Anda di halaman 1dari 4

CARA PELAKSANAAN KAEDAH DALAM PEMBEAJARAN PENGAJARAN

PENDIDIKAN MORAL

A. KAEDAH CERAMAH/ KULIAH/ SYARAHAN


1. Guru memaparkan isi/ gambar/ nota ringkas.
2. Guru menerangkan konsep, isi, contoh, dan kesimpulan.
3. Guru menyoal jawab murid.
4. Guru membuat rumusan akhir.

B. KAEDAH BERCERITA
1. Guru menyediakan alat bantu bercerita.
2. Guru menyusun kedudukan murid.
3. Guru bercerita dengan nada, gaya, dan intonasi yang menarik.
4. Murid mendengar cerita guru.
5. Guru mengajukan beberapa soalan yang berfokus kepada nilai.
6. Guru memaparkan isi penting yang berkaitan dengan nilai.
7. Guru/ murid merumus.

C. KAEDAH BERMAIN/ PERMAINAN


1. Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan.
2. Guru memberi taklimat/ syarat permainan.
3. Murid memulakan permainan dan guru mengawal keadaan/ suasana.
4. Guru dan murid membuat perbincangan berkenaan jawapan yang diberi
semasa permainan.
5. Guru mengaitkan permainan dengan pelajaran dan guru/ murid membuat
kesimpulan.

D. KAEDAH SUMBANGSARAN
1. Guru mengemukakan soalan, murid mendengar soalan dengan teliti.
2. Murid mencadangkan jawapan-jawapan yang sesuai.
3. Guru mencatat semua jawapan murid di papan tulis.
4. Perbincangan murid dan guru berkenaan jawapan-jawapan yang tercatat di
papan tulis.
5. Guru memaparkan jawapan yang betul terhadap soalan yang dikemukakan.
E. KAEDAH LATIH TUBI
1. Guru menyediakan contoh bacaan.
2. Murid mendengar dan memerhatikan bacaan dan cara sebutan guru.
3. Murid mengulang cara bacaan guru dan cara sebutan yang tepat.
4. Guru mendengar dan membetulkan bacaan murid yang kurang tepat.
5. Guru menyuruh murid mengulang bacaan bermula dari bacaan secara
keseluruhan kelas kemudian kumpulan dan seterusnya individu.
6. Guru meminta beberapa orang murid membaca bacaan tersebut secara
individu sebagai penilaian.

F. KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH


1. Guru menyediakan soalan-soalan bermasalah untuk diselesaikan.
2. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
diberi satu masalah yang berlainan/ sama tetapi mungkin menghasilkan
penyelesaian yang berbeza.
3. Murid diberi masa untuk mengumpul maklumat dan membuat perbincangan
untuk mencari penyelesaian masalah yang diberi.
4. Murid membentangkan penyelesaian masalah yang diperolehi hasil dari
perbincangan mengikut giliran.
5. Penilaian dan respons akan diberikan oleh guru dan rakan-rakan yang lain.
6. Guru membuat rumusan.

G. KAEDAH SOAL JAWAB


1. Guru menyediakan soalan yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran dan
disusun mengikut perkembangan isi.
2. Guru mengemukakan soalan secara berperingkat-peringkat.
3. Murid menjawab soalan secara individu/ kumpulan. Guru boleh memasukkan
teknik sumbang saran untuk mendapatkan jawapan.
4. Guru berbincang tentang jawapan dan membuat rumusan.
5. Guru memaparkan jawapan yang diterima.
6. Jawapan-jawapan akhirnya membentuk isi pelajaran.
7. Guru meminta murid memberi 3 contoh sifat jujur.
H. KAEDAH NYANYIAN
1. Guru menyediakan peralatan seperti CD.
2. Guru memainkan lagu asal yang popular.
3. Guru memaparkan seni kata baru yang telah diubah dan baca beramai-ramai
dengan murid.
4. Guru memperdengarkan lagu yang telah diubah seni kata asal.
5. Murid mengikut menyanyikan lagu.
6. Murid menyanyi beramai-ramai berkali-kali.
7. Guru meminta murid menyebut isi kandungan pelajaran yang terdapat dalam
lirik.

I. KAEDAH PERBINCANGAN
1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Kumpulan diminta memilih seorang ketua dan seorang pencatat.
3. Guru menerangkan tajuk-tajuk yang akan dibincangkan, skop perbincangan,
perkara yang dibincangkan dan menetapkan masa perbincangan.
- Bincangkan kesan baik dan kesan buruk penggunaan Internet.
- Masa diberi 20 minit.
4. Guru mengedarkan kertas mahjung kepada ketua kumpulan.
5. Wakil kumpulan membuat laporan dan membentangkan isi yang telah
dibincangkan.
6. Setiap pelajar melengkapkan lembaran kerja yang berupa borang KBKK
banding beza kesan baik dan kesan buruk penggunaan Internet.
7. Guru membuat rumusan

J. KAEDAH LAKONAN
1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Guru memberi beberapa situasi kepada setiap kumpulan.
3. Guru memberi penerangan kepada setiap situasi dan menetapkan masa
- Masa diberi 25 minit
4. Murid mengemukan soalan.
5. Guru membuat rumusan.
K. KAEDAH LAWATAN
1. Guru memilih satu tempat untuk dilawat.
- Rumah kebajikan orang tua
2. Guru dapat kebenaran daripada ibu bapa murid.
3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
4. Guru memberi tugasan kepada setiap kumpulan.
5. Guru memberi penerangan kepada setiap tugasan yang diberikan dan
menetapkan masa.
- Masa diberi 40 minit.
6. Murid membentangkan hasilan tugasan mereka.
7. Guru mengemukakan soalan.
8. Guru membuat rumusan.

L. KAEDAH PROJEK
1. Guru memilih satu tempat untuk dilawat.
- Rumah orang tempatan
2. Guru dapat kebenaran daripada ibu bapa murid.
3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
4. Guru memberi tugasan kepada setiap kumpulan.
- Setiap kumpulan dikehendaki belajar satu jenis kraf tangan tempatan
5. Guru memberi penerangan kepada setiap tugasan yang diberikan dan
menetapkan masa.
- Masa diberi 40 minit.
6. Murid membentangkan hasilan tugasan mereka.
7. Guru mengemukakan soalan.
8. Guru membuat rumusan

Anda mungkin juga menyukai