, mereka akan mengatakan tetap sama
banyak. Apa yang harus dicapai pada peringkat perkaitan ruang yang ditonjolkan ialah
kanak-kanak dapat memberi jawapan yang betul melalui pemikiran dan tidak dengan
mengira benda-benda yang dilihatnya. Kanak-kanak boleh mengingat semula jumlah
duit syiling yang asal dalam pemikirannya.

Kebalikan

Kanak-kanak ditunjukkan dua bekas air yang sama tinggi dan diisi air yang sama banyak.
Labelkan bekas air yang pertama sebagai A dan bekas air kedua sebagai B. Kemudian air
dari bekas A dituang pada bekas yang lebih rendah dan lebar iaitu C. Kanak-kanak
ditanya bekas mana yang mengandungi air lebih banyak B atau C. Biasanya kanak-kanak
yang sudah menguasai konsep kebalikan akan menjawab bahawa air B dan C adalah
sama banyak. Sekiranya kanak-kanak belum menguasainya, latihkan berulang kali
proses kebalikan tadi supaya ia faham.

E. RUMUSAN

12 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Penilaian bagi tujuan pembelajaran atau mengetahui prestasi pada akhir sesuatu aktiviti
sangat sukar dijalankan di peringkat prasekolah. Guru prasekolah harus dapat
menggunakan setiap masa yang sesuai bagi mendapat maklumat yang diperlukan dari
semasa ke semasa.

F. AKTIVITI

Pilih seorang kanak-kanak yang berumur lima atau enam tahun. Jalankan ujian secara
tidak formal. Berdasarkan ujian tersebut, adakah anda dapat membuat penilaian terhadap
kanak-kanak tersebut?

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN


1. Lampiran 2

TOPIK 2: KAEDAH PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

13 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

PENGENALAN

Perkembangan kanak-kanak merupakan satu pengajian yang merangkumi segala


aspek pertumbuhan dan perubahan manusia dari persenyawaan hingga remaja. Penilaian
perkembangan yang terancang dan disokong oleh bukti saintifik akan lebih memberi
ketepatan untuk membantu guru, ibu bapa atau pakar dalam menjangka tingkah laku
kanak-kanak.

B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat :
1. mengetahui kaedah pemerhatian
2. menyatakan tujuan pemerhatian

3. mengenalpasti jenis-jenis pemerhatian.

5. menjelaskan dokumentasi pemerhatian

C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Syarahan dan perbincangan dalam kelas.

D. PENYAMPAIAN ISI
1. Pemerhatian

Kaedah pemerhatian sistematik biasanya digunakan untuk mengesan kelakuan sebenar


kanak-kanak. Pemerhatian terdiri daripada pemerhatian semulajadi dan pemerhatian
berstruktur. Pemerhatian semulajadi merupakan satu kaedah memerhati kelakuan
kanak-kanak secara tidak ketara dalam alam semula jadi, tanpa mengubah sebarang
persekitaran kanak-kanak. Setiap kelakuan kanak-kanak akan dicatat mengikut masa
kejadian kelakuan tersebut berlaku. Pemerhatian berstruktur pula adalah dengan cara
memerhati kelakuan kanak-kanak secara teratur dan mengikut prosedur-prosedur
tertentu dalam satu keadaan yang telah disediakan dengan sengaja untuk
membangkitkan kelakuan tertentu yang ingin diperhatikan. Pemerhatian ini boleh
dijalankan di dalam makmal atau dalam persekitaran semulajadi kanak-kanak seperti di
rumah atau di sekolah.

Kekuatan kaedah pemerhatian semula jadi ialah pemerhatian menggambarkan tingkah


laku seharian kanak-kanak. Manakala kelemahannya ialah keadaan pemerhatian tidak
boleh dikawal; ketepatan pemerhatian bergantung kepada kcenderungan pengkaji. Bagi
pemerhatian berstruktur pula, kekuatannya ialah keadaan pemerhatian sama untuk
semua kanak-kanak; pengkaji boleh memerhati tingkah laku yang jarang berlaku dalam
kehidupan seharian. Kelemahannya pula ialah pemerhatian mungkin tidak
menggambarkan tingkah laku biasa kanak-kanak; ketepatan pemerhatian bergantung
kepada pengaruh dan kecenderungan pengkaji.

14 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Pemerhatian boleh dilaksanakan :

Secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang


Menggunakan instrumen iaitu senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang
merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran.
Secara global mengikut objektif pemerhatian
Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan
Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan keadaan dan keperluan

Melalui pemerhatian , kita boleh mengetahui minat, tahap perkembangan, tahap


kesihatan dan keunikan mereka sebagai individu. Oleh itu, pemerhatian terhadap
perkembangan kanak-kanak perlu menjadi teras pogram prasekolah.

2. Tujuan pemerhatian

Guru prasekolah perlu mengumpul maklumat tentang kanak-kanak prasekolah dibawah


jagaan mereka. Dengan membuat pemerhatian dan merekod tingkah laku kanak-
kanak, guru boleh memperolehi bagaimana kanak-kanak bergerak, berfikir dan apa
yang mereka rasa. Melalui permerhatian dan penerokaan tentang kebolehan dan minat
kanak-kanak, guru boleh merancang aktiviti pendidikan untuk setiap individu atau
kumpulaa kanak-kanak. Maklumat yang diperolehi dari pemerhatian boleh digunakan
untuk melihat sama ada kanak-kanak telah mencapai matlamat pendidikan yang telah
ditetapkan atau telah ada kemajuan dalam pendidikan. Guru memerhati kanak-kanak
semasa mereka bermain dan berinteraksi dengan persekitaran fizikal dan dengan
kanak-kanak lain untuk belajar tentang minat, kebolehan dan kemajuan perkembangan
kanak-kanak. Melalui maklumat tersebut, guru boleh merancang pengalaman untuk
pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

Dalam memantau kemajuan kanak-kanak, guru juga perlu membuat pemantauan


terhadap tugasnya sebagai seorang guru. Contohnya, jika ada kanak-kanak yang salah
faham tentang sesuatu konsep, guru perlu menyedari dan mengenalpasti cara untuk
menyelesaikan maslah tersebut. Jika guru dapat menyelesaikan masalah tersebut
dengan berkesan, maka guru tersebut boleh menggunakan cara tersebut pada masa
hadapan untuk mengajar konsep tersebut.

Guru juga perlu ada gambaran secara keseluruhan tentang bagaimana kanak-kanak
bergerak balas. Penilaian secara menyeluruh tentang kebolehan kumpulan murid
dalam kelas boleh menolong guru mengubahsuai rancangan kurikulum. Contohnya,
satu kumpulan kelas tadika memerlukan pengalaman berjalan secara berpasangan
dalam lawatan singkat ke taman sekolah sebelum mereka bersedia untuk lawatan ke
muzium. Ada juga kumpulan kanak-kanak yang bersedia untuk lawatan ke mana sahaja
tanpa latihan tersebut.

Tujuan pemerhatian dibuat ialah supaya :

1. Guru perlu mengenalpasti minat kanak-kanak.

15 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Guru perlu tahu tentang apa yang setiap kanak-kanak atau kumpulan kanak-kanak
suka dan memberi tindak balas dalam sesuatu aktiviti. Ini boleh menolong guru dan
kanak-kanak merancang pengalaman pembelajaran dan dalam membuat pilihan
pengalaman.

Contohnya, jika ada sekumpulan kanak-kanak yang berminat dengan lebah, guru
boleh merancang lawatan ke Taman Lebah, memilih buku dan lagu-lagu tentang lebah,
mengundang pengusaha lebah ke tadika untuk menunjukkan bagaimana dia berpakaian
untuk mengeluarkan madu dari sarang lebah atau merancang membuat makanan ringan
yang menggunakan madu sebagai bahan pemanis.

2. Guru perlu membuat carta tentang tahap perkembangan kanak-kanak.

Kanak-kanak perlu dilihat dari sudut yang berbeza. Pemerhatian ialah satu cara
membuat penilaian secara tidak formal untuk setiap kanak-kanak dalam domain
perkembangan yang berbeza.

Dengan carta tentang tahap perkembangan kanak-kanak, guru akan mengetahui


tentang perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi setiap kanak-kanak dan sama
ada kanak-kanak tersebut berada dalam lingkungan normal mengikut kanak-kanak
seusia dengannya.

Contohnya, kanak-kanak dari segi perkembangan motor halus pada umur 5 hingga
6 tahun dapat memegang pensil. Jika ada kanak-kanak pada usia tersebut tidak boleh
memegang pensil, maka guru boleh mengambil langkah yang sewajarnya untuk
membantu kanak-kanak tersebut.

3. Pengetahuan tentang perkembangan setiap kanak-kanak dapat membantu guru


merancang kurikulum yang sesuai berdasarkan keperluan individu.

Ada kanak-kanak yang berkembang dengan baik dalam kognitif tetapi tiada
kemahiran dalam bersosial. Tugas guru ialah menolong kanak-kanak ini untuk
menyesuaikan diri dalam kumpulan kanak-kanak. Terdapat juga kana-kanak yang mahir
dalam fizikal tetapi menghadapi masalah emosi. Guru boleh menyusun aktiviti fizikal
yang membolehkan kanak-kanak tersebut belajar meluahkan perasaan melalui
pergerakan atau tarian. Kanak-kanak mungkin berbeza-beza tahap perkembangannya.
Dengan mengetahui perkembangan kanak-kanak, guru boleh memberi arahan dan
mengasuh kanak-kanak secara individu.

4. Guru perlu membuat pemerhatian dari semasa ke semasa untuk mengetahui


kemajuan kanak-kanak.

Pemerhatian secara sistematik mengikut jadual adalah perlu untuk


mendokumentasikan perubahan tingkah laku kanak-kanak. Contohnya, guru hendak
mengurangkan bilangan kanak-kanak yang dikenal pasti suka memukul kawan. Dengan
aktiviti yang dirancangkan untuk membantu kanak-kanak tersebut daripada memukul
kawan, guru perlu membuat pemerhatian yang berterusan mengikut jadual yang
ditetapkan. Secara tidak langsung, guru dapat menentukan sama ada kanak-kanak
semakin kurang memukul atau tiada perubahan atau bertambah aktiviti memukul kawan.

16 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

5. Membantu guru menilai keberkesanan pengajaran dan membuat


perancangan yang sesuai untuk pembangunan kakitangan lain yang terlibat dengan
kanak-kanak.

Guru perlu berhati-hati dengan apa yang ia lakukan. Mereka perlu tahu kekerapan
berinteraksi dengan murid, bagaimana bekerja dengan kanak-kanak yang mempunyai
perbezaan individu dan berapa lama penumpuan kanak-kanak apabila guru membuat
aktiviti seperti bercerita. Guru perlu juga menilai bagaimana ekspresi muka dan
pergerakan badan semasa berhadapan dengan kanak-kanak. Di samping itu, guru
perlu mengimbas kembali, berapa banyak peneguhan positif atau negatif digunakan
dalam pengajaran. Penggunaan video untuk merakam dan menonton kembali rakaman
video boleh membantu memberi pendedahan tentang kelemahan atau kekuatan
seseorang guru terutama bagi guru-guru yang baru mengajar kanak-kanak. Guru atau
pengurus tadika boleh menggunakan analisa kekuatan dan kelemahan kakitangannya
untuk merancang pembangunan profesional bagi memenuhi keperluan mereka yang
bekerja dengan kanak-kanak.

6. Guru dapat gambaran keseluruhan tentang program tadika dan membantu membuat
analisa yang spesifik tentang masalah pengurusan kelas.

Persepakatan yang erat antara semua pihak yang terlibat dengan tadika seperti
guru, pembantu guru dan kanak-kanak dapat mewujudkan sebuah tadika yang
berkualiti. Bagaimana kerjasama antara ahli dalam tadika saling membantu untuk
mencapai matlamat adalah penting bagi sesebuah tadika. Tahap perkembangan kanak-
kanak mencapai matlamat yang diharapkan begantung kepada kurikulum dan iklim
sosioemosi sesuatu tadika.

7. Pendokumentasian pemerhatian tentang kanak-kanak secara individu dan lain-lain


informasi boleh dikongsi dengan ibu bapa, pengurus tadika atau mereka yang terlibat
dengan kanak-kanak secara langsung.

Banyak contoh pemerhatian yang dibuat dan dalam masa yang berbeza, situasi yang
berbeza dan menggunakan kaedah yang berbeza dapat memberi gambaran yang
menyeluruh tentang perkembangan kanak-kanak.

3. Jenis pemerhatian

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai atau diperhatikan iaitu:

i) memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan


ii) memerhati apa yang telah dirancang secara open ended
iii) memerhati untuk jangka pendek dan panjang

4. Dokumentasi pemerhatian

17 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Maklumat yang didapati daripada pemerhatian perlu dimasukkan ke dalam rekod


perkembangan individu kanak-kanak. Format yang digunakan untuk merekod
maklumat terpulang kepada pilihan guru. Apa yang perlu ialah catatan dibuat dalam
bentuk yang mudah digunakan dalam pelbagai situasi kerja.

Setiap guru perlu membuat perancangan. Bagi tujuan tersebut, sebuah buku
program atau folder yang terkandung di dalamnya maklumat latar belakang dan
rekod perkembangan individu kanak-kanak boleh juga dimasukkan perancangan dan
penilaian mingguan. Ia boleh dibuat secara berasingan.

Pemerhatian juga merupakan sebahagian daripada interaksi harian guru dengan


kanak-kanak. Melalui pemerhatian secara berstruktur, guru-guru boleh
mempertimbangkan kehendak, keperluan dan boleh mentafsir perkara yang sedang
berlaku kepada kanak-kanak.

Fokus guru ialah kepada perkembangan kanak-kanak yang membimbangkan atau


ingin mengetahui kelakuan seseorang kanak-kanak, justeru itu perlu ada catatan. Ini
penting untuk tujuan perancangan masa depan. Kaedah pemerhatian bergantung
kepada kegunaan maklumat yang dikumpulkan.

Kaedah merekod maklumat pemerhatian adalah berbeza antara individu. Beberapa


faktor akan menentukan kuantiti, kualiti dan format yang akan digunakan.

Tentukan sistem yang akan digunakan untuk mendokumentasikan perkembangan


kemampuan, kemahiran dan minat setiap individu kanak-kanak. Ia akan menjadi
asas kepada perancangan yang berterusan. Maklumat daripada keluarga amat
berguna. Reaksi awal kanak-kanak terhadap persekitaran baru dan terhadap guru
merupakan maklumat awal yang penting.

Merekod pemerhatian ialah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik daripada


apa yang diperhatikan berkaitan dengan perkembangan kebolehan, kemajuan,
pengetahuan dan pencapaian murid yang ingin dinilai. Cara mengumpul dan
merekodkan maklumat seperti yang dicadangkan dalam Huraian Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan 2003 ialah melalui:

senarai semak
anekdot
rekod berterusan

E. RUMUSAN

18 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Tugas guru tadika ialah untuk merancang program pendidikan awal kanak-kanak yang
sesuai berdasarkan penilaian perkembangan kanak-kanak. Keberkesanan sesuatu
program tadika ke atas kanak-kanak bukan hanya oleh persekitaran pembelajaran yang
disediakan, kecekapan guru atau interaksi dengan ibu bapa dan komuniti, tetapi yang
lebih penting ialah tahap perkembangan individu dan gaya pembelajaran mereka diberi
perhatian. Dengan penilaian yang berterusan secara tidak formal dapat membantu guru
menyediakan program tadika yang berkualiti.

F. AKTIVITI

1. Mengapa guru perlu memerhati kanak-kanak?

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN


1. Lampiran 3

TOPIK 4: SENARAI SEMAK

19 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

A. PENGENALAN

B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat;
1. menentukan kegunaan senarai semak

2. menyatakan penyediaan senarai semak.

3. menjelaskan tentang kelebihan dan kelemahan senarai semak

C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Syarahan dan perbincangan dalam kelas.

D. KANDUNGAN TOPIK

1. Kegunaan senarai semak

Senarai semak mempunyai banyak kegunaannya dan senang untuk digunakan. Ia


merupakan rekod yang menandakan tentang kehadiran atau ketiadaan sesuatu
perkara.Senarai barangan perbelanjaan dan senarai kehadiran murid dalam kelas adalah
senarai semak yang paling mudah. Bila membuat pemerhatian dengan kanak-kanak,
senarai semak digunakan untuk merekod kejadian tentang tingkah laku dalam konteks
yang ditentukan. Ini bermakna senarai semak perlu disediakan sebelum membuat
pemerhatian. Begitu juga dengan pemilihan tempat dan situasi perlu dirancang awal
untuk menambahkan kecekapan dalam membuat pemerhatian. Walau bagaimanapun,
senarai semak boleh digunakan dimana-mana sahaja, contohnya, aktiviti fizikal boleh
diperhatikan semasa kanak-kanak makan dimeja makan atau semasa kanak-kanak
bermain gelongsor. Perbezaan yang boleh diperhatikan ialah antar kemahiran motor
halus dengan kemahiran motor kasar yag boleh dicatatkan dalam senarai semak.

Senarai semak digunakan apabila:

1. Guru ingin mengetahui sama ada kanak-kanak dapat menyiapkan atau tidak
sesuatu tugasan atau telah menguasai sesuatu kemahiran. Senarai semak adalah satu

20 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

cara untuk menilai kanak-kanak dalam jangka masa yang singkat.

2. Guru ingin mengenal pasti kanak-kanak yang memerlukan pertolongan dalam


menguasai sesuatu tugas atau kemahiran yang tertentu.

3. Guru hendak menentukan sama ada kanak-kanak itu mempunyai atau tidak tingkah
laku tertentu.

4. Guru hendak merancang keperluan untuk kanak-kanak secara individu.

5. Guru ingin melihat kemajuan atau perkembangan kanak-kanak secara keseluruhannya.

2. Penyediaan senarai semak

Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan


senarai semak.

Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.

Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas.

Digunakan untuk melihat atau menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula
jadi.

Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.

Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan


perkembangan tingkah laku yang ingin diperhatikan.

Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada satu atau
dua pemerhatian.

Boleh ditanda semasa atau selepas membuat pemerhatian.

Pemerhatian hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali untuk mendapat


maklumat yang lebih tepat dan tekal.

3. Kelebihan dan kelemahan senarai semak

21 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

3.1 Kelebihan senarai semak

Senarai semak mempunyai kelebihan. Di antaranya ialah:

1. Senang digunakan.
Selalunya tingkah laku atau keadaannya ditulis sama ada ada atau tiada.

2. Berguna dalam merancang untuk perancangan individu.


Guru secara sepintas lalu boleh memberitahu kanak-kanak mana yang boleh
atau tidak boleh menguasai sesuatu kemahiran atau pengalaman tertentu.

3. Guru boleh merekod lebih dari seorang dalam satu masa.

4. Boleh dibuat kepada kanak-kanak tanpa mereka sedari yang mereka


diperhatikan.

5. Selalunya lebih khusus kepada butiran tingkah laku yang ingin diperhatikan.

6. Guru boleh membuat senarai semak sendiri untuk disesuaikan dengan


kurikulum.

7. Tidak perlu dilengkapkan dalam sehari.

3.2 Kelemahan senarai semak

1. Guru mungkin mengunakan senarai semak yang tidak sesuai dengan tahap
perkembangan kanak-kanak.

2. Guru akan mengikut senarai semak secara rigid.

3. Senarai semak mungkin terlalu mengikut sebagaimana yang ditetapkan dalam


kurikulum.
Bagi guru yang inginkan kanak-kanak berjaya akan mengajar berdasarkan
senarai semak, tetapi setengah kanak-kanak belum lagi bersedia dengan sesuatu
kemahiran itu.

4. Contoh senarai semak

Contoh senarai semak individu:

KOMPONEN BAHASA DAN KOMUNIKASI

Nama murid : ____________________________ Kelas : ____________________

22 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

ARAHAN : Sila tandakan ( / ) dalam petak yang disediakan apabila murid sudah
menunjukkan kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum
menguasai kemahiran itu.

HASIL PEMBELAJARAN ULASAN / ULASAN / ULASAN /


TARIKH TARIKH TARIKH

2. Kemahiran bertutur 15.1.2007 15.5.2007 15.10.2002

2.1 berinteraksi dengan


mesra

2.1.1 berbual menggunakan - apabila - sudah - sudah


bahasa yang mudah dan disoal, ia boleh ramai
sebutan yang betul menjawab berbual kawan
dengan satu semasa
dua patah membuat
perkataan aktiviti
kumpulan
2.1.2 berinteraksi secara sopan
dan bertatasusila

a. mengikut giliran - boleh - sudah mula - yakin


b. mengikut situasi menunggu menggunakan apabila
c. mengikut peringkat giliran untuk ucapan terima bercakap
umur bercakap kasih dan
tolong

-boleh - sebutan
menyebut jelas
panggilan
bersopan
dalam
keluarga
seperti abang,
kakak

Jika pemerhatian dibuat untuk sekumpulan kanak-kanak, nama-nama mereka boleh


dimasukkan dalam senarai semak tersebut. Tingkahlaku tertentu boleh diberikan kod
nombor atau huruf.

Contoh senarai semak untuk sekumpulan murid:

Arahan: Tandakan ( / ) pada tingkah laku main yang ditunjukkan oleh kanak-
kanak pada ruangan yang disediakan

23 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Jenis-jenis tingkah laku main yang ditunjukkan:


P = parallel
A = associative
C = cooperative

Nama 9.00 pagi 9.05 pagi 9.10 pagi 9.15 pagi


kanak-
kanak

P A C P A C P A C P A C
1. Ali
2. Abu
3. Busu
4. Daud
5. Eman
6. Faiz
7. Iman

. E. RUMUSAN

Senarai semak ialah kaedah yang banyak kegunaannya dan senang digunakan. Guru
boleh menggunakan satu senarai semak untuk seorang murid atau menyediakan satu
borang induk yang mengandungi semua nama murid yang hendak diperhatikan. Oleh
kerana kemahiran disusun mengikut urutan penguasaan, senarai semak ini boleh
dianggap sebagai satu alat diagnostik Berdasarkan kepada pemerhatian dengan senarai
semak ini, guru dapat menganalisa hasilnya dan menentukan kanak-kanak yang
memerlukan peneguhan, pemulihan atau pengayaan.

F. AKTIVITI

Pilih satu perkembangan kanak-kanak dan buatkan satu senarai semak tentang
perkembangan kanak-kanak yang dipilih.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN


Lampiran 4
TOPIK 5: REKOD ANEKDOT

A. PENGENALAN

24 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Rekod anekdot merupakan catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku
murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Catatan yang ditulis
hendaklah secara objektif menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku.
Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami kanak-kanak yang diperhatikan.

B. HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pengajaran pelajar akan dapat ;


1. menyatakan kandungan rekod anekdot

2. menghuraikan kandungan rekod anekdot

3. mengetahui pertimbangan dan panduan dalam membuat rekod anekdot

2. menjelaskan kelebihan dan kelemahan rekod anekdot.

C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk perbincangan dalam kumpulan yang kecil dan seterusnya
membentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.

D. PENYAMPAIAN ISI
1. Kegunaan rekod anekdot

1. Rekod anekdot boleh digunakan bila-bila masa bagi guru membuat pemerhatian
dengan kanak-kanak. Guru hanya menerangkan cerita tentang apa yang dilihat pada
ketika itu.

2. Adalah amat berguna dalam merekod situasi di mana kanak-kanak melakukan sesuatu
yang berbeza dari apa yang selalu dilakukan olehnya semasa melakukan aktiviti kelas
atau semasa berinteraksi dengan guru, rakan atau bahan.
2. Kandungan rekod anekdot

Rekod anekdot harus mengandungi:

25 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

nama murid
kelas
tarikh pemerhatian dibuat
nama pemerhati
peristiwa yang diperhatikan
cadangan dan komen daripada pemerhati mengenai peristiwa itu

3. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot

1. Pemerhatian dibuat terhadap peristiwa yang berlaku adalah tidak dirancang.


2. Tidak perlu ditentukan kanak-kanak yang hendak diperhatikan.
3. Apa yang dilihat hendaklah ditulis secara objektif.
4. Dalam rekod anekdot, perkara-perkara yang boleh ditulis ialah yang menggambarkan
tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran
menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan.

4. Panduan merekod secara anekdot

1. Buat catatan bagi memastikan insiden yang direkod tidak tercicir.


2. Pastikan nama, tarikh, masa dan suasana dicatat dalam buku nota.
3. Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian.
4. Catatkan tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh kanak-kanak.
5. Masukkan respon orang lain sekiranya berkaitan.

5. Kelebihan dan kelemahan rekod anekdot

4.1 Kelebihan rekod anekdot

26 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Latihan khas tidak diperlukan kerana tiada kemahiran istimewa.

Pemerhatian bersifat terbuka iaitu boleh menceritakan apa sahaja yang


diperhatikan.

Pemerhati boleh membuat laporan tentang tingkah laku yang tidak


diharapkan atau dirancang.

Pemerhati boleh memilih dan melaporkan aspek yang penting

4.2 Kelemahan rekod anekdot

Catatan ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana apa yang
menarik pada pemerhati sahaja yang akan direkodkan.

Catatan ditulis berdasarkan ingatan pemerhati kerana ianya direkod


selepas kejadian berlaku.

Isi kejadian yang berlaku banyak ditinggalkan dan memberi penerangan


berlainan atau pilih kasih.

6. Contoh rekod anekdot

27 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Nama kanak-kanak : Malik bin Naim

Umur : 6 tahun

Tarikh : 15 Mac 2007

Masa : 10.00 pagi

Nama Guru : Puan Aini binti Muhammad

Catatan Ulasan

Selepas rehat, Malik mengajak Zainal, Fuad dan Malik adalah anak sulung.
Hadi ke Pusat Bahasa untuk membaca buku.
Malik mengambil buku yang telah dibaca oleh Rakan baiknya ialah Zainal, Fuad dan
Cikgu Aini sebentar tadi. Saya nak baca buku Hadi.
ni. Nak dengar tak? Malik membuka sehelai
demi sehelai sambil membaca seperti Cikgu Mereka ini sentiasa mengikut apa
Aini. Kawannya, Zainal, Fuad dan Hadi sahaja yang diminta oleh Malik.
mendengar cerita yang ibaca oleh Malik. Setelah
selesai membaca buku itu, Malik bertanya Malik sudah menunjukkan minat
kepada Fuad dan Hadi, sedap tak cerita tadi?. untuk membaca buku walaupun
Hadi bertanya, kau dah boleh baca, Malik?. sebenarnya, ia masih belum mengenal
Malik tersenyum. Cikgu Aini yang kebetulan semua huruf.
lalu disitu mendengar perbualan mereka.
Bagus, Malik, Cikgu Aini memuji Malik.

E. RUMUSAN

Rekod anekdot merupakan alat untuk membina kefahaman tentang kanak-kanak secara
keseluruhannya. Ia merupakan jalan untuk mengumpul dan menganalisa tentang
kejadian yang penting sahaja. Rekod anekdot bukan sahaja untuk individu tetapi boleh

28 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

dibuat untuk sekumpulan kanak-kanak. Sungguhpun rekod anekdot merupakan catatan


ringkas, menerangkan satu peristiwa dalam satu masa, namun ia banyak faedahnya.
Pengumpulan beberapa catatan rekod anekdot dalam jangka masa tertentu boleh
membantu guru mengetahui tentang kanak-kanak yang diperhatikan secara lebih
terperinci.

F. AKTIVITI

Buat satu rekod anekdot ke atas seorang kanak-kanak mengikut situasi yang sesuai.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN


1. Lampiran 5

TOPIK 6: REKOD BERTERUSAN

29 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

A. PENGENALAN

Rekod berterusan adalah catatan dalam bentuk cerita yang dibuat pada individu atau
sekumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap tingkah laku dan
apa yang dikatakan oleh kanak-kanak akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian.
Pemerhatian secara terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5 hingga 10 minit.

B. HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran pelajar dapat :
1. mengetahui kegunaan rekod berterusan.

2. konsep kendiri yang positif.

3. kemahiran sosial dalam kehidupan bermasyarakat.

C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Kuliah dan perbincangan

D. PENYAMPAIAN ISI

1. Kegunaan rekod berterusan

Rekod berterusan adalah untuk guru belajar lebih tentang semua aspek
perkembangan kanak-kanak daripada objektif hinggalah merekod tingkah laku
dan bahasa kanak-kanak dengan hati-hati.

Rekod berterusan boleh menolong guru yang sedang belajar memahami masalah
kanak-kanak secara individu atau untuk mengenali kanak-kanak yang baru masuk
belajar di dalam tadika tersebut.

2. Panduan menulis rekod berterusan

Pastikan nama kanak-kanak dan nama pemerhati, tarikh dan masa dicatat.

30 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Rekodkan cerita secara objektif dan jangan buat kesimpulan tentang kanak-
kanak.

Catat apa yang berlaku pada ketika membuat pemerhatian sahaja

Rekod hendaklah dicatat mengikut urutan peristiwa

Fokus pada kanak-kanak yang ingin diperhatikan. Perbualan, kebisingan atau


aktiviti secara spontan dalam kelas merupakan gangguan dan mesti dielakkan.

Gunakan ayat yang pendek dan ringkas tetapi mudah difahami.

Catatkan perbualan kanak-kanak yang diperhatikan (jika ada) dengan orang


lain misalnya guru atau rakan ketika pemerhatian dijalankan.

3. Kelebihan dan kelemahan rekod berterusan

3.1 Kelebihan rekod berterusan

Ia merupakan rekod yang lengkap dan tidak terhad pada satu kejadian
sahaja.

Guru boleh mencatatkan apa sahaja yang ia lihat semasa pemerhatian


dibuat

Guru tidak perlu kemahiran pemerhatian yang khusus

3.2 Kelemahan rekod berterusan

Memerlukan masa yang banyak

Susah merekod semua kejadian secara terperinci

Sukar untuk merekod pemerhatian secara berkumpulan

Perbualan, kebisingan atau aktiviti secara spontan dalam kelas


merupakan gangguan yang boleh menghalang guru untuk mencatat
tingkah laku atau perbualan yang dituturkan oleh kanak-kanak yang
diperhatikan

4. Contoh Rekod Berterusan

Nama : Badrul bin Karim

31 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Umur : 6 tahun

Tarikh : 15 September 2007

Masa : 10.00 10.10 pagi

Nama Guru : Puan Atikah binti Akib

Pemerhatian Ulasan

Badrul sedang bermain pasir dengan beberapa Menunjukkan ciri kepimpinan


orang rakan. Dia kemudian mengajak
kawannya bermain jongkang jongkit.
Beberapa orang murid berebut-rebut menaiki
jongkang jongkit.

Hisyam : Saya nak naik juga.

Badrul : Jangan berebut-rebut. Gilir- Ada sifat toleransi


gilirlah. Mula-mula Kasim,
dan Razib di sini, Hasan dan
Hisyam di sebelah sana.

Hasan : Saya tak boleh duduk dengan Ada konsep matematik


Hisyam, sebab dua-dua gemuk,
nanti berat sebelah.

Badrul : Betullah, cuba tukar dengan


Razib, baru sama berat.

Razib : Aaah! Sama berat , baru Ada konsep keseimbangan


terangkat.

E. RUMUSAN

Rekod berterusan membolehkan guru meneroka perkembangan kanak-kanak secara individu


terutama sekali bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah. Walau bagaimanapun, guru

32 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

hendaklah menjadi pemerhati dan pencatat yang menjelaskan tentang apa yang sebenarnya
berlaku ketika itu. Bukan mudah untuk mencatat semua tingkah laku dan perbualan kanak-kanak.
Melalui latihan dan pengalaman, seseorang guru akan lebih bersedia untuk menjalankan rekod
berterusan.

F. AKTIVITI

Buatkan satu rekod berterusan terhadap sekumpulan murid dalam kelas tadika.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN


1. Lampiran 6

TOPIK 7: PENILAIAN DALAM PERKEMBANGAN BAHASA

A. PENGENALAN

33 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Kemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan ialah
melalui bahasa. Bahasa penting dalam perkembangan kanak-kanak. Seseorang yang
menguasai bahasa bermula apabila ia memahami percakapan yang didengar dan boleh
bertutur. Kebolehan menggunakan bahasa boleh merapatkan perhubungan kanak-kanak
dengan orang lain dan membina konsep tentang persekitarannya.

B. OBJEKTIF
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat mengetahui tentang;
1 perkembangan bahasa kanak-kanak secara lisan

2. perkembangan bahasa kanak-kanak secara tulisan

C. STRATEGI PENYAMPAIAN

Penyampaian berbentuk perbincangan dan syarahan.

D. PENYAMPAIAN ISI
1. Perkembangan bahasa kanak-kanak - bahasa lisan

Kemampuan kanak-kanak untuk menerima, memahami dan melahirkan semula apa yang
didengar dapat menunjukkan perkembangan bahasa mereka. Dalam perbualan
contohnya, perkembangan bahasa mereka dapat ditonjolkan apabila mereka boleh
bercakap menggunakan ayat yang lebih panjang untuk menghuraikan sesuatu.

Kemampuan kanak-kanak dalam berbahasa merujuk kepada empat komponen, iaitu:

1. Perkembangan fonologi

2. perkembangan semantik

34 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

3. perkembangan tatabahasa

4. perkembangan pragmatik

Perkembangan fonologi

Perkembangan fonologi merupakan kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat.


Pada frasa awal , bayi akan menghasilkan bunyi yang dikawal dan terhad. Bunyi yang
paling mudah adalah bermula dengan konsonan dan berakhir dengan vokal. Bunyi
tersebut juga mempunyai sukukata yang berulang seperti dadada dan mamama, yang
akhirnya bunyi-bunyian tersebut menyerupai perkataan yang pernah didengari dan
menjadi perkataan pertama seperti mama. Kanak-kanak yang berusi pertengahan dua
tahun, akan menggunakan strategi kreatif dan melanggar peraturan. Masalah sebutan
boleh diatasi dengan kematangan peralatan vokal serta usaha kanak-kanak untuk
menyebut perkataan-perkataan. Kanak-kanak mempelajari perkataan baru dengan cara
membezakan perkataan yang sudah mereka ketahui dengan perkataan yang baru mereka
dengar.

Perkembangan fonologi kanak-kanak seperti dalam jadual di bawah:

Umur Perkembangan fonologi

Lahir hingga - Menangis dan senyum


2 bulan - Suka kepada suara manusia

2 hingga 4 - bermain dengan bunyi vokal seperti aaaa-aaaa-aaaa


bulan

6 hingga 9 - mencantum bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk menghasilkan


bulan sukukata seperti ma-ma-ma-ma

9 hingga 12 - mencantum sukukata dan menghasilkan perkataan pertama seperti papa


bulan

1 hingga 1 - menyebut perkataan yang berkaitan dengan nama benda atau orang
tahun disekeliling mereka

1 hingga 2 - menyebut gabungan 2 perkataan atau ayat mudah melalui bahasa


tahun telegrafi iaitu perkataan dan fonem seperti ma su untuk mak nak
susu

2 hingga 4 - menyebut gabungan 3 perkataan


tahun -menggunakan strategi sebutan untuk perkataan rumit seperti lan

35 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

untuk jalan

4 hingga 6 - menggabungkan 4 hingga 5 perkataan


tahun - mengulang dan mengubahsuai senikata lagu atau puisi mudah

Semasa menilai kanak-kanak dari segi fonologi, perhatian harus diberikan ketika kanak-
kanak menyebut sesuatu perkataan. Selain itu, perhatian pada kanak-kanak dalam
menyebut singkatan perkataan, seperti lan untuk jalan iaitu membuang dua huruf
didepan perkataan tersebut. Kanak-kanak juga perlu diperhatikan ketika mereka
menggantikan sesuatu perkataan mengikut sebutan mereka sendiri seperti susu jadi fufu.

Perkembangan semantik

Perkembangan semantik adalah perkembangan bahasa berkaitan dengan makna


penggunaan perkataan. Bayi menyerap bunyi bahasa yang pernah didengari ketika
mereka dalam kandungan sehingga mereka berusia kira-kira 10 bulan lepas kelahiran.
Pada usia dua tahun, ia dapat memahami maksud perkataan. Contohnya, perkataan
emak dengan ayah merupakan dua orang yang berbeza.. Usia tiga tahun, ia boleh
memahami maksud daripada soalan. Contohnya, mana baju cantik? Ia akan menjawab
atau menunjukkan baju kepada orang yang bertanya soalan tersebut. Dengan
meningkatnya kefahaman kanak-kanak mengenai fleksibiliti maksud yang terdapat dalam
sesuatu perkataan, kebolehan mengingat dan menggunakan perkataan juga meningkat.
Mereka boleh faham cerita atau lagu yang diperdengarkan. Setelah mereka faham,
barulah mereka boleh menceritakan atau menjawab soalan yang dikemukakan atau
menyanyi semula lagu yang telah mereka dengar.

Perkembangan semantik kanak-kanak seperti dalam jadual di bawah:

Umur Perkembangan semantik

6 hingga 12 bulan Boleh memahami perkataan dan menamakan objek


yang ditunjukkan kepadanya

Usia setahun, perbendaharaan kata bertambah 1


1 hingga 1 tahun hingga 3 perkataan sebulan iaitu terdiri dari orang
yang hampir dengannya (emak, ayah) dan benda-

36 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

benda maujud dipersekitarannya (baju, bola).

Memahami arahan mudah seperti cium pipi

1 hingga 2 tahun Perbendaharaan kata bertambah 10 hingga 20


perkataan seminggu iaitu termasuk perbuatan
(lari), tempat (dapur, mana, sana) dan keadaan
(panas)

2 hingga 3 tahun Boleh memahami perkataan yang lebih abstrak


seperti perasaan seseorang iaitu sedih atau sifat
nama seperti cantik

Lebih banyak perbendaharaan kata iaitu 1000


perkataan

Boleh menamakan objek, kejadian dan


mengkategorikannya

4 hingga 6 tahun Cetusan perbendaharaan kata (10,000 patah


perkataan)

Memahami lawak jenaka

Memahami cerita dan senikata lagu serta boleh


bercerita dan menyanyikan lagu atau puisi

Ketika memerhatikan kanak-kanak dalam perkembangan semantik, perhatian harus


diberikan tentang kefahaman dan penggunaan perkataan dan ayat juga lawak jenaka.

Perkembangan tatabahasa

Perkembangan tatabahasa merujuk kepada penggunaan lebih dari satu perkataan dalam
satu ungkapan. Dua fasa yang terlibat dalam perkembangan tatabahasa kanak-kanak
iaitu:

37 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

1. Pembentukan ayat mudah melalui kombinasi perkataan pertama.

Bayi yang berumur 12 hingga 20 bulan, ia mula mencantum perkataan pertama bagi
membentuk ayat mudah. Perkataan tersebut adalah yang berkaitan dengan makanan(
susu), pakaian(baju), permainan(bola), bahagian tubuh badan (mata) dan
binatang(meow-meow untuk kucing) dan orang yang penting (mama atau emak).
Kanak-kanak juga sudah pandai mengaplikasikan peraturan tatabahasa dalam
penggunaan ayat telegrafik kombinasi dua perkataan seperti nak kan (bermaksud
saya hendak makan).

2. Perkembangan daripada ayat mudah kepada perbualan kompleks.

Kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun boleh menggunakan kata sambung


ketika membentuk ayat.. Ibu bapa boleh meningkatkan penguasaan tatabahasa kanak-
kanak dengan memberi penambahan kepada perkataan yang dilafazkan oleh kanak-kanak
supaya lebih kompleks dan lengkap. Contohnya, kaki saya sakit boleh ditambah kaki
saya sakit sebab jatuh dalam parit. Adakalanya, ibu bapa juga boleh membuat
pembentukan semula ayat supaya menjadi lebih betul dan lengkap. Contoh, jatuh susu
boleh dibentuk semula ayat menjadi air susu saya tumpah sebab terlangggar meja.

Perkembangan tatabahasa kanak-kanak seperti dalam jadual di bawah:

Umur Perkembangan tatabahasa

1 hingga 2 tahun Menyebut ayat mudah hasil gabungan 2 perkataan


(pakai kasut untuk saya hendak pakai kasut)

2 hingga 3 tahun Membentuk ayat hasil gabungan 3 perkataan (nak


yang coklat untuk saya hendak makan aiskrim
warna coklat)

Boleh menggunakan sifatnama (cantik), kata


bilangan (satu, dua), dan kata tempat (sana) dalam
membentuk ayat

4 hingga 6 tahun Membentuk ayat hasil gabungan 3 hingga 6

38 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

perkataan

Boleh menggunakan kata sambung (sebab, dan), ayat


berlapis (saya ada dua batang pensil, satu merah dan
satu biru), soalan bertag (ini awak punya, betul tak?)
dan ayat pasif (Pensil dipinjam oleh Nini)

Menghasilkan cerita pendek

Ketika memerhatikan kanak-kanak dalam perkembangan tatabahasa, perhatian harus


diberikan tentang jumlah perkataan, susunan dalam ayat, ragam ayat dan jenis-jenis ayat
yang digunakan oleh kanak-kanak semasa mereka bercakap secara lisan.

Perkembangan pragmatik

Perkembangan pragmatik adalah penggunaan bahasa secara berkesan dalam konteks


sosial. Ianya bergantung dimana kebudayaan kanak-kanak itu dibesarkan. Kefahaman
tentang pragmatik hanya boleh diperolehi melalui pengalaman kanak-kanak bergaul
dengan orang lain dan memahami konteks sosial yang berubah-ubah. Dalam berinteraksi
dengan orang lain, kanak-kanak perlu belajar mengambil giliran untuk bercakap,
memahami bahasa badan, memberi respon dalam perbualan dan tahu topik perbincangan
yang diperbualkan.

Perkembangan pragmatik kanak-kanak seperti dalam jadual di bawah:

Umur Perkembangan pragmatik

1 hingga 2 tahun Mula mengambil giliran dalam perbualan

Boleh menggunakan daftar bahasa yang mudah


seperti terima kasih

3 hingga 4 tahun Boleh mengambil bahagian dalam perbualan dengan


kumpulan kecil atau rakan sebaya

Boleh menggunakan daftar bahasa seperti tolong

5 hingga 6 tahun boleh mengambil bahagian dalam perbualan dengan


kumpulan besar

39 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

boleh menggunakan daftar bahasa secara berkesan


mengikut kesesuaian keperluan sosial seperti ucapan
salam, selamat pagi, selamat petang

boleh memberi komen dan meminta tindak balas

boleh bertanya balik soalan bila soalan diajukan


kepadanya

Ketika memerhatikan kanak-kanak dalam perkembangan pragmatik, perhatian harus


diberikan tentang kekerapan mengambil giliran bercakap, mengambil giliran bercakap
dengan sopan, sensitif pada keperluan pendengar, penyesuaian dengan peringkat usia
orang yang bercakap, dan adab dalam memperkenalkan topik perbincangan yang baru.

2. Perkembangan bahasa kanak-kanak - bahasa tulisan

Kanak-kanak pada usia 2 tahun dan ke atas boleh memegang buku dengan betul iaitu
menghala ke atas. Mereka juga boleh mengenal bahagian permulaan buku dan penamat
buku, membuka halaman dalam buku dari kanan ke kiri, membaca buku secara melihat
gambar dan bercerita mengikut ayat sendiri serta mengajak orang lain membaca
bersama. Apabila mereka meningkat usia 3 tahun hingga 8 tahun, kanak-kanak boleh
mengenal dan membaca kulit buku, menceritakan tentang siapa yang menulis buku
tersebut dan cuba membaca buku secara kuat.

Oleh itu, kemahiran memegang buku boleh dilihat dengan cara kanak-kanak
menggunakan buku dengan cara yang sesuai. Perhatian harus diberikan terutama ketika
kanak-kanak memegang buku. Buku tersebut adakah dipegang menghala ke atas dengan
muka hadapan menghadap pembaca. Mereka juga boleh diperhatikan mengenal bahagian
hadapan atau belakang buku, membuka halaman dalam buku tanpa renyok atau koyak
dan juga adakah ia meminta untuk dibacakan buku.

Kanak-kanak juga boleh dilihat perkembangan bahasanya melalui kefahaman mereka


tentang fungsi bahan bercetak. Mereka dapat memahami bahawa setiap yang bercetak
ada maksudnya. Kanak-kanak tiga hingga empat tahun biasanya boleh mengenal pasti
simbol bercetak dalam keadaan tertentu, contohnya, KFC untuk Kentucky Fried Chicken.

40 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Mereka juga boleh bercerita dengan urutan yang betul walaupun kadang kala ada butiran
dalam cerita tertinggal kerana kanak-kanak fikirkan orang dewasa juga melihat gambar
dan bukannya huruf yang bercetak. Bagi kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas telah
faham konsep membaca dengan lebih mendalam iaitu membaca tulisan dan bukannya
gambar. Ini adalah kerana ada buku yang tidak ada gambar. Kanak-kanak juga sudah
boleh menceritakan semula apa yang dibaca dengan terperinci dan tepat seperti watak-
watak dalam buku cerita yang dibaca, penggunaan nada suara dan boleh membaca buku-
buku kanak-kanak yang biasa didengar dan dilihat seperti Kura-kura dengan arnab.

Kanak-kanak boleh diperhatikan cara mereka mengenal pasti simbol yang bercetak, dapat
membezakan di antara gambar dan perkataan dalam buku, memahami perkataan yang
dibaca bukannya gambar dan boleh menjelaskan kegunaan membaca serta boleh bercerita
semula menggunakan buku sebagai bahan bacaan.

Perkembangan bahasa boleh dilihat dengan pengetahuan kanak-kanak tentang huruf dan
perkataan. Ini boleh dilihat apabila kanak-kanak dapat mengenal nama-nama huruf dan
membaca perkataan yang mudah. Kanak-kanak prasekolah biasanya boleh mengecam
huruf-huruf yang adala dalam perkataan nama mereka sendiri., nama kawan-kawan atau
simbol yang bercetak seperti logo pada anak patung Barbie dan ada juga yang keliru
dengan huruf-huruf tertentu seperti b/d, m/n, p/q. Kanak-kanak juga boleh menyebut
perkataan yang berirama seperti puisi. Mereka juga tahu bahawa setiap huruf ada
bunyinya dan boleh menenal pasti bunyi huruf. Disamping itu, kanak-kanak boleh
mengenalpasti persamaan dan perbezaan perkataan, persamaan bunyi suku kata
dihadapan atau di belakang perkataaan dan boleh memadankan perkataan lisan dengan
perkataan yang ditulis. Kanak-kanak yang berumur 7 tahun, boleh membaca secara
senyap, mempunyai perbendaharaan kata yang tinggi dan kelancaran dalam berbahasa.

Oleh itu, pemerhatian boleh dibuat dengan mengenal pasti sama ada kanak-kanak sudah
mengenal huruf-huruf dalam perkataan namanya sendiri, nama-nama huruf, huruf besar
atau huruf kecil dan juga membaca perkataan dan puisi mudah.

41 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Kanak-kanak umur 3 hingga 4 tahun boleh bercerita dan menceritakan semula tentang
sesuatu idea atau gambar yang dilihat. Biasanya kanak-kanak yang bercerita semula akan
menggunakan perkataan yang lebih tepat dan kepada cerita yang sebenar. Pengertian
cerita bagi kanak-kanak yang ingin dilihat ialah kebolehan mereka memberitahu,
bercerita semula dan melengkapkan cerita. Perhatian harus diberikan terhadap struktur
cerita (permulaaan cerita, bilangan watak dalam cerita dan masalah yang diselesaikan)
atau kemuncak cerita atau ketepatan cerita (mengikut cerita sebenar keseluruhannya atau
sebahagian sahaja).

Bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun pula tidak dapat membezakan antara
contengan untuk menulis atau melukis. Kanak-kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun
boleh menulis huruf dalam namanya sendiri. Kadang-kadang menulis huruf secara
terbalik Manakala kanak-kanak yang berumur 4 hingga 7 tahun pula sudah boleh
mengeja tiap-tiap huruf dalam satu perkataan. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 9
tahun pula sudah boleh menulis dengan menjarakkan antara satu perkataan dengan satu
perkataan yang lain, tahu penggunaan huruf besar dan huruf kecil, dapat menggunakan
tanda baca dan boleh menulis ayat yang panjang dalam satu perenggan.

Perkembangan bahasa juga boleh dilihat apabila kanak-kanak boleh membaca tulisannya
sendiri atau tulisan orang lain. Kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun tidak mahu
menceritakan apa yang mereka tulis atau lukis. Bagi kanak-kanak yang berumur 5
hingga 6 tahun ke atas boleh menjelaskan tentang sesuatu gambar, boleh berdialog
berdasarkan gambar, boleh bercerita berdasarkan hafalan dan boleh menyebut perkataan
yang ditulis.

Perhatian harus diberikan kepada kanak-kanak tentang jumlah penggunaan bahasa yang
digunakan bila membaca huruf, perkataan, frasa atau ayat yang bertulis. Kebolehan
kanak-kanak berdialog berdasarkan gambar, bercerita semula tentang sesuatu cerita yang
dibaca dan kebolehan membaca perkataan yang ditulis patut ditekankan.

42 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

E. RUMUSAN

Pengalaman menggunakan bahasa secara lisan dan tulisan, amat penting dalam
perkembangan bahasa kanak-kanak. Ini adalah kerana kemahiran berkomunikasi adalah
berkait rapat dengan penggunaan bahasa dan kemahiran berinterksi. Menerusi
penerokaan dan interaksi menggunakan bahasa, kanak-kanak dapat membina dan
mengaplikasikan bahasa mereka ke tahap yang maksima.

F. AKTIVITI

Hasilkan satu buku cerita kanak-kanak yang mudah dan pilih seorang kanak-kanak
berusia 6 tahun untuk membacanya. Buatkan pemerhatian dan berikan penilaian yang
sewajarnya tentang perkembangan bahasanya dari aspek lisan dan tulisan.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN


1. Lampiran 7

TOPIK 8: PENILAIAN DALAM PERKEMBANGAN KOGNITIF

A. PENGENALAN

43 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah tidak boleh mengolah pemikirannya


sebagaimana kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke atas. Begitu juga dalam
perkembangan bahasa di mana kanak-kanak boleh menggunakan bahasa dan simbol-
simbol yang berkaitan bagi membuat pengakuan dan arahan. Bahasa tidak dapat
digunakan untuk mengolah pemikirannya. Oleh itu, adalah penting bagi guru dan ibu
bapa untuk mengetahui perkembangan kognitif kanak-kanak.

B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat mengetahui ;
1. cara minda memproses maklumat
2. permainan dan perkembangan kognitif
3. langkah-langkah positif dalam perkembangan kognitif kanak-kanak

C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk perbincangan dalam kumpulan yang kecil dan seterusnya
membentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.

D. PENYAMPAIAN ISI

1. Cara minda memproses maklumat

Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh otak dari segi pemikiran
dan boleh dilihat dari tingkah laku dan percakapan seseorang. Aspek perkembangan
kognitif merupakan tumpuan utama dalam kajian ahli psikologi pendidikan seperti Jean
Piaget. Ia menggunakan metodologi kajian klinikal semasa mengkaji proses kognitif
anak-anaknya.

Beliau berpendapat kanak-kanak lahir dengan tingkah laku refleks seperti menghisap,
berkembang kepada tingkah laku bermatlamat dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak
bina struktur kognitif dalam usahanya memahami persekitaran atau pengalamannya yang
stiap hari bertambah melalui data yang ditafsir dan disimpan oleh kanak-kanak tersebut.

Mengikut Piaget, perkembangan kognitif ada empat tahap: peringkat deria motor (0-2
tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7 11 tahun) dan
peringkat operasi formal (12 tahun ke atas).

44 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Pada peringkat deria motor, pemikiran bayi dipengaruhi oleh kebolehan deria mereka
seperti kebolehan memerhati dengan menggunakan mata. Aktiviti-aktiviti bayi juga
bertumpu kepada kemahiran pergerakan dalam persekitaran, seperti berdiri atau merasa.
Bayi akan mengulang-ulang kejadian pengalaman baru yang ditemui daripada pergerakan
dan penerimaan maklumat melalui deria bayi tersebut.

Perkembangan kognitif pada peringkat praoperasi pula, bersifat simbolik melalui


permainan olok-olok, animisme dan egosentrik. Kanak-kanak dalam peringkat ini dapat
berfikir dan berkomunikasi dengan menggunakan perkataan atau simbol yang mewakili
objek dan peristiwa di sekeliling mereka. Contohnya kanak-kanak menggunakan
pembaris sebagai telefon.

Apabila kanak-kanak mencapai peringkat operasi konkrit, pemikiran mereka menjadi


semakin fleksibel, logik dan tersusun. Pemikiran mereka masih terhad kepada sesuatu
yang maujud. Mereka boleh memahami konsep pengekalan objek dan menerima
pendapat orang lain.

Pada peringkat operasi formal pula, remaja sudah dapat berfikir secara abstrak, saintifk
dan logik serta boleh menggunakan prinsip tertentu untuk penyelesaian masalah seperti
pengekalan, pemikiran gabungan dan konsep kebalikan.

1. Permainan dan perkembangan kognitif

Bermain adalah naluri semulajadi kanak-kanak. Dalam aktiviti bermain, kanak-kanak


dapat dilatih mengembangkan kesuburan diri secara menyeluruh dan seimbang dalam
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Semasa bermain, kanak-kanak menggunakan
seluruh anggota deria mereka seperti mata untuk meneroka dan menyiasat benda-benda
di persekitarannya sambil mencipta, menjelajah dan membina sesuatu. Aktiviti bermain
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengasah daya tumpuan dan
mengembangkan sifat tekun dan gigih dalam jiwa mereka. Melalui bermain, kanak-
kanak sebenarnya belajar seperti dalam aktiviti bermain air, pasir bongkah ataupun
buaian. Kanak-kanak dapat memupuk sikap positif seperti boleh berkongsi alat
permainan. Mereka boleh memperbaiki perbendaharaan kata semasa berbual dalam
aktiviti main. Orang dewasa hendaklah mengawasi keselamatan kanak-kanak kecil
dalam aktiviti penerokaan atau permainan untuk memastikan aktiviti tersebut tidak
menjejaskan keselamatan mereka.

Perhatian ibu bapa dan persekitaran kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan


kognitif kanak-kanak. Ibu bapa yang rajin melayan kerenah anak mereka semasa
bermain akan meningkatkan proses pembelajaran anak mereka. Contohnya, setiap soalan
yang ditanya oleh anak mereka diberi jawapan dan tidak memarahi mereka bertanyakan
soalan akan merangsang otak mereka untuk berfikir secara lebih kreatif.

2. Langkah-langkah positif dalam perkembangan kognitif kanak-kanak

45 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Kanak-kanak seharusnya disediakan situasi dan pengalaman yang sesuai dengan mereka.
Ini boleh dilakukan dengan menyediakan aktivti secara individu dan kumpulan serta
perbincangan dengan guru dan ibu bapa supaya perkaitan, penjalinan, penyusunan dan
buah fikiran pada satu objektif dapat dibuat. Contohnya, jika kanak-kanak belukm
menguasai konsep banyak dan sedikit, maka aktiviti yang disediakan untuk mereka
adalah lebih kepada untuk memahami konsep tersebut. Apa yang penting ialah kanak-
kanak tersebut melakukan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan mereka.

Seelok-eloknya aktiviti di peringkat permulaan adalah berbentuk bebas. Ini bermaksud,


apabila kanak-kanak dibekalkan dengan banyak bahan, maka ia dengan sendirinya akan
meneroka dan memahami bahan tersebut. Melalui interaksi dengan bahan, kanak-kanak
akan mempelajari membuat pemerhatian yang tersendiri terhadap benda-benda dan
persekitarannya. Pemerhatian yang berulang-ulang boleh menajamkan ingatan kanak-
kanak. Ini akan menolong perkembangan kognitif kerana pengingatan yang berkesan
timbul apabila tiap-tiap pengalaman di gabungjalin. Interaksi kanak-kanak dengan
berbagai-bagai bahan di persekitaran dapat menambahkan perbendaharaan kata dan
meninggikan penggunaan bahasa.

Setelah kanak-kanak mengenal sifat benda-benda di persekitarannya, maka aktiviti yang


sepatutnya disediakan untuk mereka dirancang mempunyai matlamat tertentu. Misalnya,
kanak-kanak diberikan permainan yang berbagai bentuk, warna dan saiz. Melalui
permainan tersebut, guru atau ibu bapa hendaklah memberi bimbingan supaya interaksi
dengan permainan tersbut dapat menolong kanak-kanak mengenali benda-benda ini ada
mempunyai persamaan atau perbezaan. Benda-benda boleh diasingkan mengikut saiz,
bentuk atau warna. Ini dapat menunjukkan bahawa tiap-tiap benda mempunyai perkaitan
dengan yang lain dan atas dasar inilah perbandingan boleh dibuat.

Ibu bapa dan guru lebih suka melihat kanak-kanak belajar membaca, menulis dan
mengira daripada bermain dengan menjalankan aktiviti bebas atau yang tidak berkait
secara langsung dengan kemahiran akademik. Ini boleh merosakkan perkembangan
kognitif kanak-kanak kerana segala yang dipelajari dengan cara peniruan dan
pengingatan tetapi bukan kefahaman. Adalah penting bagi guru dan ibu bapa
menyediakan pengalaman yang luas supaya sesuatu yang diajar dapat difahami oleh
kanak-kanak.

Contoh senarai semak perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah

Tandakan (/) dalam petak apabila kanak-kanak sudah menunjukkan kebolehannya

Hasil pembelajaran Peristiwa/tarikh Peristiwa/tarikh Perisitiwa/tarikh

46 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

1. Pengkelasan
Mengkelaskan
objek mengikut 1
ciri:

a. warna ( )

b. saiz ( )

c. bentuk ( )

2. Seriasi

Menyusun objek
mengikut seriasi:

a. saiz ( )

b. panjang ( )

c. tinggi ( )

d. nilai mata wang ( )

3. Padanan satu
dengan satu

Memadankan objek
mengikut pasangan

a. cukup ( )

b. tidak cukup ( )

E. RUMUSAN

Guru seharusnya merancang dan menyediakan objektif dan isi kandungan yang sesuai
dengan perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah. Selain itu, aktiviti yang

47 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

disediakan hendaklah mengandungi kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan tahap


perkembangan kognitif kanak-kanak. Di samping itu, penglibatan kanak-kanak dalam
aktiviti secara aktif dalam bentuk penerokaan perlu ditekankan dalam kelas.

F. AKTIVITI
Rancangkan satu aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak
prasekolah dan berikan penilaian ke atas tahap perkembangan kognitif kanak-kanak
tersebut.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN


1. Lampiran 8

TOPIK 9: PENILAIAN DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN


KEROHANIAN DAN MORAL

48 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

A. PENGENALAN
Rakyat Malaysia adalah berbilang kaum. Amat penting komponen kerohanian dan moral
diberi perhatian dalam penilaian bagi memupuk nilai Islam dan nilai murni untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan, berperibadi mulia dan
bertanggungjawab dalam mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat mengetahui;
1. komponen kerohanian dan moral
2. kurikulum pendidikan Islam
3. kurikulum pendidikan moral
4. penilaian pendidikan kerohanian dan moral

C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk perbincangan dalam kumpulan yang kecil dan seterusnya
membentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.

D. PENYAMPAIAN ISI
1. Komponen Kerohanian dan Moral

Komponen kerohanian dan moral mengandungi pendidikan Islam untuk kanak-kanak


Islam dan pendidikan moral untuk kanak-kanak bukan Islam. Namun begitu, pengajaran
pendidikan moral juga diajar kepada kanak-kanak Islam dalam menerapkan nilai-nilai
murni.

Inilah masa yang sesuai bagi guru untuk menyediakan rangsangan yang bercorak Islam
supaya kanak-kanak dapat belajar perkara-perkara berkenaan Islam dan seterusnya
menjiwai setiap pengalaman yang berunsurkan Islam. Fokus pengajaran pendidikan
Islam adalah berdasarkan penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan al-Quran dan sunah.

Pendidikan moral pula, menekankan aspek-aspek emosi supaya kanak-kanak dapat


memupuk, menghayati dan mengamalkan nilai murni. Kanak-kanak di peringkat
prasekolah perlu diberi penekanan dalam pendidikan kerohanian dan moral supaya
mereka dapat berkembang dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Matlamat ini boleh
dicapai dengan adanya pendedahan dan pengasuhan yang sempurna berasaskan nilai-nilai
yang diterima umum berlandaskan kepada prinsip Rukunegara.

49 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

2. Kurikulum Pendidikan Islam

Menerusi aktiviti-aktiviti pendidikan Islam yang dirancang oleh guru, penilaian dapat
dibuat ke atas kanak-kanak sama ada mereka mengenali dan menghayati kehidupan
secara Islam sesuai dengan peringkat perkembangan mereka. Selain itu, kanak-kanak
boleh dinilai dari segi pembentukan akidah di dalam diri mereka, mengetahui cara-cara
beribadat, mengetahui dan mengamalkan budi pekerti yang baik dan mulia, mengetahui
dan mencontohi cerita-cerita dan sirah Rasulullah, mengenal huruf-huruf al-Quran dan
mengetahui, melafaz serta mengamalkan doa-doa yang mudah.

Melalui aktiviti seperti bercerita, berbual, tunjuk cara, latihan amali, nyanyian, nasyid,
permainan, lakonan, penjelajahan, pemerhatian alam semulajadi dan meninjau kegiatan
harian, guru boleh membuat penilaian ke atas kanak-kanak tanpa mereka sedari.
Penyampaian pengajaran melalui aktiviti luar seperti lawatan dapat membantu kanak-
kanak untuk mempelajari dan menikamati keindahan alam sambil mengenali tanda-tanda
kebesaran dan kekuasaan Allah. Melalui penyampaian yang berkesan, seseorang guru
mampu menilai kanak-kanak dengan mudah di samping membentuk asas-asas keimanan,
bercita-cita tinggi, semangat juang yang kuat, sabar, reda akan ketentuan Allah, berbakti
kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Justeru itu, penilaian dalam pendidikan Islam haruslah ditekankan dalam pembentukan
insan yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia dan berketrampilan ke arah
memakmurkan alam ciptaan Allah.

3. Kurikulum Pendidikan Moral

Nilai-nilai moral boleh disemai di kalangan kanak-kanak secara langsung atau tidak
langsung melalui aktiviti-aktiviti harian di peringkat prasekolah. Pendidikan moral
menekankan aspek pemupukan dan perkembangan nilai serta asas ketatanegaraan supaya
kanak-kanak dapat mengamal dan menghayati nilai-nilai murni yang terdapat dalam
masyarakat Malaysia secara bersepadu.

Kanak-kanak dapat dipupuk nilai-nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, diri
dengan keluarga, diri dengan masyarakat, diri dengan alam sekitar dan diri dengan
negara. Pendidikan moral perlu disepadukan dengan semua komponen dan diterapkan
dalam pelbagai aktiviti pembelajaran seperti aktiviti bercerita, main peranan dan
permainan mahupun latihan amali.

4. Penilaian pendidikan kerohanian dan moral

1. Gabungkan penilaian dengan pengajaran secara berterusan

50 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Pendidikan kerohanian dan moral adalah untuk membentuk peribadi kanak-kanak.


Biasanya hasil yang akan diperolehi adalah lama. Guru boleh membuat
pemerhatian dan penilaian secara berterusan. Rekod anekdot merupakan catatan tentang
perkembangan sikap atau tingkahlaku positif atau negatif kanak-kanak. Catatan ringkas
atau terperinci serta merta perlu dilakukan berkaitan perkara-perkara penting tentang
tingkah laku dan perbualan kanak-kanak dari semasa ke semasa. Pemerhatian bagi
seseoang kanak-kanak boleh dijalankan untuk jangka masa singkat atau lama bergantung
pada peristiwa dan tujuan pemerhatian. Kemudian guru boleh membuat interpretasi
terhadap tingkah laku kanak-kanak.

Contoh rekod anekdot:

Nama: Salmi Tarikh: 20.5.2007


Masa : 10.00 pagi Tempat: Waktu rehat di luar kelas

Pemerhatian: Intrepretasi:

Salmi dan Azlina duduk di tepi parit Salmi mempunyai perasaan untuk menjaga dan
sambil menyanyi. Zariah datang menyayangi alam sekitar.
menghampiri mereka dan
menunjukkan beberapa helai daun
yang dipetiknya di kawasan
prasekolah. Dia melambung-
lambungkan dan memijak-mijak daun
tersebut. Salmi menegur, janganlah
pijak daun-daun tu!,. Suka hati
sayalah jawab Zariah. Kesian daun-
daun tu! kata Salmi sambil
mengajak Azlina beredar dari situ.

2. Gunakan pelbagai teknik dalam penilaian

Tidak ada satu teknik penilaian yang boleh dikatakan ideal. Selain dari rekod anekdot,
senarai semak, temubual atau gambar foto boleh digunakan dalam membuat penilaian.

51 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Contoh: senarai semak dan skala pemeringkatan individu

Nama : Murni binti Hakim Tempat: dalam kelas


Tarikh: 12.6.2007 Masa : 9.30 pagi

Perkara-perkara yang diperhatikan / dinilai Ya Tidak Catatan

1. Aqidah

1.1.1 menyebut enam Rukun Iman

- percaya kepada Allah

- percaya kepada Malaikat

- percaya kepada Kitab

- percaya kepada Rasul

- percaya kepada Hari Kiamat

- percaya kepada Qada dan


Qadar

Senarai semak dan skala pemeringkatan individu untuk beberapa pengetahuan, kemahiran
dan amalan di dalam Pendidikan Islam boleh disediakan dalam jangka masa tertentu.
Guru hanya perlu menandakan / (ya) apabila kanak-kanak berjaya mencapai objektif
yang dirancang dan tandakan X (tidak) jika sebaliknya. Catatan ringkas berkaitan
kemajuan kanak-kanak perlu dicatatkan kerana tanda ya atau tidak, belum memberi
maklumat terperinci tentang sesuatu perlakuan berlaku.

Contoh temubual individu secara tidak formal

Nama : Siti Norhaliza binti Tarudin Tempat: bilik makan


Tarikh: 15.8.2007 Masa 10.10 pagi

52 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Guru : Siti, bunga ni siapa yang buat?


Siti : Allah
Guru : kerusi pula siapa yang buat?
Siti : Orang
Guru : Boleh tak Siti beritau cikgu, apa lagi benda ciptaan Allah?
Siti : Boleh, orang, pokok.
Guru : Ciptaan manusia pula?
Siti : baju, kipas, makanan.

Interpretasi: Siti boleh membezakan ciptaan Tuhan dan rekaan manusia.

Temubual adalah salah satu cara yang berguna kerana dapat memberi banyak maklumat
tentang kanak-kanak. Perbualan tidak perlu terlalu formal dan boleh juga melibatkan
perbualan antara kanak-kanak. Untuk tujuan analisis, perbualan boleh dirakam.

E. RUMUSAN
Penilaian dalam pendidikan kerohanian dan moral adalah pemerhatian dan merupakan
proses berterusan. Perkara-perkara yang dinilai bukan sahaja menekankan pada
pengetahuan, tetapi juga memerhati serta merekod tentang tingkah laku atau amalan
kanak-kanak. Cara membuat penilaian perlu pelbagai kerana tidak ada satu cara yang
ideal untuk setiap kanak-kanak.

F. PERBINCANGAN/LATIHAN/AKTIVITI

Buatkan penilaian dalam pendidikan kerohanian dan moral dengan cara yang berbeza-
beza.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN


1. Lampiran 9

TOPIK 10: PENILAIAN DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL

A. PENGENALAN

53 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Perkembangan sosial merupakan proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan


orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Melalui
proses sosialisasi yang bermula sejak bayi lagi, diharapkan kanak-kanak dapat membuat
penyesuaian social mengikut masyarakat di mana mereka dibesarkan.

B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar akan dapat mengetahui tentang;
1. kemahiran berinteraksi
2. perkembangan konsep kendiri
3. membina kemahiran sosial
4. keperluan asas kanak-kanak dari aspek sosial

C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk perbincangan dan syarahan.

E. PENYAMPAIAN ISI

1. Kemahiran Berinteraksi

Kemahiran kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dapat dilihat dengan jelas pada
tingkah laku mereka semasa bermain bersama-sama kawan-kawan. Pada umur satu
hingga dua tahun, interaksi sosial berlaku secara minimum. Disebabkan mereka berada
pada peringkat egosentrik, mereka masih menumpu kepada penerokaan yang terdekat
dengan diri mereka sendiri. Pada peringkat umur yang lebih tua, kanak-kanak akan
mahir berinteraksi sosial, bantu membantu dan mengambil giliran.apabila mereka
bermain dengan rakan sebayanya.

Sekiranya mereka terlibat dalam rebutan alat permainan, kanak-kanak pada usia dua
tahun akan mengatakan bahawa sesuatu benda itu adalah hak mereka. Berebut barang
permainan dan bermain tanpa berinteraksi dengan orang lain semasa bermain dalam
kumpulan merupakan satu perkara biasa dilalui oleh kanak-kanak pada peringkat awal.
Orang dewasa hendaklah bertegas dalam menggalakkan kerjasama antara kanak-kanak
bagi menyelesaikan masalah perebutan barang permainan dan menyelesaikan masalah
pergaulan. Ini penting untuk membantu pembentukan kemahiran sosial kanak-kanak
pada peringkat awal.

2. Perkembangan konsep kendiri

54 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Konsep kendiri merupakan anggapan menyeluruh tentang diri sendiri, sama ada positif
atau negatif. Seseorang itu tahu akan jantina, keluarga dan ciri-ciri fizikalnya sendiri.
Kanak-kanak yang berusia 3 tahun hingga 5 tahun, kanak-kanak menggambarkan diri
berdasarkan sifat fizikalnya seperti rambut saya hitam, kebolehannya seperti saya
pandai tulis.

Pandangan kendiri yang positif ialah asas kejayaan kepada kanak-kanak. Dengan adanya
pandangan positif terhadap diri dan dengan mengaku dirinya setaraf dan sama-sama
berkemampuan untuk melakukan sesuatu, kanak-kanak akan terus berusaha menunjukkan
kemampuannya.

Pembentukan konsep kendiri bukan sahaja boleh membawa kebaikan secara langsung
kepada diri sendiri bahkan kepada ahli sesuatu kumpulan. Kanak-kanak perlu
ditanamkan dengan kesedaran tentang tanggungjawab sosial dan moral kepada kumpulan.
Tanggungjawab sosial dapat dihasilkan apabila kanak-kanak disemaikan dengan perasaan
sensitif terhadap kumpulan.

3. Membina kemahiran sosial

Kanak-kanak boleh dinilai dengan cara memahami keperluan, perasaan dan pandangan
orang lain melalui aktiviti yang dijalankan di kelas prasekolah. Kanak-kanak dapat
menyatakan batas hubungan antara diri dengan orang lain, menyatakan keperluan orang
lain, menyatakan perasaan orang lain melalui bahasa badan yang ditunjukkan dan
menghormati pandangan orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan seperti :

a. Bercakap dengan kanak-kanak

Guru : apa yang menyedihkan awak? Ceritalah, cikgu sedia mendengarnya.

b. Menggalakkan kanak-kanak tolong menolong

Guru : Cuba Hani minta tolong Normah ambilkan pemadam yang jatuh di bawah
kerusinya.

4. Membina hubungan baik dengan orang lain

Kanak-kanak yang mempunyai kawan selalunya suka ke sekolah. Mereka pandai


berkawan, berbincang, menghargai orang lain dan bertolak ansur. Mereka juga suka
melihat kanak-kanak lain bermain. Kanak-kanak yang boleh membina hubungan baik
dengan orang lain mempunyai kemahiran komunikasi dan berkebolehan bertukar-tukar
fikiran, perasaan dan tanggapan. Mereka juga boleh bekerjasama dan boleh
mengimbangkan kehendak diri di dalam kumpulan.

55 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

5. Keperluan asas kanak-kanak dari aspek sosial

Kanak-kanak memerlukan sosial dan personaliti iaitu mempunyai peribadi mulia,


kemahiran bergaul, membentuk persahabatan dan menyesuaikan diri dalam kumpulan
sosial, kesedaran perbezaan antara jantina dan penampilan tingkah laku positif seperti
bertolak ansur, saling membantu dan empati.

5. Penilaian kemahiran sosial

Penilaian kemahiran sosial menggunakan skala pemeringkatan. Skala pemeringkatan


sesuai digunakan apabila tingkah laku yang diperhatikan mempunyai komponen-
komponen yang berlainan. Contoh skala pemeringkatan untuk kemahiran sosial:

Tarikh : 19.7.2007 Nama Guru : Puan Ainon binti Baba

Arahan : Tandakan mengikut skala yang diberikan

1: kemahiran telah dikembangkan


2: kerap dilakukan
3: sedang diusahakan
4: jarang diperhatikan

KEMAHIRAN AZIAH NORA HASHIM SALIM HAZIQ

Memperkembangkan 3 1 1 3 2
kemahiran
persahabatan

Memulakan 1 2 2 3 1
permainan

Memberi cadangan 4 1 2 3 2

Bertolak ansur 2 2 3 1 4

56 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Bekerjasama dan 3 3 3 2 2
suka menolong

E. RUMUSAN

Guru perlu memerhati, mencatat, mengenal pasti dan membuat kesimpulan tingkah laku
sosial kanak-kanak . Ini penting untuk proses mengenal pasti tahap perkembangan sosial
kanak-kanak. Setelah perkembangan sosial dikenalpasti, satu perbandingan tingkah laku
kanak-kanak dengan teori-teori berkaitan boleh dibuat.

F. AKTIVITI
Bincangkan tentang perkembangan sosial kanak berusia 6 tahun. Buatkan satu penilaian
sosial yang sesuai.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN


1. Lampiran 10

TOPIK 11: PENILAIAN DALAM PERKEMBANGAN EMOSI

57 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

A. PENGENALAN
Perkembangan emosi yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kerana ia menjadi
asas kepada pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak yang akan mempengaruhi
kejayaan dalam kehidupan mereka. Kebolehan menguruskan emosi boleh membantu
kanak-kanak membina keyakinan diri, semangat berdikari dan positif terhadap
pembelajaran.

B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar-pelajar akan mengetahui;
1. tentang emosi

2. emosi kanak-kanak prasekolah

3. bagaimana penilaian emosi dijalankan

C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk syarahan dan juga perbincangan.

D. PENYAMPAIAN ISI

1. Emosi

Emosi merupakan keadaan yang dirasai oleh seseorang sebagai reaksi kepada sesuatu
yang dialaminya. Perkembangan emosi biasanya banyak bergantung kepada faktor
kematangan dan pengalaman hidup masyarakat.

Kanak-kanak telah menunjukkan tanda-tanda wujudnya emosi sejak dilahirkan dengan


menangis bila tidak berasa selesa. Bertambahnya kematangan seseorang akan
menyebabkan proses emosi menjadi lebih kompleks khususnya apabila kematangan
mental bertambah. Pernyataan emosi kanak-kanak yang berumur setahun nenpunyai
persamaan yang ketara dengan orang dewasa di mana sejumlah besar bentuk emosi
seperti benci,suka, takut dan sedih telah terbentuk. Pembezaan dalam pernyataan emosi
juga semakin ketara. Pada peringkat umur yang rendah, biasanya perasaan marah
dinyatakan dalam bentuk tingkah laku seperti menjerit-jerit tetapi di peringkat umur yang
lebih tinggi tingkah laku berbeza mengikut keamatan perasaan marah dan jenis sasaran.
Inilah yangt selalunya, kanak-kanak bukan sahaja menjerit-jerit tetapi ada yang

58 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

membaling benda-benda di sekeliling, mendiamkan diri dengan tidak menghiraukan


pujukan orang dan melarikan diri ke tempat yang tersembunyi.

Masyarakat banyak mempengaruhi perkembangan emosi seseorang. Oleh itu, dari


kanak-kanaklah, mereka perlu diajar untuk mempelajari dan menyesuaikan diri dengan
kehendak masyarakat. Emosi yang ditunjukkan secara keterlaluan adalah tidak
dipandang baik oleh masyarakat. Justeru itu, kanak-kanak seharusnya mempelajari
bagaimana menyesuaikan keadaan emosi dengan kehendak masyarakat. Kematangan
emosi akan tercapai apabila kanak-kanak mampu menguasai perasaan dan
menunjukkannnya dalam bentuk yang boleh diterima oleh masyarakat. Penyesuaian diri
dalam masyarakat adalah dalam berbagai-bagai keadaan seperti bermain, makan, berbual
dengan ahli keluarga dan masyarakat yang mungkin terdiri dari ahli keluarga mereka
sendiri seperti adik atau kakak dan jiran tetangga.

Walaupun dikatakan sebahagian besar bentuk emosi kanak-kanak telah wujud pada
peringkat awal namun perbezaan di antara emosi kanak-kanak dengan remaja atau
dewasa adalah ketara. Kebangkitan emosi kanak-kanak mungkin disebabkan oleh
kehendak-kehendak yang agak mudah tetapi berasas dan pernyataannya juga adalah tidak
berselindung. Inilah yang menyebabkan bentuk pernyataan emosinya keras dan kuat
tetapi tidak berlarutan. Keadaan ini berlaku kerana sesuatu penggerak tidak ditapis
terlebih dahulu oleh pemikiran yang wajar sebelum dinyatakan dalam sesuatu bentuk
tindak balas emosi. Pernyataan emosi kanak-kanak tidak ada langusng sekatan-sekatan
sehingga semuanya ditunjukkan sekaligus.

Emosi kanak-kanak sentiasa berubah-ubah. Semasa bermain, pernyataan berbagai-bagai


emosi seperti marah, cemburu, gembira ditunjukkan sama ada kepada rakan sebaya atau
guru. Keamatan pernyataan dan bentuk pernyataan emosi tidak sama di antara seseorang
kanak-kanak. Ada kanak-kanak yang terlalu sensitif hinggakan sebarang perubahan
keadaan boleh menimbulkan satu bentuk emosi. Perbezaan di antara kanak-kanak
mungkin timbul daripada kematangan yang berlainan mengikut latar belakang kanak-
kanak seperti aras kecerdasan, keadaan kesihatan dan proses pembelajaran yang
dilaluinya.

3. Emosi kanak-kanak prasekolah (5 6 tahun)

a) Mempunyai kesedaran diri yang baik

b) Menunjukkan megah dalam kerja mereka

c) Mahu memberi dan menerima kasih sayang

d) Menjadi marah jika tidak dapat membuat sesuatu.

4. Penilaian perkembangan emosi

59 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Penilaian perkembangan emosi harus sah dimana ia membekalkan maklumat berkaitan


matlamat dan objektif sesuatu program yang dijalankan di prasekolah berkenaan.
Penilaian perkembangan sosioemosi juga perlu dilakukan berulang-ulang. Melalui
pemerhatian yang banyak, boleh membantu guru menemui pola-pola tingkah laku dan
mengelakkan keputusan tergesa-gesa yang mungkin berasaskan tingkah laku luar biasa.
Penilain hendaklah dilakukan secara berterusan dan dalam jangka masa yang lama.
Kanak-kanak dibandingkan dengan kadar perkembangan dirinya sepanjang tempoh yang
tertentu dan tidak dibandingkan dengan pencapaian purata sesuatu kumpulan kanak-
kanak. Penilaian yang dijalankan harus mempunyai pelbagi kaedah. Keputusan yang
profesional dapat diambil dengan data yang diperoleh daripada pelbagi sumber dan bahan
maklumat.

5. Contoh rekod anekdot bagi menilai perkembangan emosi kanak-kanak

Nama kanak-kanak : Hazmi bin Azim


Tarikh : 20.2.2007
Masa : 10.10 pagi
Pemerhati : Puan Watie binti Abu
Tempat : Bilik makan

Kanak-kanak berada dibilik makan. Mereka maka mee goreng dan air milo. Mereka
makan sambil bercakap sesama mereka. Tiba-tiba Aisyah menangis. Bila Puan Fauziah
(pembantu pengurusan murid) bertanya mengapa ia menangis, ia diam dan kemudian
menangis semula. Kemudian Sarah (kanak-kanak yang duduk disebelahnya)
memberitahu Puan Fauziah Aisyah menangis sebab ia tidak boleh menghabiskan mee
yang diberikan kepadanya. Puan Fauziah menegur Aisyah kerana membazirkan
makanan.

Interpretasi:

Aisyah belum dapat menaksir sejauh mana keupayaannya untuk makan. Dia boleh minta
dikurangkan mee goreng daripada Puan Fauziah. Semalam Puan Fauziah pernah
memarahi Aisyah kerana tidak menghabiskan nasi goreng. Aisyah kurang yakin dan
terlalu takut untuk menyatakan kemampuannya. Di samping itu, Puan Fauziah
seharusnya boleh menanyakan Aisyah sama ada makanan yang dihidangkan kepadanya
mencukupi atau terlalu banyak.

E. RUMUSAN

60 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Emosi penting dalam kehidupan kanak-kanak. Cara yang terbaik bagi ibu bapa dan guru
dalam membantu perkembangan emosi kanak-kanak ialah dengan memberi kasih sayang,
bimbingan yang berbentuk peribadi dan menyediakan satu keadaan yang boleh
memberikan kanak-kanak pengalaman hidup berkeluarga dan bermasyarakat sama ada di
rumah atau di prasekolah. Melalui interaksi dalam keluarga dan rakan sebaya, kanak-
kanak bukan sahaja dapat menemui objek-objek yang menimbulkan pelbagai emosi tetapi
bertindak secara yang pelbagai juga. Oleh itu, tiap-tiap pernyataan emosi yang dibuat
oleh kanak-kanak yang dinilai sepatutnya diawasi oleh guru mahupun ibu bapa.

F. PERBINCANGAN/LATIHAN/AKTIVITI

Bagaimana aktiviti lukisan dapat membantu perkembangan emosi kanak-kanak?

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN


1. Lampiran 11

TOPIK 12: PENILAIAN DALAM PERKEMBANGAN FIZIKAL

61 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

A. PENGENALAN
Kanak-kanak suka bergerak. Mereka secara semulajadi ingin belajar dan mempunyai
naluri ingin tahu sesuatu. Apabila mereka dilibatkan dalam aktiviti fizikal, mereka akan
melakukannya dengan sepenuh hati.

B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar-pelajar akan mengetahui:
1. Perkembangan fizikal kanak-kanak
2. Penilaian perkembangan fizikal

C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk syarahan dan juga perbincangan.

D. PENYAMPAIAN ISI
1. Perkembangan fizikal kanak-kanak

Perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting:


a. Perkembangan motor kasar;
b. Perkembangan motor halus;
c. Kesihatan; dan
d. Keselamatan

Penguasaan psikomotor yang baik bagi kanak-kanak dapat membantu mereka dalam
pergerakan asas dan kemahiran menulis. Manakala kesihatan badan yang baik diajar
kepada kanak-kanak membolehkan mereka diasuh dengan memakan makanan seimbang,
mengamalkan tabiat kebersihan diri dan alam sekitar dapat menjauhkan diri dari
penyakit. Bagi aspek keselamatan, kanak-kanak perlu dibantu dengan mengenalkan
situasi serta objek dan perkara-perkara yang berbahaya disamping melatih kanak-kanak
dengan langkah-langkah yang sesuai apabila berhadapan dengan situasi berbahaya.

62 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Mengikut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003, objektif komponen perkembangan


fizikal adalah :

i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu dalam aktiviti pembelajaran;


ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam
aktiviti fizikal;
iii.Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat; dan
iv. Membina minda yang sihat dan cerdas.

Kanak-kanak bergerak aktif secara semulajadi kerana ingin belajar dan mempunyai naluri
ingin tahu tentang sesuatu. Apabila mereka dilibatkan dengan aktiviti fizikal, mereka
akan melakukan dengan sepenuh hati dan mereka akan bergerak dengan menggunakan
seluruh anggota badan.

Kanak-kanak tidak gemar menjadi pemerhati sahaja. Mereka ingin bergerak bebas dan
tidak gemar terikat dengan aktiviti di dalam bilik darjah sahaja. Penggunaan peralatan
dan lain-lain rangsangan akan memberi lebih cabaran kepada mereka semasa melakukan
pergerakan.

Kanak-kanak harus diberi pengalaman pembelajaran pergerakan bermula dari peringkat


prasekolah melalui aktiviti terancang dan bersturktur.

2. Penilaian perkembangan fizikal


Perkembangan motor kasar kanak-kanak perlu diberi perhatian oleh guru. Kanak-kanak
perlu diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif , pantas dan
mencabar. Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat.
Kanak-kanak boleh menguasai kemahiran fizikal serta dapat meningkatkan keupayaan
pergerakannya. Pengalaman kanak-kanak melalui permainan, misalnya, menjadikan
kanak-kanak seronok bila mereka dapat menguasai beberapa kemahiran tertentu. Selain
aktiviti, guru juga boleh menyediakan ruang dan peralatan yang membolehkan kanak-

63 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

kanak menjalankan aktiviti tersebut seperti taman permainan yang mengandungi alat
memanjat, bergayut atau mengimbang.

Kanak-kanak boleh dinilai semasa mereka melakukan aktiviti motor kasar seperti:
memanjat gelongsor, melompat tali, merangkak dalam terowong, bergayut pada monkey
bar, mengimbang pada papan pengimbang, bermain teng-teng, mengayuh basikal
mahupun berjalan.

Penilaian boleh dilakukan ke atas kemahiran motor halus yang melibatkan kemahiran
menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta kordinasi mata dan tangan. Aktiviti-
aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru membuat penilaian dalam kemahiran
psikomotor halus ialah: merantai manik, menjahit, menconteng kertas, menguli,
menggentel dan mencubit doh, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menggunting,
menjentik dan melukis.

Dalam membuat penilaian pada aspek kesihatan, aktiviti-aktiviti yang boleh dilibatkan
ialah: melukis bentuk badan, menyanyi, berlakon, bercerita, membuat buku skrap,
memasak, mencuci dan lawatan.

Bagi aspek keselamatan pula, aktiviti yang boleh guru membuat penilaian ialah lawatan,
bercerita, main peranan, bersoaljawab dan berlakon.

Segala aktiviti yang dirancang oleh guru jika dimanfaatkan untuk menilai perkembangan
fizikal kanak-kanak akan dapat membantu mereka menjadi sihat, memupuk kendiri yang
positif dan keyakinan diri.

Contoh senarai semak bagi perkembangan fizikal kanak-kanak


Nama : Bahiyah binti Bakri Umur: 6 tahun

64 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Tandakan / apabila kanak-kanak sudah menunjukkan kebolehan. Tinggalkan kosong


apabila murid belum menguasai kemahiran

Hasil pembelajaran Peristiwa / Peristiwa / Peristiwa /


Tarikh Tarikh Tarikh
1. Psikomotor halus
Menggunakan jari untuk
aktiviti: meramas Menguntai
: menggentel manik membuat

: mengoyak rantai leher /


14.3.2007
: mencubit
: menguli
: memicit
: merenyuk
: melipat
: menguntai
: menjentik
: merenjis
2. Psikomotor kasar
Melompat dengan kedua- Melompat seperti
dua belah kaki sejauh dua binatang (arnab,

meter katak,
kanggaru) /
26.4.2007

3. Kesihatan
Melabel anggota Melabel anggota
badan badan yang
dilukis /

65 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

28.5.2007
4. Keselamatan
Menyatakan cara Bercerita
menghindari objek, berdasarkan

tempat dan situasi gambar alat-alat


permainan yang
yang membahaya
telah rosak /
seperti:
4.6.2007
a. alat-alat permainan

E. RUMUSAN
Perkembangan fizikal dapat dipelajari dan dikuasai oleh kanak-kanak melalui aktiviti
dan penggunaan alatan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Guru berperanan
mengembangkan potensi kanak-kanak ke tahap maksimum dan menilai kanak-kanak
mengikut tahap perkembangan mereka.

F. AKTIVITI

Permainan tradisional seperti teng-teng adalah satu aktiviti permainan yang boleh
memabntu perkembangan fizikal kanak-kanak. Sejauh manakah permainan tersebut
boleh membantu ke arah perkembangan fizikal kanak-kanak.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN


1. Lampiran 12
TOPIK 13: PENILAIAN DALAM PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN
ESTETIKA

A. PENGENALAN

66 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan
imaginasi mereka dalam pelbagai cara. Kanak-kanak sememangnya sangat berminat
dengan aktiviti seni dan kreatif.

B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar-pelajar akan mengetahui;
1. tentang kreativiti.
2. bagaimana seni memupuk kreativiti.
3. fungsi seni.
4. persediaan aktiviti seni.
5. kepentingan aktiviti dan kreativiti dalam perkembangan kanak-kanak.
6. menilai hasil seni kanak-kanak

C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk syarahan dan juga perbincangan.

D. PENYAMPAIAN ISI
1. Kreativiti
Kreativiti ialah sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh seseorang dengan menggunakan
daya imaginasi dan pemikiran bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berguna kepada
manusia. Guru boleh mewujudkan motivasi dan suasana yang menggalakkan serta
menyuburkan keadaan dalaman. Seni dapat digunakan secara berkesan bagi
menimbulkan dan melatih kreativiti kanak-kanak.

2. Seni memupuk kreativiti


Cara memupuk kreativiti ialah:
a. Buku yang berwarna, bercorak dan garis titik tidak menggalakkan kreativiti. Ia harus

67 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

dielakkan kerana kanak-kanak tidak bebas dan tidak berpeluang menggunakan bahan-
bahan asli.

b. Pandangan positif kepada diri sendiri dapat disemai melalui aktiviti seni.

c. Kanak-kanak hendaklah sentiasa dipuji dan diajak berbual berkenaan hasil kerja seni
mereka.

d. Semasa membuat aktiviti seni, kanak-kanak jangan dibantu sehingga siap kerjanya
atau diberikan model supaya ditiru kerana kanak-kanak tidak akan dapat berfikir untuk
melahirkan aktiviti seninya mengikut kreativitinya sendiri.

e. Jangan terlalu awal menilai atau memberi gred kepada hasil kerja seni kanak-kanak.
Sebaliknya sediakan masa, ruang, tempat, bahan dan benarkan kanak-kanak membuat
apa yang mereka suka tetapi secara terancang dan terkawal.

f. Ibu bapa digalakkan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak. Ini boleh menimbulkan
rasa seronok dan bangga dengan proses dan produk seni yang dihasilkan oleh kanak-
kanak.

g. Dedahkan kanak-kanak dengan aktiviti hasil kerja seni seperti pameran lukisan
supaya mereka dapat mengembangkan kreativitinya.

3. Fungsi seni
Seni boleh menyediakan peluang untuk kanak-kanak melahirkan dan menyatakan fikiran.
Disamping itu, seni dapat memberi peluang untuk menyatakan, memperhalus dan
membentuk emosi kanak-kanak. Kanak-kanak dapat disediakan peluang untuk
membentuk kemahiran-kemahiran sosial dan sensitiviti pada manusia dan persekitaran.
Kreativiti dan imaginasi kanak-kanak dapat dirangsang melalui seni. Perkembangan
bahasa kanak-kanak dapat diperkayakan dan secara tidak langsung asas matematik dapat
didedahkan kepada kanak-kanak. Perkembangan kemahiran manipulatif dapat

68 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

digalakkan. Kekuatan otot dan kordinasi kanak-kanak dapat dibina melalui seni.
Pendedahan tentang penggunaan simbol dan corak sebagai persediaan kanak-kanak untuk
menulis dan membaca. Seni juga dapat melatih kanak-kanak memberi tumpuan,
mengaitkn kerja mahupun hasil kerja dengan topik lain.

4. Persediaan aktiviti seni

Peraturan berkaitan penjagaan dan penggunaan bahan-bahan seni perlu dibentuk sejak
prasekolah seperti tidak boleh membazirkan warna atau bahan-bahan untuk aktiviti seni
tidak boleh dimakan. Bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti seni seperti warna air,
berus lukisan dan lain-lain hendaklah disediakan dengan secukupnya sesuai dengan
bilangan kanak-kanak yang hendak menggunakannya. Guru hendaklah tahu
menggunakan bahan sebelum mengajar kanak-kanak menggunakannya. Sediakan surat
khabar, kain mengelap dan bahan-bahan lain untuk membersihkan kelas selepas aktiviti
seni. Ruang yang disediakan untuk aktiviti seni hendaklah mencukupi supaya aktiviti
seni dapat berjalan dengan lancar. Guru perlu merancang dan mengurus masa dengan
betul dalam aktiviti seni kerana kanak-kanak memerlukan masa yang cukup untuk
mencuba dan menggunakan bahan-bahan seni serta untuk mengemas setelah selesai
menjalankan aktiviti seni. Jika menggunakan warna air atau gam, guru perlu
menyediakan tempat yang sesuai untuk mengeringkan hasil kerja seni dan tempat
menyimpan hasil yang siap atau yang perlu dipamerkan.

5. Kepentingan aktiviti dan kreativiti dalam perkembangan kanak-kanak

Aktiviti estetika dan kreativiti memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan


perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Selain itu, aktiviti ini juga

69 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir. Contohnya, bagaimana untuk membuat


lukisan rumah saya , kanak-kanak akan berfikir di mana kedudukan atas kertas lukisan
sesuai hendak dilukiskan rumah, pokok atau jalan raya. Selain itu hasil kerja kanak-
kanak yang dipamerkan oleh guru akan menimbulkan rasa dihargai atas usaha yang
dilakukan dan meningkatkan keyakinan diri bagi kanak-kanak tersebut.

6. Menilai hasil seni kanak-kanak

Guru hendaklah berbincang dengan kanak-kanak dengan menggunakan bahasa yang


mudah berkenaan warna dan bentuk hasil kerja mereka. Kanak-kanak perlu dilibatkan
dalam menilai hasil kerja mereka. Disamping itu, ibu bapa perlu diberitahu dengan cara
berbincang berkenaan pencapaian anak mereka dalam seni. Selain itu, guru perlu
menyediakan rekod kerja seni kanak-kanak untuk rujukan masa depan.

Contoh penilaian seni kanak-kanak

Nama: Tarikh :

Arahan: Tandakan pada ruangan yang sesuai mengikut skala yang diberikan.

1. Lemah
2. Sederhana
3. Baik

Kemahiran / markah 1 2 3
1.Proses bekerja

Keupayaan mencipta

Mempunyai idea

Ada inisiatif

Sikap berdikari

Bersungguh-sungguh

Bekerja dengan baik


bersama kanak-kanak lain

70 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

2. Mengendalikan bahan

Berupaya membancuh
warna dengan baik

Dapat menggunakan
gunting

E. RUMUSAN
Terdapat berbagai cara untuk menjadikan aktiviti kreativiti dan estetika menarik. Kanak-
kanak akan seronok melibatkan diri dalam aktiviti yang guru sediakan dengan
perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan
untuk sesuatu aktiviti. Oleh itu penilaian tentang kreativiti dan estetika perlu dirancang
dengan teliti supaya keputusan yang diambil dapat menggambarkan diri seseorang kanak-
kanak yang sebenarnya.

F. AKTIVITI
Mengapa kanak-kanak perlu diberi kebebasan bermain dengan bahan-bahan lukisan?

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN


1. Lampiran 13

TOPIK 14: PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


BERKEPERLUAN KHAS

A. PENGENALAN

71 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Guru-guru banyak terlibat memberi pendidikan kepada kanak-kanak prasekolah yang


normal atau biasa sesuai dengan perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi mereka.
Namun demikian, wujud keperluan untuk mendidik kanak-kanak yang mempunyai
keperluan-keperluan khas. Kanak-kanak tersebut memerlukan strategi dan pendekatan
pembelajaran yang berbeza menurut keperluan khas mereka.

B. HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pengajaran pelajar-pelajar akan mengetahui;
1. Mengenali kanak-kanak dengan keperluan khas
2. Kategori kanak-kanak keperluan khas
3. Panduan mengajar kanak-kanak dengan keperluan khas
4. Penilaian kanak-kanak keperluan khas
5. Ciri-ciri Rancangan Pendidikan Individu

C. STRATEGI PENYAMPAIAN
Penyampaian berbentuk syarahan dan juga perbincangan.

D. PENYAMPAIAN ISI

1. Mengenali kanak-kanak dengan keperluan khas


Langkah pertama bagi seorang guru adalah memerhati seseorang kanak-kanak secara
sistematik agar boleh mencari perbezaan tingkah lakunya dengan kanak-kanak lain.
Kedua guru perlu berbincang dengan individu yang sama-sama bertanggungjawab di
prasekolah. Ketiga berbincang dengan ibu bapa kanak-kanak berkenaan tentang tingkah
laku anak mereka dan bagaimana guru boleh membantu mendapatkan pertolongan.
Bantuan dan perkhidmatan untuk kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas boleh
diperolehi khususnya daripada Kementerian Kesihatan.

Penapisan merupakan penilaian awal untuk mengenal pasti kanak-kanak yang


mempunyai kerencatan. Tujuan utama penapisan adalah untuk mengurangkan masa di
antara pengenalan sesuatu masalah dan rawatan yang dicadangkan. Semakin awal
penapisan dijalankan semakin cepat rawatan boleh diketengahkan. Hasil penapisan perlu

72 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

dianalisis secara rapi dan terperinci sementara tindakan diambil ke atas hasil data
daripada penapisan.

Alat ujian penapisan perlu mengukur prestasi kanak-kanak dalam melaksanakan tugas-
tugas perkembangannya berbanding dengan kanak-kanak sebaya dengannya. Jika
terdapat suatu masalah dalam perkembangan kanak-kanak, langkah seterusnya adalah
mencari nasihat dan kepakaran doktor, ahli psikologi, guru dan pakarterapi yang lain
untuk memastikan diagnosis yang sebenarnya dan kualiti perkhidmatan yang diperlukan
oleh kanak-kanak tersebut. Diagnolis melibatkan penelitian maklumat tentang kanak-
kanak daripada semua pihak. Kadang kala seseorang guru hanya dapat mengesan secara
rasmi bahawa kanak-kanak itu terencat atau mempunyai keperluan khas beberapa lama
berada di tadika.

Situasi yang membataskan perkembangan kanak-kanak yang memiliki keperluan khas


tidak boleh belajar secara normal kerana masalah fizikal, sensori, intelek dan tingkah laku
mereka. Kanak-kanak keperluan khas memerlukan pengalaman, rawatan dan
pembelajaran khusus untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya.

2. Kategori kanak-kanak keperluan khas

a. Murid yang bermasalah pembelajaran


b. Murid yang pintar cerdas

a. Murid yang bermasalah pembelajaran

Ciri-cirinya ialah:

- Masalah kelewatan penguasaan bahasa, komunikasi dan literasi seperti


sukar memahami percakapan orang, pelat dan gagap.

- Masalah berkaitan dengan visual atau penglihatan seperti sukar melihat


persamaan dan perbezaan saiz, bentuk, warna dan kedudukan objek,
tidak boleh membentuk huruf atau menulis huruf secara terbalik, sukar
mengingat sesuatu yang dilihat, mudah terganggu dan menukar tumpuan
kerja, hiperaktif .

73 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

- Masalah berkaitan dengan pendengaran

b. Murid pintar cerdas

Ciri-cirinya ialah:

- belajar dengan mudah, cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi

- mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, tepat dan mengekal /


mengingat apa yang dibaca dan didengar dengan mudah

- peka dan menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan dan berupaya
menyelesaikan masalah

- penyesuaian sosial dan kawalan emosi yang baik

- berminat dalam pembelajaran dan pencapaian akademik yang tinggi

- melebihi purata dari aspek ketinggian, berat badan, kekuatan dan


kesihatan

3. Panduan mengajar kanak-kanak dengan keperluan khas

1. Tegaskan kebolehan dan bakat kanak-kanak keperluan khas serta pupuk potensi
mereka.

2. Guru boleh memerhati kanak-kanak, selidiki hasil kerja mereka, berbincang dengan
ibu bapa, kaji rekod kanak-kanak dan berbincang dengan rakan sejawat.

3. Tegaskan aspek permainan kerana melalui permainan kanak-kanak memperoleh


kecekapan persekitaran untuk membina konsep kendiri yang positif.

4. Guru perlu ubahsuai atau strukturkan persekitaran untuk keperluan kanak-kanak


keperluan khas.

5. Dalam merancang aktiviti untuk kanak-kanak dengan keperluan khas perlu ada
pendekatan analisis tugas. Ini melibatkan memecahkan sesuatu tugasan kepada
bahagian-bahagian komponen dan mengajar secara berasingan kemahiran yang lebih
kecil. Tempoh di antara dua aktiviti perlulah ringkas.

74 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

6. Guru perlu menjadi pendengar yang baik.

7. Pelbagaikan contoh-contoh dan situasi dalam menerangkan sesuatu konsep.

8. Apabila kanak-kanak dengan keperluan khas diajar bersama dengan kanak-kanak


biasa, keperluan untuk kerja berpasukan diperlukan. Ibu bapa, guru dan para
profesional yang lain perlu bekerjasama untuk berkongsi maklumat dan kepakaran.

9. Ibu bapa kanak-kanak keperluan khas lebih mengenali anak mereka. Mereka boleh
membantu memperkayakan pengalaman di sekolah bagi mempertingkatkan
pengetahuan dan kemahiran anak-anak mereka.

4. Penilaian kanak-kanak keperluan khas

Dua aspek penting bagi penilaian:

1. Penilaian dan proses ujian adalah untuk memantau kemajuan kanak-kanak

2. Cara bagaimana sekolah dan perkhidmatan lain mengesan kanak-kanak keperluan


khas

Guru menilai kanak-kanak dalam empat kategori:

1. Domain major perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.


2. Hasil yang diharapkan daripada program bagi setiap individu.
3. Corak perkembangan, pengetahuan, sikap dan minat kanak-kanak yang unik.
4. Masalah atau isu tentang kanak-kanak dalam satu kumpulan.

Penilaian dapat membantu mengenal pasti bantuan dan khidmat sokongan yang
diperlukan oleh kanak-kanak. Program pendidikan bgi murid dengan keperluan khas
seiring dengan Rancangan Pendidikan Individu (RPI), iaitu merupakan rancangan
program penilaian berterusan. Di negara barat, RPI termaktub dalam Akta Pendidikan
Persekutuan di bawah Undang-undang Awam 94-142 yang mana undang-undang ini
menetapkan setiap kanak-kanak keperluan khas perlu mempunyai program pendidikan
individu yang bertulis, terancang dan teratur, yang merangkumi penilaian murid,
matlamat jangka panjang, objektif jangka pendek, strategi yang digunakan dan
jangkamasa.

5. Ciri-ciri Rancangan Pendidikan Individu

a. Komprehensif iaitu merangkumi semua aspek ketidakupayaan kanak-kanak.

75 Hakcipta UPSI 2007


Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

b. Spesifik iaitu matlamat dan objektifnya dinyatakan dalam bentuk tingkah laku
yang dapat diperhatikan dan diukur.

c. Mengikut urutan iaitu berdasarkan urutan perkembangan dan fungsi kemahiran.

d. Realistik iaitu matlamat dan objektif hendaklah sesuai dengan tahap fungsi dan
kadar perkembangan sedia ada setiap kanak-kanak.

e. Difahami iaitu hendaklah menggunakan bahasa yang difahami oleh para


profesional dan juga ibu bapa yang dapat menjelaskan apa yang perlu diketahui.

f. Dipersetujui oleh ibu bapa, guru, kanak-kanak dan profesional lain yang terlibat.

E. RUMUSAN

Kanak-kanak dengan keperluan khas perlu diberi rangsangan yang cukup bagi
membolehkan mereka menguasai kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian
dengan mengetahui ciri-ciri kekuatan yang ada pada kanak-kanak itu. Setiap kanak-
kanak berbeza antara satu sama lain dan pastinya ada program yang dapat memberi
manfaat kepada mereka. Ibu bapa dan setiap anggota masyarakat perlu menghapuskan
anggapan negatif terhadap kecacatan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak.

F. AKTIVITI
1. Apakah kesannya jika seseorang kanak-kanak itu diberi label sebagai kanak-kanak
keperluan khas? Apakah tanggungjawab guru prasekolah dalam situasi tersebut?

BAHAN BACAAN TAMBAHAN


1. Lampiran 14

76 Hakcipta UPSI 2007

Anda mungkin juga menyukai