Anda di halaman 1dari 12

SJK (C) YOKE KUAN, SEKINCHAN

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN 2017


BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN TAHUN LIMA
MASA: 1 JAM 15 MINIT

NAMA : ________________ MARKAH: ________________


NO. BIL : ________________ TARIKH : ________________
KELAS : ________________ T/T IBU BAPA: ________________

BAHAGIAN A
20 markah ]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. _________ amat bangga kerana semua rakyat saling berganding bahu, titah
Sultan Inderaputera.
A. Aku C. Beta
B. Saya D. Patik

2. Sue Ling dan Ah Mei bersahabat baik. Setiap petang __________ bermain
badminton bersama-sama.
A. kami C. mereka
B. kita D. dia

3. _________ kaum di Negara kita mestilah saling membantu agar negara maju.
A. Setiap C. Sesetengah
B. Beberapa D. Masing-masing

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Puan Tan __________ dengan tetamu yang datang ke rumahnya.


A. bersentuh C. berpegang
B. bersalam D. berganding

1
5. Kita harus mengamalkan _________ yang seimbang agar badan kita sentiasa
sihat.
A. pemakanan C. penerangan
B. penggunaan D. pengambilan

6. Murid-murid sedang menjamu selera di __________ sekolah.

A. padang C. kelas
B. kantin D. tandas

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Negeri-negeri di Pantai Timur mengalami bencana ________ yang amat dahsyat.

A. kemarau C. tanah runtuh


B. gemba bumi D. banjir

8. Beliau seorang __________ yang banyak membantu golongan miskin.

A. olahragawan C. peragawan
B. jutawan D. wartawan

9. Encik Tan menggunakan ___________ untuk memotong papan yang nipis.


A. tukul besi C. ketam kayu
B. pembaris besi D. gergaji tangan

10. Emak akan mendaftarkan adik untuk pendidikan awal di ____________ .

A. Maktab Perguruan Sultan Idris C. Sekolah Memandu Huat


B. Sekolah Menengah Bestari D. Tadika Mesra

2
11. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberi.
Ubat itu selamat untuk digunakan?

A. Ya, ubat ini selamat untuk digunakan.


B. Semua ubat selamat untuk digunakan.
C. Ubat ini perlu dimakan sebiji dalam satu hari.
D. Ubat ini sering digunakan oleh orang yang mengalami sakit sendi.

12. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Jiran-jiran Puan Devi yang menziarahnya di hospital.

A. Mengapakah Puan Devi dimasukkan ke hospital?


B. Siapakah yang menziarahi Puan Devi di hospital?
C. Mengapakah jiran-jiran menziarahi Puan Devi di hospital?
D. Bagaimanakah jiran Puan Devi tahu dia dimasukkan ke hospital?

13. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

Mangsa-mangsa banjir itu telah diselamatkan oleh pasukan Jawatankuasa


Perpaduan Taman Indah.

A. Pasukan Jawatankuasa Perpaduan Taman Indah telah menyelamatkan


mangsa-mangsa banjir itu.
B. Mangsa-mangsa banjir telah menyelamatkan pasukan Jawatankuasa
Perpaduan Taman Indah.
C. Pasukan Jawatankuasa Perpaduan Taman Indah telah diselamatkan oleh
mangsa-mangsa banjir itu.
D. Pasukan Jawatankuasa Perpaduan Taman Indah dan mangsa-mangsa banjir
telah diselamatkan.

14. Pilih ayat yang betul.


A. Mereka pergi ke sekolah untuk menaiki bas.
B. Kawasan yang kotor itu terdedah akan wabak wangi.
C. Penduduk kampung itu mengutip derma kepada mangsa banjir.
D. Surati membantu Riana dengan menghantarnya ke hospital.

3
Soalan 15 dan 16
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

15. Ibu melarang Hakimi membaiki rak itu secara ___________ kerana
kemungkinan akan bertambah rosak.

A. salah langkah C. ambil mudah


B. membuta tali D. ambil masa

16. Selama ini Shanti memang _____________ untuk memakai baju kurung dan
ceongsam.

A. ada gaya C. ada jalan


B. ada akal D. ada hati

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sedang aku berjalan kaki seorang diri menuju ke pasar, aku terdengar suara orang menjerit.

Tanpa membuang masa, aku terus berlari ke arah suara itu. Sampai di tempat kejadian, aku lihat

seorang perempuan tua terbaring di tepi jalan. Sayur-sayuran dan ikan bertaburan di sisinya.

Perempuan tua itu cuba ditenangkan sementara beberapa orang pemuda pula kelihatan

seperti mengejar seseorang. Rupa-rupanya perempuan itu telah diragut. Aku melihat ada sedikit

darah yang mengalir di kepalanya. Mujurlah tiada kecederaan serius yang lain. Aku menolong

perempuan tua itu bangun perlahan-lahan.

Kemudian, pemuda-pemuda tadi muncul semula bersama seorang lelaki yang sudah diikat

tangannya. Mungkin inilah peragut yang tidak berhati perut tadi, bisik hatiku. Pihak polis yang

tiba beberapa minit kemudian mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang begitu

prihatin.

Dalam perjalanan pulang, aku tersenyum seorang diri. Aku berasa bangga. Inilah

sebenarnya sikap rakyat Malaysia, saling membantu apabila memerlukan. Aku bangga menjadi

rakyat Malaysia, fikirku lagi.


4
17. Apakah kejadian yang berlaku?
A. Kebakaran
B. Kecurian
C. Ragut
D. Lemas

18. Perempuan tua itu mungkin baru pulang dari


A. pasar.
B. sekolah.
C. hospital.
D. pejabat pos.

19. Mengapakah penulis berasa sungguh bangga?


A. Menolong perempuan tua tadi
B. Berjaya menangkap peragut tersebut
C. Telah menerima pujian daripada pihak polis
D. Rakyat Malaysia bersikap saling membantu

20. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.


A. Wanita tua itu telah mengalami cedera ringan.
B. Polis telah menangkap peragut tersebut.
C. Ramai orang yang menyaksikan kejadian itu.
D. Penulis merupakan seorang yang bersikap prihatin.

5
BAHAGIAN B
30 markah ]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

pada dan sebagai akan

daripada demi perlu dalam

Melalui aktiviti bersukan, badan kita _______________ menjadi sihat dan cergas. Badan yang

cergas dapat menghindari kita _______________ dijangkiti pelbagai penyakit. Badan yang

sihat dan cergas akan membentuk otak yang cergas. Otak yang cergas akan membantu murid

menjadi pintar. Oleh itu, semua murid _______________ menjadikan sukan sebagai aktiviti

harian agar badan sihat _______________ otak cergas.

4 markah

]

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Jawapan: Jason mengajak kawan-kawannya bermain badminton di gelanggang sekolah.


2 markah ]

6
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Ai Ling, tolong jagakan adik


kamu semasa ibu memasak.

Ibu Ai Ling

Jawapan:

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

2 markah

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

7
Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

2 markah
]

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ibu saya seorang wanita berkerjaya. Dia makan gaji sebagai pengurus bank. Pada sebelah
malamnya pula, dia ringan tulang menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu yang
penyayang.

Umur ibu sudah menjangkau awal 40-an. Namun, ibu masih kelihatan muda dan jelita.
Hal ini disebabkan, ibu makan makanan yang berkhasiat mengikut pyramid makanan.

Walaupun sibuk dengan tugasan di bank dan di rumah, ibu memastikan dia mendapat
tidur yang mencukupi. Menurut ibu, kita mesti mendapat rehat yang berkualiti agar tubuh
dan minda sentiasa cergas dan cerdas.

Selain itu, ibu turut aktif beriadah ketika masa lapang. Ibu gemar melakukan senaman
yoga. Ibu akan melakukan senaman ini sama ada di rumah atau bersama rakan-rakannya pada
hujung minggu. Ibu berlapang dada dengan kehidupannya sebagai seorang pekerja dan isteri
serta ibu yang penyayang.

a. Pekerjaan ibu sebagai seorang_______________________________________.


1 markah ]

b. Mengapakah ibu sudah menjangkau awal 40-an masih kelihatan muda dan jelita?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________
2 markah
]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

i. Ibu makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

ii. Ibu gemar melakukan senaman Aerobik. Betul

8
iii. Rehat yang berkualiti agar tubuh sentiasa cergas. Salah

iv. Ibu akan melakukan senaman di padang.

2 markah ]

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kim Ho dan Kim Yang merupakan saudara kembar. Mereka sangat degil dan tidak mendengar
nasihat ibu dan ayah.

Pada cuti sekolah yang lalu, ibu dan ayah telah membawa Kim Ho dan Kim Yang pulang
ke kampung datuk mereka di Batu Pahat. Mereka sangat suka pulang ke kampung datuk. Di
kampung, mereka berdua bebas berjalan di sana sini.

Sesampai di rumah datuk, Kim Ho dan Kim Yang terus berlari ke pantai berdekatan
dengan rumah datuk. Mereka mencuba untuk memanjat pokok kelapa tetapi telah dihalang
oleh ayah mereka. Kemudian, mereka berkaki ayam sambil berlari-lari di atas pasir.

Aduh, sakitnya kakiku! jerit Kim Ho dengan kuat.

Ibu dan ayah bergegas menuju ke arah Kim Ho. Kelihatan kaki Kim Ho berlumuran
darah. Setelah diperiksa, mereka mendapati tapak kaki Kim Ho tercucuk serpihan kaca.
Mereka pun segera menghantar Kim Ho ke klinik. Kim Yang berasa ketakutan melihat keadaan
Kim Ho.

Selepas itu, Kim Ho dan Kim Yang menyesal dan mereka berjanji akan mendengar
nasihat ibu dan ayah.

a. Sikap Kim Ho dan Kim Yang degil dan _________________________________.


1 markah
]

b. Mengapakah Kim Ho dan Kim Yang sangat suka pulang ke kampung datuk?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

2 markah ]

9
c. Mengapakah Kim Ho menjerit dengan kuat?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

2 markah ]

d. Adakah anda mendengar nasihat dalam kehidupan? Berikan contoh.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

3 markah
]

Soalan 25
Baca jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hari Keluarga Taman Indah

Tarikh : 11 dan 12 Ogos 2017


Tempat : Dewan Taman Indah
Anjuran : Persatuan Penduduk Taman Indah

Masa 8.30pagi- 10.30pagi 2.00 petang


10.00pagi 12.30tengah hari 5.00 petang
Hari
Sabtu Majlis Perasmian dan Acara Sukaneka dan Pemeriksaan Kesihatan
pendaftaran Pertandingan Gubahan Secara Percuma
Bunga
Ahad Senamrobik Pertandingan Melukis dan Majlis Penutupan dan
Mewarna Penyampaian Hadiah

a. Program Hari Keluarga Taman Indah diadakah pada ________________________________


1 markah
]
10
b. Nyatakan dua program yang dijalankan dari pagi hingga tengah hari pada hari kedua.

(i) _____________________________________________________________________

(ii) _____________________________________________________________________

2 markah ]

d. Tulis kebaikan-kebaikan program ini kepada penduduk Taman Indah.

(i)________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

(ii)_______________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

4 markah ]

11
Disediakan oleh : Cikgu Seow Ching Siang

Disemak oleh : Cikgu Tan Hui King

12

Anda mungkin juga menyukai